Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

20 Idea Hadiah Terbaik Untuk Sang Suami Yang Tersayang

Tunjukkan rasa kasih sayang anda untuk hubungan yang berkekalan lama

Product in this article

Bilakah masa yang sesuai untuk beri kejutan kepada suami? Apakah hadiah yang terbaik untuknya?

Mungkin anda sedang berfikir, bagaimana nak beri kejutan istimewa buat suami tercinta? Sebenarnya tak susah pun. Dicadangkan pada waktu pagi, sebelum si suami bangun tidur, tinggalkan ucapan atau nota ‘’Selamat Hari Jadi’’, ‘’Selamat Ulang Tahun’’ atau ‘’Tahniah ke atas kenaikan pangkat!’’ di sebelah katil beserta hadiah yang ingin diberikan sekali.

Dengan cara ini, akan menaikkan mood si suami di pagi hari. Pergi ke kerja pun dengan rasa senang hati. 

Seperti yang diterangkan oleh pakar psikologi, emosi gembira di waktu pagi akan mempengaruhi mood sepanjang hari. Memberi kejutan di saat dia membuka mata adalah antara salah satu kejutan yang suami mungkin tidak akan jangka.

Jadi, naikkan senyuman suami dengan kejutan di pagi hari ya. Tetapi pasti suami anda mempunyai citarasa yang lain dari lelaki-lelaki di luar sana. Nah, apa kata lihat senarai dibawah untuk dipertimbangkan sebagai hadiah buat ‘other-half’ anda. Good luck!

Tree Bookshelf Compact Book Rack Bookcase

RM 44

Suami anda seorang yang gemar membaca buku tidak kira dimana sahaja dan suka tinggalkan buku merata-rata? Tak perlu bimbang, berikannya Tree Bookshelf Compact Book Rack Bookcase. Dengan harga yang sangat berpatutan, kini suami anda boleh lah menyusun koleksi buku kesayangan nya dengan cantik dan teratur. Macam di library.

MANGO MAN Pebbled Card/ Passport holder

RM 59.90

Sekiranya suami anda seorang yang kaki melancong, apa kata hadiahkan kepadanya Mango Man Card/ Passport holder ini? Ini memudahkan si suami untuk membawa passport mahupun kad kad penting kemana sahaja dan mudah untuk dibawa serta disimpan di dalam poket. Tidaklah tercicir merata-rata barangan berharga si dia.

Zen Aroma Ultrasonic White Diffuser with 7 LED Light (500ml)

RM 35.9

Muji-Inspired OEM Ultrasonic Aroma Diffuser ini sangat bagus demi menjaga kesihatan seisi keluarga. Ia mampu mengurangkan habuk dan debu kotor serta bau busuk yang mengelilingi rumah anda. Tidak perlulah anda risau tentang kesihatan anak kecil anda lagi. Letakkan air diffuser ini di tempat yang sesuai seperti ruang tamu atau bilik tidur. 

Suami anda pasti rasa tenang sahaja apabila pulang dari tempat kerja. Tambahan pula di musim jerebu ini!

HANZ DE FUKO Pomade Set

RM 21
4. HANZ DE FUKO Pomade Set
Bagi si suami yang ingin berketrampilan menarik

Kalau suami anda seorang yang serius dan sangat menitikberatkan penampilan atau kebersihan rambut, pomade set dari HANZ DE FUKO ini adalah hadiah yang paling sesuai buatnya. Kini, ada dan suami boleh lah melakukan rutin penjagaan kecantikan bersama.

Sony SRS-XB2/R Portable Speaker Bluetooth And Waterproof

RM 81
Terbaik untuk mereka yang gemarkan muzik dance

Semua orang pasti gemar menonton filem, bukan? Kalau mahu menonton filem pastinya anda inginkan volume yang tinggi. Terutamanya buat sang suami anda yang gemar untuk maraton filem, berikan si dia SONY SRS-XB2 Portable Wireless Speaker. Ianya mudah dan senang dibawa kemana sahaja, walaupun sedang bercuti. Kini, anda pun boleh menonton filem bersama suami.

Classic Monopoly Boardgame

RM 18.9
6. Classic Monopoly Boardgame
Untuk suami isi masa lapangnya di rumah bersama anda dan anak-anak

Sekarang ni, memang susah untuk mencari masa bagi meluangkan aktiviti bersama keluarga, kan? Apa kata anda hadiahkan suami dengan mainan board game seperti monopoly, UNO Card dan sebagainya. Dengan melakukan aktiviti seperti ini di hujung minggu, dapat mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain. Seronok, kan?

DERWENT Academy Colour + Watercolour Pencils Wooden Box Set

RM 96

Suami anda pandai melukis? Hebatnya! Apa kata berikan kejutan buatnya dengan set Derwent Academy Colour + Watercolour Pencils ini. Hadir dalam 48  pensil warna, suami anda boleh meluangkan lebih banyak masa dengan bakat lukisannya di hujung minggu.

TASTY ASIA Cookbook Recipes For Thermomix

RM 160.00

Siapa kata lelaki tidak boleh memasak? Nah, hadiahkan suami anda dengan Tasty Asia Cookbook Recipes sebagai hadiah hari jadi mahupun ulang tahun sekiranya dia mempunyai hobi memasak. Lihatlah suami anda beraksi bagaikan chef selebriti di dapur. Dari appetizer hingga ke dessert kini anda boleh merasa air tangan suami pula!

PROLiNK Full HD Smart Wi-Fi IP Camera CCTV

RM 149

PROLink Full HD Smart WiFi IP Camera CCTV ini sedia membantu dan melindungi keselamatan anda seisi keluarga. Tidak perlu berbelanja mahal membeli di kedai elektronik sekiranya CCTV ini mempunyai fungsi sama sahaja. Kini, anda tidak perlu risau tentang soal keselamatan lagi.

JBL T450BT Wireless On-ear Headphones

RM 219
JBL
10. JBL T450BT Wireless On-ear Headphones
Tenangkan hati suami anda dengan mendengar muzik melalui hadiah ini

Mesti anda rimas dengan suami yang sering kali memasang muzik dengan volume sangat kuat. Tak perlu risau, berikannya JBL T450BT Wireless On-ear Headphones. Dengan harga yang berpatutan, wireless headphone ini juga sangat mudah dibawa ke pejabat mahupun bersantai. Kini anda tidak perlu bimbang dengan bunyi bising muzik lagi.

Dior Sauvage Eau De Toilette

RM 114
Dior
11. Dior Sauvage Eau De Toilette
Pilihan wangian simple untuk suami – haruman yang menyegarkan

Pilihan paling simple untuk dihadiahkan buat suami adalah DIOR Sauvage Eau De Toilette Fragrance merupakan antara minyak wangi yang menjadi kegilaan ramai terutamanya buat kaum lelaki. Dengan haruman yang kekal lama dan wangi semerbak, suami pasti suka!

Morphy Richards 172002 Accent Coffee Maker Espresso

RM 450.00
Morphy Richards
12. Morphy Richards 172002 Accent Coffee Maker Espresso
Segarkan pagi suami anda dengan secawan kopi yang dibru khas

Suami anda obses dengan kopi? Berikan kejutan kepada dengan Morphy Richards 172002 Accent Coffee Maker Espresso. Ia sangat memudahkan rutin harian terutama di waktu pagi disaatnya terkejar-kejar ke pejabat akibat kekangan waktu. Sangat mudah digunakan, anda pun boleh tumpang sekaki.

AMAZON Fire HD 10 Alexa

RM 585

Ini dia, hadiah terbaik buat si gamers mania. AMAZON Fire HD 10 Alexa adalah di antara tablet yang menjadi pujaan hati bagi yang suka bermain online game. Dengan skrinnya yang luas dan paparan lebih jelas, suami anda akan terasa lebih selesa di saat menggunakan tablet ini. Ia juga sesuai digunakan bagi melayari internet.

Mesin Rumput STIHL FR3001

RM 415
STIHL
14. Mesin Rumput STIHL FR3001
Untuk suami yang meminati aktiviti gardening (berkebun)

Wah, suami anda seorang yang sukakan aktiviti berkebun? Ini dia Mesin Rumput STIHL FR3001. Ianya tidak terlalu berat, saiznya juga tidak terlalu besar. Sesuai dan senang digunakan untuk memotong rumput dan membersihkan halaman rumah. Kini, anda boleh lah melakukan gardening bersama suami tercinta.

CASIO MTP SW320L- 2AVDF Watch

RM 267
CASIO
15. CASIO MTP SW320L- 2AVDF Watch
Untuk suami yang trendy – terbaik buat si fashionis

Siapa yang tidak kenal dengan jenama terkemuka Casio? Jam tangan berjenama ini boleh diberikan pada suami sekiranya dia seorang yang gemar untuk bergaya. Rekabentuk yang sangat cantik dan klasik, pasti menjadi kegemaran suami anda untuk mengenakannya setiap waktu!

Oppo A71

RM 399
Oppo
16. Oppo A71
Hadiahi telefon pintar baru untuk suami anda sebagai tanda kasih sayang

Siapa kata smartphone murah tidak berkualiti? Sekiranya suami anda seorang yang berjimat tetapi sukakan teknologi dan masih ingin kekalkan gaya up-to-date, smartphone Oppo ini adalah pilihan terbaik buatnya. Dengan harga dibawah RM 500, smartphone mampu milik ini setanding dengan smartphone yang mahal. 

Canon EOS 1300D

RM 1436
Kamera DSLR murah
17. Canon EOS 1300D
Buat suami pencinta seni fotografi, hadiahkan kamera ini

Semua orang pandai mengambil gambar. Tapi apa yang membezakan mereka adalah minat yang mendalam. Sekiranya suami anda seorang yang sukakan fotografi atau mempunyai hobi mengambil gambar, hadiahkan si dia Canon EOS 1300D Camera ini. Say cheese!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article