Juicer dikenali sebagai mesin untuk mengestrak jus daripada buah-buahan dan sayur-sayuran yang menggunakan kaedah menekan, mengisar, menhancur untuk mengeluarkan jus daripada pulpanya. Sesetengah juicer juga berfungsi sebagai pemproses makanan seperti membuat doh roti, makanan bayi dan susu kekacang. Terdapat beberapa juicer yang boleh didapati dalam jualan Malaysia antaranya iaitu:

1. Panasonic MJ-L500

Terbaik untuk cold press
Harga mulai RM1,099.00
Lazada Malaysia RM1,099.00

Juicer Panasonic MJ-L500 merupakan juicer putaran berkelajuan rendah yang bertujuan untuk mengekalkan keaslian rasa buah-buahan dan sayur-sayuran dalam jus. Juicer Panasonic MJ-L500 juga mempunyai kelebihan cold press yang bertujuan untuk menyediakan pencuci mulut sejuk seperti ais krim dengan rasa buah 100% asli.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Ekstra: Pengisar Terbaik untuk Pembuatan Susu Kocak dan Minuman Sejuk

2. Phillips HR1855

Juicer yang paling mudah dibersihkan
Harga mulai RM323.99
Lazada Malaysia RM323.99

Phillips HR1855 merupakan juicer yang mudah ditanggalkan dan dipasang yang bertujuan untuk pembersihan. Selain itu mempunyi permukaan yang licin untuk pembersihan. Manakala semua pulpa terkumpul pada satu tempat dan mudah untuk dibuang. Seterusnya,ruangnya yang besar memudahkan pencucian pada tempat-tempat yang sukar dicapai

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. 2nd Gen Hurom HU-1100WN-M

Terbaik untuk susu kedelai (soya)
Harga mulai RM999.00
11street RM999.00

2nd Gen Hurom HU-1100WN-M merupakan pilihan terbaik bagi membuat susu kedelai(soya) yang berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi tinggi. Terima kasih kepada sifatnya yang slow juicer yang menghasilkan susu kedelai(soya) yang asli rasanya. Tambahan pula, 2nd Gen Hurom HU-1100WN-M pilihan utama rakyat Korea kerana merupakan juicer yang paling berpatutan.

Rakyat Malaysia wajar mencubanya. Tambahan pula bagi penggemar susu kedelai(soya), 2nd Gen Hurom HU-1100WN-M merupakan pemudah cara bagi anda untuk mendapatkan susu kedelai(soya) yang bernutrisi tinggi.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Philips SCF862

Terbaik untuk makanan bayi
Harga mulai RM418.80
Lazada Malaysia RM418.80

Phillips SCF862 merupakan juicer yang memberi fokus kepada membuat makanan bayi. Juicer ini harus dimiliki oleh keluarga yang mempunyai bayi yang masih kecil kerana Phillips SCF862 merupakan pemudah cara bagi membuat makanan bayi kerana mengisar bahan dan menghasilkan stim untuk memberikan khasiat yang berganda pada makanan bayi tersebut.

Tambahan pula, ibu bapa tidak perlu risau akan mikroorganisma berbahaya di dalam makanan bayi mereka kerana terdapat stim dikeluarkan ketika memproses makanan bayi dan membunuh mikroorganisma  di dalam makanan tersebut.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Philips HR1811

Juicer yang bagus dan murah
Harga mulai RM199.00
Lazada Malaysia RM199.00

Philips HR1811 merupakan juicer yang paling murah di antara juicer-juicer yang terbaik. Juicer ini bersesuaian dengan individu yang menjaga pemberlanjaan tetapi ingin mengamalkan peminuman jus untuk kesihatan. Oleh itu, Philips HR1811 haruslah menjadi pilihan anda kerana harganya yang berpatutan dan murah.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Samson GB9001

Terbaik untuk wheatgrass
Harga mulai RM178.00
Lazada Malaysia RM178.00

Samson GB9001 merupakan juicer khas bagi mengestrak jus daripada wheatgrass. Kita sering kali dengar bahawa untuk mendapatkan jus wheatgrass amat susah kerana sesetengah juicer tidak menyokong saiznya yang boleh meynebabkan sesuatu juicer itu tersangkut atau jus yang diestrak sedikit.

Demi menyelesaikan masalah ini, Samson GB9001 amat menyokong saiz wheatgrass yang kecil dan harus dibeli oleh mereka yang mahukan nutrien jus wheatgrass. Proses juicer wheatgrass hanya di peringkat antarabangsa sahaja kerana mempunyai teknologi yang khusus untuk mengisar wheatgrass.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. Kenwood Juice Extractor JE680

Terbaik untuk buah
Harga mulai RM297.00
Lazada Malaysia RM297.00

Kenwood Juice Extractor JE680 menekankan ciri-ciri kesederhanaan dan mudah. Juicer ini juga banyak fokuskan dengan pengestrakan jus daripada buah-buahan. Ciri-ciri khas Kenwood Juice Extractor JE680 iaitu mempunyai tiub masuk yang besar bersesuaian untuk memasukkan buah yang berdiameter luas seperti epal,oren dan buah pisang kaki.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. Panasonic Juicer MJ-M170P

Terbaik untuk sayur
Harga mulai RM358.00
Lazada Malaysia RM358.00

Panasonic Juicer MJ-M170PWSL merupakan juicer classic tetapi berpatutan dengan harganya. Panasonic Juicer MJ-M170PWSL menekankan ciri-cirinya untuk memproses sayur untuk dijadikan jus.Hal ini kerana Panasonic Juicer MJ-M170PWSL ini mempunyai bilah bersalut titanium menjadikan juicer ini mampu memproses sayur yang lembut dan keras seperti bayam,timun dan lobak. Seterusnya bilahnya yang kuat juga dapat memanjangkan hayat juicer ini.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Hanis

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!