Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Makanan Sejuk Beku Tahan Lama Dengan 7 Freezer Bawah RM500

Pastikan makanan kekal segar sepanjang masa

Product in this article

Apakah perbezaan freezer dan peti sejuk?

Freezer kebiasaannya bersuhu negatif 18 degree celcius untuk menyimpan barangan basah di seperti ayam, daging, ikan dan makanan sejuk beku (frozen food) untuk tempoh yang lebih lama berbanding peti sejuk. Jika anda ingin membeli peti sejuk beku pastikan daya ketahanannya lebih lama dan menjimatkan penggunaan tenaga.

 Setiap peti sejuk beku mempunyai kelebihan tersendiri dan juga berlainan kapasiti untuk menampung jumlah makanan yang sedikit atau banyak. Berikut beberapa jenis peti sejuk beku yang harganya di bawah RM 500.

Midea 130L Chest Freezer WD-130WA

RM 499
Terbaik untuk menyimpan susu ibu (breastfeed milk
Midea
1. Midea 130L Chest Freezer WD-130WA
Terbaik untuk menyimpan susu ibu (breastfeed milk)

Barangan yang disimpan dengan betul dan sempurna dapat memastikan makanan anda terjaga kesegarannya. Peti sejuk beku ini sesuai untuk penyimpanan barangan basah atau susu ibu kerana ianya mampu membeku sehingga ke suhu -24 darjah selsius.

Peti sejuk beku ini mempunyai roda, membolehkan anda mengalih kedudukannya mengikut kemahuan. Untuk mengelakkan daripada kemunculan bakteria, seharusnya peti ini dibersihkan selalu bagi menyah kuman dan virus yang boleh melemahkan sistem imun.

Hisense FC130D4B 130L Freezer

RM 488
Freezer dengan kegunaan satu pintu
Hisense
2. Hisense FC130D4B 130L Freezer
Freezer dengan kegunaan satu pintu

Hisense memiliki reka bentuk moden dan dilengkapi dengan kawalan suhu yang boleh diselaraskan. Sesuai untuk para peniaga, pengunaan tenaga peti sejuk beku ini juga sangat rendah dan menjimatkan. Dilengkapi dengan ruangan yang lebih luas untuk menyimpan barangan basah seperti ayam dan daging, agar tahan lebih lama.

Makanan yang disimpan akan kekal segar dan tidak akan mudah rosak. Selamat mencuba!

Quirky Cow Portable Mini Freezer

RM 135
Freezer jenis portable – mudah dibawa kemana sahaja
3. Quirky Cow Portable Mini Freezer
Freezer jenis portable – mudah dibawa kemana sahaja

Memastikan makanan dan minuman anda dapat tahan lebih lama sangat penting terutamanya jika anda perlu ke suatu tempat yang jauh. Dengan peti beku mini ini, ia bukan sahaja ringan malah mudah untuk dibawa kerana saiznya yang kecil. Kecil bukan sebarang kecil, peti beku ini sesuai buat anda yang ingin menikmati minuman kegemaran tidak kira sama ada untuk dibawa berkelah atau bagi perjalanan jauh yang memerlukan penggunaan peti mudah alih.

Hisense Mini Bar RR60D4AGN 60L

RM 309
Hisense
4. Hisense Mini Bar RR60D4AGN 60L
Mini freezer – terbaik untuk kegunaan peribadi

Pastikan semasa anda membeli peti sejuk beku haruslah bersesuaian dengan keperluan seisi rumah. Jika anda menyewa bilik atau tinggal berseorangan, peti sejuk mini dari jenama Hisense  ini sesuai untuk melengkapi keperluan anda yang ingin menyimpan barang makanan seperti minuman ringan atau coklat. 

Ruangan yang kecil sesuai untuk menyimpan dan menyejukbeku makanan ringan. Nampak sahaja saiznya kecil dan kompak tetapi ia berfungsi sama seperti peti sejuk beku biasa.

Snow Chest Freezer 100L BDW100

RM 499
Freezer auto defrost dengan watt rendah
Snow
5. Snow Chest Freezer 100L BDW100
Freezer auto defrost dengan watt rendah

Produk dari Snow adalah jenama lokal daripada Malaysia dan terkenal dengan ciri-cirinya yang dapat membeku makanan dengan lebih cepat. Malahan ia peti mesra alam kerana beroperasi dengan teknologi terbaru dan menggunakan watt yang rendah, penjimatan berganda. 

Diperbuat daripada keluli tahan karat untuk memastikan ketahanannya lebih kuat daripada terhakis dan juga mudah untuk dibersihkan.

Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L Grey Color

RM 499
Sesuai untuk menyimpan barangan basah seperti ayam dan daging
Elba
6. Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L Grey Color
Sesuai untuk menyimpan barangan basah seperti ayam dan daging

Jika anda suka menyimpan barangan basah untuk jangka masa yang lebih lama, peti sejuk beku ini terbaik untuk anda. Ini kerana peti beku dari jenama Elba ini berfungsi untuk membunuh bakteria dan membuang bau busuk sekaligus. Kapasiti ruangan juga besar untuk mereka yang gemar menyimpan barangan dengan banyak. Apa yang lebih menarik, bahagian dalam peti beku ini diperbuat daripada keluli tahan karat agar makanan yang disimpan tidak tercemar dengan bakteria dan virus serta dapat menahan lebih lama.

Trio Chest Freezer 129L TCFZ-128

RM 495
Terbaik untuk penjimatan elektrik
Trio
7. Trio Chest Freezer 129L TCFZ-128
Terbaik untuk penjimatan elektrik

Trio memiliki reka bentuk moden dan dilengkapi dengan kawalan suhu yang boleh diselaraskan. Dengan menggunakan tenaga rendah, ianya dapat menjimatkan penggunaan elektrik. Sesuai untuk digunakan oleh peniaga gerai kerana ia mampu menyimpan barang makanan seperti daging dan ayam serta dapat menahan lebih lama. Peti beku ini beroperasi dengan bunyinya perlahan dan memiliki ruang simpanan yang agak luas.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article