Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
soundbar malaysia murah

8 Soundbar Murah Harga Terbaik Malaysia 2024 (Bawah RM500)

Nikmati kualiti audio terbaik hanya di rumah!

Percayalah, anda akan rasa lebih enjoy dan puas hati apabila mendengar lagu atau menonton movie dengan audio yang menberi impak yang mantap. 

Jadi tidak hairanlah kalau ramai yang dah beralih arah menggunakan soundbar di rumah untuk disambungkan dengan PC atau televisyen.

Lagipun speaker televisyan tak sama seperti speaker normal. Dengan penambahan soundbar terbaik, kami yakin dapat memberi kepuasan waktu me-time anda.

Apa tunggu lagi? Jom lihat senarai speaker TV terbaik dengan harga yang berpatutan untuk anda beli dan guna di rumah.


Senarai 8 Jenama Soundbar Murah Terbaik

RedMi 30W Sound bar
mulai
RM129.00
Semak Redmi 30W Sound bar Wireless Bluetooth 5.0 Home Theater harga dibawah:
add_circle Kuasa bunyi yang tinggi
add_circle Installation dua cara
add_circle Mudah dibawa
remove_circle Tidak sesuai untuk PC

Sebab menjadi pilihan utama:

Dengan harga yang murah, RedMi menawarkan fungsi soundbar yang menepati citarasa anda dan mempunyai reka bentuk yang bergaya dengan warna hitam matte.

Ciri-ciri:

Mempunyai ciri Home Theatre dimana menjadikan soundbar ini memberi impak audio yang sangat mengkagumkan.

Beratnya 1.5kg menjadikan mudah dibawa kemana saja tapi anda juga boleh install soundbar ini dengan dua cara iaitu melekap pada dinding atau letakkan pada meja.

Cara penyambungan, anda boleh guna dua cara juga iaitu wayar kabel AUX atau Bluetooth v5.0 jadi anda boleh sambungkan bersama alat peranti.

Review:

"Malam-malam kalau tengok Netflix memang macam dalam wayang, best sound dia. Murah dan berbaloi."

Soundbar dengan optical input
SonicGear
sonic gear soundbar
mulai
RM228.00
Semak SonicGear BT3500 Soundbar harga dibawah:
add_circle Mempunyai subwoofer
add_circle Potical cable disediakan
add_circle Audio jenis HD
add_circle Mempunyai sambungan Bluetooth
remove_circle Mempunyai banyak aksesori

Soundbar ini tidak seperti soundbar lain kerana mempunyai skrin LED Digital display dan boleh mencari frekuensi radio menggunakan soundbar.

Cara penyambungan terdapat empat cara iaitu; Input Auxillary, RCA, USB dan Bluetooth. Jadi anda boleh sambungkan soundbar ini kepada alat peranti juga.

Kualiti audio soundbar ini HD audio yang menyokong MP3 music playback dan jarak penyambungan Bluetooth hanya 10meter saja.

Untuk pengetahuan anda, berat soundbar 1.7kg dan berat subwoofer, 2.46kg. Alat kawalan jauh juga disediakan untuk setiap pembelian.

Cuma subwoofer untuk Sonic Gear ini diasingkan dengan soundbar jadi memerlukan ruang lebih besar untuk memuatkan set soundbar ini.

MEGRA soundbar
mulai
RM279.00
Semak MEGRA Soundbar Subwoofer Bluetooth 5.0 [T800X] harga dibawah:
add_circle Bass yang berkuasa tinggi
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Mudah membuat penyambungan
remove_circle Memerlukan banyak ruang

Dengan saiz 2.25 inci menjadikan speaker ini anda boleh letak di atas meja atau dipasang melekap di dinding.

Malah, speaker ini mempunyai alat kawalan jauh untuk anda mengawal dengan mudah.

penyambungannya mudah saja, anda boleh sambung menggunakan sistem Bluetooth, USB atau AUX input.

Jadi speaker soundbar ini sama seperti jenama lain, anda boleh sambungkan alat peranti menggunakan Bluetooth.

Dengan audio jenis 3D yang menyeluruh dan sokongan subwoofer membuatkan audio yang dihasilkan sangat puas hati.

Cuma, subwoofer jenama ini tidak disekalikan dengan soundbar jadi memakan sedikit ruang untuk meletakkan aksesori ini.

Soundbar wireless
Vinnfier
Vinnfier Hyperbar 303 M
mulai
RM279.00
Semak Vinnfier Hyperbar 303 M harga dibawah:
add_circle Mempunyai mikrofon
add_circle Mempunyai sambungan Bluetooth
remove_circle Memerlukan banyak ruang

Rekaan Hyperbar 303 M berbentuk ultra-kompak jadi khas untuk ruang terhad untuk diletakkan atas meja, dinding atau atas TV. 

Soundbar ini mampu menyampaikan bunyi sinematik untuk semua movie, sukan atau muzik.

Malah dengan setiap pembelian, anda akan mendapat set mikrofon dan subwoofer output power 60w.

Terdapat penyambungan Bluetooth 5.0v untuk anda sambungkan ke alat peranti jadi anda boleh karaoke dengan audio yang hebat.

sakura soundbar
mulai
RM99.00
Semak Sakura Detachable TV speaker Soundbar (80W - 2.1) harga dibawah:
add_circle Mempunyai sambungan Bluetooth
add_circle Menggunakan teknologi Dolby
add_circle Mempunyai dua jenis installation
add_circle Mempunyai paparan LED
remove_circle Saiz besar

Harga tidak sampai RM150 menjadikan soundbar sakura ini sangat bagus untuk dipasang pada TV.

Ini kerana mempunyai ciri 3 mod audio yang berbeza untuk movie, berita dan lagu.

Anda juga boleh menyambungkan apa saja dengan alat peranti menggunakan sistem Bluetooth, USB, TF Card atau AUX.

Menariknya lagi, soundbar ini anda boleh letak dalam bentuk menegak atau mengiring mengikut kesesuaian keadaan.

Malah, anda boleh pecahkan soundbar ini kepada dua bahagian. Menarik bukan? 

 

Soundbar untuk PC
Creative
mulai
RM185.00
Semak Creative Stage Air Compact harga dibawah:

Soundbar komputer ini mempunyai rekaan elegan dan minimalis berbanding soundbar speaker yang lain. 

Dengan kawalan fungsi Bluetooth 4.2 Wireless Stereo speaker ini boleh dimainkan sehingga jarak 10 meter.

Malah dengan frekuensi 2402 – 2480MHz sudah cukup untuk anda mendengar lagu walaupun berada jauh dari soundbar. 

Saiz bateri 2200mAh mampu menghidupkan soundbar sehingga 6 jam untuk penggunaan berterusan dan anda boleh bawa ke mana saja.

Soundbar dengan subwoofer
Xiaomi
mulai
RM138.88
Semak Xiaomi Mi Soundbar harga dibawah:
add_circle Mempunyai subwoofer
add_circle Bebas wayar
remove_circle Berat

Soundbar dari jenama Xiaomi ini dilengkapi dengan 6.5 inci subwoofer.

Subwoofer ini merupakan perincian khas untuk kesan bass atau kesan bunyi lebih tinggi. 

Lagipun soundbar yang mempunyai subwoofer sesuai untuk mereka yang ingin kesan bunyi khas didalam filem aksi. 

Kesan dari 8 unit bunyi soundbar Xiaomi ini memberikan kualiti bunyi yang stabil, crisp dan tidak berdegung.

Sesuai dengan kadar -0dB dikatakan baik untuk pendengaran manusia. 

Soundbar ini menggunakan Bluetooth atau plug AUX untuk disambungkan pada televisyen, komputer dan telefon pintar. 

Soundbar dengan bass bagus
Sony
mulai
RM368.00
Semak Sony HT-S100F harga dibawah:
add_circle Mempunyai 6 mod audio
add_circle Mempunyai USB
remove_circle Harga mahal

Model soundbar Sony yang ini tersenarai dalam kategori yang mempunyai ciri bunyi bass yang terbaik.

Malah anda boleh memilih audio mengikut citarasa dengan 6 pilihan cinema, music, auto standard, night dan vocal.

Walaupun saiznya kecil sedikit tapi dentuman audio dan frekuensi bass rendah menjadikan soundbar Sony ini sangat bagus.

Sama seperti model soundbar yang lain, boleh dimainkan menggunakan Bluetooth atau sambungan port USB. 

Jadi sangat mudah dipasang dan tidak memakain ruang yang banyak untuk soundbar ini.


Perbezaan Soundbar & Speaker

Secara ringkasnya, soundbar merupakan speaker versi kecil dimana memberi julat bunyi yang terhad, tidak seperti speaker. 

Selain itu, memiliki saiz panjang tapi kecil dan dimensi yang pendek supaya sesuai diletakkan di ruangan kecil.

Malah soundbar adalah untuk menggantikan speaker televisyen yang agak besar cuma penggunaan soundbar bergantung pada sesebuah rumah.

Sistem audio soundbar lebih fokus menambah baik kualiti audio televisyen atau komputer.

Jangan risau tetap lengkap dengan mod pilihan audio, bunyi bass, sambungan bluetooth dan pelbagai lagi. 

Tidak speaker yang saiz lebih besar, berat dan mampu memberi kelantangan audio seperti di konsert. 

Kalau tak mahu ganggu jiran sebelah, memadailah guna soundbar. 

Tapi anda boleh lihat video di bawah untuk mengetahui perbezaan dua teknologi ini dengan lebih terperinci.


Artikel Berkaitan

End of Article