Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

13 Peti Sejuk/Peti Ais Murah Bawah RM1000 Terbaik 2024

Anda mungkin tercari-cari peti sejuk dengan harga yang mampu milik?

Memiliki peti sejuk sudah menjadi satu perkara keperluan, tidak kira untuk rumah atau kegunaan berniaga.

Bukan apa, penting untuk menyimpan barangan basah tahan lebih lama serta mengekalkan kesegaran makanan.

Tapi membeli sebuah peti sejuk memerlukan bajet yang tinggi kerana kebanyakan harga peti ais agak mahal.

Jadi kami bantu anda menyenaraikan beberapa jenama peti ais murah bawah RM1,000.

Jom lihat senarai jenis-jenis peti sejuk tahan lama dan murah dari jenama peti sejuk terbaik.


13 Peti Sejuk Murah Bawah RM1000

Peti sejuk murah terbaik secara keseluruhan
Midea
Midea New Inverter 2 Door Fridge 179L MDRT268MTB28
mulai
RM859.00
Semak Midea New Inverter 2 Door Fridge 179L MDRT268MTB28 harga dibawah:
add_circle Jaminan 12 tahun compressor
add_circle 4 Energy Star Rating
add_circle Harga murah
remove_circle Kapasiti kecil

Sebab menjadi pilihan utama:

Selain mempunyai kuasa penyejukkan yang terbaik, peti sejuk ini juga mempunyai adjustable shelves dan menggunakan smart sensor bersama dengan inverter compressor untuk penjimatan tenaga.

Ciri-ciri:

Kapasiti peti sejuk ini cukup sesuai untuk saiz keluarga 4 hingga 5 orang. 

Merupakan sebuah peti dua tingkat yang lengkap dengan pelbagai rak penyimpanan untuk bahan mentah, makanan dan produk sejuk beku. 

Sistem penyejukkan juga canggih dimana bahagian sejuk beku frost-free tidak mengakibatkan ais membeku pada makanan.

Aliran udara sejuk dan kawalan suhu boleh dilakukan dengan tetapan sentuhan elektronik yang lebih tepat dan selamat pada pengguna. 

Paling penting, peti sejuk murah ini jimat elektrik dengan memiliki 4 star energy rating dan memiliki 12 tahun warranty untuk kompressor. 

Review:

“Peti sejuk yang cukup murah! Memang puas hati dengan reka bentuk dan kualiti peti. Barang yang disimpan semua cepat sejuk dan sayur pun tahan segar lebih lama.”

Peti sejuk untuk frozen food
Elba
Sesuai untuk menyimpan barangan basah seperti ayam dan daging
mulai
RM699.00
Semak Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L Grey Color harga dibawah:
add_circle Material keluli besi tahan karat
add_circle Makanan yang disimpan tidak mudah tercemar
add_circle Kapasiti 130L, sesuai untuk perniagaan
remove_circle Tiada bahagian cooler

Jika anda suka menyimpan barangan basah untuk jangka masa yang lebih lama, peti sejuk beku ini terbaik untuk anda.

Ini kerana peti beku dari jenama Elba ini berfungsi untuk membunuh bakteria dan membuang bau busuk sekaligus.

Kapasiti ruangan juga besar untuk mereka yang gemar menyimpan barangan dengan banyak. 

Apa yang lebih menarik, bahagian dalam peti beku ini diperbuat daripada keluli tahan karat agar makanan yang disimpan tidak tercemar dengan bakteria. 

Peti sejuk yang jimat elektrik
Samsung
Terbaik untuk menjimatkan penggunaan elektrik
mulai
RM1,089.00
Semak Samsung 220L Inverter 2 Door Deodorizer Fridge harga dibawah:
add_circle Mempunyai lampu LED yang terang
add_circle Rak mudah ditarik keluar
add_circle Sayur tak cepat layu
add_circle 10 tahun jaminan
add_circle Frost- free
remove_circle Hanya 3 star energy saving
remove_circle Harga mahal

Peti sejuk Samsung dilengkapi dengan inverter digital yang membantu mengekalkan suhu lebih konsisten, penjimatan tenaga serta menjaga tahap bunyi peti tersebut agar mengeluarkan bunyi yang perlahan semasa beroperasi.

Malahan, ia juga mempunyai ruang penyimpanan barang yang luas dan bahagian moist fresh bagi memastikan kesegaran makanan terjaga.

Usah risau tentang bau busuk di dalam peti sejuk kerana penapis yang disediakan dapat membantu menghilangkan bau yang kurang ‘enak’ sambil menjaga udaranya agar kekal bersih.

Anda juga tidak perlu risau jika bahagian motor rosak kerana peti ais ini mempunyai jaminan selama 10 tahun.

Bagaimanapun, harga peti ais ini sedikit mahal dan anda memerlukan bajet lebih sedikit dari RM1,000.

Peti sejuk terbaik - untuk perniagaan dan kedai runcit
mulai
RM999.00
Semak Hesstar 80L HDS-10G Mini Showcase Chiller (White) harga dibawah:
add_circle 3 tingkat rak
add_circle Lampu LED
add_circle Mempunyai kunci
add_circle 5 tahun waranti compressor
remove_circle Agak kecil

Peruncit kecil boleh memilih peti sejuk Hesstar ini sebagai ruang khas untuk menjual air minuman, pencuci mulut dan sebagainya. 

Merupakan sebuah peti sejuk dengan pintu kaca lutsinar yang dilengkapi lampu LED untuk memudahkan pembeli melihat produk jualan. 

Pintu sejuk kaca yang tahan lasak ini turut boleh ditutup secara automatik bagi mengelakkan sebarang pembaziran suhu. 

Tahap suhu sejuk pada peti sejuk ini ialah dari 2 hingga 10°C.

Memang sangat sesuai untuk penyejukkan berkala bagi memastikan produk makanan tahan lama. 

Jangan khuatir, pintu peti sejuk juga boleh dikunci ketika anda tutup kedai. 

Peti sejuk 2 pintu
Sharp
mulai
RM899.00
Semak Sharp J-Tech Inverter Fridge harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Peti ais 2 pintu
add_circle Menapis bau busuk
add_circle Mempunyai tempat letak telur
remove_circle Tiada child lock
remove_circle Tidak sesuai untuk keluarga besar

Peti sejuk Sharp J-Tech Inverter ini menggunakan AG+ Nano Deodoriser yang membantu untuk mengurangkan bau di dalam peti sejuk. 

Jadi, walaupun peti sejuk ini bersaiz kecil tapi memiliki pengudaraan yang baik dengan kehadiran teknologi inovatif baru.

Malah, dengan aplikasi inverter, peti sejuk ini juga dilengkapi dengan eco-mode yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. 

Lengkap dengan bahagian untuk meletakkan telur dan poket di pintu untuk mengisi botol.

Material rak peti ais ini diperbuat daripada tempered glass yang kukuh dan dapat memperkemaskan lagi rekaan peti sejuk ini. 

mulai
RM1,031.00
Semak Berjaya Premium 330L Chest Freezer (BJY-CFSD400A-R6) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk perniagaan
add_circle Eco-friendly dan bebas CFC
add_circle Sistem operasi senyap
remove_circle Harga mahal

Freezer dengan kapasiti besar sehingga 330 liter ini sesuai digunakan untuk anda yang menjalankan perniagaan seperti restoran atau jualan makanan sejuk beku secara kecil-kecilan.

Ini kerana freezer ini boleh beku hingga takat -25 darjah celsius, bagi memastikan makanan dapat disimpan untuk jangka masa yang panjang. 

Freezer ini beroperasi secara senyap, mesra alam dan menjimatkan tenaga elektrik walaupun bersaiz besar 330 liter. 

Bahkan ia juga lengkap dengan sistem pintu dan kunci keselamatan, membuatkan anda lebih tenang dan berasa selamat dari barang-barang anda dicuri.

Morgan MCS-198 Chiller Showcase Door Display Fridge 170L
mulai
RM989.00
Semak Morgan MCS-198 Chiller Showcase Door Display Fridge 170L harga dibawah:
add_circle Kapasiti 170L
add_circle 3 tingkat rak
add_circle Rak mampu tampung berat 20kg
add_circle Mempunyai kunci
add_circle 5 tahun waranti compressor
remove_circle Defrost secara manual

Anda seorang peniaga kek atau menjual pelbagai pencuci mulut? 

Kami cadangkan untuk dapatkan peti sejuk untuk kek bertahan lama dan kekal berkualiti.

Mempunyai 3 rak bertingkat yang boleh menampung berat kek sehingga 20 kilogram dengan lebar ke 360mm. 

Bukan itu sahaja, rekaan pintu peti sejuk berkaca memudahkan anda untuk memeriksa keadaan kek. 

Bagi sistem penyejukkan pula, anda boleh mengubah suhu dari 0 hingga 10°C untuk memastikan kek sentiasa sejuk dan tidak cair. 

Peti sejuk ini tiada sistem sejuk beku kerana bercirikan free-frost, jadi tiada risiko kek membeku.

Meck MFZ60R 80L Chest Freezer With Door Lock
mulai
RM395.00
Semak Meck MFZ60R 80L Chest Freezer With Door Lock harga dibawah:
add_circle Mempunyai 2 sistem penyejukan
add_circle Kapasiti 80L
add_circle Bebas CFC
remove_circle Defrost secara manual
remove_circle Tiada paparan suhu

Peti sejuk beku Meck boleh dijadikan sebagai freezer khas untuk rumah anda bagi menyimpan produk makanan frozen, aiskrim dan daging untuk tahan lama.

Anda boleh menukar peti sejuk ini kepada peti sejuk biasa untuk menyimpan sayur, buah atau makanan lain. 

Suhu peti sejuk boleh diubah suai kepada dua sistem iaitu dari 5℃ kepada -24℃ mengikut kesesuaian makanan. 

Saiz peti sejuk yang kecil memudahkan untuk anda letak di beberapa ruang yang terhad dan mempunyai suis wayar sepanjang 2 meter. 

Bahagian dalam peti ringkas bersama ruang dua tingkat yang memuaskan untuk kapasiti keluarga besar. 

Peti sejuk untuk simpan susu ibu
Propappa
Propappa - 8L/15L Portable Dual Use Mini Fridge
mulai
RM98.80
Semak Propappa 15L Portable Dual Use Mini Fridge harga dibawah:
add_circle Bersaiz kecil & mudah simpan
add_circle Harga sangat murah
add_circle Rendah penggunaan tenaga
remove_circle Tahap sejuk hingga 5 darjah sahaja

Jika anda seorang ibu baru mungkin anda sedang mencari sebuah peti ais mini yang boleh dimuatkan di bilik tidur anda.

Lebih mudah jika ada peti ais atau peti sejuk untuk simpan susu ibu di dalam bilik, jadi tidak perlu keluar dari bilik jika bayi anda mahukan susu pada tengah malam. 

Anda juga akan mudah untuk menyimpan susu kerana tidak perlu berjalan ke dapur.

Peti ais ini mempunyai saiz 15L, jadi memang sangat cukup untuk memuatkan sehingga 10 pack susu ke dalamnya.

Ruang bilik yang kecil juga tidak menjadi masalah kerana saiz compact peti ais ini memudahkan anda meletaknya di mana sahaja anda mahu.

Dengan harga yang murah dan mampu milik, anda akan dapat peti ais mini yang jimat penggunaan tenaganya. 

Bagaimanapun, peti ais ini hanya boleh mencapai tahap sejuk hingga 5 darjah sahaja.

Peti sejuk untuk aiskrim
HITEC
Hitec Chest Freezer
mulai
RM819.00
Semak HITEC Chest Freezer Glass Top harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk peniaga aiskrim
add_circle Muatan 120L
add_circle Boleh dikunci
remove_circle Pintu atas susah sikit nak slide

Inilah peti sejuk yang paling sesui untuk peniaga aiskrim atau produk makanan yang memerlukan suhu sejuk seperti crepe, dadih, puding dan seumpamanya.

Jika anda baru nak menceburkan diri dalam dunia perniagaan aiskrim, memang sesuai untuk beli peti sejuk khas untuk aiskrim ini kerana harganya yang berpatutan.

Kapasiti peti sejuk ini adalah sebanyak 120L, jadi anda boleh menyimpan aiskrim atau produk makanan anda dalam kuantiti yang banyak.

Jadi anda boleh produce produk anda dalam kuantiti yang banyak dan simpan untuk jangka masa yang lama.

Suhu peti sejuk ini boleh pergi serendah -18 darjah celcius, memang sangat sesuai untuk memastikan aiskrim anda sentiasa dalam keadaan yang baik.

Peti sejuk ini juga hanya seberat 39kg dan mempunyai empat roda di bawah untuk memudahkan anda mengalihnya dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Secara keseluruhan, kami sangat recommend peti sejuk ini untuk peniaga aiskrim Malaysia.

Peti sejuk 1 pintu
Hisense
Hisense RR60D4ABN Mini Bar Fridge
mulai
RM369.00
Semak Hisense RR60D4ABN Mini Bar Fridge 60L harga dibawah:
add_circle Boleh muat botol 2L
add_circle Adjustable thermostat
add_circle Chiller berasingan
remove_circle Tiada freezer

Peti sejuk bersaiz mini dari Hisense ini memang sesuai dijadikan sebagai mini fridge untuk simpan air di bilik atau di pejabat kecil.

Apa yang bagus tentang peti ais ini, walaupun ia bersaiz kecil tetap ada chiller berasingan untuk anda letakkan makanan seperti aiskrim atau yogurt.

Selain itu, peti sejuk ini turut mempunyai kaki yang boleh diubah ketinggiannya mengikut kehendak anda, dan juga thermostat yang boleh diubah.

Dengan kapasiti 60L, peti sejuk ini tentu muat untuk anda simpan air, buah-buahan dan juga makanan dalam kuantiti yang kecil termasuk muat untuk letak satu botol air 2L.

Peti sejuk mini
Olger
Olger 4L car mini refrigerator
mulai
RM66.00
Semak Olger 4L car mini refrigerator harga dibawah:
add_circle Portable
add_circle Boleh dipasang dalam kereta
add_circle mudah disimpan
remove_circle Untuk kegunaan peribadi

Anda sedang mencari peti sejuk mini yang boleh digunakan di luar rumah? Anda berada di tempat yang betul!

Peti sejuk mini ini mempunyai kapasiti 4L yang boleh memuatkan 4 botol air berkarbonat di dalamnya, dan juga buah-buahan kecil.

Ia akan memastikan minuman atau makanan yang anda simpan kekal sejuk dan segar sepanjang masa.

Apa yang menarik, peti sejuk mini ini boleh digunakan di luar rumah dan juga boleh dipasang di dalam kereta dengan menggunakan adapter yang diberikan bersama.

Jadi semasa perjalanan yang jauh menaiki kereta, anda tetap boleh menikmati air yang sejuk tanpa perlu berhenti dan membeli air sejuk di stesen minyak.

Selain untuk sejuk, peti mini ini turut boleh ditetapkan kepada 'hot' untuk anda mengekalkan suhu air atau makanan yang panas dan suam.

Sememangnya pelbagai fungsi yang sesuai semasa anda di luar, dan ia lebih sesuai untuk digunakan secara peribadi.

Peti sejuk air minuman
ELBA
ELBA 250L 2 Door Fridge ER-G2521(SV)
mulai
RM799.00
Semak ELBA 250L 2 Door Fridge ER-G2521(SV) harga dibawah:
add_circle Tidak beri kesan frost
add_circle Lampu LED di dalam
add_circle Ada multi air flow
remove_circle Bahagian freezer kecil

Jenama ELBA antara jenama yang diyakini dalam setiap pengeluaran barangan elektroniknya, dan peti sejuk dari ELBA ini tidak terkecuali.

Anda boleh dapatkan peti sejuk ELBA ini dan jadikan ia sebagai peti sejuk untuk air minuman anda sekiranya anda mempunyai ruang dapur yang luas.

Jadi air minuman anda tidak akan bercampur dengan barangan basah yang lain.

Selain itu, kelebihan peti ais ini adalah tidak akan menjadikan bahan yang anda simpan menjadi frosting kerana ia menggunakan teknologi NoFrost.

Bahan makanan yang anda simpan pada bahagian freezer akan lebih terjaga dari segi kualiti kerana terhindar dari frosting.

Jika anda mahukan peti sejuk berkualiti dengan harga tidak sampai RM1,000, boleh dapatkan peti sejuk ELBA ini.


Apa Yang Perlu Dicari Apabila Memilih Peti Sejuk

Antara aspek yang perlu ditekankan sebelum membeli sebuah peti sejuk idaman adalah;

  • Saiz/Ruang Dapur

Sebaiknya ukur dahulu ruang letak atau dapur untuk mencari posisi terbaik peti sejuk.

Pastikan peti sejuk diletakkan 1cm hingga 2cm dari jarak dinding supaya tidak menjejaskan aliran haba panas dari belakang peti. 

Jangan lupa juga jarak dengan ruang pintu dan kabinet dapur. 

Gusar timbul pula masalah tak cukup nak masukkan peti dalam rumah.

  • Jenama/Model

Sentiasa pilih dengan peti sejuk dengan model terbaru. 

Bukan apa, jika anda lihat pada jenama sahaja tapi bukan model terkini, pembelian akan menjadi rugi kerana hampir setiap tahun jenama peti sejuk akan membaiki prestasi setiap model.

Antara yang diperbaiki adalah bahagian aliran udara/suhu, kapasiti liter, penyusunan rak, lampu LED dan sebagainya. 

  • Fungsi Tambahan

Ini bergantung kepada bajet sesebuah peti sejuk. 

Peti sejuk mahal akan menawarkan pelbagai sistem atau teknologi yang terkini. 

Sebagai contoh sistem nyah-bau, tempat penyimpanan air sejuk dan banyak lagi. 

  • Jaminan 

Carilah jenama peti sejuk yang tidak 'kedekut' dengan jaminan peti sejuk terutamanya compressor peti sejuk. 

Peti sejuk dengan harga bajet seperti bawah RM1000, anda masih boleh dapat dengan jaminan compressor sekurangnya 12 tahun.


Artikel Berkaitan

End of Article