Makan

7 Cerek Elektrik di bawah RM100 yang Masak Air Dengan Cepat

Cerek elektrik memudahkan anda untuk masak air dengan pantas. Ada yang diperbuat dari plastik & besi. Ini senarai cerek elektrik murah & bagus bawah RM100.


Editor · 8 Apr 2019, 7:32pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Cerek Elektrik di bawah RM100 yang Masak Air Dengan Cepat

Di zaman yang serba moden ini semestinya ramai yang lebih memilih untuk menggunakan cerek elektrik berbanding cerek dapur gas. Anda ingin berkejar masa ke tempat kerja tetapi mahu minum secawan kopi dahulu? Cerek elektrik murah ini memudahkan anda untuk memasak air panas dengan pantas. Jika di hujung minggu anda banyak meluangkan masa bersama keluarga, penyediaan minuman panas tidak lagi menjadi masalah.

Anda boleh dapatkan cerek elektrik dalam harga mampu untuk dimiliki serta berkualiti tinggi malahan ia lebih tahan lama dan berfungsi dengan baik. Berikut beberapa cerek elektrik yang murah mungkin menarik minat anda.

Kandungan
Cerek elektrik jenis plastik – tahan lama dan berkualiti tinggi 1 daripada 7
ELECTROLUX 1.5L Electric Kettle EEK1303W
Partnership with
Dari RM105
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Kini, menyediakan minuman panas kesukaan anda lebih mudah kerana Electrolux mengeluarkan cerek yang bukan sahaja ringan tetapi juga membuatkan pengisian air lebih mudah dengan bantuan penutup satu tangan untuk membukanya. Didatangi dengan pemanas asas swivel tanpa kabel dan wayar supaya penggunaan cerek ini lebih mudah dan selamat. 

Dengan mempunyai sukatan paras air dan memiliki penapis yang boleh ditanggalkan, ianya memudahkan anda membersihnya. 

Cerek elektrik bermaterial besi tahan karat 2 daripada 7
KINGSMAN Sincero SEK-10 Electric Jug Kettle 1.8L
Partnership with
Dari RM34.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Produk dari jenama terbaru di pasaran, Kingsman hadir dengan cerek bercirikan reka bentuk besi tahan karat yang bergaya serta dapat mendidihkan air dengan cepat dan cekap. Dengan hanya menekan satu butang, tudung cerek akan terbuka untuk memudahkan anda mengisi air. 

Berfungsi secara automatik, anda hanya perlu menekan satu butang pada cerek ini dan ia sedia untuk mendidihkan air kurang daripada masa 3 minit sahaja.

Mudah untuk anda menyediakan susu buat si kecil atau menyediakan minuman petang dalam masa yang cepat dan ringkas. 

Cerek elektrik sesuai untuk pelajar yang tinggal di asrama 3 daripada 7
ELBA 1.7L Jug Kettle EJK-D1719WH
Partnership with
Dari RM68
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Cerek Elba ini mempunyai kapasiti yang agak besar dan juga berbaloi dari segi harganya. Produk ini yang memiliki ciri keselamatan hadir dengan tempat pemanas swivel iaitu tanpa wayar. Manakala, elemen pemanasnya pula diperbuat daripada keluli tahan karat ini bagi memastikan kualiti air yang dipanaskan terjamin bersih dan mengurangkan risiko kemalangan. 

Cerek ini sesuai untuk anda yang ingin memasak air dalam kapasiti besar dan ianya selalu menjadi pilihan hotel-hotel, juga diletakkan di pejabat serta bersesuaian untuk para pelajar yang tinggal di asrama.

Cerek elektrik mini – dengan kapasiti air yang lebih kecil 4 daripada 7
PENSONIC 1.2L Kettle PEN-PMC1201
Partnership with PENSONIC
Dari RM93
Lihat harga di Shopee Malaysia

Cerek mini ini bukan sahaja kecil tetapi juga ringan dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Ianya mempunyai penyelaras kawalan suhu dan anda boleh mendidih air mengikut tahap kepanasan yang diingini. 

Bukan hanya itu, ia juga cerek yang tahan lama dan memiliki pemegang jenis plastik, tidak mudah panas serta selamat untuk digunakan. Menyediakan secawan kopi kini lebih mudah di mana sahaja dengan adanya cerek ini. 

Cerek elektrik jenis stainless steel - tahan lama dan tidak mudah karat 5 daripada 7
PHILIPS Jug Kettle HD9303 (1.2L) Stainless Steel Jug
Partnership with
Dari RM119
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Philips, cerek yang memiliki sensor wap, didih dan dapat mencegah air daripada mendidih dengan terlalu panas. Cerek ini juga ringan dan mudah untuk pengisian air dengan hanya perlu menekan satu butang sahaja. 

Cerek yang diperbuat daripada keluli tahan karat ini bukan sahaja tahan lama, malahan ia juga ringan untuk diangkat. Ianya lebih memudahkan penuangan air kerana hadir dengan pemegang cerek yang tidak licin. Terkenal dalam peralatan perkakas dapur, Philips dijamin atas kualitinya.

Cerek elektrik kecil – bersaiz kompak dan menjimatkan ruang 6 daripada 7
FABER 1.7L Kettle FBR-FCK186
Partnership with
Dari RM46
Lihat harga di Shopee Malaysia

Menyediakan air panas kini bukan sahaja cepat tetapi juga ringan dan mudah untuk digunakan. Ianya cerek dari jenama Faber, mempunyai ciri penutup tudung yang berkunci untuk memastikan keselamatan anda ketika menuang air panas. 

Dilengkapi dengan penyukat air untuk memudahkan anda mengisinya agar tidak terlalu penuh sehingga melebihi tahap maksimum cerek . Kini dengan cerek ini anda boleh nikmati secawan teh setiap hari untuk minum petang anda.

Cerek elektrik dengan rekaan moden 7 daripada 7
LEBENSSTIL Kollektion Pyramid Kettle LKAB-604SS
Partnership with
Dari RM119
Lihat harga di Shopee Malaysia

Cerek Lebensstil ini memiliki reka bentuk yang unik dengan kemasan bercirikan moden. Dengan memiliki pemegang yang tahan daripada haba panas dan cengkaman yang stabil ketika penuangan untuk memastikan keselamatan anda terpelihara. Cerek elektrik ini juga mempunyai lampu penunjuk untuk memudahkan anda mengetahui apabila air sedang mendidih. 

Cerek ini bersesuaian dengan ruang dapur yang berkonsepkan moden, nikmati minuman panas kegemaran anda dengan kadar segera.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation