Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Earphone & Earbuds Terbaik untuk iPhone di Malaysia 2024

Dapatkan earphone dan earbuds yang bersesuaian dengan citarasa anda.

Memilih earphone atau earbud terbaik untuk iPhone yang bersesuaian dengan keperluan anda sememangnya sedikit leceh.

Sama ada nak digunakan untuk mendengar lagu, bermain permainan video dan sebagainya, semua itu memainkan peranan penting di dalam pemilihan earphone terbaik untuk anda.  

Kalau dah guna iPhone, mestilah kita nak beli earphone untuk iPhone atau kalau ada bajet lebih boleh beli airpods paling bagus.

Jadi kami akan memudahkan kerja anda dengan senarai harga earphone iPhone original di bawah.


Senarai 8 Earphone/Earbuds Terbaik Untuk iPhone

Earphones terbaik untuk iphone
Apple AirPods (3rd generation)
mulai
RM714.00
Semak Apple AirPods (3rd generation) harga dibawah:
add_circle Lebih kalis air
add_circle Bunyi stereo 360
add_circle Driver saiz 12mm
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Memiliki bunyi stereo 360 darjah yang mampu membuatkan anda berasa seperti sedang menonton wayang di dalam teater studio. 

Ciri-ciri:

Pasti anda tertanya-tanya, apa yang berbeza tentang Apple AirPods generasi ketiga ini berbanding generasi sebelumnya.

Untuk pengetahuan anda, earbuds ini memiliki driver dan amplifier baharu yang direka khas oleh Apple untuk memberikan anda kualiti audio lebih baik. 

Kekuatannya tidak hanya terletak pada pengalaman audio tetapi juga dari segi ketahanannya yang kini diklasifikasikan sebagai IPX4, menawarkan perlindungan sepanjang masa. 

Selain mempunyai Lightning port, ia juga mempunyai ciri-ciri wireless charging dan ‌MagSafe‌ yang memudahkan lagi proses mengecas. 

Tetapi untuk mendapatkan kualiti sebaik ini, sudah pasti anda perlu berbelanja lebih.

Namun, jika ciri-ciri ini yang anda cari dan tiada masalah berkenaan bajet, earbuds ini adalah antara yang terbaik untuk dipertimbangkan.

Review:

“Ada warranty. Dapat wayar lightning Type-C terus, dan performance memang terbaik. Dengar lagu best sebab ada spatial audio. Bateri pun tahan lama jadi tak perlu risau nak dengar lagu atau video call lama-lama.”

Earphone bluetooth terbaik untuk iphone
Beats Flex All Day Wireless Earphones
mulai
RM299.00
Semak Beats Flex All Day harga dibawah:
add_circle Earbuds jenis magnetik
add_circle Bateri tahan sehingga 12 jam
add_circle Bunyi bass bagus
add_circle Boleh berkongsi audio
remove_circle Harga mahal
remove_circle Pouch tidak disertakan

Beats Flex merupakan alternatif earphone yang baik khusus jika anda seorang pengguna produk Apple tetapi tidak mahu berbelanja lebih untuk membeli AirPods.

Ini kerana, ia memiliki cip Apple W1 yang berfungsi menyelaraskan Beat Flex dengan mana-mana peranti iPhone dan iPad. 

Mikrofon binaan dalam yang canggih membantu mengurangkan bunyi angin yang membuatkan suara anda tidak jelas dan mengganggu setiap panggilan yang dibuat. 

Dan apabila anda tidak memakainya, ciri-ciri magnetiknya membuatkan wayar tidak kusut, mudah digulung dan dimasukkan ke dalam poket atau beg tangan anda.

Yang menariknya, anda boleh berkongsi muzik bersama-sama rakan anda, tidak kira sama ada peranti yang digunakan ialah Beats Flex, siri headphone Beats yang lain ataupun AirPods. 

Jika masih tidak puas mendengar muzik yang dikongsi, cas sahaja selama 10 minit dan anda akan mendapat tambahan 1 jam setengah waktu bermain. 

Earphone untuk iphone 14pro
Apple
Apple AirPods Pro (2nd generation)
mulai
RM1,049.00
Semak Apple AirPods Pro (2nd generation) harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Bunyi stereo 360°
add_circle Tahan peluh dan kalis air
add_circle Teknologi Active Noise Cancellation
remove_circle Harga mahal

Bosan perlu meninggikan suara setiap kali menjawab panggilan telefon? Tidak lagi dengan Apple AirPods Pro generasi kedua ini.

Fungsi noise cancellation versi kali ini dikatakan dua kali ganda lebih baik, membantu anda mengurangkan bunyi latar yang tidak diinginkan dengan lebih efektif dan menyeluruh. 

Pakai untuk tempoh yang lama juga tidak menjadi masalah kerana putik telinganya ada empat jenis saiz yang boleh anda pilih untuk mendengar dengan lebih selesa. 

Lebih selesa lagi apabila anda boleh mendengar muzik kegemaran anda sehingga 6 jam walaupun fungsi Active Noise Cancellation masih dipasang. 

Jika mengecas pada bekas pengecas tahan lasak MagSafe pula, anda akan mendapat tempoh mendengar selama 30 jam tanpa henti. 

Ke mana-mana anda pergi, muzik yang anda mainkan akan sentiasa ikut bersama.

Earphone terbaik untuk music
Sony WF-C700N Truly Wireless
mulai
RM419.00
Semak Sony WF-C700N Truly Wireless harga dibawah:
add_circle Reka bentuk ergonomik
add_circle Dilengkapi teknologi DSEE
add_circle IPX4 sweatproof rating
remove_circle Driver saiz 5mm

Walaupun sudah memasuki pasaran awal tahun ini, earphone Sony WF-C700N masih menjadi pilihan kegemaran dalam kalangan pengguna. 

Keunggulan earphone ini terletak pada teknologi canggih DSEE yang telah dipatenkan, membolehkan anda menikmati kualiti audio yang terbaik dan boleh menjawab panggilan tanpa sebarang masalah.

Dengan teknologi sensor bunyi dan mod Ambient Sound, ia juga membantu mengurangkan gangguan dari bunyi latar belakang, memastikan pengalaman mendengar anda lebih tenang. 

Ia juga selesa kerana selain tiga pilihan saiz putik telinga yang ditawarkan, reka bentuk earphone ini juga ergonomik.

Dari segi ketahanan pula, earphone ini mempunyai bateri yang mampu bertahan selama 15 jam, di samping penarafan IPX4 yang cukup kalis terhadap peluh berterusan. 

Mendengar muzik sama ada ketika melakukan aktiviti jogging atau bersenam di gym, earphone ini merupakan pilihan yang ideal.

Bose QuietComfort Earbuds II Truly Wireless
mulai
RM995.00
Semak Bose QuietComfort Earbuds II Truly Wireless harga dibawah:
add_circle Sistem noise isolation yang baik
add_circle Tetapan EQ boleh laras
add_circle Ringan
remove_circle Harga mahal

Jenama Bose ialah jenama yang dipercayai dalam dunia sistem audio dan mereka juga memiliki keluaran earphone yang boleh tahan hebatnya. 

Pertama sekali, Teknologi CustomTune boleh menyesuaikan bunyi yang dihasilkan dengan bentuk telinga anda supaya setiap audio yang didengar bertambah jelas. 

Jika anda mahukan persekitaran yang senyap, teknologi ActiveSense dalam mod sedar dapat mematikan bunyi latar belakang yang kuat atau merendahkannya.

Tetapan EQ yang boleh diakses dalam aplikasi Bose Music membantu anda memilih tahap bass, mid-range, dan treble – sesuatu yang jarang ada pada earphone lain. 

Tinggal muat turun sahaja dan anda akan akan dapat merasai pengalaman mendengar yang sesuai dengan cita rasa muzik anda. 

Semua ini dimudahkan lagi dengan ciri-ciri Simple Touch di mana hanya dengan menyentuh sahaja earbuds, anda boleh mengubah tetapan bunyi sesuka hati. 

Earphone untuk iphone 14
Apple AirPods (2nd generation)
mulai
RM509.00
Semak Apple AirPods (2nd generation) harga dibawah:
add_circle AirPod paling murah
add_circle Sambungan peranti yang stabil
add_circle Sesuai untuk gaming
remove_circle Tiada fungsi noise isolation

Dengan harga sedikit rendah berbanding AirPods terkini, anda masih boleh memiliki earbuds berkualiti dengan Apple AirPods generasi kedua ini. 

Dikuasakan cip Apple H1, earbuds ini mampu memberikan sambungan yang pantas dan stabil kepada setiap peranti Apple yang anda hubungkan. 

Cip ini juga memberikan gaming latency serendah 30 peratus, cukup baik sekiranya anda mahukan kualiti audio yang setanding dengan kemahiran gaming anda. 

Pengecasannya memuaskan hati kerana dalam waktu pengecasan selama 1 jam, anda dapat memainkan muzik selama 5 jam dan membuat panggilan selama 3 jam berturut-turut. 

Tidak hanya itu, anda boleh berkongsi lagu yang anda dengar dengan ciri-ciri Audio Sharing apabila anda menghubungkannya dengan AirPod lain.

Sememangnya tiada kompromi untuk mereka yang menginginkan kualiti earbuds yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Earphone terbaik dan murah
Apple EarPods with Lightning Connector
mulai
RM94.00
Semak Apple EarPods with Lightning Connector harga dibawah:
add_circle Ada built-in remote
add_circle Kualiti audio baik
add_circle Harga murah
remove_circle Tiada pilihan saiz

Kadang kala tidak semua perlu canggih kerana keutamaan kita berbeza-beza. 

Jadi apa kata anda dapatkan earpods dengan lightnight connector daripada Apple ini. 

Bass yang dihasilkan baik dan dengan built-in remote, anda boleh mengawal volume audio dan menjawab atau mengakhiri panggilan dengan mudah.

Bagi memantapkan lagi kualiti audio, terdapat pembesar suara yang boleh memaksimumkan bunyi yang dihasilkan supaya menjadi bertambah jelas. 

Reka bentuk earpods ini juga berkualiti dengan penutup plastik keras pada putik telinga melindungi bahagian dalaman dan lapisan silikon pada kabel mengurangkan kekusutan wayar. 

Perkara yang bagus tentang earpods berwayar ialah anda tidak perlu mengecasnya.

Tidak perlu pening kepala jika hendak mendengar lagu selama mana pun anda mahukan. 

Earphone terbaik untuk jogging
Bose Sport Earbuds Truly Wireless
mulai
RM789.00
Semak Bose Sport Earbuds Truly Wireless harga dibawah:
add_circle Kualiti audio yang baik
add_circle Reka bentuk fit dan ringan
add_circle Mesra peluh
remove_circle Tiada fungsi noise cancellation

Bagi mereka yang rutin hariannya tidak lekang daripada aktiviti fizikal, Bose Sport Earbuds mungkin pilihan yang anda cari.

Earbuds ini mampu memberi anda kualiti bunyi yang premium dengan mikrofon dan ciri-ciri simple touch yang membolehkan anda menjawab panggilan telefon tanpa perlu mengeluarkan telefon dari poket.  

Jadi bagaimana hendak periksa hayat bateri? Lihat sahaja pada aplikasi Bose Music yang boleh dimuat turun. 

Mungkin anda tidak perlu periksa selalu kerana earbuds ini tahan selama 5 jam dan jika anda membuat pengecasan segera selama 15 minit, anda akan dapat tambahan 2 jam setengah.

Keselesaan bukanlah isu untuk earbuds ini kerana tiga saiz putik telinga yang ditawarkan memastikan ia sesuai dengan telinga anda agar tidak mudah terjatuh. 

Ditambah pula dengan penarafan kalis peluh IPX4, bersukan kini menjadi mudah dan selesa. 


Bolehkah anda gunakan earphone/earbuds selain Apple untuk iPhone?

Jawapan yang mudahnya ialah ya, anda boleh gunakan earphones atau earbuds selain Apple untuk iPhone anda.

Secara umumnya, untuk menjamin hasil jualan yang lumayan, syarikat pengeluar earphone dan earbuds sebolehnya akan pastikan produk mereka boleh digunapakai dengan iPhone, ini kerana Apple merupakan antara pengeluar telefon pintar terbesar dan diminati ramai.

Tetapi sekadar untuk keselamatan dan jangka hayat penggunaan, anda perlu pastikan dahulu sama ada jenama dan model tersebut sesuai dengan iPhone ataupun tidak.

Kalau anda pergi ke laman web Apple Store sendiri, mereka ada menjual produk luar seperti earphone Beats dan sebagainya.

Akhir sekali, anda perlu pastikan compatibility untuk menjamin kualiti bunyi yang baik tanpa gangguan, jadi pilihlah earphones atau earbuds yang sesuai untuk anda.


Artikel Berkaitan

End of Article