Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Mesin Kopi Terbaik di Malaysia 2024 (Manual/ Automatik)

Sekarang dekat rumah pun boleh jadi barista!

Peminat kopi tentunya merasakan perlu untuk ada mesin kopi untuk buat kopi yang enak di rumah.

Kalau beli di kedai, tentu memakan belanja bulanan yang tinggi, jadinya lebih jimat untuk ada mesin coffee sendiri.

Tidak kira mesin kopi seperti yang digunakan barista, atau mesin kopi nescafe yang biasa, setiap mesin ada kelebihan tersendiri.

Seperti mesin kopi espresso yang boleh menghasilkan kopi latte atau cappuccino yang enak, atau mesin kopi yang menggunakan kapsul kopi Starbucks.

Kebiasaannya untuk yang mahu buat kopi dengan pantas dan tidak terlalu teknikal, boleh beli mesin coffee maker yang biasa.

Untuk yang mahukan lebih rasa kopi dan suka eksperimen dalam penghasilan kopi, boleh dapatkan mesin coffee barista.

Tidak kira apa kecenderungan anda, mesin buat kopi semestinya berbaloi untuk dimiliki jika anda merupakan seorang peminum kopi tegar.

Jom lihat senarai mesin bancuh kopi dengan harga mesin kopi mengikut cita rasa dan keperluan anda.


Senarai 11 Mesin Kopi Terbaik

PerySmith 20BAR Espresso Coffee Machine Retro Series RT2000
mulai
RM279.00
Semak PerySmith 20BAR Espresso Coffee Machine Retro Series RT2000 harga dibawah:
add_circle Boleh buat 2 cawan kopi sekaligus
add_circle Panaskan air dalam masa 60 saat
add_circle Kapasiti tangki air 1.5L
add_circle Harga mampu milik
remove_circle Tempoh waranti hanya 12 bulan

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Mesin kopi espresso PerySmith ini membolehkan anda membancuh kopi dengan dua cara, iaitu kapsul espresso dan kopi menggunakan biji kopi yang telah dikisar. 

Ciri-ciri:

Direka dengan pam elektromagnetik 20 bar yang membolehkan kopi anda diekstrak dengan baik, jadi kopi yang dihasilkan mengeluarkan aroma kafein yang harum serta rasa kopi pekat dan kaw. 

Hanya 9 saat diperlukan untuk buat kopi dengan mesin espresso PerySmith ini, bagus bukan? 

Tangki airnya pula boleh ditanggalkan agar mudah untuk dibersihkan. 

Nak buat latte art pun boleh dengan mesin kopi ini kerana anda boleh steam susu seperti mesin espresso mahal lain. 

Tak perlu risau tentang kerosakan kerana telah mendapat pengesahan SIRIM. 

Review:

“Sesuai untuk peminat kopi, boleh buat kopi sendiri di rumah dengan harga murah, tak perlu lagi beli kopi di kafe. Siap ada foam maker. Sesuai untuk yang baru nak belajar latte art.”

Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker
mulai
RM97.90
Semak Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker harga dibawah:
add_circle Kapasiti yang sangat besar (1.5L)
add_circle Harga yang amat murah
add_circle Boleh buat 12 cawan kopi sekaligus
add_circle Bakul penapis boleh dibasuh & ditanggal
add_circle Anti titisan
remove_circle Hanya boleh menggunakan serbuk kopi sahaja
remove_circle Tiada fungsi pemanasan
remove_circle Jaminan hanya 1 tahun
remove_circle Tidak boleh guna kopi kapsul

Mesin coffee maker Khind ini antara mesin yang paling mudah digunakan dan paling murah di Malaysia. 

Hanya perlu isi air di bekas disediakan, letak serbuk kopi dalam penapis dan tekan sahaja butang untuk buat kopi. 

Dilengkapi dengan paparan digital, fungsi masa dan keep warm yang membolehkan anda programkan sendiri. 

Paling selamat diletakkan di dapur rumah anda kerana ia mempunyai ciri keselamatan di mana mesin bancuh kopi ini akan auto off jika tidak digunakan selepas 40 minit. 

Fungsi timer pula membolehkan anda pilih masa kopi siap dibancuh, contohnya kopi anda akan dibancuh secara automatik pada pukul 6.45 pagi sebelum bertolak ke pejabat.

Mesin kopi semi automatik
Giselle
Giselle Gusto & Nespresso Coffee Machine
mulai
RM379.99
Semak Giselle Gusto & Nespresso Coffee Machine KEA0332 harga dibawah:
add_circle Boleh guna dengan kapsul kopi juga
add_circle Pantas dan mudah digunakan
add_circle Ada butang kawalan manual
add_circle Mudah digunakan oleh pemula
add_circle Tangki air boleh ditanggalkan
add_circle Waranti 2 tahun
remove_circle Harga sedikit mahal
remove_circle Harga agak mahal

Mesin kopi dari Giselle ini sesuai untuk yang mahu mencuba membuat latte art sendiri menggunakan mesin espresso seperti yang digunakan oleh barista professional. 

Ia merupakan mesin kopi semi-automatik yang akan menghasilkan kopi yang lebih pekat.

Selain boleh buat kopi dengan biji kopi yang telah dikisar, anda juga boleh buat kopi menggunakan kapsul Nescafe, Starbucks, Nespresso dan Dolce Gusto. 

Mesin kopi Starbucks ini juga boleh panaskan susu dan menghasilkan buih susu untuk mocha, macchiato atau flat white anda.  

Paling mantap, mesin ini juga boleh menghasilkan dua cangkir espresso serentak kerana ia direka dengan double distributary mouth yang boleh mengekstrak kopi ke dalam dua cawan sekali gus. 

Turut lengkap dengan lampu indikator yang akan menandakan proses preheating telah selesai.

Ekstra: Pengisar Terbaik untuk Pembuatan Susu Kocak dan Minuman Sejuk

mulai
RM999.90
Semak ROK Presso GC PRO Espresso Maker Manual Espresso Coffee Machine harga dibawah:
add_circle Diperbuat dari aluminium kalis karat
add_circle Tidak perlu menggunakan elektrik
add_circle Sesuai dibawa berkhemah
remove_circle Harga sangat mahal

Mahu nikmati secangkir kopi espresso enak ketika berkhemah atau berkelah di dalam hutan?

Mesin kopi manual dari ROK Presso ini memang untuk anda kerana ia mudah dibawa ke mana-mana. 

Cara nak buat kopi dengan mesin ini mudah, hanya perlu tekan guna tangan di bahagian lengan berkembarnya. 

Nak tekan guna sebelah tangan pun boleh namun tekan guna kedua-dua belah tangan lebih stabil. 

Memang mudah digunakan namun jika anda baru nak belajar guna mesin kopi tangan ini, perlu ingat bahawa rasa kopi yang dihasilkan mungkin tidak menjadi seperti yang diinginkan. 

Ini kerana mesin ini memerlukan anda memiliki kemahiran buat kopi yang bagus.

Mesin bancuh kopi ini turut hadir dengan portafilter, sudu kopi atau tamper, O-Ring dan splitter.

Nespresso Lattissima Touch Coffee Machine Black F521-ME-BK-NE
mulai
RM1,450.00
Semak Nespresso Lattissima Touch Coffee Machine Black F521-ME-BK-NE harga dibawah:
add_circle Jag susu boleh ditanggalkan & dibasuh
add_circle Kapsul kopi boleh dikitar semula
add_circle Mudah digunakan
add_circle Saiz kompak
remove_circle Harga terlalu mahal
remove_circle Kapasiti tangki air hanya 0.9L

Tak perlu bazirkan masa bereksperimen untuk dapatkan kopi sedap kerana mesin kopi kapsul dengan berat hanya 4.5kg ini membolehkan anda membuat kopi sepantas 25 saat sahaja.

Sesuai digunakan di pejabat kerana ia boleh buat 6 jenis kopi iaitu espresso, lungo, capuccino, latte berkrim, latte machiato dan buih susu hangat dengan 1 butang sahaja. 

Ia direka dengan tekanan 19 bar di mana kuasanya lebih dari cukup untuk menembusi kapsul dan memberikan aroma kopi yang cukup harum meskipun mesin jenis automatik. 

Selamat digunakan kerana dilengkapi ciri auto power off apabila tidak digunakan.

Pelbagai jenis kapsul original Nespresso boleh digunakan dengan mesin kopi Nescafe ini.

Smeg - ECF01 Espresso Coffee MachineCoffee Maker
mulai
RM3,025.00
Semak Smeg - ECF01 Espresso Coffee Machine/Coffee Maker harga dibawah:
add_circle Boleh steam susu
add_circle Pam tekanan 15 bar
add_circle Tempoh jaminan 24 bulan
add_circle Tangki air berkapasiti 1L boleh ditanggalkan
add_circle Sesuai dengan ground coffee & paper pods
remove_circle Harga terlalu mahal

Meskipun mahal, namun mesin espresso dari Itali ini terbaik untuk buat kopi latte, cappuccino dan flat white yang berkrim dan pekat. 

Dilengkapi dengan ciri single coffee dan double coffee jika anda mahu buat dua cawan kopi serentak. 

Ia menggunakan sistem pemanasan thermoblock dan suhu kopi sama ada rendah, sederhana atau tinggi juga boleh dipilih mengikut selera anda.  

Sesuai untuk anda yang mahukan mesin kopi espresso yang bersaiz kompak, jadi ia tidak akan memakan ruang yang banyak apabila diletakkan di atas kabinet dapur. 

Rekaannya yang retro dan estetik juga membolehkan anda menjadikan mesin ini sebagai hiasan walaupun ketika tidak digunakan.

Mesin kopi untuk perniagaan
Gemilai CRM3200 Espresso Machine
mulai
RM2,760.00
Semak Gemilai CRM3200 Espresso Machine harga dibawah:
add_circle Untuk kegunaan bisnes & kopi rumah
add_circle Mesin kopi semi automatik
add_circle Boleh steam susu
add_circle Boleh buat latte
remove_circle Harga agak mahal

Untuk anda yang baru nak mulakan perniagaan kopi kecil-kecilan, kami syorkan untuk dapatkan mesin espresso Gemilai ini kerana harga mesin kopi barista ini tidak semahal mesin komersial bersaiz besar lain. 

Bahagian hadapan mesin ini terdapat butang dan paparan yang mudah difahami, jadi ia mudah digunakan untuk semua walaupun anda baru sahaja jadi barista. 

Bukan sahaja boleh mengekstrak kopi, malah mesin kopi ini turut mempunyai fungsi pembuih susu dengan paip pengukus komersial 4 lubang untuk mudahkan anda buat latte art pada kopi pelanggan. 

Mesin ini mudah dibersihkan kerana tangki air dan dulang sisa airnya boleh ditanggalkan.

Bahagian atas mesin kopi pula boleh digunakan untuk letak cawan.

mulai
RM2,499.00
Semak De'Longhi Magnifica S Fully Automatic Coffee Machine - ECAM22.110.SB harga dibawah:
add_circle Boleh buat 2 cawan espresso serentak
add_circle Boleh pilih saiz kisaran biji kopi
add_circle Dilengkapi grinder biji kopi
add_circle Kapasiti bekas air 1.8L
add_circle Pam tekanan 15 bar
remove_circle Harga mahal

Tak perlu membazir beli kopi di kafe, bancuh saja kopi setiap pagi di rumah atau pejabat dengan mesin kopi automatik penuh ini. 

Mesin kopi De’Longhi mempunyai milk frother (pembuih susu), jadi kopi susu seperti latte, cappuccino dan flat white dapat dibuat tanpa masalah. 

Paling menarik, ia lengkap dengan fungsi kuantiti kopi dan anda boleh pilih aroma kopi yang ingin dihasilkan. 

Turut dilengkapi dengan 4 resepi kopi seperti Espresso, Espresso Lungo, air panas dan steam.

Breville BES870 Barista Express Espresso Machine
mulai
RM3,199.00
Semak Breville BES870 Barista Express Espresso Machine harga dibawah:
add_circle Rekaan mesin kukuh
add_circle Kapasiti tangki air 2L
add_circle Boleh buat latte art
add_circle Mempunyai coffee grinder & portafilter 54mm
remove_circle Harga terlalu mahal

Teringin nak tuang susu ke dalam cawan espresso macam yang sering dibuat oleh barista di kafe-kafe? Kopi machine Breville ini patut jadi pilihan anda. 

Ini kerana mesin coffee barista ini mempunyai muncung pembuih susu (milk frother) yang sesuai untuk latte art

Ia juga membolehkan anda kisar sendiri biji kopi mengikut dos dan saiz kisaran yang diinginkan sesuai selera. 

Selain itu, mesin kopi barista Breville ini mempunyai bean hopper 250g  untuk simpan biji kopi sebelum ia dikisar, sekali gus kesegaran biji kopi dapat dikekalkan dan tidak mudah lemau. 

Mesin ini boleh juga digunakan untuk perniagaan kafe kecil-kecilan anda.

mulai
RM349.99
Semak Russell Taylors 19 Bar Espresso Coffee Machine Retro Style Coffee Maker EM-20 harga dibawah:
add_circle Saiz kompak
add_circle Rekaan retro & unik
add_circle Kapasiti tangki air 1.8L
add_circle Mempunyai built in thermometer
add_circle Portafilter mudah dibersihkan
remove_circle Tidak boleh digunakan dengan kopi kapsul

Mahukan mesin buat kopi yang mempunyai steam yang kuat untuk kegunaan home cafe anda? 

Dengan mesin coffee Russel Taylors ini, cappuccino dan mocha dapat dibuat dengan mudah di rumah. 

Menggunakan pam 19 bar bertekanan tinggi yang mampu menghasilkan espresso pekat dengan lapisan krim yang tebal. 

Batang steam susunya yang diperbuat daripada stainless steel boleh dilaraskan, sesuai untuk pemula yang baru belajar buat latte art.

Ia akan mengeluarkan wap yang cukup kuat untuk menghasilkan buih susu yang berkrim dan tebal untuk cappuccino atau macchiato yang menepati citarasa anda. 

Tangki air dan drip tray mesin ini boleh ditanggalkan dan dibersihkan dengan mudah.

Petrus PE3833 Commercial Semi-automatic Espresso Machine
mulai
RM632.00
Semak Petrus PE3833 Commercial Semi-automatic Espresso Machine harga dibawah:
add_circle Steam yang lebih kuat
add_circle Batang steam tebal 10mm
add_circle Kawalan suhu pintar 2 dalam 1
add_circle Tekanan dilepaskan secara automatik
add_circle Mesin diperbuat dari stainless steel, lebih stabil
remove_circle Mahal

Mesin kopi semi automatik untuk kegunaan komersial dan rumah ini memiliki tekanan 15 bar iaitu tekanan ideal untuk mengekstrak biji kopi sehingga mengeluarkan aroma espresso yang kuat.

Turut mempunyai portafilter bersaiz 58mm agar dapat menghasilkan ekstrak espresso seperti barista profesional di kafe. 

Kapasiti tangki airnya pula cukup besar, 1.8L sesuai untuk anda yang mahu mesin kopi seperti yang digunakan di kafe-kafe. 

Anda juga akan mendapat aksesori seperti single/double basket dan tamper plastik. 


Jenis Kopi di Malaysia 

Terdapat pelbagai spesies biji kopi yang dijual di kafe-kafe di Malaysia, namun kopi yang sering menjadi pilihan ramai pengusaha kafe ialah kopi jenis Arabika, Robusta dan Liberica. 

Selain itu, white coffee juga sering menjadi kegemaran rakyat Malaysia terutamanya dijual di kopitiam-kopitiam tempatan. 


Kebaikan dan Keburukan Minum Kopi 

Kopi memang banyak khasiatnya untuk kesihatan. Antaranya, kopi boleh meningkatkan tahap fokus anda ketika bekerja atau belajar. 

Selain itu, pengambilan kafein juga  boleh meningkatkan tenaga anda terutamanya jika pekerjaan anda memerlukan banyak pergerakan fizikal. 

Ia juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan minum kopi memang membantu untuk lebih fokus dan tidak lesu ketika pemanduan jauh. 

Namun, kafein dari kopi juga boleh menyebabkan kesan yang negatif kepada badan anda. 

Ini kerana ia boleh menyebabkan anda rasa gelisah, berdebar dan insomnia atau sukar tidur.

Lebih teruk lagi, kafein boleh menyebabkan jantung anda berdegup dengan lebih kencang daripada biasa.

Manakala untuk ibu mengandung pula, pengambilan kopi yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan ketika hamil. 

Jadi, amalkan pengambilan kopi secara bersederhana. 

End of Article