Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Perhatian, Gamers Mania! 11 Laptop Gaming Bawah RM2,000 Ini Untuk Anda

Spesifikasi tinggi pada harga berpatutan

Product in this article

Seperti yang anda ketahui, biasanya laptop gaming berharga mahal kerana ia mempunyai spesifikasi untuk membolehkan laptop tersebut dapat bermain game dan dilengkapi dengan keperluan grafik tinggi. Pada harga bawah RM 2,000, anda semestinya akan tidak akan dapat prestasi yang setara dengan laptop berharga lebih mahal. 

Berapakah saiz RAM yang sesuai untuk tujuan menjalankan perisian gaming?

Saiz RAM adalah satu perkara yang amat penting untuk memastikan game yang anda sedang bermain dapat dijalankan tanpa ‘laggy’. Fungsi RAM adalah untuk menyimpan aplikasi atau software bagi memastikan anda dapat menggunakannya tanpa perlu lebih lama. Saiz minimum untuk bermain game tanpa sebarang masalah lagging adalah 8GB. Dengan 8GB RAM anda dapat memainkan hampir semua game pada resolusi 1080p. 

Upgradekan RAM laptop jika anda memilikinya pada 4GB. Ayuh lihat senarai laptop gaming terbaik untuk anda dengan harga dibawah RM 2,000. Pasti ikut bajet anda!

11 Laptop Gaming Bawah RM 2,000 Pilihan Terkini Gamers

HP 14S-DK0000AX

RM 1470
HP
1. HP 14S-DK0000AX
Laptop gaming murah setanding jenama mahal
Updated on 27th August 2020

CPU : Ryzen 3-3200U  | Grafik : Radeon 530 2GB  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 1TB HDD  | Skrin : 14” HD  | Berat : 1.47kg

Walaupun laptop daripada daripada HP ini berharga bawah RM 1,500, ianya mampu digunakan untuk menggunakan pelbagai jenis aplikasi game tanpa sebarang masalah. Laptop dari jenama HP ini dilengkapi dengan kad grafik Radeon 530. 

Ianya agak ringan jika dibandingkan dengan laptop biasa yang lain serta mempunyai CPU berkuasa tinggi menjadikan laptop ini mampu bersaing dengan laptop jenama lebih mahal.

Lenovo IP330-15IKBR – 81DE01Y8MJ

RM 1620
Lenovo
2. Lenovo IP330-15IKBR – 81DE01Y8MJ
Laptop gaming sesuai untuk aplikasi lebih besar seperti PUBG
Updated on 12th August 2020

CPU : Intel i3-8130U  | Grafik : MX150 2GB  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 1TB HDD  | Skrin : 15.6” HD  | Berat : 2.2kg

Laptop daripada lenovo ini merupakan laptop yang mempunyai harga yang agak rendah serta dilengkapi dengan spesifikasi agak tinggi. Dilengkapi dengan kad grafik khas MX150, ia mampu menggunakan aplikasi game yang besar pada resolusi HD mahupun FHD. 

Ia juga dilengkapi dengan Intel i3-8130U yang membolehkan laptop ini berfungsi dengan laju dan lancar untuk menjalankan aplikasi-aplikasi lain.

Asus A407U-FBV062T

RM 1695
Asus
3. Asus A407U-FBV062T
Laptop gaming dengan spesifikasi fingerprint reader
Updated on 12th August 2020

CPU : Intel i3-7020U  | Grafik : MX130 2GB  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 1TB HDD  | Skrin : 14” HD  | Berat : 1.5kg

Laptop ini boleh digunakan untuk bermain game dengan agak baik. Ia mempunyai cip pemprosesan jenis i3 dan juga kad grafik daripada NVIDIA iaitu MX130 menjadikan laptop ini serba boleh. Ia juga agak ringan dan sesuai dibawa kemana-mana.

Lenovo Ideapad S340-14API 81NB0081MJ

RM 1955
Lenovo
4. Lenovo Ideapad S340-14API 81NB0081MJ
Laptop gaming dengan SSD berkapasiti 512GB
Updated on 12th August 2020

CPU : Ryzen 5-3500U  | Grafik : AMD Vega 8 ATI  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 512GB SDD  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.5kg

Dilengkapi dengan Ryzen 5-3500U daripada AMD, prestasi laptop ini setara dengan laptop dengan Intel i5. Ia juga mempunyai kad grafik yang cukup berkuasa untuk memainkan game seperti PES dan FIFA serta pelbagai lagi. Di samping itu, ruang simpanan sebesar 512GB SSD adalah sangat pantas.

ACER Aspire E5-476G-50WA

RM 1899
ACER
5. ACER Aspire E5-476G-50WA
Laptop gaming dengan optical drive, dilengkapi kipas terbaik
Updated on 12th August 2020

CPU : Intel i5-8250U  | Grafik : NVIDIA MX150 2GB  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 1TB HDD  | Skrin : 14” HD  | Berat : 2.1kg

Walaupun hampir semua laptop terkini sudah tidak memiliki fungsi ini, laptop ini masih lagi mempunyai Optical Drive untuk tujuan membaca dan mengubah data pada CD atau DVD. 

Kemampuannya untuk bermain game juga agak mengagumkan kerana ianya dilengkapi dengan Intel i5 dan NVIDIA MX150 yang mampu menampung pelbagai aplikasi game tanpa sebarang masalah.

Asus Vivobook A412D-AEK268T

RM 1979
Asus
6. Asus Vivobook A412D-AEK268T
Laptop gaming nipis, sesuai dibawa kemana-mana
Updated on 12th August 2020

CPU : Ryzen 5-3500U  | Grafik : AMD Vega 8 ATI  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 512GB SDD  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.5kg

Laptop daripada Asus ini mempamerkan rekaan terkini. Ia mempunyai skrin berbingkai nipis yang kelihatan premium. Kemampuan gaming laptop ini adalah setara dengan kebanyakan laptop yang disenaraikan di sini. Di samping itu, laptop ini dilengkapi dengan SSD dan juga skrin 14 inci FHD yang menjadikan skrin laptop ini lebih jelas.

Masa bergaming adalah terbaik untuk bersantai sambil relakskan minda anda!

Dell Inspiron 15 (5575)

RM 1799
Dell
7. Dell Inspiron 15 (5575)
Laptop gaming untuk Dota 2 serta dilengkapi bateri yang tahan lama
Updated on 12th August 2020

CPU : Ryzen 5-2500U  | Grafik : AMD Vega 8 ATI  | Memori : 8GB DDR4 SDRAM  | Storage : 1TB HDD  | Skrin : 15.6” FHD  | Berat : 2.2kg

Laptop ini merupakan antara beberapa laptop yang dilengkapi dengan 8GB RAM semasa anda membelinya. Laptop lain kebiasaannya hanya mempunyai 4GB RAM dan anda perlu menambah kapasiti RAM itu sendiri.

Dengan ketahanan bateri yang agak bagus, anda boleh bermain sepanjang hari tanpa risau untuk mengecasnya selalu. Ia juga dilengkapi dengan skrin FHD 15.6” membolehkan anda bermain game dengan skrin besar dan lebih jelas. Kelemahan laptop ini ialah ia agak berat.

Asus Vivobook Ultra A412 AEK156T

RM 3575.88
Asus
8. Asus Vivobook Ultra A412 AEK156T
Laptop gaming dengan kemampuan untuk edit video
Updated on 12th August 2020

CPU : Ryzen 5-3500U  | Grafik : AMD Vega 8 ATI  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 256GB HDD  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.5kg

Laptop ini mempunyai rekaan terbaru daripada Asus dan ia kelihatan agak premium. Dilengkapi dengan spesifikasi yang bagus untuk memainkan game serta mempunyai skrin beresolusi tinggi. 

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai Fingerprint sensor untuk mengurangkan masa bagi log masuk. Berfungsi juga sebagai tujuan keselamatan menjaga laptop anda daripada digunakan oleh orang lain.

Lenovo IP330-15IKB 81DE01YDMJ

RM 2149.47
Lenovo
9. Lenovo IP330-15IKB 81DE01YDMJ
Laptop gaming untuk kegunaan PES 2019
Updated on 12th August 2020

CPU : Intel i5-8250U  | Grafik : NVIDIA MX150 2GB  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 2TB HDD  | Skrin : 15.6” FHD  | Berat : 2.2kg

Laptop ini adalah antara laptop gaming terbaik pada harga bawah RM 2,000. Hal ini kerana ianya dilengkapi dengan unit pemprosesan berkuasa Intel i5 generasi ke-8 serta kad grafik NVIDIA MX150 yang berupaya untuk memuat turun pelbagai aplikasi game tanpa masalah ruang penyimpanan.

HP 14S-CF1025TX (5QJ42PA)

RM 1999
HP
10. HP 14S-CF1025TX (5QJ42PA)
Laptop Gaming yang ringan, sesuai untuk pelajar
Updated on 12th August 2020

CPU : Intel i5-8265U  | Grafik : Radeon 530 2GB  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM  | Storage : 1TB HDD  | Skrin : 14” HD  | Berat : 1.43kg

Laptop daripada HP ini mempunyai spesifikasi setara dengan laptop yang mempunyai harga sekitar RM 2,500. Ini disebabkan oleh laptop ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel i5 gennerasi kelapan. 

Dilengkapi pula dengan kad grafik oleh AMD iaitu Radeon 530 membolehkan laptop ini memuat turun pelbagai jenis aplikasi game dengan keperluan grafik yang rendah. Ia juga amat ringan dan sesuai digunakan untuk pelajar.

Lenovo IP330-14IKB (8MMJ)

RM 1999
Lenovo
11. Lenovo IP330-14IKB (8MMJ)
Laptop gaming dilengkapi dengan Intel Optane
Updated on 9th January 2020

CPU : Intel i5-8250U  | Grafik : Radeon 535 2GB  | Memori : 4GB DDR4 SDRAM   | Storage : 1TB HDD, 16GB OPTANE  | Skrin : 14” FHD  | Berat : 1.6kg

Laptop ini dilengkapi dengan Intel Optane yang memastikan kelajuannya di tahap maksima walaupun hanya menggunakan HDD. Ia juga dilengkapi dengan kad grafik yang sesuai untuk gaming iaitu Radeon 535 terbaik dalam penggunaannya bergaming

Laptop ini disempurnakan dengan cip Intel i5 yang berkuasa menjadikan laptop ini sebagai pakej serba lengkap untuk kaki gamers.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]tion.co. Terima kasih!

End of Article