Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Taip Dengan Lebih Cekap Menggunakan 9 Keyboard Mekanikal Ini

Keyboard mechanical merupakan keyboard yang mempunyai struktur yang kompleks di bawah setiap kekunci bertujuan untuk memberi keselesaan dan ketahanan apabila menekan kekunci tersebut. Di samping itu, keyboard mechanical lebih cekap dalam menguruskan dan menghantar input berbanding keyboard biasa. Ia juga merupakan keyboard yang jangka hayatnya lebih panjang.

Di sini kami mengesyorkan pilihan keyboard mechanical terbaik pada tahun 2018 yang mematuhi ciri-ciri yang dicari oleh ramai pengguna. Hal ini juga dapat menjimatkan masa anda untuk mencari keyboard mechanical ideal anda.

Keyboard mechanical yang paling murah
Keyboard mechanical yang paling murah
mulai
RM46.00
Semak Logitech K120 harga dibawah:

Kepada mereka yang menginginkan keyboard mechanical basic yang jimat budget, mereka boleh memilih Logitech K120. Kepada pelajar atau mereka yang ingin berjimat dalam penggunaan wang tetapi masih menginginkan keyboard mechanical, anda harus memilikinya. Reka bentuknya yang bengkok memudahkan pengguna untuk menggunakannya tanpa perlu mengubah posisi tangan

Kekuncinya yang mempunyai  binaan mechanical  menghasilkan kekunci yang sangat tahan lasak sehingga 10 juta kali tekan. Tambahan pula, strukturnya juga  kukuh dengan mempunyai kekaki dapat menghasilkan penggunaan yang lebih selesa.

Keyboard mechanical gaming murah terbaik
Keyboard mechanical gaming murah terbaik
mulai
RM48.90
Semak Prado M200 harga dibawah:

Prado M200 merupakan keyboard mechanical  gaming yang murah dan membuka peluang kepada mereka yang tidak mempunyai wang yang banyak untuk memilikinya. Disamping daripada harga yang murah, keyboard mechanical ini boleh digunakan pada Windows2000 hingga Windows10 tanpa memerlukan sebarang driver menjadikan hampir kesemua PC boleh menggunakannya tanpa sebarang masalah.

Terdapat 104 kekunci dan 10 kekunci yang boleh diprogramkan sesuai untuk permainan video berunsurkan MOBA atau sandbox. Tambahan pula, ia juga merupakan keyboard mechanical kalis air. Oleh kerana itu, pengguna tidak perlu risau jika minuman mereka tertumpah diatasnya.

Keyboard mechanical wireless terbaik
Keyboard mechanical wireless terbaik
mulai
RM95.00
Semak Rapoo E9070 harga dibawah:

Rapoo E9070 merupakan keyboard mechanical wireless yang menggunakan teknologi transmisi 2.4GHz tanpa wayar dengan radiusnya sehingga 10 meter. Penggunaan transmisi ini menjadikan keyboard ini tidak mudah diganggu dengan peranti wireless lain. Struktur kekuncinya iaitu X membrane dapat menghasilkan kekunci yang mampu ditekan sehingga 20 juta kali tanpa rosak.

Pengguna juga tidak perlu bimbang akan kehabisan bateri kerana baterinya boleh bertahan sehingga 24 bulan tanpa off. Ia juga menggunakan bateri AAA untuk berfungsi. Hal ini dapat menjimatkan masa pengguna kerana tidak perlu mengecas semula.

Ekstra: Taip Dengan Bebas Menggunakan 10 Keyboard Bluetooth Pilihan Kami

Keyboard mechanical LED terbaik
Keyboard mechanical LED terbaik
mulai
RM189.00
Semak Armaggeddon MKA-7C Psycheagle harga dibawah:

Armaggeddon MKA-7C Psycheagle menggunakan kualiti tinggi KevlarTech TM di mana mengelakkan daripada huruf-huruf di atas kekunci mudah pudar.Lampu LEDnya boleh diubah melalui tetapan pada PC oleh pengguna. Pada masa yang sama, lampu LED ini berinteraksi dengan permainan  video menjadikan gaming lebih menarik dengan pencahayaan.

Pengguna juga boleh mengubah kecerahan LED dengan menekan kekunci Fn dan panah atas untuk meninggikan kecerahan  atau panah bawah untuk merendahkan kecerahan.

Terbaik untuk typing
Terbaik untuk typing
mulai
RM295.00
Semak SteelSeries Apex M260 harga dibawah:

Pengguna dapat merasakan kepuasan ketika menaip dengan menggunakan keyboard mechanical SteelSeries Apex M260. Reka bentuknya yang lebih bercirikan bentuk yang mudah dan mewah dengan kualiti yang sangat-sangat memuaskan. Tambahan pula, reka bentuknya yang tinggi dibelakang memberikan keselsaan pada pengguna untuk kekal menaip.

Penggunaan struktur mekanikal pada kekunci boleh mengekalkan ketahanan sehingga 60 juta kali tekan bagi setiap kekunci.Juga terdapat pencahayaan LED pada kekuncinya dan menampakkan huruf-huruf diatasnya. Hal ini sesuai untuk penggunaan ketika gelap tanpa menyusahkan pengguna untuk mencari-cari huruf yang patut ditekan.

Mechanical keyboard untuk gaming terbaik
Mechanical keyboard untuk gaming terbaik
mulai
RM597.50
Semak Logitech PRO Mechanical Gaming Keyboard harga dibawah:

Logitech PRO Mechanical Gaming Keyboard menggunakan sistem mekanikal G-romer pada setiap kekuncinya menjadikannya lebih tahan lasak, 25% lebih laju menghantar input dan boleh ditekan sebanyak 70 juta kali tanpa rosak bagi setiap kekunci. Juga terdapat kekunci yang boleh diprogramkan sesuai untuk mereka yang menginginkan kaedah gaming tersendiri.

Kabelnya yang boleh dicabut menjadikannya lebih tahan lama kerana dapat menyimpannya dengan mudah dan mengurangkan kerosakan pada kabel. Ia juga mempunyai kelebihan tersendiri iaitu menyimpan data profil permain di mana pengguna akan secara automatik log in apabila menyambungkannya dengan pc lain.

Keyboard mechanical ergonomic – sesuai untuk FPS
Razer
Razer Cynosa V2 Chroma Gaming Keyboard
mulai
RM189.00
Semak Razer Blackwidow Chroma V2 harga dibawah:
add_circle Ada RGB backlighting yang boleh diubah ikut kesesuaian
add_circle Ada N-key rollover
add_circle Rekaan kalis air
add_circle Kekunci boleh diprogramkan ikut fungsi pilihan
remove_circle Tiada wrist rest pad

Razer Blackwidow Chroma V2 merupakan keyboard mechanical yang sangat ergonomic kerana mempunyai kuisyen dihadapan yang memberikan rehat pada pergelangan tangan pengguna. Kehadiran kuisyen ini sesuai untuk mereka yang sering kali melakukan maraton gaming kerana tangan cepat lenguh

Ia juga merupakan mechanical keyboard yang sesuai untuk permainan video FPS kerana mempunyai teknologi keyboard anti-ghosting yang menjadikan kekuncinya boleh ditekan secara serentak tanpa menyebabkan kesilapan data input.

Keyboard mechanical RGB terbaik
Keyboard mechanical RGB terbaik
mulai
RM669.00
Semak Corsair K70 LUX RGB harga dibawah:

Corsair K70 LUX RGB merupakan keyboard yang mempunyai lampu belakang RGB dan boleh diubah oleh pengguna mengikut cita rasa sendiri. Pengguna dapat menghasilkan pencahayaan yang menarik padanya. Hal ini sesuai digunakan pada mereka yang selalu melakukan streaming permainan video mereka bertujuan untuk menarik minat lebih ramai penonton.

Struktur keyboard ini sangat ringan dengan seberat 1.20kg  dan kuat menjadikannya salah satu keyboard mechanical yang mudah disimpan dan tahan lasak. Pengguna hanya perlu plug in keyboard mechanical ini pada komputer dan install driver, seterusnya pengguna boleh menggunakannya seperti biasa.

Keyboard mechanical silent yang terbaik
Keyboard mechanical silent yang terbaik
mulai
RM719.00
Semak Corsair STRAFE harga dibawah:

Corsair STRAFE mampu menghilangkan bunyi kekunci ditekan sehingga 50% seolah-olah tiada bunyi yang dihasilkan apabila kekuncinya ditekan dengan teknologi Cherry MX Silent. Sesetengah pengguna tidak suka akan bunyi kekunci keyboard ditekan dan boleh mengganggu persekitaran lebih-lebih lagi pada waktu malam. Oleh itu, anda harus memiliki keyboard mechanical ini.

Semua kekuncinya boleh diprogramkan untuk menghasilkan gaming yang lebih selesa mengikut cita rasa pengguna. Kekunci yang boleh diprogram juga menjadikannya untuk RPG dan MOBA.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article