Product in this article

Musim hujan kini tiba lagi. Ibu-ibu biasanya risau mengenangkan baju yang tak sempat kering. Apa tidaknya, hujan turun tanpa mengira masa, adakalanya hampir sepanjang hari.

Sekiranya anda sudah penat memikirkan cara alternatif untuk keringkan baju semasa musim hujan ini - kami ada cadangan untuk anda. Mungkin sudah tiba masanya anda melabur sedikit untuk membeli mesin pengering.

Berapakah harga sebuah mesin pengering yang bagus?

Anda boleh mendapatkan mesin pengering yang paling murah pada harga sekitar RM 800 - RM 1,500 di pasaran atas talian. Sekiranya anda mampu dan mempunyai bajet yang lebih, anda boleh membeli mesin pengering yang berkapasiti besar serta tahan lasak dengan harga sekitar RM 2,000 - RM 5,000. Jenama yang popular dan berprestasi tinggi lazimnya lebih mahal dan boleh mencecah RM 6,000 ke atas.

Pun begitu, jika anda ingin mencari mesin pengering pada harga ekonomi, anda tidak perlu risau - kami telah sediakan senarai mesin pengering pada harga mampu milik sekitar RM 1,500. Selamat membeli!

8 Mesin Pengering Terbaik di Malaysia

1. AIR O DRY Electric Dryer Machine Compact Bag

Mesin pengering mudah alih dan bersaiz kompak

Harga mulai RM54.50

search Cari produk di Lazada Malaysia shopping_cart Shopee Malaysia RM61.60

Jika anda inginkan pilihan yang lebih murah dan mudah, mesin pengering kompak inilah jawapannya. Pada zahirnya, ia kelihatan seperti bakul baju kotor - tetapi bakul ini sebenarnya telah diinovasi secara kreatif. Keseluruhan bakul pengering ini boleh dilipat bila tidak digunakan dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Setelah dipasang, ianya disambungkan dengan pemanas PTC teknologi yang akan mengalirkan udara panas di dalam bakul. Pakaian yang ingin dikeringkan perlu digantung di dalam bakul menggunakan penyidai baju. Mudah dan ringkas bukan? Penyelesaian yang ideal, ekonomi dan berbaloi-baloi!

2. MIDEA Dryer MD-6288 (6kg)

Mesin pengering baju berkapasiti kecil – menjimatkan penggunaan ruang

Harga mulai RM717.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM717.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM729.00

Mesin dryer dari Midea ini sesuai bagi mereka yang bujang ataupun mempunyai saiz keluarga yang kecil. Dengan kapasiti 6kg sahaja, mesin ini juga bersaiz agak kecil (59.5 cm x 55 cm x 84 cm) - pasti berbaloi untuk anda yang mempunyai ruang yang minimum.

Biarpun bersaiz kecil, mesin ini dilengkapi dengan teknologi heat pump dan termostat bagi fungsi sensor suhu. Pakej yang lengkap untuk harga yang menarik.

3. HESSTAR Dryer HD-610 (6kg)

Dryer yang menjimatkan elektrik – mengeringkan baju secara efisien dan sempurna

Harga mulai RM734.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM734.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM734.00

Salah satu kriteria yang semakin menjadi pilihan pengguna adalah kelengkapan yang cekap tenaga kerana mampu menjimatkan tenaga elektrik. Mesin pengering Hesstar ini menggunakan teknologi elemen pemanasan PTC yang boleh mengeringkan pakaian anda secara efisien dan cepat. Jadi, anda tidak perlu risaukan bil elektrik anda lagi!

4. DAEWOO Front Load Dryer Machine DWR-V700W (7kg)

Mesin pengering untuk anda yang alami alahan – asingkan dari baju biasa

Harga mulai RM919.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM919.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM929.00

Sekiranya ada di antara ahli keluarga yang mengalami masalah kulit sensitif dan alahan, anda perlu lebih cerewet semasa membeli barangan keperluan di rumah. Mesin pengering dari Korea berjenama Daewoo ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Mesin ini memastikan pakaian yang anda keringkan bebas dari kuman dan bakteria serta selamat untuk dipakai seisi keluarga anda.

5. TOSHIBA SENSEDRY™ Dryer Machine TD-H80SEM (7kg)

Pengering baju jenis automatik – mengeringkan pakaian tahap maksima

Harga mulai RM949.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM949.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM949.00

Fungsi automatik pada mesin pengering sangat penting supaya baju yang dikeringkan secukupnya sahaja - tak lebih dan tak kurang. Toshiba menawarkan model pengering ini dengan teknologi SENSEDRY yang akan berhenti secara automatik apabila pakaian anda kering secara optimum. Ini bukan hanya menjimatkan masa anda, malah anda tidak perlu berulang kali memeriksa sekiranya pakaian anda sudah betul-betul kering.

Teknologi Anti-Crease pula akan membantu pakaian anda kelihatan seolah ianya sudah digosok! Putaran dram secara berkala dengan fungsi pengeringan tumble dry menggunakan udara yang tidak panas bagi mengurangkan kedutan di baju anda.

6. BEKO Air Vented Tumble Dryer DRVS73W (7kg)

Mesin pengering dengan tempoh jaminan yang lama

Harga mulai RM1,079.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM1,079.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM1,088.00

Tempoh jaminan yang diberikan oleh pengeluar adalah antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian semasa membeli peralatan elektrik. Jenama Beko menawarkan jaminan selama 12 tahun untuk motor inverter ProSmart. Jadi, anda tidak perlu khuatir akan kualiti mesin pengering ini kerana diyakini tahan lasak oleh pengeluarnya.

Dengan lebih dua jenis sensor pintar, pilihan untuk pengeringan optimum kini di hujung jari anda.

7. ELECTROLUX EDV-6552 Vented Cloth Dryer (6.5kg)

Mesin pengering dilengkapi dengan bolong (vented) – sesuai diletakkan di luar rumah

Harga mulai RM1,099.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,099.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM1,099.00

Jenama Electrolux adalah antara jenama yang masyhur dalam teknologi mesin basuh dan pengering. Konsep mesin pengering vented atau berbolong ini sesuai bagi kediaman yang mempunyai ruang terbuka seperti balkoni atau laman - di mana hos dari bolong boleh diletakkan bagi membebaskan wap air dari mesin.

Secara keseluruhannya, dryer ini mempunyai semua ciri-ciri khusus yang standard dan bolehubah mengikut keperluan anda - anda boleh menetapkan suhu pengering yang anda inginkan dan tempoh masa untuk mengeringkan pakaian.

8. HAIER HD80-B829 Cloth Dryer Condenser (8kg)

Mesin pengering kondenser – memudahkan kerja-kerja pengeringan pakaian

Harga mulai RM1,459.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,459.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM1,459.00

Sekiranya anda bercadang meletakkan mesin pengering anda di ruang yang tertutup, pilihan yang sesuai adalah mesin kondenser, di mana wap air yang terbebas semasa proses pengeringan akan meluwap dan dikumpulkan dalam bentuk cecair. Cecair ini perlu dibuang apabila sudah penuh.

Mesin ini mempunyai kapasiti pengeringan 8 kg dan 14 program pengeringan untuk dipilih. Dengan teknologi motor inverter BLDC dan sensor, kerja mengeringkan pakaian anda kini pasti lebih mudah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!