Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
peti freezer malaysia

10 Freezer/Peti Sejuk Beku Murah Bawah RM1000 Terbaik 2024

Pastikan makanan sejuk beku tahan lama dan kekal segar

Penggunaan frezer biasanya di restoran, kedai makan atau pusat penjualan makanan sejuk beku.

Tapi kini kebanyakan kediaman juga mempunyai freezer untuk menyimpan aiskrim atau daging mentah dalam kuantiti yang banyak.

Lagipun, harga yang ditawarkan tidak mahal dan saiz freezer muat untuk diletakkan dalam rumah.

Jadi, bagi yang ingin memiliki freezer, jom lihat senarai jenama freezer terbaik dan jimat elektrik.


Senarai 10 Freezer Terbaik & Jimat Elektrik

Freezer terbaik secara keseluruhan
Morgan
Semak Morgan 100L Dual Function Chest Freezer (MCF-1158L) harga dibawah:
add_circle Sejukbeku makanan lebih pantas
add_circle Ruangan yang luas
add_circle Mudah untuk dikendali dan dibersihkan
remove_circle Tidak sesuai untuk ruang dapur terhad

Chest freezer ini mempunyai fungsi dual iaitu menyejukkan dan membekukan makanan mengikut kesesuaian pengguna. 

Takat suhu freezer Morgan ini 2ºC ~ 8ºC (fridge) dan -10ºC ~ -24ºC (freezer).

Jadi boleh digunakan sebagai peti ais sejuk yang biasa. 

Saiz freezer yang sederhana sangat baik untuk kegunaan rumah atau kedai makan kecil-kecilan. Ia juga memuatkan sehingga 100 liter bahan makanan dan sebagainya. 

Compressor ini juga berkuasa tinggi bagi memastikan makanan cepat beku dan diberi jaminan penggunaan selama 5 tahun. Serta jaminan 1 tahun untuk bahagian freezer yang lain. 

Freezer jenis portable – mudah dibawa kemana sahaja
Semak Quirky Cow Portable Mini Freezer harga dibawah:
add_circle Portable, mudah dialih dan dipasang
add_circle Kapasiti 4L sesuai untuk minuman tin dan kotak
add_circle Jimatkan penggunaan tenaga elektrik
remove_circle Tidak sesuai menyimpan barangan basah

Dengan peti beku mini ini, bukan sahaja ringan malah mudah untuk dibawa kerana saiz yang kecil. 

Kecil bukan sebarang kecil, peti beku ini sesuai buat anda yang ingin menikmati minuman kegemaran tidak kira sama ada untuk dibawa berkelah atau bagi perjalanan jauh.

Anda boleh memuatkan 6 tin minuman dan isipadu makanan sehingga 4 liter. 

Freezer dengan watt rendah
Snow
Freezer auto defrost dengan watt rendah
Semak Snow Chest Freezer 100L (BDW100) harga dibawah:
add_circle Ciri-ciri pembekuan lebih cepat
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Lengkap dengan roda mudah alih
remove_circle Saiz agak berat

Produk dari Snow merupakan jenama lokal daripada Malaysia dan terkenal kemampuan membeku makanan dengan cepat.

Malah peti ini dikatakan mesra alam kerana beroperasi dengan teknologi terbaru dimana menggunakan watt rendah untuk penjimatan elektrik. 

Saiz freezer ini kecil dan sesuai untuk isi rumah yang tidak ramai.

Disebabkan mempunyai roda bahagian bawah jadi peti ais ini dialihkan.

Malah dilengkapi door lock bagi memastikan keselamatan pengguna.

Diperbuat daripada keluli tahan karat untuk memastikan ketahanannya lebih kuat daripada terhakis dan juga mudah untuk dibersihkan.

Freezer untuk simpan susu ibu
Midea
Semak Midea 130L Chest Freezer (WD-130WA) harga dibawah:
add_circle Jimatkan penggunaan elektrik
add_circle Sesuai untuk menyimpan barangan basah & susu ibu
add_circle Lengkap dengan roda mudah alih
remove_circle Saiz peti berat

Barangan yang disimpan dengan betul dan sempurna dapat memastikan makanan anda terjaga kesegarannya.

Peti sejuk beku ini sesuai untuk penyimpanan barangan basah atau susu ibu kerana mampu membeku sehingga ke suhu -24 darjah selsius.

Peti sejuk beku ini mempunyai roda, membolehkan anda mengalih kedudukannya mengikut kemahuan.

Bagi mengelakkan daripada kemunculan bakteria, sebaiknya peti ini dibersihlkan dengan kerap.

Freezer untuk frozen food
Butterfly
Semak Butterfly 116L Chest Freezer (BCF-WG 101) harga dibawah:
add_circle Dijamin selamat dengan door key lock
add_circle Lengkap dengan roda mudah alih

Kapasiti chest freezer ini agak kecil berbanding jenama yang lain kerana memuatkan hanya 116L.

Tapi freezer ini mempunyai sistem keselamatan iaitu key lock jadi tidak mudah dibuka oleh aanak kecil.

Lengkap juga dengan roda untuk memudahkan anda mengubah alih kedudukan chest freezer ini pada sudut yang diingini.

Sesuai untuk menyimpan barangan basah seperti ayam dan daging
Semak Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L Grey Color harga dibawah:
add_circle Material keluli besi tahan karat
add_circle Makanan yang disimpan tidak mudah tercemar
add_circle Kapasiti 130L, sesuai untuk perniagaan
remove_circle Tiada bahagian cooler

Jika anda suka menyimpan barangan basah untuk jangka masa yang lebih lama, peti sejuk beku ini terbaik untuk anda.

Ini kerana peti beku dari jenama Elba ini berfungsi untuk membunuh bakteria dan membuang bau busuk.

Kapasiti ruangan juga besar untuk mereka yang gemar menyimpan barangan dengan banyak. 

Apa yang lebih menarik, bahagian dalam peti beku ini diperbuat daripada keluli tahan karat agar makanan yang disimpan tidak tercemar dengan bakteria. 

Freezer yang jimat elektrik
Berjaya
Semak Berjaya Premium 330L Chest Freezer (BJY-CFSD400A-R6) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk perniagaan
add_circle Eco-friendly dan bebas CFC
add_circle Sistem operasi senyap
remove_circle Harga mahal

Freezer dengan kapasiti besar sehingga 330 liter ini sesuai digunakan untuk anda yang menjalankan perniagaan seperti restoran atau jualan makanan sejuk beku.

Ini kerana freezer ini boleh beku hingga takat -25 darjah celsius, bagi memastikan makanan dapat disimpan untuk jangka masa yang panjang. 

Freezer ini beroperasi secara senyap, mesra alam dan menjimatkan tenaga elektrik walaupun bersaiz besar 330 liter. 

Bahkan ia juga lengkap dengan sistem pintu dan kunci keselamatan. 

Freezer dengan pintu di atas
Toshiba
Semak Toshiba 249L Chest Freezer (CR-A249M) harga dibawah:
add_circle Kapasiti lebih 200L untuk kegunaan perniagaan
add_circle Boleh menyimpan makanan untuk jangka masa yang lama
add_circle Mampu untuk menyahbau
remove_circle Harga mahal

Chest freezer daripada jenama Toshiba ini mempunyai sistem multifungsi iaiti 2-dalam-1.

Mampu berfungsi sebagai freezer dengan mod peti sejuk dan berkapasiti melebihi 200L.

Jangan risau, sesuai pelbagai makanan frozen dan juga barangan basah. 

Freezer ini juga jenis non-CFC yang memberi jaminan makanan anda selamat untuk disimpan dalam jangka masa yang lama serta eco-friendly.


Apa Beza Freezer & Peti Sejuk?

Terdapat beberapa perbezaan dan fungsi antara freezer dan peti sejuk yang membolehkan anda membuat perbandingan antara keduanya.

Freezer kebiasaannya bersuhu negatif 18 degree celcius untuk menyimpan barangan basah di seperti ayam, daging, ikan dan makanan sejuk beku (frozen food) untuk tempoh yang lebih lama berbanding peti sejuk.

Jika anda ingin membeli peti sejuk beku pastikan daya ketahanannya lebih lama dan menjimatkan penggunaan tenaga.

Setiap peti sejuk beku mempunyai kelebihan tersendiri dan juga berlainan kapasiti untuk menampung jumlah makanan yang sedikit atau banyak.


Cara Memilih Freezer

  • Kapasiti

Bergantung kepada keperluan stok makanan yang anda ingin simpan/sejuk beku. Terdapat beberapa pilihan freezer yang mengikut ukuran kapasiti. Samada untuk stok harian iaitu keluarga atau stok besar seperti stok untuk restoran. 

Anda boleh pilih dari saiz 200 liter hingga 1000 liter dan pastikan ia mampu menampung penggunaan seperti 5 hingga 25 kilogram/sehari. 

Namun waspada, sebaiknya pilih saiz freezer setanding dengan horse power (hp). Jika tidak, makanan anda tidak dapat disejuk beku dengan baik. 

  • Mempunyai 'Energy Saving'

Antara faktor yang paling utama ketika membeli alat eletroknik ialah dari segi penjimatan bil elektrik. Cuba cari jenama freezer yang telah mendapat lable 'Energy Saving' atau lengkap dengan sistem low energy.

  • Pilihan suhu pembekuan

Jangan lupa dengan pilihan suhu sejuk bekuan yang membolehkan anda defrost ais didalam freezer. Cara sebegini memudahkan untuk proses pembersihan freezer.

Malah terdapat juga frezeer yang mampu tahan sejuk sekurangnya dua hari walaupun dimatikan suis. Sekaligus dapat menjimatkan elektrik. 

  • Bajet

Tepuk dada, tanya selera. Memiliki sebuah peti sejuk beku bergantung kepada keperluan dan bajet masing-masing.

Jika anda punya bajet yang lebih, sebaiknya pilih jenama yang telah mendapat pengesahan dari Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan lakukan berbanding harga serta fungsi freezer. 

Tak semua freezer yang mahal berkualiti, begitu juga sebaliknya. Jom kita tonton video tip beli freezer.


Artikel Berkaitan

End of Article