X
X

Product in this article

Anda tercari-cari smartphone murah? Tetapi tidak tahu dimana hendak membelinya. Jangan risau siapa kata telefon pintar berjenama tidak ada yang murah, kami boleh membantu memilihnya.

Samsung dilihat sebagai sebuah jenama yang cukup gah apabila bercakap mengenai telefon pintar pada saat ini. Ia merupakan jenama paling popular di pasaran sekarang, kerana setiap telefon pintar yang dikeluarkan sangat memenuhi citarasa para pengguna dan setiap telefon pintar yang dikeluarkan sering diperbaharui.

Untuk memilih telefon Samsung yang terbaik, ianya harus berdasarkan kepada bajet anda dan apa yang anda cari. Telefon pintar Samsung ini mempunyai banyak model daripada yang harganya murah kepada yang mahal. Berikut adalah beberapa model telefon Samsung yang ada di pasaran untuk anda pilih.

1. Samsung Galaxy J2 Prime 8GB

Harga mulai RM299.00

search Cari produk di Lazada Malaysia

Gaya telefon pintar yang nipis ini memberi gaya tarikan yang menarik dan direka khas bentuk dan jenis tidak mudah menggelonsor apabila dipegang. Mempunyai skrin sebesar 5.0 inci pastinya memberi kepuasan untuk anda untuk menonton video atau bermain permainan. Bukan sahaja itu, telefon ini didatangi dengan kamera hadapan 5MP bersama flash LED yang mampu memberikan gambar yang cantik untuk anda berselfie. Penggunaan bateri yang mampu bertahan lama dan sangat sesuai untuk anda yang kerap menggunakan telefon pintar untuk urusan harian.

2. SAMSUNG GALAXY NOTE2 (N7100)

Harga mulai RM209.00

search Cari produk di Lazada Malaysia

Samsung telah berjaya menyesuaikan skrin 5.5 super-amoled pada Note II. Telefon ini juga turut mempunyai s-pen yang unik dan daya sentuhan yang tajam pada skrin. Selain itu, peprosesnya yang telah dinaik taraf, yang terdapat dalam kapasiti 16, 32 dan 64 GB. Kini anda dapat menyimpan gambar yang menarik dan luar biasa kerana kameranya didatangi dengan 8MP dan 1080P untuk merekod video keindahan yang anda inginkan. Telefon pintar yang ringan dan bersaiz sederhana ini seharusnya dimiliki oleh anda kerana banyak kelebihan yang dimiliki dengan harga yang berbaloi.

Baca juga: Lengkapkan Hidup Anda Dengan 13 Smartphone Terbaik di Malaysia Tahun Ini

3. Samsung Galaxy Grand Prime 8GB

Harga mulai RM399.00

shopping_cart Presto Mall RM399.00

Galaxy grand prime ini didatangi dengan warna emas. Mempunyai skrin bersaiz 5 inci dengan resolusi qHD (540 x 960px). Jangan risau bagi yang suka berselfie dan merakam video kerana kamera hadapan mempunyai lensa sudut lebar 85 ° kamera  5MP  dan 8MP bagi kamera belakang, manakala 1080p bagi video. Telefon ini memiliki memori sebesar 8 GB dan boleh ditambahkan sehingga  64GB +1 GB RAM. Anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk memiliki telefon Samsung galaxy grand prime ini.

4. Samsung GALAXY J3 2016 (8GB)

Harga mulai RM415.00

search Cari produk di Lazada Malaysia

Reka bentuk Samsung Galaxy J3 mempamerkan skrin paparan bersaiz 5.0inci dengan saiznya yang sederhana mampu memuat di telapak tangan anda atau di dalam poket anda.

Samsung Galaxy J3 membolehkan anda mengambil gambar dan menonton video dalam resolusi menakjubkan kerana adanya paparan 5.0inci HD amoled mempamerkan imej-imej yang cerah dan jelas.Selain itu, ia memiliki ruang penyimpanan 8GB dan memori yang boleh diperkembangkan, kini anda boleh nikmati semua data anda di mana sahaja. Memiliki 3 warna pilihan untuk anda memilihnya iaitu hitam, emas dan putih.

5. Samsung Galaxy V Plus 4GB

Harga mulai RM700.00

search Cari produk di Lazada Malaysia

Samsung Galaxy V Plus adalah telefon pintar yang sempurna untuk anda. Galaxy V menawarkan kepada semua pengguna pemprosesan lebih lancar dan lebih cepat, disertai dengan ciri dan reka bentuk samsung yang tersendiri. Ia direka dengan kesederhanaan dan ergonomik untuk akses yang lebih cepat dan selesa. Dilengkapi dengan pemproses dual core 1.2GHz, ia memberikan prestasi yang sempurna dan tidak mudah tersekat. Seperti kebanyakan Samsung, ia beroperasi pada platform Android. Ia turut menghapuskan gangguan menukar antara mod foto dan video dengan menawarkan butang rekod kamera dan video pada skrin yang sama. Mempunyai 2 sim slot, bagi memastikan semuanya teratur dan bersedia untuk akses yang pantas. Telefon yang wajib dimiliki dan turut boleh dijadikan sebagai hadiah.

6. Samsung Galaxy J1 Ace 4GB

Harga mulai RM399.00

search Cari produk di Lazada Malaysia

Samsung Galaxy J1 Ace menggunakan operasi sistem android versi 4.4.4 siri KitKat. Dilengkapi dengan pemproses cortex A7 dual core 1.3 GHz. Bukan hanya itu, ia mempunyai skrin sentuh paparan 4.3 inci dengan teknologi LCD TFT yang cukup untuk anda menonton video atau melihat segala aplikasi menerusi telefon pintar anda. Kamera 5MP didatangi dengan  fokus auto, menjadikan imej dan video berkualiti tinggi, cantik dan tajam. Telefon ini mempunyai ciri multimedia yang mempunyai ciri-ciri pembesar suara stereo MP4 membuatkan setiap lagu yang didengar lebih sedap dan menakjubkan. Telefon pintar yang pastinya memenuhi citarasa anda dan mempunyai 3 pilihan warna menarik yang boleh dipilih iaitu hitam, biru dan putih.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Gadget

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!