Product in this article

Projektor merupakan salah satu alat elektronik yang semakin berleluasa digunakan bukan sahaja di pejabat dan institusi pendidikan tetapi di rumah juga. Secara ringkasnya, projektor akan disambungkan ke komputer riba, telefon pintar atau terus dari USB serta isi kandungan yang hendak digunakan akan dipantul ke skrin dalam resolusi dan saiz yang lebih besar.

Kebiasaannya, faktor penting dalam pemilihan projektor adalah kualiti imej, saiz, ketahanan, kemudahan dan semestinya harga. Harganya murah tidak melambangkan samada produk itu tidak berkualiti atau sebaliknya malahan kadangkala barangan yang murah lebih bagus kualitinya.

1. VIVIBRIGHT GP80 LED 1900 Lumens HD Mini Portable Projector

Projektor dengan paparan visual HD dan resolusi LED 1080p

Harga mulai RM360.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM360.00

Projektor ini menawarkan kualiti visual HD yang terbaik melalui resolusi LED 1080p tidak kira didalam tempat yang terang mahupun gelap. Dilengkapi dengan 3D effect dan speaker, projektor ini menjadi pilihan pengguna untuk memaparkan visual dengan lebih sempurna. Paparan warna visual juga jelas dengan maksimum skrin boleh mencapai sehingga 130inci. Pengalaman visual yang sudah tentu tidak akan mengecewakan.

2. RD - 814 1080P Portable LED Mini Projector

Projektor jenis mini terbaik – saiznya kompak dan portable

Harga mulai RM115.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM115.00

Mini projektor ini sangat berkualiti tinggi dengan saiznya yang kompak dan portable, sesuai untuk digunakan dimana sahaja, pada bila-bila masa. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa projektor yang besar dan ianya menjimatkan ruang. Mudah disimpan di dalam beg galas, anda boleh membawanya untuk aktiviti outdoor seperti parti, perjumpaan keluarga, travelling dan banyak lagi. 

Dilengkapi kecekapan yang tinggi bagi memaparkan visual terbaik, simple dan mudah untuk dikendalikan. Ianya juga direka untuk menghalang pengumpulan habuk pada projektor ini membuatkan anda tidak perlu membersihkannya selalu. 

3. CHEERLUX C6 Mini LCD Portable LED Projector

Projektor dilengkapi dengan lens LCD – sesuai untuk rumah

Harga mulai RM999.90

search Cari produk di Lazada Malaysia

Projektor LCD terbaik yang menawarkan visual yang jelas walaupun pada siang hari. Sesuai digunakan untuk rumah tidak kira buat tontonan filem mahupun gaming. Projektor ini pasti akan membuat anda merasa berada di dimensi lain. 

Bercirikan 1200 lumens dengan nisbah kontras 1200:1 ini, akan memberi  kualiti gambar yang jelas, tajam, tahan lama dan prestasi warna unggul.

4. ACER C200 LED Portable Projector

Sesuai untuk guru mengajar – buat kegunaan di dalam kelas atau ruang yang luas

Harga mulai RM870.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM870.00

Projektor dengan berat sebanyak 350g ini, menawarkan ketahanan bateri yang tinggi, amat sesuai digunakan oleh guru didalam kelas bagi memudahkan proses pembelajaran tanpa kompromi terhadap kualiti visual. Dengan ketahanan bateri selama 4 jam ini, guru tidak perlu risau sekiranya kelas tidak mempunyai plug mengecas. 

Sumber cahaya LED menyediakan fungsi hidup atau mati dengan serta-merta, menjimatkan masa. Projektor ini juga boleh menjadi powerbank sekiranya peranti elektronik yang lain memerlukan bateri tambahan. 

5. CL720 Home LCD Projector

Projektor pilihan untuk outdoor dan tempat awam seperti kedai makan

Harga mulai RM733.50

search Cari produk di Lazada Malaysia

Kepuasan visual yang boleh mencecah 200 inci dan bunyi ditawarkan oleh projektor ini amat bersesuaian untuk kegunaan luar seperti outdoor dan tempat awam. Penggunaan 3000 lumens LED menjamin kualiti gambar yang amat jelas dilengkapi pula dengan built-in stereo bunyi (speaker). 

Projektor ini juga didatangi dengan 2 port input dan 2 port USB untuk memberi kemudahan paparan multi-interface. Ianya dilengkapi dengan 23 bahasa universal untuk kesenangan pengguna.

6. UC40 UNIC Portable Mini Projector

Terbaik digunakan dengan gajet bersistem android

Harga mulai RM193.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM193.00

Projektor versatil yang boleh disambung ke telefon pintar serta android ini berkemampuan untuk memaparkan imej sehingga 130 inci besar. Usah risau jika anda tidak mempunyai komputer. Gunakan sahaja gajet dengan sistem android. Hiburan, pembelajaran mahupun mesyuarat kini menjadi lebih menarik dengan adanya projektor ini.

Ianya mudah dikendalikan dan memberi kepuasan visual yang tinggi melalui resolusi HD. Tidak perlu untuk menutup langsir jika menggunakan projektor ini kerana kualiti gambarnya yang terang. 

7. VS627 LCD Projector

Sesuai untuk paparan visual di ruang luas seperti dewan buat tontonan filem

Harga mulai RM735.20

search Cari produk di Lazada Malaysia

Menawarkan pilihan saiz gambar yang berbeza serta penggunaan tenaga yang rendah menjadikan projektor ini amat bersesuaian bagi penggunaan dewan dan tontonan filem. Ianya boleh memantulkan visual sejauh dari 4 meter. Pengalaman menonton filem anda akan lebih bermakna dengan paparan sebesar 300inci.

Didatangi dengan perincian radiasi pengurangan cahaya untuk melindungi mata anda jika menggunakan projektor untuk tempoh masa yang panjang.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Elektronik

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!