Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Kopi Segera yang Dapat Jimatkan Masa Membancuh

Tak lengkaplah hari tanpa meminum kopi yang umph!

Kebanyakan rakyat Malaysia gemar memulakan hari mereka dengan secawan kopi yang sedap. Namun kekangan masa untuk membancuh secawan kopi terutamanya buat mereka yang ingin berkejar ke tempat kerja, bagi mengelak kesesakan jalan raya atau waktu mesyuarat di awal pagi. Buat si penggemar kopi, jika mereka tidak mendapat kopi pertama pada hari itu, seolah-olah hari itu belum bermula. Disinilah kopi segera memainkan peranan yang amat penting.

Kopi segera atau kopi pracampur adalah kopi yang sudah tersedia didalam pek kecil. Kopi ini berbentuk serbuk dan sudah dicampur dengan gula, krimer dan lain-lain perasa yang dikehendaki. Berlainan dengan cara manual membancuh minuman yang lain, kopi segera sudah siap disukat kandungannya agar memudahkan anda membuat air minuman. Kopi segera semudah 1, 2, 3 dan siap! Jika anda seorang kaki kopi, anda harus mencuba kopi segera terbaik ini!

Dari Penang pilihan penggemar kopi segera yang tegar
mulai
RM9.60
Semak GOLD BLEND Coffee Tree Penang Kopi-O 2 in 1 harga dibawah:

Rugi jika anda tidak mencuba kopi-O segera terbaik dari Penang ini. Ianya diperbuat dengan menggunakan biji kopi premium yang sudah tentu akan memberi rasa ‘kick’ dalam secawan kopi. 

Kandungan gulanya juga di tahap yang ideal bagi mendapatkan kemanisan yang cukup pada kopi-O anda. Produk berasal dari Pulau Pinang ini juga dijamin berkualiti dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Mengandungi garam pilihan untuk penggemar kopi yang sedang berdiet
mulai
RM25.00
Semak MIN Kaffe harga dibawah:

Diperbuat daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea yang memberikan nutrisi terbaik dalam kopi ini. Kopi yang dengan aroma wangi ini, kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium selain meningkatkan tahap HB dalam badan anda. Chlorogenic Acid dalam Min Kaffe boleh membantu menstabilkan gula dalam darah dan mengawal berat badan. 

Walaupun mengandungi garam, rasa kopi ini tidaklah masin malahan ianya mempunyai rasa kopi susu yang lembut. Dengan meminum kopi ini anda boleh menjaga kesihatan smbil menikmati minuman kopi segera yang lazat.

Pilihan biji kopi Arabica berkualiti tinggi
mulai
RM20.00
Semak ARABUS 100% Arabica Coffee harga dibawah:

Kopi Arabika adalah antara kopi yang terkenal dalam dunia. Dengan rasa hint coklat, kekacang dan karamel sudah tentu kopi ini ada peminatnya. Jika anda salah seorang pengemar kopi biji Arabika, anda harus mencuba kopi segera dari jenama Arabus ini. Ianya mempunyai dua perisa iaitu Original dan Espresso. 

Kopi ini hanya menggunakan biji Arabika bermutu tinggi untuk memberikan rasa kopi yang lebih kaya. Berasal dari Thailand, setiap sachet kopi 3-in-1 Arabus ini sudah mempunyai serbuk kopi, gula dan krimer. Cuma tambah air panas dan rasai kelainannya.

Kopi bebas kafein, sesuai untuk ibu menyusu dan hamil
mulai
RM28.00
Semak Royal Dates Café harga dibawah:

Bagi anda yang tidak boleh mengambil kafein tetapi masih mahu merasai kelazatan kopi, cubalah Royal Dates Café. Ianya tidak mengandungi kafein dan dihasilkan 100% dari biji kurma. Kopi ini juga mengandungi ekstrak buah zaitun, buah tin, Habbatus Sauda dan safron. Kesemua bahan ini amat baik untuk meningkatkan kecergasan stamina dan minda, merawat masalah saraf dan otot, mengurangkan rasa mengantuk, merawat masalah usus dan menguatkan imuniti badan kita.

Kopi ini juga bebas gula dimana ianya menggunakan Stevia sebagai pengganti. Ianya mempunyai rasa yang sedap dan  kaya dengan khasiat untuk ibu-ibu di luar sana.

Maniskan hidup anda dengan kopi madu ini!
mulai
RM27.00
Semak MASAD Café – Kopi Madu harga dibawah:

Madu sudah terkenal dengan 1001 khasiat yang tersendiri antaranya ialah boleh membantu meningkatkan tenaga dan memperlahan proses penuaan. Gabungan bahan dalam minuman kopi segera Masad Café ini termasuklah kopi, madu, Habbatus Sauda, kismis dan badam. Siapa yang tidak mahu sambil menikmati minuman yang lazat sekaligus meningkatkan nutrisi dalam badan.

Jika anda menginginkan alternatif untuk mengatasi masalah kegemukan, menegangkan kulit dan meningkatkan kesihatan emosi, cubalah kopi madu dari Masad Café ini. 

Kopi dengan gabungan perisa kelapa untuk rasa yang lebih segar
mulai
RM18.99
Semak NESCAFE Latte Coconut Premix Coffee harga dibawah:

Nikmati rasa kopi yang beraroma dengan perisa kelapa. Rasa kopinya tidak pahit dan berkrim memberi keseimbangan di dalam minuman. Ianya diperbuat dari biji kopi yang terpilih dilengkapi dengan gula dan krimer.

Produk pertama seumpamanya di Malaysia ini sudah pasti akan menambat hati sesiapa saja dengan rasanya eksotik, tekstur kehalusan kelapa segar dan rasa kopi yang kaya. Belum cuba belum tahu! Cubalah sekarang dan nikmati pengalamannya.

Anda penggemar durian dan juga kopi? Minumlah kopi perisa terbaru ini
mulai
RM16.50
Semak OLD CITY 3 in 1 Durian White Coffee harga dibawah:

Siapa sangka kopi dan durian boleh menjadi duo yang menarik? Dengan kopi segera Old City ini, anda boleh menikmati rasa unik raja buah di dalam minuman kopi putih anda. Kopi ini diperbuat dengan gabungan yang lazat serta perisa buah durian yang tersendiri. Campuran yang lembut dan sempurna ini memberi rasa lebih kaya, lemak dan wangi ketika diminum.

Ayuh cubalah hari ini dan bersedia untuk merasai kelainan yang akan membuatkan anda tersenyum.

Kopi dengan krimer yang lazat berkrim pilihan peminat kopi
mulai
RM10.50
Semak KOPIKO 3 in 1 Strong & Rich Coffee harga dibawah:

Diperkaya dengan krimer yang sudah pasti akan membuat minuman kopi ini antara yang terbaik dipasaran. Kopiko hanya menggunakan biji kopi yang dipilih dengan teliti dan kemudiannya dipanggang dalam keadaan api terkawal agar rasa kopi tersebut terpelihara. Ianya dicampur pula dengan serbuk krimer yang lemak berkrim untuk memberi anda satu minuman yang lazat.

Kandungan gula dan krim sangat ideal untuk secawan kopi bagi memastikan minuman anda tidak terlalu manis mahupun pahit.

Sesuai untuk pesakit diabetes, sukatan kopi yang ideal buat anda
mulai
RM16.50
Semak EVERSWEETT Sugar-Free White Coffee harga dibawah:

Anda penghidap kencing manis? Usah risau kerana anda masih boleh menikmati kopi kegemaran tanpa risiko terhadap tahap kesihatan dengan produk daripada EverSweett ini. Diolah daripada kopi putih dan menggunakan Stevia sebagai gula gantian. Pemanis semulajadi Stevia ini memberikan rasa manis tanpa menjejaskan kesihatan anda. 

EverSweett menggunakan biji kopi yang dipilih untuk memberi anda aroma kopi yang wangi. Minuman 3-dalam-1 EverSweett datang dalam 2 variasi lain yang hebat iaitu Chocolate Malt dan Oat & Cereal (Vanilla). Cubalah hari ini! Kembalikan kemanisan dalam hidup anda.

Anda penggemar setia kopi putih? Ini produk terbaik untuk anda.
mulai
RM13.45
Semak OLDTOWN White Coffee harga dibawah:

Tidak lengkaplah ruangan dapur jika anda tidak mempunyai kopi putih jenama nombor 1 ini. Apa yang membuatkan kopi putih ini istimewa? Ianya diperbuat dengan menggabungkan biji kopi premium termasuk kopi Arabika, Robusta dan Liberica. Setiap hirupan akan menjamin rasa kopi yang halus, beraroma dan kaya berkrim.

OldTown White Coffee menawarkan pelbagai variasi perisa. Setiap orang pasti mempunyai taste yang berbeza dan OldTown ingin memberikan setiap pengguna mempunyai kopi yang ngam. Anda pasti terpikat!


Artikel Berkaitan

End of Article