Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Penjagaan Kesihatan Sempurna Dengan 8 Susu Berperisa Coklat Terbaik Untuk Badan Anda

Pastikan anda minum susu yang terbaik untuk kesihatan sekeluarga.

Susu baik untuk pembesaran tulang dan juga membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan. Susu dengan perisa coklat ini lebih digemari mereka yang tidak suka akan susu berperisa asli / original. Tidak kira susu segar mahupun susu tepung, ianya mengandungi kandungan vitamin dan kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang serta vitamin bagi memberi tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

Ketahuilah bahawa susu coklat mempunyai nutrisi yang sama dengan susu biasa. Yang berbeza hanyalah perasa. Kini terdapat pelbagai jenis susu berada di pasaran dan ianya baik untuk kesihatan anda. Sesuai untuk mencegah penyakit dan memberi tenaga ekstra buat anda tanpa berasa letih. Berikut beberapa jenis susu coklat yang kami syorkan;

Untuk anda yang ingin menambahkan berat badan/gemuk
Appeton
mulai
RM96.90
Semak APPETON Weight Gain Adult harga dibawah:
add_circle Mengandungi asid amino
add_circle Mengandungi protein whey
add_circle Bagus untuk penghadaman
remove_circle Tak sesuai untuk diet

Tak sanggup lagi apabila orang panggil anda kurus macam tiang? Jika anda memiliki jenis saiz badan yang kurus, susu ini dapat membantu untuk mendapatkan berat badan ideal dengan cara yang sihat dan semula jadi. 

Ianya mengandungi vitamin tambahan, mineral dan jumlah kalori yang mencukupi dari karbohidrat serta lemak untuk mendapatkan berat badan yang anda ingini. Rasa susu coklat yang lazat ini pasti membuatkan anda suka untuk meminumnya.

Terbaik untuk diminum oleh kanak-kanak - kandungan khasiat seimbang
mulai
RM23.50
Semak DUGRO 4 Chocolate harga dibawah:

Melihat anak membesar dengan sihat pasti keutamaan setiap ibu bapa. Dengan Dugro anak dapat membesar dengan sihat kerana vitamin dan mineral yang diperlukan melengkapi keperluan harian anak anda. 

Dugro dengan rasa susu coklat berkrim bukan sahaja sedap diminum tetapi ia juga membantu untuk menguatkan tulang dan perkembangan minda si kecil. Anak anda pasti menyukainya dan kini dapat melihat si kecil membesar dengan sihat dan ceria.

mulai
RM34.61
Semak Anmum Materna Premium Maternal Formula Milk Powder for Pregnant Mothers No Added Sugar (Chocolate) harga dibawah:
add_circle Mengandungi 8 nutrisi penting
add_circle Menguatkan tulang dan gigi
add_circle Melancarkan pencernaan
add_circle Rasa sedap
remove_circle Murah

Anmum dirumus khas untuk menyokong keperluan yang diperlukan oleh ibu hamil dan bayi di dalam kandungan. Ianya susu coklat dengan rasa kurang manis cukup sempurna untuk minuman harian ibu hamil. Anmum turut mengandungi DR10 dan Inulin yang membantu dalam menyokong kesihatan usus dengan baik dan kalsium untuk menguatkan tulang ketika hamil. 

Susu ini juga turut mengandungi nutrisi lengkap yang diperlukan oleh ibu hamil untuk kebaikan janin. Kandungannya kurang gula dan lemak, dapat mengelakkan ibu hamil berisiko terkena penyakit diabetes.

Baik untuk anda yang seringkali mengalami masalah gastrik
mulai
RM5.00
Semak DUTCH LADY Pure Farm Chocolate Flavoured Milk (1L) harga dibawah:

Susu daripada jenama Dutch Lady ini adalah susu berperisa coklat yang penuh krim dan berkhasiat. Ianya sesuai untuk diminum oleh semua golongan usia, tidak kira samada kanak-kanak sehinggalah orang tua. Susu dengan rasa coklat ini bukan sahaja lazat diminum tetapi ianya juga membekal nutrisi yang diperlukan untuk anda sekeluarga. 

Selain dari susu harian yang boleh dijadikan sebagai minuman kegemaran seisi keluarga, ia juga sesuai bagi mereka yang memiliki masalah gastrik kerana susu ini dapat membantu mengisi perut anda setiap masa.

Susu coklat berperisa kurma – melegakan masalah usus
Lazz
mulai
RM40.00
Semak Lazz Susu Kambing Choco harga dibawah:
add_circle Susu beralkali sesuai untuk ibu mengandung
add_circle Elakkan bayi terkena demam kuning
add_circle Cegah anemia & hilangkan loya
remove_circle Sedikit pricey berbanding susu kambing yang lain

Susu kambing berperisa kurma dan coklat daripada Lazz ini, kurang manis dan sesuai untuk yang memiliki masalah sembelit. Ianya dirumus khas untuk mereka yang tidak gemar meminum susu perisa asli / original kerana susu berona putih ini ada mengeluarkan satu bau yang kurang menyenangkan. 

Ianya juga sesuai untuk diminum oleh ibu hamil kerana ia dapat membantu untuk mengurangkan rasa loya ketika hamil (morning sickness). Malahan anak anda turut boleh menikmatinya kerana susu yang mengandungi kurma ini mempunyai pelbagai khasiat untuk perkembangan minda si kecil dan baik untuk kesihatan anda sekeluarga.

Susu coklat yang bermalta memberi tenaga sepanjang hari
mulai
RM15.55
Semak VICO Chocolate Malt Drink harga dibawah:

Vico dirumus khas dengan bahan semulajadi untuk memberikan rasa koko yang enak. Sama ada diminum sejuk atau panas, Vico minuman yang enak dinikmati untuk seisi keluarga. Kandungan susu berperisa coklat ini juga tinggi dengan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan anda iaitu dilengkapi dengan vitamin A,B1,B12, kalsium dan protein. 

Rasa dan aroma koko yang menyenangkan, semestinya dapat menceriakan hari anda. Susu coklat ini dapat memberikan tenaga buat anda sepanjang hari.

Terbaik untuk pesakit diabetes – mengawal tahap gula dalam badan
mulai
RM35.99
Semak GLUCERNA Triple Care (Chocolate) harga dibawah:

Glucerna dengan perisa coklat ini dirumus khas untuk pesakit kencing manis yang membantu mengawal glukosa, kolestrol dan pengurusan berat badan. Ianya susu yang mengandungi fibersol, sucromalt dan kromium picollinate, khusus untuk yang menghidap penyakit kencing manis. 

Susu ini juga dijadikan sebagai minuman pengganti makanan yang direka khusus untuk memenuhi kehendak pesakit kencing manis yang perlu menurunkan berat badan dan meningkatkan kadar metabolisma karbohidrat dan lemak. 

Susu perisa coklat yang baik untuk menjaga kesihatan jantung anda
mulai
RM6.50
Semak ANLENE Chocolate UHT Low Fat Milk harga dibawah:

Anlene susu rendah lemak yang baik untuk sistem kardiovaskular anda. Lemak yang rendah dalam minuman dapat menjadikan gaya hidup lebih sihat dan menurunkan risiko terkena serangan jantung. Susu ini juga membantu dalam menguatkan otot dan tulang anda agar dapat menjalani rutin harian dengan penuh bertenaga. 

Susu Anlene yang mengandungi perisa coklat ini kurang manis dan memastikan anda sekeluarga menjalani gaya hidup lebih sihat.


Artikel Berkaitan

End of Article