Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Taip Dengan Bebas Menggunakan 10 Keyboard Bluetooth Pilihan Kami

Tiada lagi kabel yang berselirat.

Keyboard merupakan peranti yang terpenting bagi komputer untuk menghantar input perkataan. Tetapi keyboard basic kadang-kadang sungguh menjengkelkan kerana kabel yang berpintal dan tidak tersusun rapi. Ini boleh menyebabkan keyboard mudah rosak atau kurang kekemasan. Oleh itu, penggunaan keyboard Bluetooth menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dijaga dan lebih tahan lama. Ia juga mempunyai pelbagai jenis reka bentuk yang unik.

Baca juga: Keyboard iPad Terbaik

Di sini kami mengesyorkan beberapa pilihan keyboard Bluetooth yang sesuai untuk penggunaan anda dan juga yang paling ideal antara yang lain.

Keyboard Bluetooth yang murah
Sunsonny Z-130
Keyboard Bluetooth yang murah
From
RM69.00
Check Sunsonny Z-130 price below:

Sunsonny Z-130 sesuai untuk mereka yang menginginkan keyboard Bluetooth tetapi masih lagi ingin menjaga budget. Ia juga sesuai digunakan untuk gaming kerana setiap kekuncinya boleh ditekan sebanyak 50 juta kali tanpa rosak. Juga terdapat kekunci kawalan khas untuk tayangan multimedia tanpa perlu menggunakan mouse untuk mengawalnya.

Keyboard Bluetooth mini yang ergonomik
KP-810-19BTS Mini Bluetooth QWERTY Keyboard
Keyboard Bluetooth mini yang ergonomik
From
RM80.00
Check KP-810-19BTS Mini Bluetooth QWERTY Keyboard price below:

KP-810-19BTS saiznya seperti alat kawalan jauh televisyen dan pengguna boleh menggunakannya dengan selesa kerana boleh digunakan seolah-olah seperti memegang smartphone. Penggunaannya juga sangat sesuai untuk aktiviti multimedia, perbentangan dan pembelajaran.

Pengguna juga tidak perlu install driver, hanya perlu tethering dan guna seperti biasa. Ia juga boleh digunakan pada televisyen pintar anda kerana mempunyai kekunci khas yang menyokong TV dan set-box kawalan jauh.

Terbaik untuk PC
Logitech K375s
Terbaik untuk PC
From
RM89.90
Check Logitech K375s price below:

Logitech K375s mempunyai saiz standard seperti keyboard basic yang lebihselesa ketika menaip. Ia juga mempunyai sambungan Bluetooth yang boleh digunakan untuk tethering dengan smartphone, tablet, dan terutamanya PC. Boleh juga menggunakan penerima yang disediakan pada 2.4Ghz disambungkan pada port USB bagi PC yang tidak mempunyai driver Bluetooth.

Channel Bluetooth juga boleh ditukar memberi  peluang kepada pengguna untuk menggunakan beberapa peranti gadget mereka secara serentak.

Ekstra: Taip Dengan Lebih Cekap Menggunakan 9 Keyboard Mekanikal Ini

Keyboard Bluetooth foldable terbaik
Baseus FG01 Tron Pro
Keyboard Bluetooth foldable terbaik
From
RM113.00
Check Baseus FG01 Tron Pro price below:

Baseus FG01 Tron Pro boleh dilipat dua bertujuan untuk penyimpanan yang lebih teratur pada ruang yang kecil serta memudahkan pengguna untuk membawanya kemana sahaja. Tambahan pula, keyboard jenis foldable sudah menjadi satu trend bagi rakyat Malaysia kerana ia lebih mudah dijaga.

Menggunakan bateri 200mAh ion litium yang boleh dicas semula serta boleh bertahan sehingga 22 hari. Juga terdapat fungsi auto sleep di mana ia akan mati sementara waktu jika tidak digunakan pada jangka masa yang panjang untuk menjimatkan tenaga bateri.

Terbaik untuk laptop
HP K4000 Wireless Keyboard
Terbaik untuk laptop
From
RM132.50
Check HP K4000 Wireless Keyboard price below:

Akan tiba satu masa di mana keyboard laptop anda akan gagal berfungsi tetapi kos baik pulih laptop sangat tinggi. Oleh itu, pengguna boleh dapatkan HP K4000 Wireless Keyboard sebagai pengganti penggunaan keyboard laptop anda.

Radius sambungan bluetoothnya boleh sehingga 10 meter dan tidak memerlukan sambungan Bluetooth yang spesifik. Reka bentuknya yang kecil dan permukaan yang berkilat menghasilkan sifat elegan ketika menggunakannya.

Keyboard Bluetooth terbaik untuk smartphone seperti Android
Logitech  K480
Keyboard Bluetooth terbaik untuk smartphone seperti Android
From
RM148.00
Check Logitech  K480 price below:

Logitech  K480 mempunyai ruang yang direka khas untuk meletakkan smartphone anda di dalamnya. Ini dapat memberikan keselesaan kepada pengguna kerana smartphone anda diletakkan pada kawasan yang mudah dilihat.

Terdapat tiga channel Bluetooth yang boleh ditukar memberikan peluang kepada pengguna menggunakan 3 peranti elektronik secara serentak. Tambahan pula, ia juga boleh digunakan pada smartphone jenis Android tanpa memerlukan driver khas untuk berfungsi.

Keyboard Logitech yang portable
Logitech K380
Keyboard Logitech yang portable
From
RM175.00
Check Logitech K380 price below:

Logitech K380 merupakan keyboard Bluetooth keluaran Logitech terbaik kerana hanya seberat 423 gram sahaja sesuai dibawa kemana sahaja tanpa masalah. Tambahan pula, pengguna boleh memegang dan membawanya lebih mudah kerana saiz yang kecil dan berat yang ringan membolehkannya dibawa seolah-olah seperti tablet.

Keyboard Bluetooth yang mempuyai touchpad
B021 Bluetooth Keyboard
Keyboard Bluetooth yang mempuyai touchpad
From
RM177.00
Check B021 Bluetooth Keyboard price below:

B021 Bluetooth keyboard Plus mempunyai touchpad pada bahagian sebelah kanan memudahkan pengguna untuk navigasi kursor pada komputer mereka tanpa penggunaan mouse. Penggunaan touchpad juga dapat memudahkan pengguna apabila bersambung pada smart TV. Hal ini kerana touchpad tersebut akan membantu pengguna menavigasikannya tanpa lebih mudah

Respon juga sangat pantas dan memuaskan iaitu boleh sehingga 1000Hz apabila kekuncinya ditekan.  Touchpadnya juga menyokong fungsi multi-finger di mana lebih membantu anda berbanding daripada penggunaan mouse.

Keyboard Bluetooth slim terbaik
Sony BKB10
Keyboard Bluetooth slim terbaik
From
RM199.00
Check Sony BKB10 price below:

Sony BKB10 mempunyai reka bentuk yang elegan dan sangat slim memudahkan pengguna untuk menyimpannya pada ruangan yang sempit. Pengguna boleh menggunakannya dengan mengaktifkan sambungan Bluetooth pada keyboard dan tunggu sehingga tablet, PC atau smartphone anda sedia untuk pairing.

Juga terdapat notifikasi bateri di mana akan berkelip secara perlahan-lahan jika bateri tinggal 15% sahaja. Pengguna boleh cas semula baterinya dengan menyambungkannya pada soket bekalan kuasa. Tambahan pula, ia menggunakan sambungan cable micro USB untuk cas semula sama seperti smartphone.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article