Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
bermain drone malaysia

11 Jenama Drone Murah & Terbaik 2024 (Drone Terbang Lama)

Pilihan drone terbaik untuk harga jimat poket!

Penggunaan drone yang bagus semakin popular di kalangan rakyat Malaysia kerana mampu mengambil gambar atau video dari ruangan udara.

Sekaligus drone murah Shopee menjadi satu kelebihan baru bagi videographer untuk rekod video dalam bentuk sudut pandangan yang lain. 

Terdapat banyak kedai yang jual drone murah dengan jenama drone terbaik dan harga drone di Malaysia mampu milik yang anda boleh dapatkan dengan review drone murah terbaik. 

Buat yang baru ingin mencuba menggunakan drone, jom lihat senarai drone yang bagus.

Jom kami kongsikan jenis-jenis drone murah terbaik untuk anda.  


Senarai 11 Jenama Drone Terbaik

Drone terbaik secara keseluruhan
DJI
dji tello malaysia
mulai
RM449.00
Semak DJI Tello harga dibawah:

Sebab menjadi pilihan utama;

Bahagian kamera mempunyai ciri HD 720p dan harga mampu milik bagi sebuah drone jenama popular.

Ciri-ciri;

Jenama yang sinonim dengan kualiti dan rekaan drone yang kukuh, drone ini akan berikan anda kepuasan penggunaan kepada anda.

Dengan aplikasi Tello akan memudahkan pengguna, anda boleh mengawal drone ini hanya dengan penggunaan butang yang ringkas dan fungsi penerbangannya cukup memuaskan.

Lebih menarik, drone ini boleh digunakan bersama dengan set VR jadi anda boleh rasai pengalaman seperti sedang terbang di udara.

Dilengkapi dengan kamera HD 720p, drone ini boleh terbang pada jarak sejauh 100 meter selama 13 minit.

Review:

“Memang sangat mudah dikawal untuk beginner macam saya ni. Kualiti gambar dan video HD juga bagus. Berbaloi dengan harga.”

Drone paling murah
Novix E88 4K Drone
mulai
RM57.00
Semak Novix E88 4K Drone harga dibawah:
add_circle Mampu terbang dengan stabil
add_circle Bersaiz kecil dan boleh lipat
add_circle Ada 3 tahap kelajuan terbang
add_circle Ada ciri One Key Return
remove_circle Tempoh penerbangan terhad sehingga 15 minit

Drone E88 Dual Cam dilengkapi dengan kamera dual yang dapat menghasilkan gambar dan video berkualiti tinggi dalam resolusi 2.0MP 720P.

Jadi dengan bahagian kamera yang mempunyai sudut lebar, anda dapat menangkap gambar dengan view yang luas.

Selain itu, drone ini juga hadir dengan mod Altitude Hold yang membolehkannya kekal pada ketinggian yang dikehendaki. 

Anda juga dapat mengaktifkan mod Headless untuk memudahkan pengendalian drone

Lebih menarik, drone ini juga dilengkapi dengan ciri One Key Return yang membolehkan drone kembali ke tempat mula penerbangan dengan mudah.

Dalam kategori drone murah terbaik, Drone E88 Dual Cam merupakan salah satu jenama drone terbaik yang dapat anda jadikan pilihan. 

Sangat sesuai digunakan untuk aktiviti fotografi udara, pengambilan video dan untuk tujuan explore ruang udara pada sudut pandangan yang unik.

Drone murah waktu terbang lama
4K RC Mavic Alike Drone
mulai
RM30.00
Semak 4K RC Mavic Alike Drone harga dibawah:
add_circle Kualiti kamera tinggi 4K
add_circle Masa penerbangan yang lama
remove_circle Masa pengecasan yang lama (90 minit)

Drone kamera dengan resolusi camera 4K ini boleh dikawal dengan remote control ataupun kawalan melalui aplikasinya tersendiri. 

Selain itu, drone ini boleh dikawal sejauh jarak 150 meter dan mampu bertahan selama 13 hingga 15 minit pada satu masa penggunaan. 

Ciri rekaan kelihatan kemas dan kelihatan mahal walaupun harganya kurang daripada RM200 sahaja. 

Paling penting, saiznya cukup kecil untuk memudahkan anda membawanya ke mana sahaja! 

Drone ini dilengkapi dengan sistem stabilisasi yang canggih yang membolehkan drone untuk mengimbangi getaran dan gerakan untuk hasil video yang jelas dan stabil.

Drone Mavic Alike juga berkualiti tinggi kerana dibina dengan bahan yang tahan lasak dan kalis air, menjadikannya sesuai untuk penggunaan di pelbagai persekitaran dan keadaan cuaca.

Menarik lagi, drone ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi penerbangan pintar seperti Follow Me, Waypoints, dan Return to Home.

Ciri ini akan memudahkan penggunaan drone untuk pengambilan gambar yang kompleks dan dinamik dalam jarak yang jauh dengan cara yang lebih canggih. 

Drone kamera HD
DJI Mini 3 Pro
mulai
RM3,399.00
Semak DJI Mini 3 Pro harga dibawah:
add_circle Prestasi cahaya rendah terbaik
add_circle Ada mode terbang auto
add_circle Sensor untuk elak sebarang halangan
remove_circle Harga mahal

DJI Mini 3 Pro merupakan sebuah drone mini yang dilengkapi dengan feature menarik seperti Obstacles Avoidance Sensor yang terbaik pada drone bersaiz besar. 

Walaupun harga sedikit tinggi tapi kualiti kamera yang dimiliki jauh lebih baik dari drone yang lain. 

Ini kerana mempunyai sensor 12.1MP 1/1.3 inci yang boleh menghasilkan gambar yang sangat baik.

Tambahan lagi, pada ISO maksimum 6400, gambar yang dihasilkan tidak memiliki banyak noise

Lensa f/1.7 yang cerah dan teknologi Dual Native ISO memberikan kualiti gambar yang menakjubkan dalam keadaan pencahayaan rendah.

Selain itu, sistem penghindaran rintangan tiga arah berfungsi dengan sangat baik bersama dengan mod penerbangan automatik jadi drone ini sangat mudah dikawal. 

Feature untuk memusingkan kamera 90 darjah juga turut memberikan keluasan dalam merakam gambar potret. 

Kalau anda ada bajet yang lebih, drone mini ini mungkin pilihan terbaik anda.

Drone untuk kanak-kanak
P12 WIFI Drone
mulai
RM96.00
Semak P12 WIFI Drone harga dibawah:
add_circle Harga murah & berpatutan
add_circle Sangat sesuai untuk kanak-kanak
add_circle Ada 4K Dual Kamera
remove_circle Tempoh terbang sekejap

P12 WIFI Drone merupakan sebuah drone yang dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik yang boleh membuatkan pengalaman bermain drone lebih menyeronokkan. 

Dengan jarak kawalan jauh hingga 100 meter, membolehkan anda merakam pemandangan dari langit dan mengambil gambar yang menakjubkan. 

Drone ini bersaiz padat iaitu 25 x 25 x 5.5 cm dan reka bentuk lipatannya menjadikan mudah dibawa ke mana sahaja.

Selain itu, dilengkapi dengan bateri Lithium 3.7V 1800mAh yang membolehkannya terbang dalam tempoh 10-15 minit dan masa cas diperlukan selama 90 minit sahaja. 

Drone ini juga mempunyai sistem kamera dua berkeupayaan yang membolehkan anda mengambil gambar dan video berkualiti tinggi dari pelbagai sudut. 

Ciri-ciri menarik P12 WIFI Drone yang lain termasuk kawalan isyarat, penerbangan atau pendaratan satu kunci dan penerbangan secara Trajektori. 

Fungsi penerbangan secara Trajektori membolehkan anda menetap laluan penerbangan dalam aplikasi yang tersedia dan akan terbang secara automatik mengikut laluan yang ditetapkan.

Semua ciri ini menjadikan sangat sesuai untuk dimainkan oleh kanak-kanak.

Drone dengan kamera 4k
i3 pro Drone with 4K Camera
mulai
RM134.69
Semak i3 pro Drone with 4K Camera harga dibawah:
add_circle Sambungan WiFi 2.4G ke peranti mudah alih
add_circle Boleh mengelak rintangan
add_circle Jarak sehingga 200 meter
remove_circle Masa pengecasan lama

i3 Pro Drone dilengkapi dengan kamera 4K yang mantap dan merupakan pilihan terbaik untuk penggemar drone yang mencari kombinasi prestasi yang hebat dan harga yang berpatutan. 

Dengan kamera dwi-pekaan 4K berkualiti tinggi, i3 Pro Drone mampu menghasilkan gambar dan video yang jelas dan tajam. 

Selain itu, drone ini dilengkapi dengan penentuan kedudukan optik dan ciri Avoidance Obstacles untuk penerbangan yang stabil dan selamat.

Ingin diingatkan masa pengecasan lama iaitu selama 80 minit dan boleh diterbangkan bagi tempoh 18 minit.

Bagi penggemar aktiviti fotografi, i3 Pro Drone adalah antara drone yang bagus untuk merakam gambar permandangan dari langit. 

Anda dapat menggunakannya untuk tujuan rekreasi, fotografi landskap atau untuk menghasilkan video kreatif.

Drone untuk beginner
E99 Pro2
mulai
RM115.00
Semak E99 Pro2 harga dibawah:
add_circle Saiz mini dan boleh dilipat
add_circle Masa terbang yang baik kira-kira 20 minit
add_circle Mod kekal ketinggian untuk penerbangan yang stabil
remove_circle Bateri controller tidak disertakan
remove_circle Jarak kawalan terhad sehingga 100 meter

Dengan harga drone yang berpatutan di Malaysia ini, Drone E99 Pro2 menawarkan spek drone terbaik dan bagus. 

Drone E99 Pro2 dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menjadikannya pilihan yang baik dalam kategori drone murah. 

Dilengkapi dengan kamera dual 4K yang memberikan gambar dan video berkualiti tinggi. 

Anda juga boleh memilih kualiti kamera dengan pilihan 720P, 1080P, atau 4K.

Reka bentuk yang compact, boleh dilipat, diperbuat daripada bahan tahan lasak dan ringan menjadikan drone ini mudah dibawa ke mana sahaja.

Dengan teknologi 2.4GHz, drone ini menawarkan kestabilan penerbangan dan perlindungan daripada sebarang gangguan. 

Mod kekal ketinggian pula membolehkan penerbangan yang stabil, sementara mod Headless memudahkan pengendalian drone.

Drone E99 Pro2 juga menawarkan pelbagai fungsi terbang yang serba guna, termasuk penerbangan Trajectory, kawalan dan 3 pilihan kelajuan penerbangan. 

Drone GPS murah terbaik Malaysia
K911 MAX GPS Drone
mulai
RM389.00
Semak K911 MAX GPS Drone harga dibawah:
add_circle Dilengkapi GPS yang tepat
add_circle Kamera boleh disesuaikan 90 darjah
add_circle Hadir dengan kamera 8K
remove_circle Masa penerbangan terhad

Ini merupakan sebuah drone yang hadir bersama dengan sistem GPS yang tepat dan menawarkan fungsi yang canggih dan terbaik dengan harga mampu milik. 

Apa yang menarik tentang drone ini adalah berupaya untuk elak dari sebarang halangan dan penentuan lokasi GPS serta penentuan lokasi aliran optik.

Ciri ini dapat memberikan anda satu pengalaman mengawal penerbangan yang lebih stabil dan selamat. 

Paling menarik, drone ini turut dilengkapi dengan dua kamera yang boleh menghasilkan gambar dan video berkualiti tinggi. 

Ini kerana bahagian kamera resolusi mencapai 8K dan kemampuan penyesuaian hingga 90 darjah.

Maksudnya, anda boleh mengambil gambar dengan sudut pandang yang lebih luas.

Selain itu, drone ini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri canggih seperti mod Hold Altitude untuk penerbangan yang stabil.

Turut mempunyai fungsi Smart Avoidance Obstacles dan mampu mengoptimumkan penggunaan bateri semasa bateri pada tahap rendah.

Tidak cukup dengan itu, anda juga dapat menikmati transmisi gambar definisi tinggi melalui jaringan 5G. 

Ciri ini akan bantu anda melihat dunia dari perspektif drone semasa di langit secara real-time

Drone murah dengan kamera terbaik
S118 Drone Brushless Motor 4K
mulai
RM45.78
Semak S118 Drone Brushless Motor 4K harga dibawah:
add_circle Dilengkapi kamera 8K UHD
add_circle Boleh mengambil gambar dengan stabil
add_circle Ringan dan mudah disimpan
remove_circle Jarak terhad sehingga
remove_circle Ketinggian terbang terhad

Drone S118 Brushless Motor ini menawarkan kualiti terbaik dengan ciri-ciri canggih yang membuatnya menjadi pilihan ideal bagi penggemar fotografi dan videografi udara.

Dengan resolusi video 8K UHD, drone ini mampu menghasilkan gambar dan video yang tajam dan jelas. 

Terdapat juga 2-Axis Gimbal pada drone ini pula boleh memastikan gambar yang stabil sehingga membuatkan hasil tangkapan kelihatan profesional. 

Tambahan lagi, drone ini juga dilengkapi dengan teknologi GPS Positioning dan Optical Flow Positioning, yang membolehkan kawalan penerbangan yang stabil dan tepat.

Drone S118 memiliki kemampuan menghindari sebarang halangan dengan laser 360° Omnidirectional, membuatkan penerbangan drone lebih selamat. 

Paling menarik, bahagian kamera terdapat ciri Dual Camera Switching dan kamera boleh bergerak 90 darjah menjadikan sesuai untuk anda mengambil gambar dari pelbagai sudut.

Drone ini turut mempunyai kemampuan 50x zoom, yang membolehkan anda mendekati objek dan mengambil gambar secara dekat. Power!

E88 PRO Drone Professional 4K
mulai
RM128.21
Semak E88 PRO Drone Professional 4K harga dibawah:
add_circle Drone boleh dilipat dan mudah disimpan
add_circle Ada headless mode
add_circle Resolusi video 4K
remove_circle Tempoh penerbangan terhad

Untuk anda yang mencari sebuah drone yang terbaru, anda boleh dapatkan E88 PRO Drone Professional 4K ini. 

Dengan reka bentuk elegan dan moden, drone E88 Pro ini beroperasi pada frekuensi 2.4GHz yang stabil dan boleh dikawal sejauh 150 meter. 

Selain itu, turut mempunyai 6 Axis Gyroscope bagi menjamin penerbangan yang lebih stabil. Manakala channel 4CH menawarkan kawalan yang lebih menyeluruh. 

Drone ini dilengkapi dengan bateri modular 1800mAH berkuasa 3.7V. Jika dicas penuh, drone ini mampu terbang dalam tempoh masa 10 ke 15 minit. 

Untuk mengecas, anda boleh menggunakan USB yang disediakan dan mengambil masa sehingga 60 minit untuk dicas penuh. 

Disebabkan ia merupakan drone yang boleh lipat, jadi anda boleh dengan mudah membawa drone ini ke mana sahaja.

Untuk kualiti kamera pula, drone murah terbaik ini menawarkan resolusi 4K yang memukau dengan kamera dwi. 

Anda boleh rasakan sendiri pengalaman First Person View (FPV) menerusi drone ini.

Drone mini murah
4K Mini Folding Drone
mulai
RM99.00
Semak 4K Mini Folding Drone harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Ada real-time shooting
add_circle Boleh ambil gambar
remove_circle Jarak kawalan terhad

4K Mini Folding Drone ini merupakan drone mini murah terbaik dengan saiz 9.5 X 9.5 X 3CM semasa ia dibuka, dan 5 X 5 X 3CM semasa ia dilipat. 

Drone ini hadir dengan bateri 700mAh dan dikatakan boleh bertahan selama lebih kurang 15 minit tempoh penerbangan.

Selain itu, drone murah terbaik ini juga turut dilengkapi dengan 6 Axis Gyroscope bagi memastikan drone dapat diterbangkan dengan stabil walaupun pada jarak 50-80 meter.

Drone ini juga turut mempunyai ciri pemindahan imej berdefinisi tinggi secara langsung.

Maknanya, anda dapat melihat gambar yang diambil drone secara real-time menerusi aplikasi di telefon anda.

Bukan itu sahaja, drone ini juga turut mempunyai kelebihan mengambil gambar secara automatik dengan hanya memberi isyarat sahaja. 

Jika anda mencari drone yang ringan, kecil dan mempunyai kamera berkualiti, anda boleh dapatkan 4K Mini Folding Drone ini.


Apa Tips Beli Drone?

Masih buntu memikirkan cara nak pilih drone

Jangan risau! Jom lihat senarai beberapa tips ringkas untuk anda tahu sebelum membeli drone idaman yang berbaloi.

  • Harga

Perkara paling penting sekali ialah untuk mengukur baju di badan sendiri, jadi pastikan bajet anda bersesuaian dengan harga drone idaman. 

Harga sebuah drone bergantung kepada jenama, fungsi, saiz dan kelebihan sampingan yang ditawarkan.

Namun harus diingatkan, semakin banyak ciri tambahan menarik pada drone tersebut, semakin banyak wang yang perlu anda belanjakan. 

Bagi mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan dunia drone, memadailah jika hanya membeli drone bersaiz kecil dengan harga yang jauh lebih murah terlebih dahulu.

  • Alat kawalan jauh

Setiap drone dilengkapi dengan alat kawalan jauh atau remote control.

Jangan hanya fokus kepada drone sahaja namun ambil tahu juga tentang frekuensi alat kawalan jauh itu juga. 

Ada sesetengah drone yang alat kawalannya hanya menyokong kawalan dalam jarak yang pendek, rugi jika anda tersilap langkah membeli drone sebegini.

Tambahan bonus yang perlu dititikberatkan ketika memilih drone termasuk memeriksa jika drone anda mampu dikawal menggunakan telefon pintar.

Namun anda mesti pastikan, aplikasi kawalan drone tersebut boleh digunakan pada kedua dua telefon, Android dan juga iOS.  

  • Bateri

Bukan itu sahaja, kapasiti bateri drone juga perlu diambil kira kerana semakin tinggi ketahanannya semakin berbaloi pembelian anda. 

Ini kerana ada sesetengah drone yang mengambil masa yang panjang ketika proses pengecasan tapi hanya bertahan beberapa minit ketika diterbangkan. Sungguh tidak berbaloi!

Pastikan tempoh pengecasan dan tempoh penerbangannya bersesuaian demi kepuasan anda sebagai pengguna. \


Sejauh Mana Drone Boleh Terbang?

Seperti yang umum diketahui, drone merupakan pesawat terbang ringkas yang dikawal menggunakan alat kawalan. 

Drone mempunyai kemampuan terbang yang bergantung kepada jenis atau rekaan drone itu sendiri.

Pada akhir-akhir ini terdapat keluaran jenis drone yang mampu terbang sehingga pada ketinggian 3400 meter di atas permukaan tanah, cukup hebat bukan?

Namun ketinggian tersebut sebenarnya tidak dibenarkan kecuali untuk pesawat komersial.

Jom lihat video di bawah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih teliti dalam penggunaan drone.


Artikel Berkaitan

End of Article