Product in this article

Dunia masa kini tidak lengkap tanpa sambungan dengan rangkaian jalur lebar internet. Sudah menjadi seperti kebiasaan bagi setiap manusia, internet adalah satu keperluan seharian yang penting. Kerja, gaming atau hiburan serta sebahagian besar rangkaian komunikasi kini bergantung kepada jalur lebar internet. Maka tanpa internet, anda pasti ketinggalan dan komunikasi menjadi lebih sukar.

Dapatkan kelajuan dan kelancaran dalam melayari internet dengan seleksi produk router terbaik yang telah kami pilih berikut. 

Router terbaik untuk unifi

Sebuah router yang direka khusus untuk menepati keperluan internet berkelajuan tinggi, TP-Link membawakan produk berkualiti yang mampu memberi liputan sehingga 10,000 kaki persegi.

Tambahan, router ini juga menghasilkan signal WIFI yang menembusi dinding dan menjanjikan sambungan ke rangkaian jalur lebar internet tanpa batasan. Dengan kelajuan 450Mbps, router ini sesuai untuk kegunaan menonton video, gaming dan berkerja.

Router terbaik untuk rumah

Seleksi sistem lengkap untuk menampung keperluan internet di rumah anda, Tenda menampilkan produk sistem router dengan tiga mesh point utama. Router ini mampu meliputi seluruh kediaman anda dan memberikan rangkaian internet dengan frekuensi sehingga 5 Gigahertz.

Tambah menarik, router juga memiliki tetapan keselamatan Parental Control (pengawasan ibubapa) bagi mengawal jenis laman web yang boleh dilayari serta Firmware yang boleh dinaik taraf secara online.

Router terbaik digunakan untuk hotspot
3. PROLiNK Portable LTE WiFi Hotspot
Router terbaik digunakan untuk hotspot

Router hotspot mudah alih dari PROLiNK ini membolehkan anda mendapat sambungan ke rangkaian internet dimana sahaja pada bila-bila masa. Dengan kelajuan data sehingga 150Mbps, router ini boleh dicaj dan memiliki bateri yang mampu bertahan sehingga 9 jam.

Tambahan, router kecil dan ringan ini boleh digunakan oleh 10 peranti dalam masa yang sama, membolehkan anda berkongsi internet bersama keluarga dan rakan-rakan.

Router terbaik untuk gaming

Jika anda seorang gamer yang memerlukan sambungan internet yang lancar dan laju, router dari D-Link ini adalah pilihan yang sesuai. Router ini dilengkapi teknologi futuristik 11 AC WiFi serta AC SmartBeam yang memberikan internet kelajuan tinggi dengan signal kuat.  

Router ini juga memiliki Cloud Storage yang tersendiri dengan mydlink SharePort. Rancakkan gaming anda dengan internet kelajuan tinggi terbaik dari router ini.

Rangkaian internet 4G telah menjadi kegilaan masa kini kerana mempunyai kelebihan pada kelajuan serta kelancarannya membolehkan anda melayari alam maya tanpa halangan. Dengan router keluaran TP-Link ini, anda boleh mengecapi kelajuan internet 4G yang mencapai 300Mbps.

Router ini dilengkapi butang WPS yang membolehkan penetapan keselamatan dilakukan dengan mudah. Harga yang berbaloi untuk internet berkelajuan unggul, router ini adalah pilihan yang ideal untuk kegunaan domestik anda.

Router murah (dibawah RM200)
6. ASUS Modem Router WL-N DSL-N12E
Router murah dan bagus

Antara produk mampu milik untuk sambungan internet dengan prestasi penuh unggul, router dari ASUS ini mampu menyediakan kelajuan sehingga 300Mbps. Tambah menarik, router ini dilengkapi sistem tenaga efisyen yang menjanjikan penjimatan penggunaan tenaga elektrik sehingga 72%.

Dengan sistem keselamatan yang mudah diaktifkan melalui butang WPS, produk ini adalah pilihan ideal untuk kegunaan keperluan internet di kediaman anda.

Router dengan frekuensi tinggi

Inovasi telah menampilkan router dengan frekuensi lebih tinggi, membolehkan anda melayari internet dengan kejaluan yang unggul tanpa sebarang halangan. Router ini dilengkapi frekuensi 2.4 Gigahertz serta 5 Gigahertz dengan kelajuan mencapai 1,200Mbps.

Tambahan, produk ini membolehkan anda membuat tetapan Parental Control yang menghalang akses kepada sesetengah laman web, sesuai untuk kegunaan keluarga.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Elektronik

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!