Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
mini fridge murah

12 Peti Ais Mini Terbaik Malaysia 2024 (Harga Murah & Berkualiti)

Peti sejuk kecil yang boleh dibawa kemana sahaja!

Walaupun bersaiz mini tapi kewujudan peti ais ini sangat berguna untuk penyimpanan stok makanan peribadi seperti coklat, air tin, kek dan banyak lagi.

Lagipun peti ais kecil boleh dikatakan barang perlu ada terutama mereka yang menginap di bilik sewa atau para ibu yang menyusu badan untuk menyimpan stok susu mereka.

Harga peti sejuk mini atau harga peti ais 1 pintu tidak mahal dan tidak juga murah, tetapi berpatutan untuk dimiliki.

Kalau anda sedang mencari peti ais mini murah atau peti ais mini Shopee, anda berada di tempat yang betul.

Jadi jom kita lihat harga peti ais mini dengan saiz peti ais yang sesuai untuk kegunaan harian anda.


Senarai 12 Peti Sejuk Mini

Peti ais mini terbaik secara keseluruhan
Sharp
Sharp Mini Bar Refrigerator SJM60MK
Semak Sharp Mini Bar Refrigerator SJM60MK (50L) harga dibawah:
add_circle Mudah dibuka
add_circle Manual defrost
add_circle Terdapat bekas buat ais
add_circle Tempoh jaminan 12 bulan
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Jika rasa tak cukup dengan peti ais biasa di rumah, anda boleh dapatkan peti ais mini bar Sharp dan jadikannya sebagai peti ais kedua. 

Ciri-ciri:

Ini kerana saiz fridge mini 50ml ini dah memadai untuk simpan stok ekstra bahan mentah seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan pencuci mulut seperti puding.

Nak jadikannya sebagai peti ais khas dalam bilik tidur untuk simpan yogurt, susu kotak, jus buah dan air mineral juga boleh. 

Jadi, tak perlu ke bangun menuju ke dapur jika anda haus pada waktu tengah malam. 

Ruang dalaman peti ais memang luas dan lengkap dengan rak bertingkat pada bahagian pintu peti. 

Tak ada masalah makanan dan minuman botol besar untuk disusun mengikut citarasa anda.

Bahagian kaki peti pula boleh dilaraskan mengikut keperluan pemilik peti sejuk. 

Review:

"Kompresor peti sejuk berfungsi dengan baik dan senyap. Saiznya yang kecil sesuai digunakan untuk letak dalam bilik. Selain boleh simpan buah dan kek, boleh juga guna untuk simpan susu badan ibu untuk bayi."

Peti sejuk mini portable
Baseus
peti sejuk xiaomi
Semak Baseus Mini Refrigerator harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa
add_circle Pemegang jenis kulit
add_circle Boleh guna dalam kereta
add_circle Sesuai untuk simpan buah & minuman
remove_circle Harga sedikit mahal

Apa yang menarik perhatian tentang peti sejuk Baseus ialah reka bentuknya yang cukup cantik jika diletakkan di bilik tidur atau ruang tamu. 

Bahagian badannya direka dengan cermin pada bahagian depan untuk memudahkan anda lihat isi kandungan peti sejuk. 

Terdapat 2 pilihan saiz iaitu 8L dan 13L (sesuai untuk simpan produk skincare). 

Suhu peti sejuk kompak ini dari 25 darjah Celcius hingga serendah 14°C-16°C. 

Boleh muat hingga 8 tin minuman berisipadu 330ml, jadi nak simpan makanan seperti bento juga tiada masalah.  

Mini peti sejuk beku
Hisense
hisense mini bar
Semak Hisense Mini Bar 60L RR60D4 harga dibawah:
add_circle Terdapat rak botol 2 liter
add_circle Suhu peti boleh diubah
add_circle Beroperasi dengan senyap
add_circle Boleh simpan buah & susu
remove_circle Harga mahal

Kini anda boleh simpan dan nikmati minuman kegemaran di dalam bilik tidur kerana peti ais kecil ini sesuai diletakkan di mana sahaja tanpa memakan ruang yang banyak. 

Ini kerana bahagian dalam peti ais Hisense berkapasiti 60L ini mampu memuatkan air kotak, botol mineral, coklat serta yogurt. 

Paling best, mempunyai ruang khas untuk sejuk beku, jadi anda boleh simpan barang makana seperti daging burger frozen atau aiskrim.

Jangan risau, makanan sejuk beku anda pasti dalam keadaan baik untuk tempoh masa yang lebih lama. 

Bahagian kakinya pula boleh diubah, oleh itu tiada masalah jika diletakkan di atas permukaan lantai yang tak rata sekali pun.

Peti sejuk mini untuk simpan susu ibu
Pensonic
peti mini pensonic
Semak Pensonic Mini Bar With Freezer Compartment (45L) PMF-661 harga dibawah:
add_circle Anti kondensasi
add_circle Kaki peti boleh laras
add_circle Kabinet tidak berkarat
add_circle Terdapat fungsi Semi-Auto Defrost
add_circle Mempunyai bekas buat ais
remove_circle Harga agak mahal

Peti sejuk saiz mini ini sesuai dimiliki oleh individu bujang yang nak jimat penggunaan tenaga di rumah kerana tidak menggunakan tenaga yang begitu banyak. 

Walaupun mampu menjimatkan penggunaan elektrik tapi peti ais Pensonic ini turut dilengkapi dengan ruang sejuk beku (freezer) yang bersuhu -1 hingga 1°C.

Bahagian ini sesuai dijadikan untuk simpan aiskrim atau daging supaya tahan lebih lama. 

Manakala suhu ruang dalaman peti untuk simpan minuman dan yogurt pula ialah dari 0-10°C.

Sesuai juga digunakan sebagai peti sejuk khas untuk simpan stok susu badan ibu untuk bayi anda.

Peti ais mini jimat elektrik
SwissThomas Portable Car Freezer
Semak SwissThomas Portable Car Freezer harga dibawah:
add_circle Mempunyai 2 saiz
add_circle Terdapat 2 fungsi
add_circle Rak boleh ditanggalkan
add_circle Boleh simpan susu ibu
add_circle Pelbagai pilihan warna
remove_circle Tidak boleh buat ais batu

Peti ais SwissThomas ini boleh digunakan di rumah atau diletakkan dalam kereta ketika pemanduan jauh kerana terdapat 2 jenis kabel adapter untuk rumah dan kereta. 

Selain sesuai untuk simpan buah dan minuman, peti ais mini ini juga boleh digunakan untuk simpan produk penjagaan kulit seperti serum dan face mask

Ciri lain lagi, mampu memuatkan sekitar 4-6 botol air mineral 550ml atau 8 hingga 15 tin air bergas 330ml. 

Peti sejuk berkapasiti 8 liter mempunyai suhu sejuk dari 12°C-16°C manakala peti berkapasiti 13.5L pula boleh sejukkan minuman hingga 2°C-5°C.

Alat ini menggunakan operasi semikonduktor yang jimat tenaga dan 100% mesra alam sekitar. 

Paling penting, ia tidak mengeluarkan bunyi yang kuat ketika sedang berfungsi.

Midea Mini Bar Refridgerator MDRD86FGG
Semak Midea Mini Bar Refridgerator MDRD86FGG harga dibawah:
add_circle Boleh kawal suhu
add_circle Kapasiti peti 50L
add_circle Terdapat bahagian chiller berasingan
add_circle Pintu peti boleh dibuka secara terbalik
remove_circle Harga mahal
remove_circle Berat

Peti ais Midea ini pula sesuai dimiliki oleh pelajar universiti atau individu bujang yang menyewa bilik.

Ini kerana boleh digunakan untuk simpan minuman dan makanan seperti telur dan mentega dengan mudah. 

Malah direka dengan kaki yang boleh dilaraskan mengikut keperluan dan boleh juga digunakan untuk simpan produk-produk skincare seperti sheet masks. 

Peti ais ini juga nampak moden kerana berwarna kelabu, jadi sesuai dipadankan dengan semua jenis tema dapur atau bilik.

Peti sejuk mini dalam kereta
Propappa Mini Fridge
Semak Propappa Mini Fridge harga dibawah:
add_circle Boleh guna di rumah & dalam kereta
add_circle Boleh simpan produk skincare
add_circle Tidak berbunyi bising
remove_circle Tak begitu sejuk

Memang tak rugi kalau tak beli peti ais mini ini jika anda dan keluarga gemar minum minuman sejuk ketika dalam kereta untuk balik kampung. 

Mempunyai rak dua tingkat yang boleh memuatkan air tin, air mineral botol, buah-buahan atau yogurt. 

Terdapat dua pilihan saiz peti ais iaitu 8 liter dan 15 liter, jadi pilih sahaja ikut kegunaan harian.

Tak perlu risau jika peti ais tiba-tiba rosak sebab ia turut menawarkan tempoh jaminan selama 24 bulan.

Peti sejuk mini untuk simpan makanan
Morgan
Morgan 50L MMB-NB62LSL MINI BAR Refridgerator
Semak Morgan 50L MMB-NB62LSL MINI BAR Refridgerator harga dibawah:
add_circle Kapasiti 50L
add_circle Bebas gas CFC
add_circle Termostat boleh diubah
add_circle Tempoh jaminan 1 tahun
remove_circle Harga sedikit mahal

Ruangan dalaman peti sejuk mini Morgan bukan sahaja boleh memuatkan air tin dan air kotak malah terdapat ruang untuk simpan ais. 

Peti yang menggunakan kuasa 58W ini turut sesuai digunakan untuk simpan coklat, buah, puding, yogurt, susu dan produk skincare seperti face masks dan krim mata. 

Peti sejuk ini juga merupakan peti yang mesra alam kerana tidak membebaskan gas CFC (Chlorofluorocarbons).

Peti ais kecil untuk bilik
8L Mini Fridge Mirror
Semak 8L Mini Fridge Mirror harga dibawah:
add_circle Portable
add_circle Rekaan menarik
add_circle Boleh guna untuk kereta
add_circle Boleh simpan buah & coklat
remove_circle Tak muat untuk simpan air mineral botol besar

Kalau anda seorang kaki penjagaan skincare, memang wajib ada peti ais kecil dengan kapasiti 8L ini.

Peti ais ini boleh digunakan untuk simpan stok sheet masks, essence, serum dan pelbagai skincare lain lagi.

Jika tidak mahu simpan skincare, anda boleh simpan minuman dan makanan seperti air bergas, susu dan ubat-ubatan kerana suhu sejuknya 22°C-25°C. 

Alat ini turut beroperasi dalam keadaan senyap, jadi tak akan mengganggu tidur anda walaupun ia diletakkan di dalam bilik tidur atau asrama. 

Malah, bukan sekadar peti sejuk tapi juga mempunyai cermin pada pintunya yang sudah tentu akan menyenangkan rutin penjagaan wajah anda.

Midea Mini Bar Refrigerator (50L) Reversible Door MS-50V
Semak Midea Mini Bar Refrigerator (50L) Reversible Door MS-50V harga dibawah:
add_circle Terdapat bahagian chiller yang berasingan
add_circle Pintu peti boleh dibuka secara terbalik
add_circle Suhu peti boleh diubah
add_circle Mesra alam sekitar
remove_circle Harga mahal

Ruang dapur rumah sewa atau asrama anda terhad? Usah risau, dapatkan peti ais mini bar Midea ini. 

Saiz peti ais yang sebesar 50L dah memadai untuk memuatkan makanan dan air terutamanya jika anda tinggal seorang diri. 

Tidak seperti jenama peti ais mini yang lain kerana mempunyai jaminan kerosakan pada compressor selama 5 tahun dan tempoh waranti penuh selama 1 tahun. 

Jadi, tak perlu risau tentang sebarang kerosakan yang bakal berlaku. 

Turut mempunyai kaki peti yang akan memastikan alat ini diletakkan dengan baik walaupun di atas permukaan yang tidak rata.

Peti sejuk mini murah
Canel & Co
Canel & Co High Quality Mini Fridge
Semak Canel & Co High Quality Mini Fridge harga dibawah:
add_circle Boleh digunakan sebagai warmer juga
add_circle Tidak menghasilkan bunyi bising
add_circle Jimat tenaga
remove_circle Tiada fungsi membeku

Mini fridge dari Canel & Co ini menawarkan pelbagai pilihan saiz, dari 8L hingga 25L, membolehkan ia disesuaikan mengikut ruangan rumah anda.

Peti sejuk mini ini sesuai untuk menyimpan minuman dan snek sejuk atau panas, sama ada di rumah, di pejabat, atau di dalam kereta.

Selain itu, ia beroperasi pada kuasa 100 watt dan menawarkan fungsi dwi sebagai penyejuk dan pemanas. 

Suhu dalaman boleh diturunkan sehingga 20°C untuk tujuan penyejukan atau dinaikkan kepada kira-kira 65°C untuk tujuan pemanasan.

Sementara itu, ia tidak menghasilkan bunyi yang bising bagi memastikan gangguan yang minima.

Peti sejuk mini mudah alih
Hulmers
Hulmers - 15L Portable Mini Fridge
Semak Hulmers 15L Portable Mini Fridge harga dibawah:
add_circle Kapasiti storage besar (15L)
add_circle Boleh digunakan dalam kereta
add_circle Mempunyai fungsi panas
add_circle bahagian pintu menggunakan tampered glass
remove_circle Harga sedikit mahal

Hulmers 15L Portable Mini Fridge mempunyai kapasiti penyimpanan sebesar 15 liter yang luas, sesuai untuk menyimpan kosmetik, topeng muka, makanan, dan minuman, menjadikannya ideal untuk berkelah, semasa perjalanan jalan hari raya, dan lain-lain.

Ia boleh dengan mudah menyimpan sehingga 6 botol air mineral 550ml, 15 tin minuman ringan 330ml, atau 6 botol kaca 576ml, memenuhi pelbagai keperluan.

Dilengkapi dengan motor dwi teras, peti sejuk mini ini menawarkan penyejukan yang kuat dan penyebaran haba yang cekap, memastikan barang-barang anda kekal pada suhu yang diinginkan.

Ia dilengkapi dengan dua kabel untuk digunakan di dalam kereta dan rumah, menjadikan ia lebih fleksibel dan mudah digunakan di mana sahaja.

Selain itu, ia turut mempunyai fungsi pemanasan, menjadikan ia sebuah peti ais mini serba guna dan praktikal. 

Reka bentuknya pula kelihatan moden, ringan, dan kompak, manakala operasi semikonduktor yang canggih memastikan kecekapan tenaga dan tidak bising semasa digunakan.


Apa Kebaikan Peti Sejuk Mini?

Walaupun saiznya kecil dan mampu memuatkan minuman atau makanan dalam kuantiti yang sedikit, tapi banyak kelebihan memiliki peti sejuk mini ini.

Jangan risau, tak akan menjadikan ruang lebih sempit kerana saiz yang kecil ini masih dapat menjimatkan ruang terutama jika anda tinggal di bilik sewa. 

Selain itu, peti sejuk mini juga bagus kerana:

  • Sesuai diletakkan di ruang pantri pejabat agar pekerja boleh simpan minuman sejuk dan bekal makanan tengah hari supaya tak basi.
  • Sesuai diletakkan dalam bilik tidur sebagai peti ais kedua kediaman untuk simpan minuman (tak perlu ke dapur pada waktu tengah malam jika dahaga).
  • Mudah dibawa bersama jika berpindah kediaman kerana jenis portable
  • Harga jauh lebih murah berbanding peti ais saiz biasa.
  • Kos penyelenggaraan lebih rendah & mudah.
  • Lebih mudah dicuci kerana saiz kecil.
  • Rekaan cantik & estetik.
  • Jimat tenaga.

Tips Pilih Peti Ais Mini

Baru bercadang nak dapatkan peti ais mini untuk rumah atau ruang pejabat anda? Ada beberapa tips yang perlu anda tahu sebelum membeli peti ais bersaiz kecil ini.

  • Keperluan/Saiz

Rancang dahulu keperluan untuk memiliki peti sejuk kecil ini. Adakah ia untuk tujuan penyimpanan makanan atau barang kosmetik.

Peti sejuk saiz kecil ini juga sesuai diletakkan di bilik tidur, laman rumah atau sebagai peti sejuk tambahan di dapur.

  • Kegunaan Elektrik

Sama seperti perkakasan dapur yang lain, sebaiknya anda pilih peti sejuk kecil yang mempunyai penjimatan tenaga.

Oleh kerana kapasiti kecil dan penggunaan teknologi penyejukan yang sederhana, penggunaan tenaga elektrik lebih rendah daripada peti sejuk biasa. 

Peti sejuk mini 50L mempunyai penggunaan kuasa sekitar 50W, dan jenis 90L mempunyai 64W.

  • Harga

Saiz yang kecil menjadikan harga peti ini lebih murah dan berpatutan. Anda boleh dapat harga peti sejuk kecil kurang daripada RM500 bergantung pada jenama dan saiz peti.

Namun begitu, kebanyakan kedai elektronik tidak menjual peti ais kecil tetapi anda masih boleh dapatkannya dari penjual atas talian.


Artikel Berkaitan

End of Article