Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Mudahkan Kerja Semasa ‘Laundry Day’ Dengan 10 Mesin Basuh Toshiba Ini

Melaburlah kepada mesin basuh yang bagus untuk kesenangan hidup!

Product in this article

Toshiba telah menjadi jenama perkakas rumah yang terkenal daripada Jepun dan memiliki pelbagai jenis mesin basuh yang menepati keperluan rumah anda. Mesin basuh daripada Toshiba juga bermutu tinggi dan mempunyai teknologi tinggi yang memudahkan kerja-kerja pembasuhan harian anda serta tahan lama dan susah untuk rosak.

Berapa lamakah sesebuah mesin basuh boleh bertahan?

Secara amnya, mesin basuh boleh bertahan antara 12 ke 14 tahun, sementara pengering boleh bertahan lebih kurang 12 ke 18 tahun. Mesin basuh dan pengering sepatutnya bertahan sekurang-kurangnya 10 tahun. Namun, tempoh masa anda dapat menggunakan mesin ini bergantung kepada seberapa kerap anda menggunakannya serta jenis load dan model yang anda gunakan. 

Anda boleh membuat pelaburan satu kali (one-time investment) yang bijak dengan menggunakan mesin basuh yang mempunyai teknologi masa kini yang akan memudahkan kerja serta akan bertahan lebih lama supaya mesin tidak ‘over-worked’. Ayuh lihat senarai mesin basuh dari jenama Toshiba yang sering menjadi pilihan ramai;

10 Mesin Basuh Toshiba Terbaik di Malaysia 

Toshiba 7.2kg Automatic Washing Machine (AW-F820SM)

RM 619
Toshiba
1. Toshiba 7.2kg Automatic Washing Machine (AW-F820SM)
Mesin basuh automatik yang berkualiti tinggi dengan harga murah
Updated on 12th March 2020

Sesuai untuk yang bujang ataupun yang baru mendirikan rumah tangga mahupun yang ingin berjimat dalam berbelanja, mesin basuh ini berharga masih mengikut kemampuan bajet anda. Walaupun berharga sederhana, namun, mesin basuh ini menggunakan teknologi yang mengagumkan seperti Hydro Power Wash. Ianya memastikan sabun serbuk larut sepenuhnya dan tidak meninggalkan kesan pada baju. 

Mesin basuh ini juga mempunyai ciri Zero Standby Power yang menjimatkan eletrik dan juga sistem keselamatan kanak-kanak.

Toshiba 11kg Semi Auto Washer (TSB-VHH120WM)

RM 749
Toshiba
2. Toshiba 11kg Semi Auto Washer (TSB-VHH120WM)
Mesin basuh semi-auto 11kg – sesuai untuk keluarga berjumlah sederhana
Updated on 12th March 2020

Jika anda inginkan penjimatan berganda, mesin basuh semi auto ialah jawapannya. Kerana anda dapat mengawal jumlah air yang digunakan dan juga masa basuhan. Walaupun mesin ini berkos rendah, namun, mesin ini masih menggunakan teknologi signature daripada Toshiba.

Toshiba 9kg Circular Air Intake Washing Machine ( AW-H1000GM)

RM 896.75
Toshiba
3. Toshiba 9kg Circular Air Intake Washing Machine ( AW-H1000GM)
Mesin basuh untuk membasuh comforter agar tetap gebu
Updated on 12th March 2020

Mesin basuh model ini amat sesuai untuk tujuan membasuh comforter yang jenis gebu dan tebal kerana mesin basuh ini mempunyai ciri-ciri heavy wash. Selain itu, ianya mempunyai teknologi Hydro Twin Power yang menembusi lapisan dalaman comforter untuk menanggalkan kotoran dan juga memastikan comforter tidak bergumpal.

Teknologu Circular Air Intake pula memastikan angin yang masuk ke dalam mesin basuh ketika sesi spinning, menyelaputi seluruh comforter dan menggebukan comforter supaya ianya tidak lembik. Ini juga memastikan comforter kering dengan sebetulnya dan tidak lembap.

Toshiba 8kg The Great Wave Series Washing Machine (AW-J900DM)

RM 850
Toshiba
4. Toshiba 8kg The Great Wave Series Washing Machine (AW-J900DM)
Mesin basuh untuk membasuh toto yang berat
Updated on 12th March 2020

Mesin basuh model ini sesuai untuk membasuh toto yang tebal dan berat kerana saiz kapasiti dramnya lebar dan boleh memuatkan basuhan sehingga 8kg. Ditambah pula dengan teknologi The Great Waves yang menggunakan teknik Push Flow dan Spring Flow supaya toto yang dibasuh tidak bergumpal serta terikat dan membuatkan sesi spinning kurang berkesan. 

Mesin basuh ini juga mempunyai user friendly soft close lid iaitu penutup mesin basuhnya yang turun secara perlahan dan tidak bising ketika menutupnya.

Toshiba 7.5kg Inverter Washing Machine (TW-BH85S2M BH855)

RM 986.53
Toshiba
5. Toshiba 7.5kg Inverter Washing Machine (TW-BH85S2M BH855)
Mesin basuh jenis front load yang tidak bising
Updated on 12th March 2020

Mesin basuh ini mempunyai teknologi motor Real INVERTER yang merendahkan kadar bunyi mesin kepada 11.4% lebih senyap. Jadi mesin ini amat sesuai jika anda mempunyai anak kecil yang tidak boleh dikacau waktu tidurnya atau jika anda gemar membasuh baju ketika malam hari.

Mesin basuh ini juga mempunyai sistem pelindungan warna baju yang menggunakan air sejuk untuk mengekalkan warna baju supaya tidak luntur.

Toshiba Fully Auto Washing Machine AW-H1100GM (10kg)

RM 1029
Toshiba
6. Toshiba Fully Auto Washing Machine AW-H1100GM (10kg)
Mesin basuh 10kg – basuhan tidak mudah bergumpal
Updated on 12th March 2020

Mesin basuh ini amat sesuai untuk keluarga berjumlah besar dan sering membasuh pakaian dalam kuantiti yang banyak. Dengan teknologi power wash, mesin ini tidak akan menyebabkan baju anda bergumpal dan juga akan menyenangkan ketika waktu mengeluarkan baju yang telah siap spin daripada mesin. 

Mesin ini juga dijamin keselamatannya kerana penutup tidak mudah untuk dibuka dan dilengkapi dengan child lock. Jadi, anak anda pasti tidak mudah untuk membuka tanpa pengawasan.

Toshiba 9kg Dd Inverter Fully Auto Top Load (AW-DC1000CM)

RM 1148
Toshiba
7. Toshiba 9kg Dd Inverter Fully Auto Top Load (AW-DC1000CM)
Mesin basuh dengan teknologi penjimatan elektrik
Updated on 3rd August 2020

Mesin basuh ini mempunyai teknologi Zero Standby Power yang menjimatkan 20% kuasa eletrik dengan memastikan bahawa mesin basuh tidak menggunakan elektrik keika dalam standby mode. 

Kebiasaanya mesin basuh biasa akan menggunakan eletrik ketika standby mode dan akan memakan penggunaan elektrik lebih tinggi. Tetapi, tidak lagi dengan mesin basuh model ini!

Toshiba 11kg Dd-Inverter Nano Washing Machine (AW-DUH1200GM)

RM 1398
Toshiba
8. Toshiba 11kg Dd-Inverter Nano Washing Machine (AW-DUH1200GM)
Mesin basuh yang sesuai untuk membasuh baju bayi yang delicate
Updated on 12th March 2020

Mesin basuh ini amat sesuai jika anda ingin membasuh baju anak kecil yang halus dan delicate. Dilengkapi dengan teknologi Ultra Fine Bubble (UFB) yang meresap jauh ke dalam lapisan baju supaya baju akan bersih sepenuhnya dan juga tidak meninggalkan kesan sabun. 

Bukan itu sahaja, mesin basuh ini juga menggunakan kaedah Power Wash yang mengurangkan kerosakan pada pakaian lembut seperti pakaian bayi dan juga tidak akan mengecutkan pakaian bayi.

Toshiba Top Load Washer TSB-AWDG1500WMKK (14kg)

RM 1766.35
Toshiba
9. Toshiba Top Load Washer TSB-AWDG1500WMKK (14kg)
Mesin basuh yang tidak mudah merosakkan baju
Updated on 12th March 2020

Mesin basuh ini mempunyai ciri Handwash serta Delicates wash yang sesuai digunakan untuk baju yang bermaterial lembut seperti satin dan chiffon. Mesin ini juga mempunyai ciri Ultra White yang digunakan untuk membasuh baju putih dan mengekalkan kecerahan warna baju putih.

Toshiba Real Inverter Washer Dryer (TWD-BH90W4M)

RM 4399
Toshiba
10. Toshiba Real Inverter Washer Dryer (TWD-BH90W4M)
Mesin basuh 2-dalam-1 dengan dryer, tak perlu lagi menyidai baju
Updated on 12th March 2020

Mesin basuh dengan dryer ini ialah salah satu one-time investment yang menjimatkan kerana mesin ini berkualiti tinggi dan juga tahan lama. Disebabkan mesin basuh ini mempunyai built-in dryer, ianya tidak memakan ruang yang luas dan sesuai untuk rumah apartment yang tiada ruang untuk menyidai baju.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article