Peminat baking, wajib ada sebuah stand mixer atau mesin uli tepung yang berkualiti.
Bukan apa, jika menggunakan mesin pengadun barulah adunan atau doh dapat menghasilkan tekstur yang gebu dan sempurna.
Mesin buat kek atau mesin penguli doh sememangnya akan memudahkan anda untuk menghasilkan roti dan kek dengan pantas serta mudah.
Anda tidak perlu pening kepala mencari stand mixer terbaik, kami bantu senaraikan pelbagai jenama dan harga mixer terbaik sebagai aset perniagaan atau pelengkap hobi dapur anda.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 18 Mesin Pengadun Terbaik di Malaysia
Sebab menjadi pilihan:
Hadir dalam warna merah yang cantik, stand mixer PerrySmith antara jenama yang paling dipercayai ramai pengguna dan mempunyai transparent pouring shield.
Sangat sesuai untuk newbie yang baru mula belajar baking atau buat roti sendiri.
Proses menambah bahan-bahan juga mudah dan boleh menampung sehingga 1kg tepung.
Ciri-ciri:
Sesuai untuk dapur kecil, hanya perlu tekan satu butang untuk mencondongkan kepala stand mixer semasa menambah bahan-bahan dalam mangkuk.
Mempunyai ciri multi-directional whipping dan dilengkapi 6 tetapan kelajuan yang boleh mengadun bahan dengan lebih sekata.
Gear stand mixer diperbuat daripada logam yang kukuh dan mempunyai kawalan kelajuan elektronik dengan motor jenis AC.
Kelajuan putaran maksimum 220 putaran seminit dan kelajuan putaran minimum 85 putaran seminit.
Mempunyai jaminan 2 tahun untuk motor dan diiktiraf SIRIM.
Rekaan:
Dengan transparent pouring shield, membolehkan pandangan penuh dalam mangkuk dan memudahkan untuk menambah bahan seperti tepung atau susu tanpa tertumpah di tepi stand mixer.
Malah, boleh melindungi campuran tepung dari lalat atau masuk bendasing seperti rambut.
Mixing bowl pula diperbuat dari keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan dari mesin dan mempunyai kapasiti untuk memproses sehingga 1kg tepung dan dua belas putih telur.
Stand mixer heavy duty dengan kapasiti mangkuk 5.5 liter dan panjang kabel 130cm.
Aksesori:
Gunakan akesori yang diberikan seperti dough hook, flat beater dan whisk untuk membuat kek serta pencuci mulut sendiri di rumah.
Whisk diperbuat daripada keluli tahan karat, dough hook logam dan flat beater yang mempunyai spray protection untuk yis dan adunan roti.
Whipping cream yang dihasilkan juga lebih gebu.
Tengok sahaja YouTube dan boleh siapkan satu biji kek untuk majlis hari lahir anak-anak di rumah. Lagi jimat kan!
Review:
“So far sangat berpuas hati. Sesuai untuk rumah kecil yang tidak mempunyai ruang dapur yang luas. Mixer ni sederhana je saiznya. Bunyinya pun tak kuat sangat. Yang paling saya suka dekat bahagian bawah tapak ada macam getah. Bila kita letak body mixer tu tak akan bergerak-gerak. Warna pun cantik merah terang, ringan dan berfungsi dengan baik.”
Mesin pengadun Butterfly Stand Mixer BSM-4366 ini mempunyai reka bentuk moden dan kemasan premium, sesuai untuk kegunaan di dapur rumah atau di kedai.
Ciri-ciri:
Stand mixer ini dilengkapi dengan mangkuk keluli tahan karat berkapasiti 6.5 liter, memberikan ruang yang mencukupi untuk mencampur adunan dalam jumlah besar.
Dengan motor berkuasa 1000W dan lima tetapan kelajuan serta fungsi denyutan, ia menawarkan fleksibiliti untuk menyesuaikan kelajuan pencampuran mengikut jenis resipi.
Pad sentuh elektronik yang besar memudahkan operasi, manakala ciri Electrical Cut-Out memastikan keselamatan dengan mematikan pengadun secara automatik apabila kepala diangkat.
Rekaan:
Reka bentuk stand mixer ini sangat ringkas dan elegan, sesuai untuk pengguna pemula dan profesional.
Dengan dimensi 454 x 310 x 380 mm dan berat bersih 6.05 kg, ia kompak dan mudah disimpan di dalam kabinet dapur.
Badan pengadun yang diperbuat daripada logam die-cast memberikan ketahanan dan kekukuhan tambahan.
Aksesori:
Setiap set stand mixer dilengkapi dengan mangkuk keluli tahan karat, cangkuk doh, pemukul, pemutar, dan pelindung percikan.
Aksesori-aksesori ini memudahkan anda untuk menguli doh, mencampur adunan, dan memutar krim dengan mudah.
Tambahan pula, mangkuk dan aksesorinya boleh dimasukkan ke dalam mesin pencuci pinggan mangkuk, memudahkan proses pembersihan.
Review:
Kebanyakan pengguna menyukai keupayaan pencampuran yang efisien dan kemudahan penggunaan stand mixer ini.
Mereka juga menyukai reka bentuk yang moden dan ketahanan produk ini.
Dengan jaminan satu tahun, Butterfly Stand Mixer BSM-4366 adalah pilihan yang hebat untuk anda yang mahukan mesin pengadun berkualiti.
Mesin pengadun jenama Breville ini menawarkan kemasan premium yang tahan lasak dengan reka bentuk moden dan tahan lama.
Siap dapat sekali mangkuk kaca yang kelihatan premium, sangat sesuai untuk anda yang gemar buat content.
Mesin pengadun ini juga sesuai untuk dijadikan mesin pengadun doh pizza kerana ia jenis heavy duty.
Ciri-ciri:
Stand mixer ini dilengkapi dengan Planetary Mixing Action untuk adunan menyeluruh yang sama seperti tukang pastri profesional, memastikan hasil berkualiti.
Sementara itu, mesin ini mempunyai double Scraper Beater yang boleh campurkan segala bahan sebanyak 1300 kali seminit, menjimatkan masa dan tenaga anda.
Ia juga mempunyai motor tork tinggi 900W dengan enam kawalan kelajuan elektronik yang dapat mengesan beban berat dan menyesuaikan kuasa secara automatik untuk mengekalkan kelajuan yang dipilih.
Mangkuk kaca borosilikat 4.7L yang jelas dan tinggi ini membolehkan anda memantau adunan anda dan ia tahan haba serta selamat untuk gelombang mikro.
Selain itu, sistem perlindungan motor melindungi daripada beban berlebihan dan memastikan ketahanan jangka panjang.
Rekaan:
Reka bentuk stand mixer ini sangat ringkas dan mudah digunakan, sesuai untuk pengguna pemula.
Panel kawalannya intuitif dan dilengkapi dengan suis keselamatan yang membolehkan kepala pengadun dicondongkan dengan mudah untuk pemasangan dan pengeluaran mangkuk.
Saiznya yang sederhana dengan dimensi 360 x 226 x 350 mm menjadikannya mudah disimpan dalam kabinet dapur.
Badan pengadun diperbuat daripada logam die-cast yang kukuh, menambah ketahanan produk ini.
Aksesori:
Setiap set stand mixer dilengkapi dengan mangkuk kaca borosilikat 4.7L dengan pemegang, sesuai untuk pelbagai jenis adunan.
Mixer double Scraper Beater yang boleh ditukar, memastikan semua bahan dicampur dengan sempurna tanpa perlu menyudip mangkuk secara manual.
Review:
Kebanyakan pengguna menyukai keupayaan pencampuran yang efisien dan kemudahan penggunaan stand mixer ini.
Pengguna juga menghargai reka bentuk yang elegan dan ketahanan produk ini.
Tambahan lagi, bunyinya tidak terlalu kuat, menjadikannya sesuai digunakan pada bila-bila masa tanpa mengganggu suasana sekeliling.
Sistem kawalan kelajuannya juga mendapat pujian kerana memudahkan penyesuaian mengikut jenis adunan yang disediakan.
Mesin penggadun Kenwood ini mempunyai kemasan premium, berbeza dengan jenama lain yang menggunakan salutan plastik.
Ciri-ciri:
Stand mixer ini mempunyai reka bentuk moden dan jaminan 12 bulan.
Mempunyai keupayaan untuk menyediakan salad, doh, mashed potato, putih telur, krim roti, dan krim susu, sangat sesuai untuk pemula yang baru nak belajar mengadun.
Dilengkapi enjin berkuasa 650W, boleh mengadung putih telur dalam masa 3 minit dan cake batter dalam masa 1 minit.
Pilihan kawalan kelajuan dengan kepala yang sepadan memudahkan penyesuaian mengikut jenis adunan.
Dilengkapi pelindung percikan yang transparent dan mempunyai saluran masuk untuk bahan-bahan, sangat sesuai untuk yang baru berjinak dalam dunia bakery.
Rekaan:
Reka bentuk stand mixer ini sangat ringkas, panel kawalannya mudah difahami dan sesuai untuk pengguna pemula.
Dengan suis keselamatan, kepala pengadun boleh dicondongkan dalam satu klik memudahkan pemasangan dan pengeluaran mangkuk.
Saiznya yang sederhana dan berat 2.6 kg membolehkannya dimasukkan di dalam kabinet dapur. Semasa dijadikan sebagai hand mixer, beratnya hanya 1 kg sahaja, jadi anda tidak terasa penat jika perlu menggunakannya lama.
Mangkuk keluli anti karat dengan kapasiti 3.5 liter pula sesuai untuk pelbagai adunan.
Tambah lagi, permukaan tapaknya juga tidak licin untuk mengelakkan gegaran.
Akesori:
Setiap set stand mixer dilengkapi 2 cangkuk yang boleh ditukar iaitu whisk, dan kneading hook untuk mengambil dan meletakkan adunan serta mengoleskan bahan cair dalam adunan.
Jangan risau, mangkuk dan aksesorinya boleh dimasukkan ke dalam mesin pencuci pinggan mangkuk kerana cangkuknya diperbuat dari bahan gred makanan aluminium die casting.
Review:
Kebanyakan pengguna menyukai warna stand mixer yang cantik dan nampak ekslusif serta eksklusif.
Ada yang dah cuba guna mesin untuk mengadun tepung dan memang senang nak guna.
Bunyinya juga tidak terlalu kuat dan boleh baking pada waktu malam serta bawahnya anti-slip.
Brand mixer terbaik Kitmens dilengkapi enjin DC 800W dengan jaminan 5 tahun dan mampu menguli sehingga 1.5kg tepung.
Panel kawalan dengan paparan digital, countdown timer dan butang mudah difahami oleh pengguna.
Ciri-ciri:
Paparan pintar LED yang jelas memudahkan pemantauan masa mengguli doh sehingga 30 minit.
Kelajuan boleh dikawal secara digital sehingga 8 kelajuan.
Bunyi bising pula serendah 52.6dB untuk persekitaran yang lebih tenang semasa berada di dapur.
Gear diperbuat sepenuhnya daripada keluli untuk tugas berat dan tahan lebih lama.
Dalam mangkuk keluli tahan karat 5.2 liter, anda boleh menguli hingga 1.5 kilogram tepung pada satu masa.
Ciri-ciri lainnya termasuk kaki getah non-slip dan smart cut-off untuk melindungi pengguna apabila kepala stand mixer diangkat.
Terdapat alat lain yang boleh juga digunakan sekali untuk tujuan lain seperti pasta, pengisaran daging, menghiris dan parut.
Rekaan:
Reka bentuk padat berdiri yang inovatif pertama di Asia membolehkan kesemua alat disimpan pada satu tempat, menjimatkan ruang dapur dan sangat sesuai untuk dapur kecil.
Ia turut menyokong khidmat ukiran peribadi untuk menjadikannya hadiah istimewa.
Hadir dalam warna merah burgundy yang klasik dan nampak elegan.
Motor DC pula lebih kuat, senyap dan lebih banyak cooling.
Aksesori:
Disertakan 6 item dalam setiap pembelian termasuk stand mixer Kitmens, splash cover & corong dan akesori lain yang semuanya dari keluli tahan karat gred 304 iaitu mangkuk adunan, balloon whisk, flat beater, dan cangkuk doh.
Jadi, semua aksesori ini tahan lama dan selamat digunakan.
Boleh diukir secara peribadi untuk dijadikan hadiah istimewa buat diri sendiri atau orang tersayang.
Review:
Pengguna menggemari alat ini kerana auto cut-off apabila kepala diangkat dan kualitinya yang bagus.
Bunyi whirring lembut dan timer terbina di dalam.
Logam yang sangat padat dengan cat matte sejuk dan menjadi pengadun berdiri kegemaran pengguna di dapur setakat ini.
Stand mixer dengan reka bentuk kartun Mickey Mouse ini sangat comel dan sesuai sebagai hiasan dalam dapur serta kegunaan seharian yang ringan.
Dilengkapi mangkuk 3.5 liter anti karat, enjin 250W dengan 6 kelajuan dan memudahkan anda menyiapkan pelbagai jenis adunan dengan cepat.
Ciri-ciri:
Enjin 250 watt yang mampu beralih antara 6 kelajuan berbeza membolehkan ia mengadun dengan sekata.
Tapak anti-slip pula memastikan stand mixer kekal stabil semasa beroperasi.
Dengan saiznya yang kecil, pengadun ini boleh disimpan di dapur yang sempit.
Turut mempunyai mangkuk keluli anti karat, tombol pengunci dan slaid untuk letak mangkuk adun yang boleh dilaras.
Rekaan:
Gabungan warna putih, hitam dan merah jambu pada stand mixer ini sangat sesuai dengan corak kartun popular Mickey Mouse.
Stand mixer jenis tilt-head yang memudahkan pengguna untuk mengeluarkan mangkuk pengadun dan mengeluarkan pemukul dari stand mixer.
Aksesori:
Dapat tiga jenis aksesori termasuk whisk, flat beater dan kneading hook, manakala plugnya pula jenis 3 pin.
Review:
"Stand mixer ni comel je, beli sebab nak collect edisi Mickey & Friends. Pengadun berfungsi dengan baik, hanya perlu kacau dengan spatula sebelum mencampurkan bahan lain. Ringan kerana diperbuat daripada plastik dan mempunyai getah di bawahnya sehingga tidak akan bergerak ketika mencampurkan."
Gunakan pengadun berdiri Samu Giken untuk membuat kuih raya, homemade pastri dan konfeti yang lazat yang akan membuat orang tersayang anda teruja.
Dengan fungsi berdiri dan tangan, sememangnya menjimatkan masa dan pilih mana-mana fungsi yang anda suka.
Ciri-ciri:
Pengadun Tatsumaki (berdiri dan tangan) Samu Giken model SM300SV mempunyai nilai voltan 220 dan kuasa 500 watt.
Terdapat lima pilihan kelajuan yang berbeza;
- Kelajuan rendah (1, 2) untuk memukul batter ringan/cecair, campuran putih telur atau tepung.
- Kelajuan sederhana (3) untuk proses pencampuran yang konsisten.
- Kelajuan tinggi (4, 5) untuk campuran whipping cake, sos dan sebagainya, serta menguli secara konsisten.
Namun, untuk kelajuan tinggi (4, 5), jangan gunakan lebih daripada satu minit untuk mengelakkan motor terlalu panas.
Gunakan kaedah hand mixer atau stand mixer dengan mangkuk adun.
Ia akan menjimatkan banyak masa dan tenaga anda kerana proses mengadun dan menguli dilakukan secara automatik oleh mesin.
Menggunakan dough hook, stand mixer ini mampu menguli sehingga 500 gram adunan roti yang menggunakan yis dalam masa 5 minit.
Adunan roti ini perlu diuli dengan betul supaya teksturnya lembut dan mengembang.
Selain itu, mesin pengadun ini boleh membuat wafel, pancake, krim, mayonis, sos dan lain-lain dengan menggunakan beater dan stand mixer.
Rekaan:
Dari segi reka bentuk, stand mixer Samu Giken nampak moden, tahan lama dan mempunyai badan yang tahan lasak.
Diperbuat daripada ABS dan mangkuk keluli tahan karat dengan kapasiti 3 liter.
Perkakas dapur ini dilindungi beberapa jaminan seperti jaminan 2 tahun untuk manufacturing defect dan jaminan dua minggu yang merangkumi perlindungan bahagian haus dan rosak.
Aksesori:
Setiap pakej pembelian termasuk satu unit mesin pengadun, satu unit mixer stand, 2x pemukul, 2x dough hook, 1x stainless steel bowl, buku tutorial pengguna dan 3 pin plug top.
Review:
"Mesin bunyi senyap. Mixer bersaiz sederhana sesuai untuk dapur sederhana, ringan dan speed 1 dah laju. Boleh juga bagi hadiah kahwin kepada kawan."
Reka bentuk mangkuk pengadun 5L yang besar sesuai untuk keluarga besar atau jamuan makan-makan di rumah.
Lebih selamat dengan pelbagai perlindungan keselamatan dan tetapan kelajuan memudahkan kawalan terhadap stand mixer Khind.
Ciri-ciri:
Mesin motor 1000w ini juga dilengkapi tetapan 6 kelajuan yang boleh dikawal mengikut keperluan.
Pilih sahaja sama ada ingin membuat doh, memukul telur atau fungsi mencampur bahan.
Dengan planetary mixing action, setiap bahan dicampur dengan sekata.
Mangkuk pengadun juga tahan karat dan boleh ditanggalkan dari mesin serta memudahkan anda untuk membersihkan stand mixer.
Rekaan:
Penutup percikan lut sinar juga tersedia dan reka bentuknya lebih mesra pengguna.
Jangan risau, stand mixer Khind turut mempunyai kaki getah tidak licin, stabil dan sukar untuk bergerak.
Jadi, mengurangkan pengeluaran bunyi ketika menggunakan stand mixer ini.
Aksesori:
Setiap pembelian diberikan pemukul, whisk, cangkuk keluli yang tahan karat dan spatula silikon secara percuma.
Review:
Warnanya cantik, sedikit besar dan berbunyi tapi boleh menguli doh dengan baik.
Melekat kuat pada lantai dan stabil dengan berat hanya 5.1kg.
Ada yang mencari stand mixer yang cantik tapi tetap berkualiti? Mesin pengadun Dessini Italy pilihan yang tepat.
Lagipun Dessini merupakan produk yang cantik dan sesuai dengan semua tema dapur.
Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk membeli stand mixer yang hadir dengan lima pilihan warna ini.
Terdapat warna merah, hitam, kelabu, biru dan merah jambu.
Lepas ini, dapur anda akan kelihatan lebih berseri dengan kehadiran mesin pengadun ini.
Ciri-ciri:
Kuasa motor dengan tenaga 1400w menjadikan mesin pengadun dengan putaran yang kuat serta pilihan yang sesuai untuk kuantiti yang banyak.
Dilengkapi dengan bahagian kepala yang boleh diangkat ke atas (tilt up) membuatkan stand mixer terbaik ini mudahkan anda untuk mengeluarkan doh yang telah siap diadun.
Lagipun rekaan mesin ini bercirikan ergonomik memberi keselesaan tangan untuk mengisi bahan kedalam mangkuk adunan dan mengeluarkan adunan atau doh.
Menariknya lagi, mempunyai enam pilihan kelajuan perlahan yang sesuai jika anda mahu membuat doh biskut atau roti.
Paling menarik, jika terdapat doh terpercik, jangan risau boleh dielakkan kerana mesin ini turut mempunyai ‘splash cover’.
Stand mixer dari Dessini tak mudah bergegar ketika digunakan kerana terdapat silikon pada tapak bahagian bawah untuk mengelakkan daripada tergelincir.
Rekaan:
Dengan kapasiti mangkuk 6.5 liter ini sesuai untuk anda yang memiliki anak yang ramai atau mereka yang baru saja mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kuih dari rumah.
Kelajuan tingginya pula boleh digunakan untuk bahan seperti krim atau untuk membuat aiskrim.
Aksesori:
Terdapat pelbagai aksesori tambahan iaitu flat beater, balloon whisk dan spiral dough hook yang akan memudahkan anda menguli, memukul atau mengadun bahan-bahan kek dengan mudah.
Jadi tiada isitilah tangan kotor ketika membuat kek!
Review:
Feedback dari pembeli Shopee juga rata-rata berpuas hati dengan mesin pengadun cantik ini.
Ada yang jadikan sebagai hadiah untuk para ibu dan dibuat sebagai koleksi tambahan perkakasan dapur.
Untuk anda yang perlukan mesin pengadun tahan lasak dan boleh digunakan untuk menguli adunan dalam kuantiti yang banyak, boleh dapatkan mixer terbaik dari Innofood.
Ini kerana merupakan stand mixer jenis heavy duty.
Ciri-ciri:
Mempunyai jaminan sehingga 5 tahun untuk bahagian motor manakala hanya setahun warranty untuk alatan lain pada mesin ini.
Turut dilengkapi dengan 11 pilihan kelajuan serta suis LED yang sangat memudahkan penggunanya untuk memulakan kerja-kerja mengadun bahan kek dan roti.
Jangan khuatir, motor mesin ini hanya 500w demi menjanjikan penggunaan tenaga yang rendah.
Terdapat kelebihan pada putaran mesin yang senyap dimana tidak mengganggu jiran sebelah.
Paling penting turut mempunyai sistem keselamatan kekunci supaya mangkuk tidak terkeluar atau tergelincir ketika proses memutar.
Rekaan:
Mesin ini direka khas untuk mereka yang gemar membuat pavlova kerana kapasiti mangkuknya cukup besar iaitu 7 liter.
Jadi memang sesuai untuk membuat meringue yang ringan dan kembang dengan cantik.
Manakala, struktur stand mixer ini amat teguh diperbuat dari keluli pada dan mempunyai berat 18 kilogram.
Cukup selamat jika diletakkan ditempat tinggi seperti meja atau kabinet dapur anda.
Dengan kemampuan menguli doh sehingga 1 kilogram, apa jua bayangan pastri anda pasti dapat terlaksana!
Aksesori:
Bagi setiap pembelian, anda akan dapat beberapa aksesori menarik.
Seperti flat beater, dough hook, silicone cream beater dan whisk, juga mempunyai splash guard yang akan menghalang bahan adunan daripada terpercik.
Sekali gus memastikan bahagian dapur anda kekal bersih.
Review:
Setiap ulasan dari pembeli di Shopee amat kagum dengan mesin ini.
Ramai yang bersetuju stand mixer Innofood cukup berbaloi, motor mesin senyap dan memberi putaran bersih sampai ke bawah mangkuk.
Mesin pengadun tepung dari Corvan ini menjadi idaman para suri rumah dan mereka yang gemar baking.
Tapi harganya boleh jatuh harga serendah RM400 ketika musim diskaun.
Tip kami, sentiasa add to cart mesin ini di aplikasi Shopee dan Lazada anda.
Ciri-ciri:
Bagi yang suka menonton televisyen atau berbual ketika baking, memang digalakkan untuk beli stand mixer ini sebab jenis senyap.
Motornya menghasilkan bunyi serendah 37 - 58 dB sahaja walaupun di pasang pada tahap kelajuan yang tinggi.
Ini kerana stand mixer jenama Corvan menggunakan motor jenis DC dimana lebih senyap, 50% jimat tenaga.
Penggunaan elektrik pun hanya menggunakan 600w walaupun stand mixer Corvan bersaiz sederhana.
Rekaan:
Mesin ini sangat mengutamakan keselamatan kerana mempunyai ciri sensor keselamatan dimana akan berhenti secara automatik jika bahagian motor kepalanya diangkat.
Malah jika berlaku lintar pintas elektrik, mixer secara automatik terpadam dan kembali pada kelajuan ‘0’.
Perbezaan mangkuk Corvan dengan jenama lain, ia ditambah dengan tempat pemegang mangkuk yang bersaiz 4.7 liter.
Jadi, pengguna boleh mengangkatkan mangkuk dengan mudah dan menuang adunan terus kedalam baking tray secara efisien.
Aksesori:
Set aksesori tambahan stand mixer Corvan terdiri dari wire whisk, flat beater dan dough hook.
Jika anda berangan nak buat doh piza, roti atau cupcake semuanya boleh dengan stand mixer ini.
Review:
Kalau baca review pengguna, kebanyakan mereka kagum dengan silent operation mesin ini.
Kelebihan mesin ini tidak bergoyang, ringan dan mangkuk adunan kukuh ketika proses memukul dan menguli doh.
Jenama alatan dapur KitchenAid dari Amerika Syarikat ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.
Memang terkenal dengan rekaan mesin pengadunnya yang cantik dan sesuai untuk pelbagai jenis tema dapur.
Setanding dengan harganya, kualiti produk ini memang bagus dan sangat berbaloi untuk dibeli.
Ciri-ciri:
Stand mixer KitchenAid mempunyai 10 pilihan kelajuan dan boleh digunakan untuk mencuba pelbagai jenis resepi.
Bahan-bahan untuk membuat roti atau kek juga akan diadun dengan sebati dan cepat kerana ia dilengkapi dengan ciri 59-point planetary mixing action.
Mesin pengadun KitchenAid turut mampu menghasilkan sehingga 9 dozen biskut atau 4.5 buku roti dalam satu-satu penggunaan.
Tak perlu tunggu lama-lama untuk siapkan makanan dalam kuantiti yang banyak. Jimat masa bukan?
Rekaan:
Walaupun memiliki saiz besar tapi menggunakan kuasa hanya 300w.
Ini kerana motor stand mixer dari jenama Kitchen Aid dipasang terus pada power hub, supaya tidak berlaku kekurangan atau putaran mixer yang lemah.
Kekerapan pusingan stand mixer ini terbaik dengan yakni memastikan setiap bahan dicampur dan diadun dengan baik sekali.
Aksesori:
Aksesori seperti flat beater, mangkuk dan dough hook mixer ini selamat untuk dibasuh dalam mesin pencuci pinggan.
Jadi akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan selepas siap digunakan.
Bukan itu sahaja, body stand mixer ini boleh dipasang dengan pelbagai attachment accessories yang lain seperti food grinder, ice cream maker, pasta roller & cutter dan banyak kali.
Cuma dijual secara berasingan dan boleh dapatkan melalui authorised seller Kitchen Aid.
Tak ada masalah jika anda buat doh piza, roti atau pasta dengan kuantiti yang banyak.
Ini kerana mesin uli tepung ini mampu memproses kira-kira 12 biji putih telur dan sehingga 1 kilogram tepung dengan setiap kali penggunaan.
Jadi anda tak perlu buat batch by batch, lebih-lebih lagi buat anda peniaga home-baker.
Review:
Teruja membaca review para pembeli di Shopee, stand mixer tidak bergoyang langsung walaupun dipaksa mengadun 500 gram tepung.
Bagi anda yang gemar membuat roti, stand mixer Kitchen Aid ini antara yang terbaik untuk menguli doh roti.
Nampaknya pencarian anda untuk dapatkan stand mixer bagus dan sesuai untuk sahabat atau ahli keluarga yang baru belajar pastri sudah pun berakhir dengan pembelian produk Panasonic ini.
Harganya cukup murah dan berpatutan!
Ciri-ciri:
Walaupun harganya murah, tapi dapat menghasilkan kualiti adunan yang dihasilkan tidak mengecewakan.
Lagi best, stand mixer ini mempunyai pilihan 5 putaran kelajuan pula setanding dengan penggunaan kuasa 175w yang rendah.
Bagi memastikan aktiviti baking anda dapat disiap dengan cermat serta efisien.
Bekas pengadun pula yang diperbuat daripada plastik yang berkapasiti 3 liter ini sudah lebih daripada cukup untuk anda buat sebiji kek dalam satu masa.
Jenama mixer terbaik untuk beginner ini wajib dimiliki oleh suri rumah atau individu bujang yang gemar membuat sendiri piza dan pemanis mulut.
Rekaan:
Stand mixer ini boleh dioperasikan dengan dua cara iaitu sebagai stand mixer atau hand mixer.
Jadi, anda boleh pilih mana-mana kaedah yang sesuai dengan adunan.
Disebabkan stand mixer ini boleh beroperasi dua fungsi, Panasonic berikan kelebihan wayar kabel sepanjang 1.7 meter.
Anda juga boleh bertukar mengadun hand mixer menggunakan mangkuk sendiri untuk dapatkan adunan kuantiti yang banyak.
Saiz yang kecil dan mudah alih sudah pasti menyenangkan anda untuk tujuan penyimpanan.
Aksesori:
Dilengkapi dengan aksesori seperti beater dan dough hook.
Review:
Kebanyakan pembeli menjadikan stand mixer Panasonic ini sebagai hadiah kahwin buat teman mereka.
Ada yang cukup teruja dengan kelajuan putaran dan rekaan stand mixer yang menarik.
Anda yang ingin memulakan perniagaan kek dari rumah secara kecil-kecilan boleh cuba dapatkan mesin pengadun dari Sunatur Stand Mixer model SM15110NL.
Ciri-ciri:
Saiz motor berkuasa 2200w dan tahan lama kerana motor yang disaluti tembaga yang tidak akan karat.
Walaupun saiz motor berkuasa tinggi tapi stand mixer 10 liter ini menggunakan tenaga yang rendah sekadar 220v.
Ini kerana putaran adunan yang kuat serta singkat menjadikan sebuah perkakas dapur yang menjimatkan elektrik.
Jangan risau, mesin pengadun yang besar dan berkualiti dijual pada harga cukup berpatutan kurang dari RM1000.
Tambahan pula, mesin pengadun ini mempunyai suis putaran dengan enam pilihan kelajuan beserta fungsi pulse.
Sistem yang selamat daripada tertekan terus pada putaran.
Mesin yang mempunyai berat 8 kilogram ini kukuh dan pada bahagian bawah kaki dipasang kaki getah supaya tidak berlaku pergerakan ketika mengadun bahan masakan.
Serta bentuk putaran 'planetary rotation’ memastikan adunan sebati hingga ke dasar bekas.
Rekaan:
Bekas pengadun yang muat dengan kapasiti 10 liter ini kami cadangkan 500 - 2500 gram tepung, doh seberat 3.75 kilogram, 5 hingga 40 biji telur dan 500 - 3000ml krim.
Ini sudah cukup membuktikan stand mixer ini besar dan boleh membantu anda untuk menyiapkan apa-apa pastri dengan cepat dan pantas.
Selain itu, stand mixer ini direka dengan ciri tetapan masa LCD atau timer di mana mesin akan berhenti secara automatik apabila masa yang ditetapkan telah tamat.
Jadi anda dapat mengikut rentak resepi mengadun dengan tepat, tidak seperti menggunakan butang knob.
Dalam masa yang sama anda boleh melakukan kerja-kerja lain seperti mengemas rumah atau memasak sementara menunggu.
Tak perlu bazirkan masa untuk menunggu.
Paling best, bahan-bahan seperti tepung dan telur juga boleh ditambah dengan mudah tanpa terpercik ke luar walaupun stand mixer sedang berfungsi.
Ini kerana mempunyai pelindung keselamatan dengan lubang yang terbuka (splash guard cover).
Review:
Ulasan pembeli pula mengatakan sememangnya berbaloi dengan ‘pelaburan’ terbaru mereka ini dengan Suntaur stand mixer.
Lagipun boleh menguli sehingga 5 kilogram bancuhan dan fungsi pulse seperti food processor.
Sangat memudahkan kerja!
Nak dapatkan hasil doh yang cantik untuk kek atau roti homemade anda?
Boleh realisasikan impian tersebut dengan mesin pengadun roti yang cukup popular ini.
Ciri-ciri:
Anda yang ingin membeli stand mixer The Baker boleh buat seberapa banyak buku roti yang diingini kerana mesin ini yang cukup tahan lama.
Walaupun dijamin dapat bertahan lama, warranty yang diberikan juga agak lama iaitu tempoh setahun.
Kelajuan motor mempunyai kuasa 1300w dan penggunaan tenaga elektrik yang normal 240v.
Menariknya lagi, stand mixer ini lengkap dengan rekaan mekanisme gear yang mantap.
Malah, mesin pengadun roti turut hadir dengan beberapa pilihan warna menarik seperti merah, aqua atau merah jambu.
Pilih sahaja warna kegemaran anda sebagai pelengkap nilai estetika dapur anda.
Rekaan:
Stand mixer ini mempunyai kebolehan untuk memproses sehingga 1.5-2 kilogram bahan campuran dengan kapasiti mangkuk sebesar 6.5 liter.
Jangan risau, stand mixer ini memang direka khas untuk mengendalikan adunan doh roti yang banyak.
Dengan mesin ini, anda boleh pilih putaran kelajuan tetap sehingga kadar enam dari butang knob yang mudah laras.
Aksesori:
Setiap pembelian anda akan dapat hook penguli khas untuk sebarang doh dengan yis seperti doh roti.
Uniknya lagi, aksesori tersebut mempunyai spray protection untuk mengelak dari berkarat.
Manakala alat whisk pula diperbuat daripada stainless steel supaya tidak mudah rosak atau calar.
Review:
Ulasan pengguna di Shopee pula mengatakan mesin pengadun The Baker memang membantu untuk membuat roti seperti prata.
Mesin ini juga tak akan tergelincir kerana bahagian kakinya merupakan jenis non-slip.
Kebanyakan resepi kuih atau kek memerlukan anda untuk memiliki mixer yang bagus agar makanan yang dihasilkan lebih gebu walaupun disiapkan dengan pantas.
Oleh itu, anda disyorkan untuk dapatkan mesin pengadun dari Midea ini kerana sangat murah dan berpatutan.
Ciri-ciri:
Mesin pengadun Midea mempunyai lima pilihan kelajuan dengan butang fungsi turbo.
Setiap bahan seperti krim, telur, tepung dan coklat dapat digaul dan sebati dengan mudah.
Walaupun stand mixer murah anda tetap boleh bakar kek, biskut raya, roti dan banyak lagi pilihan resepi pastri.
Anggaran mesin kecil ini boleh menyiapkan dua biji kek bersaiz 6 inci.
Stand mixer kecil dan murah ini menggunakan kuasa motor 400w dapat menghasilkan tekstur doh atau adunan yang terbaik sama seperti jenama stand mixer yang mahal.
Ciri lain lagi, stand mixer ini mempunyai sistem butang khas ‘One Touch Beater Ejector’ yang berfungsi untuk menukar pemukul tanpa perlu menarik keluar.
Jadi anda tidak perlu mengotorkan tangan untuk menanggal atau menukar aksesori.
Malah, bahan adunan tidak terdedah pada kotoran pada tangan.
Rekaan:
Bahagian kepalanya boleh diangkat bagi memudahkan anda untuk mengeluarkan adunan yang telah siap dicampurkan.
Sekaligus tidak akan mengotorkan mesin mahupun sekeliling dapur anda.
Reka bentuk stand mixer ini simple dan hanya terdapat dua pilihan warna merah dan hitam.
Aksesori:
Anda akan menerima set aksesori tambahan stand mixer Midea seperti mangkuk adunan stainless steel, dough hook, whisk dan turbo beater.
Review:
Ulasan dari para pembeli di Shopee rata-ratanya cukup positif dengan rekaan mesin yang cantik dan putaran adunan yang laju.
Para peniaga pasti memerlukan sebuah mesin pengadun khas untuk menyediakan adunan bahan yang banyak.
Stand mixer komersial dari SSODD antara yang boleh mengubah proses adunan kek, biskut atau roti anda lebih mudah dan cepat.
Ciri-ciri:
Merupakan sebuah mesin pengadun dengan kemampuan mangkuk adunan berkapasiti 20 liter yang mampu menguli 2 hingga 4 kilogram tepung doh dalam satu masa.
Rekaan:
Jangan risau, tiada masalah mesin bergegar kerana ia dikawal dengan sifat teguh mesin yang berat sekitar 65-70 kilogram.
Disamping bantuan kaki getah dibahagian bawah mesin supaya ia kekal stabil sepanjang proses mengadun yang banyak.
Mekanisma stand mixer ini direka dengan tuas bengkok yang boleh laras antara mangkuk pengadun dan kepala mesin.
Jadi anda boleh menambah kuantiti bahan dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan bekas pengadun atau menanggalkan hook.
Aksesori:
Sistem kuasa dengan 1100w dan 3 pilihan kelajuan tetapan bersama bantuan aksesori asas baking seperti flat beater, dough hook dan whisk.
Pilihan kelajuan ini dapat menyenangkan aktiviti-aktiviti baking anda di kedai bakery.
Review:
Pembeli cukup berpuas hati dengan rekaan stand mixer SSODD yang kukuh dan berat.
Mencari sebuah stand mixer yang murah? Pensonic Chef’s Like model PM-214 antara stand mixer yang paling murah dan mampu membantu proses menguli, mengadun dan memukul pelbagai bahan kek, biskut dan banyak lagi.
Ciri-ciri:
Ia juga boleh diubah kepada dua cara samada stand mixer atau hand mixer mengikut kesesuaian cara anda.
Mesin ini cukup ringan dan mudah dikendalikan bagi anda yang baru sahaja mula menggunakan stand mixer.
Lengkap dengan tetapan kelajuan 5 pilihan putaran dikuasakan dengan enjin motor bersaiz 200w.
Tambahan pula, mangkuk adunan stand mixer ini berputar secara automatik.
Jadi setiap saki-baki bahan adunan yang tertinggal dapat dicampur tanpa perlu proses pengasingan.
Ciri-ciri lain yang ada pada stand mixer Pensonic ialah saiz mangkuk 3 liter, jaminan produk selama satu tahun dan kelajuan turbo power.
Rekaan:
Walaupun rekaan mesin ini agak klasik dan hambar tapi masih mempunyai fungsi keselamatan seperti kepala mesin boleh diangkat untuk memudahkan proses menambah bahan dan ia mempunyai butang khas untuk menanggalkannya.
Aksesori:
Setiap pembelian akan hadir bersama dengan whisk dan dough hook yang hadir dalam 2 pasang.
Review:
Jualan stand mixer sebanyak 990 buah di Shopee, rata-rata pembeli suka dengan hasil adunan dari mesin kecil ini.
Ia mesra poket, mesra pengguna dan selamat.
Harga pula tidak sampai dari RM150!
Apakah Itu Mesin Adun Berdiri, Dan Bagaimana Ia Berbeza Daripada Mesin Adun Tangan?
Mesin pengadun atau stand mixer sudah tidak asing lagi dalam proses pembuatan roti, biskut, kek dan pelbagai lagi doh pastri.
Boleh dikatakan sesiapa sahaja kini pasti mempunyai satu hingga dua buah mesin pengadun dirumah.
Antara mesin inovatif dunia moden bagi mempercepatkan proses sebatian bahan-bahan kering seperti tepung dan yis dan bahan basah iaitu telur, krim, keju dan air.
Malah cara ini dapat mengelakkan dari berlaku pencemaran makanan, yang dahulunya digaul dan diuli menggunakan tangan.
Bukan itu sahaja mesin ini berperanan untuk menguli dan memukul bahan terutamanya untuk proses tepung doh supaya hasilnya mengembang.
Tapi ini semua bergantung kepada penukaran aksesori stand mixer yang hadir sekali pada mesin tersebut.
Sebagai contoh, whisk, dough hook, silicone bater dan banyak lagi.
Bahkan ada juga mesin pengadun boleh bertukar fungsi kepada pemotong, pengelek pasta, pengisar daging dan sebagainya.
Semua fungsi perbezaan ini dipasang pada bahagian kepala mesin, tetapi cuma hanya terdapat pada beberapa jenama dan sebagai aksesori tambahan.
Lagi satu, bonus untuk anda jika membeli stand mixer yang boleh ganti kepada hand mixer.
Jadi anda dapat mengawal proses adunan kerana hand mixer sesuai untuk bancuhan yang sedikit.
Penggunaan stand mixer pula untuk menjimatkan masa dengan anda tidak perlu menunggu adunan dan sangat baik untuk kuantiti bancuhan yang banyak.
Jika anda masih lagi berbelah-bagi untuk membeli sebuah stand mixer. Rasanya sudah tidak perlu ragu-ragu, beli je sebab pembelian yang sangat berbaloi.
Sebuah mesin yang kini dijual pada harga yang cukup berpatutan, 100% membantu anda kerja-kerja baking dan menjimatkan masa proses adunan secara efisien.
Apakah Fungsi Dari Masing-Masing Pengaduk: Whisk, Spiral (Dough Hook), Dan Beater?
Setiap alatan atau aksesori yang disertakan dengan stand mixer mempunyai fungsi dan memberi hasil yang berbeza pada adunan anda.
Cuma perlu diingatkan, stand mixer haruslah digunakan dengan hemah bagi mendapatkan bentuk doh, pekatan krim dan bancuhan kek yang sebati.
Secara asasnya, pengguna stand mixer akan diberi tiga alatan tambahan asas iaitu whisk, beater dan dough hook.
Mari kita kenal tiga alatan dan aksesori tambahan lain supaya setiap sajian pastri anda menjadi dengan sempurna:
-
Dough hook
Pemutar jenis bercangkuk ini amat sesuai untuk adunan doh tepung, yis, telur dan air.
Ini kerana stand mixer berupaya mengelakkan doh dari menjadi berketul dan dapat menguli doh dengan sekata.
Selain itu, dapat menjadikan tekstur doh terhasil dengan cantik, tidak melekat dan dapat menjadi gebu dengan sempurna.
Jadi, kalau anda nak buat roti, piza, baguette dan bermacam lagi roti pastri, pastikan stand mixer anda ada dough hook.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis dough hook iaitu spiral dough hook dan C-shaped dough hook.
-
Whisk
Nama pun whisk atau bahasa melayu, pemukul. Jadi, alat ini khas untuk memukul telur atau krim bagi menghasilkan adunan yang kembang, ringan dan sebati.
Jika dulu, sampai lenguh lengan untuk memukul telur tapi dengan stand mixer hanya tekan butang hidup saja.
Jadi anda boleh membuat meringue, butter dan marshmallow tanpa mengeluarkan peluh pun.
Cuma ingin diingatkan jika anda ingin membuat kek yang fluffy seperti Japanese Cheese Cotton Cake, wajib guna ballon whisk.
Bukan apa, anda akan dapat menghasilkan meringue yang ringan dan tidak jatuh apa mangkuk diterbalikkan.
-
Flat beater
Flat beater merupakan antara aksesori yang paling penting untuk stand mixer.
Ini kerana digunakan untuk penyediaan adunan yang efektif untuk krim mentega dan gula.
Sekaligus dapat memberi hasil kek yang gebu dan biskut yang rapuh.
Pemukul versatil ini juga sesuai untuk pelbagai jenis hidangan terutamanya untuk campuran berat seperti kek, biskut, pembekuan, kentang tumbuk dan juga roti daging!
Apabila anda ragu-ragu, dapatkan flat beater. Cuma diingatkan selagi adunan tidak berat, aksesori ini akan dapat berfungsi dengan baik.
Tapi sebelum ke alatan mesin pengadun seterusnya, jom lihat video berikut.
-
Silicone beater
Tidak semua jenama stand mixer mempunyai silicone beater ini, tapi anda masih boleh menambah sebagai aksesori tambahan.
Kegunaan silicone beater sama seperti flat beater tapi diperbuat dari silikon yakni beri kelebihan pada adunan jenis krim untuk tidak melekat pada pemukul.
Jadi anda tidak perlu bersusah-payah mengikis lebihan krim yang melekat.
-
Mangkuk pengadun
Wajib ada pada setiap stand mixer untuk membekalkan satu mangkuk atau bekas pengadun kepada pengguna.
Saiz mangkuk bergantung pada kapasiti dan kemampuan motor stand mixer.
Biasanya mangkuk dari jenis stainless steel untuk stand mixer yang mahal atau sekadar mangkuk plastik bagi stand mixer dari harga murah.
Tips dari kami, pilih mangkuk adunan yang lengkungan bentuk bulat supaya adunan dapat dipukul dengan sebati.
Bukan apa, ada pengguna akan mengalami masalah adunan seperti gula dan mentega tidak dipukul dengan baik dan terlekat bahagian dasar mangkuk.
Bagaimana Cara Memilih Stand Mixer?
Buat anda yang pertama kali nak beli stand mixer Malaysia tidak kira untuk kegunaan sendiri atau kedai pastry, kami akan bantu anda cara memilih stand mixer terbaik.
Kami kongsikan beberapa info yang perlu diambil kira untuk membuat pilihan tepat bagi memilih stand mixer yang terbaik.
Anda juga boleh menonton video berikut terlebih dahulu.
-
Kuasa motor
Jangan tertipu dengan stand mixer yang berkuasa motor bawah 250w.
Percayalah motor bawah 250w tidak akan mengadun bahan-bahan yang berat dengan baik.
Sebaiknya pilih dengan putaran kuasa dari 550w dan keatas kerana anda akan dapat menguli dan mengadun doh dengan sempurna.
Manakala bagi stand mixer yang berkuasa tinggi seperti 1000w motor biasanya dijual pada harga yang lebih tinggi.
Tapi itu semua bergantung juga pada jenis model, jenama dan kapisiti mangkuk stand mixer.
-
Penggunaan tenaga
Tidak lupa juga, stand mixer menggunakan tenaga elektrik yang standard iaitu antara 220 voltan - 240 voltan.
Jadi, hati-hati sebelum membeli, jangan terlebih dari kadar itu. Sentiasa baca spek stand mixer.
Kadar penggunaan elektrik yang biasa terdapat perkakasan dapur yang lain seperti microwave dan sebagainya.
Anda kena ingat, jika stand mixer digunakan terlalu lama boleh bawa kepada kos elektrik yang tinggi.
-
Tetapan kelajuan
Jika dilihat beberapa pilihan stand mixer diatas, anda pasti jelas dengan kepelbagaian tetapan kelajuan putaran yang terdapat dalam stand mixer.
Itu semua bagi menghasilkan adunan yang sebati dan doh yang tidak melekat.
Terdapat jenama stand mixer cukup dengan pilihan tiga putaran dan paling maksima sehingga 10 pilihan serta pilihan putaran turbo.
Adakah ini penting? Sebenarnya ciri ini mengikut keperluan resepi masing-masing.
Terdapat resepi kek atau biskut yang perlukan putaran adunan yang singkat tapi laju.
-
Saiz dan rekaan
Perkara utama untuk pilih stand mixer adalah lihat dari segi saiz dan rekaan stand mixer.
Saiz sebuah stand mixer bergantung pada berat dan material yang digunakan.
Stand mixer yang besar dan berat biasanya diperbuat dari keluli tahan karat atau campuran, manakala stand mixer yang ringan diperbuat dari plastik.
Jadi, pastikan anda pilih rekaan stand mixer yang selesa untuk digunakan, bukan hanya cantik semata-mata.
Selain itu, pilih yang mudah untuk disimpan, kepala mesin yang boleh diangkat dan bahagian aksesori atau attachment hook mudah ditanggalkan.
Jika anda buat survery stand mixer di kedai atau butik peralatan memasak, sebaiknya cuba lakukan perkara diatas.
Bukan apa, supaya anda faham dengan kegunaan peralatan.
-
Kapasiti adunan
Tanya pada diri anda terlebih dahulu sama ada untuk peralatan stand mixer ini untuk kegunaan apa untuk anda ketahui pembelian stand mixer mana yang berbaloi.
Jika sekadar untuk aktiviti baking mingguan di rumah, kami syorkan anda memilih kapasiti mangkuk adunan stand mixer bersaiz kurang dari 3 liter.
Tip dari kami, beli stand mixer yang boleh diubahsuai sebagai hand mixer, supaya anda boleh menukar mangkuk adunan yang lebih besar jika perlu.
Buat anda yang bekerja sebagai penjual roti atau bakers, dapatkan stand mixer yang bersaiz besar dengan kapasiti 4 liter dan keatas.
Jangan risau, terdapat banyak jenama stand mixer industri yang berupaya mengadun dan menguli sehingga ratus kilogram tepung.
Pilih mesin pengadun mengikut keupayaan kuantiti adunan, jika tidak ia boleh merosakkan resepi anda.
-
Sistem keselamatan
Aspek keselamatan pengguna perlu diutamakan juga terutama apabila melibatkan mesin.
Bukan apa, dengan kepelbagaian teknologi perkakas dapur terkini, stand mixer tiada tandingannya.
Anda boleh mencari stand mixer dengan butang sentuh pulse function dimana fungsi ini untuk menghidupkan stand mixer sebelum memilih putaran kelajuan.
Kaedah ini bagi mengelakkan berlaku risiko kejutan putaran dan mengelakkan dari kecuaian dari kanak-kanak.
Selain itu, terdapat juga sistem hook ejector bagi memudahkan anda menukar aksesori pemutar.
Kelebihan sistem ini untuk memastikan anda jauh dari risiko tercucuk atau terluka terkena hook.
Malah, bahan adunan juga tidak tercemar dari terkena dari tangan anda.
Perlu diingatkan sesetengah stand mixer mempunyai pouring shield iaitu penutup lutsinar dibahagian atas mangkuk adunan.
Aksesori ini dapat menghindar berlaku dari percikan tepung dan telur ketika dipukul. Jadi dapat mengurangkan kekotoran.
Jangan lupa juga dengan sifat stand mixer yang boleh tergelincir dari table top anda ketika berputar, lebih-lebih lagi bila mengadun kuantiti yang berat.
Anda dinasihatkan memilih stand mixer yang mempunyai kaki getah yang bertindak sebagai anti-slip.
Ataupun, anda boleh mendapatkan stand mixer yang berat atau diperbuat dari material logam.
Semakin berat stand mixer, semakin baik ia mengadun bahan dan paling penting tidak menyebabkan mesin bergoyang sehingga mengakibatkan motor rosak.
-
Sistem putaran
Terdapat tiga jenis sistem putaran atau pergerakan pada stand mixer iaitu rotary motion, planetary motion dan spiral mixer.
Setiap dari pergerakan ini memberi hasil adunan yang berbeza. Jom kita lihat!
Rotary motion - Hanya bahagian hook sahaja yang bergerak. Biasanya ada pada stand mixer bersaiz kecil atau boleh ubah sebagai hand mixer.
Rotary motion ini memerlukan lebih masa untuk memastikan adunan sebati dengan baik dan hanya terdapat pada mesin pengadun yang murah.
Planetary motion - Sistem putaran ini terkenal dan banyak digunakan oleh jenama stand mixer kerana dapat memberi putaran dua arah iaitu pergerakan kepala mesin dan hook secara bertentangan arah.
Teknik ini sangat berkesan bagi memberi hasil adunan yang sebati dan menjimatkan masa.
Spiral mixer - Sistem putaran khas untuk pembuat roti atau doh tepung.
Bagi stand mixer yang menggunakan teknik spiral mixer ia akan menggerakkan bekas adunan dan hook seiringan.
Teknik ini supaya doh tidak terdedah kepada haba yang boleh merosakkan doh.
-
Aksesori
Seperti yang telah kami jelaskan pada ibahagian alatan mesin pengadun, setiap stand mixer akan disertakan sekurang-kurangnya tiga aksesori asas iaitu whisk, flat beater dan dough hook.
Namun begitu, anda masih lagi boleh menambah sendiri aksesori yang lain seperti silicone cream beater, C-shape dough hook dan bermacam lagi.
Sebelum anda membeli mana-mana aksesori tambahan, sebaiknya dapatkan dari jenama atau model yang sama.
Elakkan pilih sembarangan stand mixer bagi mengelakkan gagal memasang hook pada kepala mesin.
-
Jenama
Dari 11 pilihan jenama stand mixer yang kami telah paparkan diatas, kesemuanya antara jenama yang berkualiti dan telah mendapat tempat dihati pembeli atas talian iaitu Shopee dan Lazada.
Jadi anda tidak perlu risau dari segi kualiti, keselamatan dan jaminan yang diberikan.
Nasihat kami, beli stand mixer dengan harga yang berpatutan supaya kualitinya terjamin.
Bukan apa, pembelian stand mixer yang terbaik merupakan pelaburan yang bagus dan dijamin boleh bertahan lama.
-
Jaminan produk
Dalam apa jua pembelian perkakasan elektrik, wajib untuk anda mengutamakan jaminan yang disediakan oleh pihak pengilang.
Kebiasaannya, stand mixer akan mempunyai satu atau dua tahun jaminan produk.
Apa Kelebihan dan Kekurangan Mesin Pengadun?
Sudah ramai yang tahu bahawa mesin pengadun tepung adalah alat yang sangat berguna di dapur, terutamanya bagi mereka yang suka baking dan buat kuih raya.
Tapi, adakah anda tahu kelebihan dan kekurangan menggunakan stand mixer? Mari kita lihat!
Kelebihan Stand Mixer:
-
Menjimatkan masa
Dengan menggunakan stand mixer, anda dapat mengurangkan masa dan usaha dalam membuat adunan.
Tak perlu lagi mengadun bahan secara manual, kerana stand mixer akan melakukan tugas itu untuk anda.
-
Konsistensi adunan yang sempurna
Stand mixer mempunyai kemampuan untuk mengadun bahan dengan konsisten dan sekata.
Jadi, adunan yang dihasilkan akan menjadi lebih halus dan sekata, dan tidak memerlukan banyak usaha dari segi penambahbaikan tekstur dan rasa.
-
Kemampuan membuat adunan yang banyak
Stand mixer mempunyai keupayaan untuk mengadun bahan dalam jumlah yang besar.
Ini sangat berguna jika anda ingin membuat adunan yang besar untuk keperluan majlis atau perayaan.
-
Multifungsi
Stand mixer dapat digunakan untuk membuat adunan roti, kuih, kek, whipped cream, dan banyak lagi.
Kekurangan Stand Mixer:
-
Harga
Stand mixer boleh menjadi agak mahal berbanding hand mixer, terutamanya bagi mereka yang menggunakan alat ini hanya pada waktu-waktu tertentu.
-
Ruang penyimpanan
Stand mixer biasanya memerlukan ruang simpanan yang besar kerana saiz dan berat perkakas dapur ini.
Jika anda mempunyai dapur yang kecil, anda mungkin perlu mempertimbangkan dengan teliti sebelum membeli stand mixer.
-
Sukar dibersihkan
Mesin pengadun terdiri daripada beberapa bahagian yang berbeza, dan anda perlu mengasingkan pengadun serta membersihkan setiap bahagian secara berasingan.
Kemudian meletakkan semuanya kembali bersama. Ini boleh menjadi banyak kerja dan mengambil banyak tenaga.
-
Kesukaran pembaikan
Stand mixer mempunyai banyak bahagian yang perlu dikendalikan dengan baik.
Jika alat ini rosak, pembaikan memerlukan kos yang tinggi.
Kesimpulannya, kelebihan dan kekurangan stand mixer perlu dipertimbangkan sebelum membeli alat ini.
Tapi, bagi mereka yang baking secara kerap, stand mixer adalah alat yang sangat berguna dan dapat mengurangkan masa dan usaha yang diperlukan dalam membuat adunan.
Apakah Penyelenggaraan Yang Diperlukan Oleh Mesin Adun Berdiri?
Dengan melakukan penyelenggaraan mesin adun berdiri, mesin dapat bertahan lebih lama dan terus berfungsi dengan cekap.
Berikut perkara yang perlu dilakukan untuk menyelenggara stand mixer:
- Bersihkan stand mixer anda selepas setiap penggunaan
Untuk pembersihan menyeluruh, leraikan setiap komponen pengadun seperti bekas adunan, whisk, dough hook, flat beater dan banyak lagi.
Selepas membersihkan stand mixer, pastikan anda keringkan dengan segera.
Walaupun telah lama tidak menggunakannya, bersihkan stand mixer dengan campuran air sabun dan lap guna kain microfiber.
- Jangan guna terlalu lama
Pastikan anda rehatkan stand mixer selama 15 minit untuk menyejukkanya selepas anda menggunakannya terlalu lama.
Ini untuk mengelakkan motor stand mixer dari menjadi panas dan terbakar.
- Periksa stand mixer secara berkala
Hal ini penting untuk mengetahui bahagian mana yang rosak, longgar atau jika ada wayar sambungan elektrik yang rosak.
Jangan gunakan pengadun berdiri jika kordnya rosak dan baiki dengan segera.
- Letak minyak pelincir
Sapukan minyak dua kali setahun pada komponen bergerak pengadun seperti gear mesin pengadun dan pelaras ketinggian mangkuk adunan untuk melancarkan pergerakan stand mixer.
- Simpan stand mixer dengan betul
Pastikan stand mixer disimpan di tempat yang sejuk dan kering serta bebas daripada sumber haba atau cahaya matahari.
Simpan wayar sambungan elektrik dan bahagian lain stand mixer secara berasingan daripada pengadun untuk mengelakkan sebarang kerosakan.
Selepas penggunaan biasa, laraskan ketinggian pengadun seperti yang diarahkan dalam manual mesin.
Apakah Perbezaan Antara Mesin Adun Berkepala Miring Dan Angkat Mangkuk?
Dua jenis pengadun berdiri yang sering digunakan untuk membuat pastri, kek, biskut dan roti ialah mesin pengadun berkepala miring dan mesin pengadun angkat mangkuk.
Perbezaan utama antara kedua-dua stand mixer terletak pada cara anda memasang mangkuk adunan.
- Mesin pengadun berkepala miring (tilt-head stand mixer)
Pengadun berdiri jenis ini mempunyai switch di mana kepala pengadun boleh dicondongkan ke belakang dan ke hadapan.
Ini memudahkan untuk menukar aksesori dan menambah bahan mengikut keperluan.
Lebih banyak pilihan warna, padat dan mudah dikendalikan, pengadun kepala miring biasanya lebih ringan berbanding pengadun angkat mangkuk.
Mempunyai ketinggian kira-kira 14 inci dan muat disimpan di bawah kabinet dapur.
- Mesin pengadun angkat mangkuk (bowl-lift stand mixer)
Mempunyai kepala yang tidak bergerak dan mangkuk adunan yang boleh dinaikkan dan diturunkan dengan tuas.
Dengan ketinggian sekitar 16 inci, pengadun angkat mangkuk boleh disimpan di atas meja.
Sangat sesuai untuk mengendalikan heavy dough atau untuk kumpulan besar kerana reka bentuknya yang lebih stabil.
Perbezaan antara tilt-head mixer dan bowl-lift mixer:
Ciri-ciri |
Tilt-Head Mixer |
Bowl-Lift Mixer |
Mangkuk adunan |
Kepala boleh dicondongkan dan boleh mengeluarkan atau memasukkan mangkuk |
Mangkuk perlu diangkat dan diturunkan menggunakan mekanisme mengangkat |
Kestabilan |
Umumnya kurang stabil, terutamanya ketika mengendalikan doh berat |
Lebih stabil kerana kepala pegun dan berat seimbang |
Kapasiti |
Kapasiti yang lebih kecil |
Kapasiti yang lebih besar |
Saiz |
Compact dan ringan, menjimatkan ruang dapur |
Lebih besar dan lebih berat serta memerlukan lebih banyak ruang |
Kesesuaian |
Sesuai untuk home bakers dan tugas yang lebih ringan |
Digemari tukang roti profesional dan mereka yang sering membuat adunan dalam kuantiti besar |
Tambahan pula, mesin adun angkat mangkuk biasanya lebih mahal berbanding mesin adun berkepala miring kerana kapasiti dan kestabilannya yang lebih besar.
Ringkasnya, pilihan antara tilt-head dan bowl-lift bergantung pada bajet dan keperluan utama anda.
Jika anda kerap membuat heavy mixture atau adunan dalam kuantiti yang besar, mesin adun angkat mangkuk merupakan pilihan yang lebih baik.
Walau bagimanapun, jika hanya untuk kegunaan harian di rumah untuk membuat resepi untuk diri sendiri atau keluarga, mesin adun berkepala miring sudah mencukupi.
Bagaimana Cara Membersihkan Mesin Adun Berdiri?
Bersihkan pengadun anda dengan teliti selepas setiap penggunaan untuk mengelakkan pengumpulan sisa makanan, kotoran dan minyak.
Jadi, stand mixer akan kekal dalam keadaan yang baik.
Berikut adalah panduan terperinci mengenai cara membersihkan stand mixer anda dengan betul:
- Sebelum membersihkan stand mixer, sentiasa cabut plug stand mixer dari soket elektrik untuk mengelakkan risiko kejutan elektrik dan menjamin keselamatan anda.
- Leraikan dan keluarkan sambungan semua aksesori stand mixer, termasuk mangkuk pengadun, pemukul, cangkuk doh, dan pemukul rata.
- Bersihkan mangkuk pengadun dan bahagian aksesori stand mixer dengan sabun pencuci pinggan atau di mesin basuh pinggan mangkuk, tetapi periksa manual perkakas terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat dengan mesin basun pinggan.
- Lap bahagian badan stand mixer dengan span atau kain lembap untuk menghilangkan sebarang percikan atau kotoran dari adunan kuih / sisa tepung.
- Pastikan air tidak terkena mana-mana bahagian elektrik dan keringkan semua bahagian sebelum dipasang untuk mengelakkan karat.
Sekiranya tidak mempunyai manual pengguna, anda boleh mencarinya dalam talian dengan mencari nombor model dan sentiasa ikuti arahan pengeluar untuk pembersihan stand mixer.