Sesiapa sahaja yang menggemari videografi akan terpesona dengan pelbagai bentuk action kamera terbaru di pasaran memandang kebanyakan kursus di kota kini juga mengutamakan penbelajaran berkaitan penggunaan videografi. Mahu atau tidak mendapatkan action kamera sebegini sudah menjadi suatu kewajiban untuk setiap orang pada zaman ini.

Ketika ini terdapat pelbagai fungsi action kamera yang sesuai untuk kebanyakan acara dan tujuan tak kira samada anda sedang merakam video percutian anda, sedang aktif bergiat dalam filem dan sedang mempelajari selok belok videografi, terdapat pelbagai pilihan di pasaran yang boleh digunakan untuk anda dalam harga yang murah dan efisyen.

Berikut merupakan beberapa pilihan action kamera yang boleh didapati dengan harga yang berpatutan namun dengan pelbagai fungsi.

1. EKEN H8R Ultra HD 4K 30fps Wifi Sports Action Camera

Terbaik untuk mereka yang inginkan kecanggihan
Harga mulai RM265.00
Lazada Malaysia RM265.00

Kamera aksi serba canggih dengan kawalan kelipan jauh 2.4G dan gambar berdefinisi tinggi 4K  memudahkan untuk aktiviti fotografi dan videografi pada masa yang sama. Beserta dengan ciri tambahan kawalan wifi jarak jauh, kawalan H8R dari jauh menggunakan telefon pintar anda dan terbaik adalah ia kalis air membenarkan anda untuk merakam aktiviti sukan yang lasak tanpa merosakkan kamera.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. GOQ F60R 4K 30fps 16M Action Sports Camera

Terbaik untuk mereka yang lasak setiap hari
Harga mulai RM115.00
Lazada Malaysia RM115.00

Kamera aksi terbaik untuk mereka yang sering dengan aktiviti lasak kerana ia adalah kalis air maka anda boleh merakam gambar ketika berada dalam air. Selain itu juga WiFi binaan dalaman membantu untuk mengawal kamera sepenuhnya, mainan semula foto dan prebiu secara live. Juga terdapat ciri unik seperti lensa 6G HD 170° darjah sudut luas serta skrin LCD (960*240) setebal 2 inci. Dengan kamera aksi ini juga, ia menyokong video dengan langkauan masa.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. SJ7000 Action Camera 2" LCD Wifi Waterproof Sports Camcorder 

Terbaik untuk kegunaan ketika berada di alam semulajadi
Harga mulai RM131.00
Lazada Malaysia RM131.00

Kepada mereka yang gemar mengembara menikmati alam semulajadi, kamera aksi lasak ini sesuai untuk dibawa bersama ketika anda sedang merentas hutan dan sungai. Dengan kebolehan menangkap video setinggi 1080P FHD dan peranti perakam video gerakan digital berdefinisi tinggi yang sesuai untuk pelbagai perkara. Selain itu ia juga memilik ciri-ciri seperti output HDMI yang sangat jelas dan kawalan jauh untuk WiFi. Rekabentuk yang nipis juga memudahkan ia untuk dibawa ke mana sahaja.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. EKEN H9R 4K Action Camera Wifi Sports Cam

Terbaik untuk mereka yang gemar berselfie
Harga mulai RM155.00
Shopee Malaysia RM155.00

Sesuai untuk mereka yang gemar menangkap selfie sendiri, kamera aksi ini mempunyai resolusi video setinggi 4K serta kawalan kelipan jauh yang merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk menangkap gambar secara selfie dan merakam video. Ia juga mengambil chipset Sunplus 6330M OV4689 dan merupakan antara perakam kamera aksi yang serba canggih zaman kini dan tahan lasak.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. SJCAM Original SJ4000 WiFi Full HD Action Camera

Terbaik untuk segala bentuk situasi
Harga mulai RM290.00
Lazada Malaysia RM290.00

Berdasarkan piawaian SJ4000, kamera aksi dengan wifi mengetengahkan ciri-ciri sambungan sambungan WiFi utuk pemantauan secara jauh dan kawalan menggunakan aplikasi SJCAM HD. Sesuai untuk pelbagai jenis situasi termasuk solusi untuk topi keledar dan papan luncur. Kamera ini juga selamat ketika dibawa meluncur kerana bersifat kalis air. Skrin LCD 1.5" di bahagian belakang kamera membenarkan anda untuk membentuk syot-syot menarik dan prebiu apa yang telah anda tangkap sebentar tadi.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. ThiEYE i60e ULTRA HD ACTION CAMERA

Terbaik dengan perlindungan tahan debu, air dan kejutan
Harga mulai RM299.00
Lazada Malaysia RM299.00

ThiEYE i60e mampu membantu anda untuk merekod maksimum sehingga 4K video berdefinisi tinggi serta pandangan luas 170° darjah untuk memudahkan anda prebiu semula gambar yang telah diambil. WiFi yangmemudahkan anda untuk menyambungkannya dengan Android dan IOS telefon pintar anda malah anda juga kemudiannya mampu untuk mengawal secara jarak jauh untuk merakam, memuat naik dan berkongsi momen anda di media sosial. Selain itu kamera ini juga kalis air, tahan kepada kejutan dan tahan debu.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. GTE 4K Ultra HD Action Camera

Terbaik dengan kelebihan lensa sudut luas
Harga mulai RM235.00
Lazada Malaysia RM235.00

Ini merupakan kamera aksi mudah alih terbaru yang boleh menangkap gambar dengan jelas melalui video definisi tinggi ULTRA 4K. Selain itu ia juga boleh mengaplikasikan fungsi yang versatil seperti menangkap gambar pegun, suara dan video dan ia juga turut kalis gegaran. Selain itu anda juga bakal jatuh cinta dngan rekabentuknya yang padat dan ringan untuk dibawa ke mana sahaja. Dengan ciri-ciri yang menarik seperti di atas, action kamera ini cukup tahan lasak untuk pelbagai keadaan dan ia boleh bertindak sebagai perakam kamera yang sesuai untuk anda.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. XIAOMI XiaoYi Yi Sport Action Camera

Terbaik dengan kamera HD 1080p
Harga mulai RM222.13
Lazada Malaysia RM222.13

Kamera aksi istimewa sukan ini memiliki pelbagai fungsi serta mudah alih untuk merakam gambar dan video pada defini tinggi sehingga 1080 HD. Dengan rekabentuk tahan lasak menjadikan ianya sesuai untuk aktiviti luar yang ekstrem dan berisiko tinggi. Selain itu ia juga mampu menyokong kad mikro SD dengan 64GB sebagai peralatan untuk tujuan menyimpan.Mudah digunakan dan berkualiti tinggi, ia juga boleh menjadi action kamera serta perakam video terbaik buat anda.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aznor

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!