Product in this article

Powerbank merupakan keperluan kerana ia membekalkan tenaga kepada telefon anda terutamanya semasa melakukan urusan penting di luar. Tidak perlu lagi mencari plug untuk mengecas smartphone anda. Hanya sambungkan sahaja kepada powerbank. Mudah dan ringkas.

Adakah Mi Powerbank Pro sesuai untuk kegunaan pada smartphone Samsung?

Mi Powerbank adalah antara powerbank murah yang terdapat di pasaran. Ia bukan sahaja murah, malah, turut mempunyai sokongan Qualcomm Quick Charge 3.0 dan Quick Charge 2.0 yang menyokong kebanyakan peranti flagship daripada Samsung. Secara kesuluruhannya, powerbank ini amatlah berbaloi untuk dimiliki jika anda memiliki peranti Samsung. 

Jom lihat senarai powerbank yang bersesuaian untuk kegunaan smartphone Android seperti Samsung;

10 Powerbank  Samsung Terbaik Pilihan Pengguna Android

Remax
1. Remax 10,000mAh Power Bank RPP-153
Powerbank berharga murah untuk Samsung J1
Powerbank berharga murah untuk Samsung J1
Remax
1. Remax 10,000mAh Power Bank RPP-153
Powerbank berharga murah untuk Samsung J1

Power bank ini amat sesuai digunakan untuk Samsung J1. Ia mempunyai dua slot pengecasan dan dilengkapi dengan kapasiti yang cukup besar untuk pengecasan sehingga 3 kali. Apa yang lebih menarik adalah harganya yang berpatutan, sangat sesuai untuk mereka yang mahu menjimatkan duit tetapi masih mengekalkan kualitinya.

Morui
2. Morui SN10 Slim
Powerbank nipis dengan rekaan menarik untuk Samsung J3
Powerbank nipis dengan rekaan menarik untuk Samsung J3
Morui
2. Morui SN10 Slim
Powerbank nipis dengan rekaan menarik untuk Samsung J3

Powerbank daripada jenama Marui ini mempunyai rekaan minimalis yang pastinya disukai ramai orang. Sesuai dipadankan untuk kegunaan Samsung J3 kerana kapasitinya sebesar 10,000mAh. Tiada lagi masalah kehabisan bateri semasa anda keluar bersantai bersama keluarga atau sahabat-handai.

Xiaomi
3. XIAOMI Mi Powerbank Pro
Powerbank murah dengan kemampuan Fast Charging untuk Samsung A8
Powerbank murah dengan kemampuan Fast Charging untuk Samsung A8
Xiaomi
3. XIAOMI Mi Powerbank Pro
Powerbank murah dengan kemampuan Fast Charging untuk Samsung A8

Power bank khas yang dikeluarkan oleh pengeluar peralatan pintar, Xiaomi ini tidak mengecewakan. Ia dilengkapi dengan kapasiti 10,000mAh yang mampu mengecas telefon anda sehingga 3 kali penggunaan.

Dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas, Qualcomm Quick Charge 3.0 yang mampu mengecas penuh Samsung A8 2018 dalam masa yang singkat. Power bank ini juga sesuai digunakan dengan peranti Samsung yang lain.

Rock
4. Rock P51
Powerbank kecil dan ringan untuk Samsung J1 Ace
Powerbank kompak untuk kegunaan dengan iPhone 5s
Rock
4. Rock P51
Powerbank kecil dan ringan untuk Samsung J1 Ace

Walaupun power bank ini mempunyai saiz yang kecil, namun kapasitinya adalah 10,000mAh. Dengan kapasiti Samsung J1 Ace yang kecil, anda dapat mengisi bateri sehingga 5 kali untuk sesebuah peranti. Harga powerbank ini juga adalah amat berpatutan dan kualitinya setanding dengan powerbank yang mahal.

Remax
5. Remax Proda Power Bank
Powerbank berkapasiti 20,000mAh untuk Samsung J2 Prime
Powerbank berkapasiti 20,000mAh untuk Samsung J2 Prime
Remax
5. Remax Proda Power Bank
Powerbank berkapasiti 20,000mAh untuk Samsung J2 Prime

Dengan kapasiti sebesar 20,000mAh, anda tidak lagi perlu risau kehabisan bateri ketika keluar. Powerbank ini juga mempunyai empat port pengecasan pantas membolehkan anda mengecas sehingga 4 peranti pada satu-satu masa. Untuk telefon seperti Samsung J2 Prime, ia bukanlah masalah untuk mengecas telefon tersebut.

6. 50,000M large-capacity charging treasure
Powerbank gergasi berkapasiti 50,000mAh untuk telefon Samsung anda
Powerbank gergasi berkapasiti 50,000mAh untuk telefon Samsung anda
6. 50,000M large-capacity charging treasure
Powerbank gergasi berkapasiti 50,000mAh untuk telefon Samsung anda

Powerbank ini sesuai untuk mereka yang memerlukan kegunaan ekstrim untuk mengecas pelbagai peralatan seperti lampu atau peralatan lain selain daripada mengecas telefon. Ia juga sesuai untuk mereka yang mahukan powerbank dengan kapasiti terbesar.

7. SOLAR Power Bank 10,000mAh
Powerbank solar yang sesuai dibawa untuk aktiviti outdoor
Powerbank solar yang sesuai dibawa untuk aktiviti outdoor
7. SOLAR Power Bank 10,000mAh
Powerbank solar yang sesuai dibawa untuk aktiviti outdoor

Powerbank ini boleh dikatakan unik jika dibandingkan dengan powerbank lain kerana ia boleh dicas dengan menggunakan tenaga solar. Jika anda mahu mengecas powerbank ini anda hanya perlu meninggalkannya dimana-mana sahaja yang terdedah dengan cahaya matahari. Menjadikan powerbank ini sesuai untuk dibawa bersama semasa berkhemah atau hiking.

Romoss
8. Romoss 30,000mAh Fast Charge Powerbank
Powerbank 30,000mAh - kongsikan bekalan tenaga buat gajet
Powerbank berkualiti tinggi hanya untuk iPhone 11 anda
Romoss
8. Romoss 30,000mAh Fast Charge Powerbank
Powerbank 30,000mAh - kongsikan bekalan tenaga buat gajet

Tidak kisah dengan power bank yang berat? Power bank ini dilengkapi dengan kapasiti yang sangat besar dan sangat sesuai untuk digunakan oleh ramai orang kerana dengan kapasiti ini anda dapat mengecas penuh sehingga 8-10 peranti.

Aukey
9. Aukey PB-XD12 Power Delivery 2.0
Powerbank 10,000mAh untuk S7 Edge
Powerbank 10,000mAh untuk S7 Edge
Aukey
9. Aukey PB-XD12 Power Delivery 2.0
Powerbank 10,000mAh untuk S7 Edge

Samsung S7 Edge mempunyai sokongan untuk Qualcomm Quick Charging 2.0 15W. Powerbank ini mempunyai sokongan untuk Qualcomm Quick Charging 3.0, 2.0 dan 1.0 membuatkan anda mampu mengecas Samsung S7 Edge dalam masa singkat jika dibandingkan dengan kebanyakan powerbank lain.

Samsung
10. Samsung ULC Wireless Battery Pack
Powerbank wireless terbaik untuk Samsung S9
Powerbank wireless terbaik untuk Samsung S9
Samsung
10. Samsung ULC Wireless Battery Pack
Powerbank wireless terbaik untuk Samsung S9

Samsung S9 bukan sahaja mempunyai fast charging dalam masa kurang dari sejam sahaja untuk pengecasan penuh, ia juga mempunyai sokongan pengecasan tanpa wayar. Pengecas daripada Samsung ini mempunyai kualiti yang terjamin dan juga menyokong pengecasan pantas oleh Qualcomm. 

Anda tidak perlu risau tentang masalah smartphone Android kekurangan bateri!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Gadget

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!