Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Mulakan Hari Anda Dengan 8 Susu Kurma Untuk Sahur Sebagai Pelengkap Tenaga

Eh, banyak rupanya pilihan susu kurma!

Product in this article

Buah kurma dengan bulan puasa tidak dapat dipisahkan. Ianya menjadi pilihan ramai terutama ketika bulan puasa. Buah kurma bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja tetapi hasil inovasi makanan terkini kita semua dapat menikmati kurma dalam bentuk cecair yakni susu kurma. Kini, berebut-rebut yang ingin mendapatkan susu berperisa kurma.

Ada juga yang menjadikan ianya sebagai minuman harian. Sesetengah daripada anda pasti gemarkan susu kurma. Malah nutrisi yang terkandung dari buah kurma lebih banyak dari buah yang lain. 

Adakah susu kurma boleh  diminum ketika perut kosong?

Mesti yang ramai mulakan hari dengan susu sejuk dari peti ais bukan? Kononnya untuk beri rasa kenyang dan mendapat lebih banyak nutrisi. Sebenarnya ia tanggapan yang tidak tepat dan tidak semua orang mempunyai ketahanan perut untuk mencerna susu diawal pagi. Masa yang betul untuk menikmati susu ialah selepas menjamah sedikit makanan. Cara ini supaya perut anda tidak terbeban untuk memproses susu. Ini kerana susu tinggi dengan protein dan vitamin yang mengambil masa yang lama untuk dicerna. Antara kesan jika mengambil susu ketika perut kosong ialah gastrik.

Digalakkan untuk anda yang ingin minum susu semasa bersahur atau berbuka puasa, seeloknya jamah dahulu makanan biasa dan ambil susu pada akhir sekali. Ia bagi mengelakkan ketidakselesaan perut yang boleh menganggu puasa dan waktu beribadah. 

Kebaikan buah kurma yang tidak diketahui ramai

Makan buah kurma ketika berbuka puasa ialah sunnah dari Nabi Muhammad SAW. Tiada keraguan lagi tentang 1001 kebaikan buah kurma. Ianya tinggi dengan serat untuk memberi rasa kenyang sepanjang hari. Malah kandungan glukosa dalam kurma dapat mengembalikan tenaga walaupun berpuasa. Jika anda mengambil kurma secara konsisten pada bulan puasa ia boleh mengatasi masalah sembelit. 

Almaklumlah bila kurang minum air ada berlaku perubahan dalam sistem pencernaan. Menariknya buah kurma dijadikan sebagai buah diet pilihan yang sebenarnya banyak membantu untuk penurunan berat badan. Bulan puasa ini bukan anda sahaja membersihkan jiwa malah pencernaan dengan digantikan dengan kebaikan dari buah kurma serta susu. Mari kita lihat susu kurma yang boleh dijadikan sumber pemulihan berpuasa;

8 Susu Kurma Untuk Kebaikan Tubuh Badan Anda

Origina Dairy Tamar Milk (200ml)

RM 3.4
Origina Dairy
1. Origina Dairy Tamar Milk (200ml)
Susu kurma yang menyegarkan untuk ibu menyusu

Konsep minuman susu kurma on-the-go ini sangat mudah untuk dinikmati. Ramai yang mengemari susu kurma dari Origina kerana ianya mengandungi susu rendah lemak dengan ekstra kurma yang sangat menyegarkan lebih lagi jika disejukkan dahulu. Testimoni daripada penggemar susu kurma dari Origina ini juga mengatakan ianya mampu memperbaiki masalah insomnia dan booster untuk ibu menyusu.

Nilofa Susu Kurma dan Pisang (20)

RM 4.41
Nilofa
2. Nilofa Susu Kurma dan Pisang (20)
Gabungan unik susu pisang dan kurma dalam satu rasa

Semua tahu jenama susu pisang Nilofa adalah dari selebriti terkenal Neelofa. Bersempena bulan Ramadan ini beliau mengeluarkan gabungan susu pisang dan kurma. Banyak review daripada penggemar susu kurma mengesyorkan siapa yang belum cuba untuk mencubanya dengan segera sebelum kehabisan stok. Siapa sangka pisang dan kurma boleh disatukan menjadi suatu rasa unik dan sedap!

Dutch Lady Pure Farm Kurma Flavoured Milk (1 litre)

RM 3.99

Susu keluaran Dutch Lady bukan sahaja fokus pada kanak-kanak tetapi orang dewasa juga amat menggemarinya kerana rasa yang lemak. Kini, Dutch Lady juga memperkenalkan edisi susu kurma bersempena bulan mulia ini. Susu ini sesuai untuk dinikmati seisi keluarga lebih lagi ketika sahur mahupun berbuka puasa. Susu formula UHT ini tinggi kalsium namun jangan risau ia rendah lemak.

Goodday UHT Kurma Flavoured Milk (1 litre)

RM 4.29

Jenama Goodday menghasilkan susu yang berkualiti dari ternakan lembu yang sihat dan tidak stres. Kini ditambah dengan ekstrak kurma menjadikan susu ini lebih lazat daripada biasa. Kebaikan susu Goodday mampu membantu dalam penghasilan tisu kulit yang baru dan memberi kalsium mencukupi untuk tubuh badan. Susu Goodday ada jual dimana-mana, kalau tak jumpa juga boleh beli secara dalam talian.

Summerfield Kurma Fresh Milk (700ml)

RM 7.29

Mungkin ramai belum kenal dengan jenama susu terbaru Summerfield. Ya, ianya jenama tempatan yang menggunakan lembu import New Zealand dan Australia bagi mengekalkan kualiti susu. Susu kurma Summerfield tidak mengandungi sebarang pemanis tambahan dengan hanya mengekalkan kemanisan dari kurma asli. Bulan Ramadan ini apa kata cuba rasa susu kurma dari Summerfield. Tak kenal, maka tak cinta!

Farm Fresh Kurma Milk

RM 6.99
Farm Fresh
6. Farm Fresh Kurma Milk
Jenama susu kurma paling laris dipasaran - sesuai untuk ibu mengandung

Susu kurma dari Farm Fresh antara menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia. Boleh dikatakan selalu out of stock! Ini semua gara-gara keenakan susu kurma yang tiada tandingan. Gandingan kurma dan susu segar Farm Fresh sesuai dinikmati untuk semua lapisan umur dan juga untuk ibu mengandung. 

Diperkaya dengan zat besi untuk pertambahan sel darah merah dan tidak mengandungi sebarang pewarna atau perasa tambahan. Pasti bulan puasa akan datang susu kurma ini akan jadi selingan juadah berbuka anda.

HiGoat Premium Susu Kambing Kurma Madu

RM 25.6

Masalah lactose intolerance buatkan anda sukar untuk mencuba susu berperisa kurma. Anda boleh tukar kepada susu kambing HiGoat yang mengandungi ekstra kurma dan campuran madu. Susu kambing berikan keselesaan pada perut dan tenaga sepanjang hari. Jadi anda tak perlu risau untuk dapatkan protein tambahan dari susu kambing.

Lazz Susu Kambing Kurma

RM 39.98
Lazz
8. Lazz Susu Kambing Kurma
Susu kurma yang sesuai untuk kanak-kanak

Susu kurma kambing ini amat sesuai untuk anak-anak dari usia 2 tahun dan keatas. Ia tidak muak dan paling enak dinikmati panas atau suam. Ekstra garam mineral dari kurma dapat membantu jika anak-anak mengalami sembelit. Pelbagai lagi khasiat susu kambing yang membantu perkembangan tumbesaran kanak-kanak. Bulan puasa ini cuba bancuh untuk si kecil lebih lagi yang baru mula nak puasa.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article