Susu baik untuk pembesaran tulang dan juga membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan. Susu dengan perisa coklat ini lebih digemari mereka yang tidak suka akan susu berperisa asli / original. Tidak kira susu segar mahupun susu tepung, ianya mengandungi kandungan vitamin dan kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang serta vitamin bagi memberi tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.
Ketahuilah bahawa susu coklat mempunyai nutrisi yang sama dengan susu biasa. Yang berbeza hanyalah perasa. Kini terdapat pelbagai jenis susu berada di pasaran dan ianya baik untuk kesihatan anda. Sesuai untuk mencegah penyakit dan memberi tenaga ekstra buat anda tanpa berasa letih. Berikut beberapa jenis susu coklat yang kami syorkan;
Tak sanggup lagi apabila orang panggil anda kurus macam tiang? Jika anda memiliki jenis saiz badan yang kurus, susu ini dapat membantu untuk mendapatkan berat badan ideal dengan cara yang sihat dan semula jadi.
Ianya mengandungi vitamin tambahan, mineral dan jumlah kalori yang mencukupi dari karbohidrat serta lemak untuk mendapatkan berat badan yang anda ingini. Rasa susu coklat yang lazat ini pasti membuatkan anda suka untuk meminumnya.
Melihat anak membesar dengan sihat pasti keutamaan setiap ibu bapa. Dengan Dugro anak dapat membesar dengan sihat kerana vitamin dan mineral yang diperlukan melengkapi keperluan harian anak anda.
Dugro dengan rasa susu coklat berkrim bukan sahaja sedap diminum tetapi ia juga membantu untuk menguatkan tulang dan perkembangan minda si kecil. Anak anda pasti menyukainya dan kini dapat melihat si kecil membesar dengan sihat dan ceria.
Anmum dirumus khas untuk menyokong keperluan yang diperlukan oleh ibu hamil dan bayi di dalam kandungan. Ianya susu coklat dengan rasa kurang manis cukup sempurna untuk minuman harian ibu hamil. Anmum turut mengandungi DR10 dan Inulin yang membantu dalam menyokong kesihatan usus dengan baik dan kalsium untuk menguatkan tulang ketika hamil.
Susu ini juga turut mengandungi nutrisi lengkap yang diperlukan oleh ibu hamil untuk kebaikan janin. Kandungannya kurang gula dan lemak, dapat mengelakkan ibu hamil berisiko terkena penyakit diabetes.
Susu daripada jenama Dutch Lady ini adalah susu berperisa coklat yang penuh krim dan berkhasiat. Ianya sesuai untuk diminum oleh semua golongan usia, tidak kira samada kanak-kanak sehinggalah orang tua. Susu dengan rasa coklat ini bukan sahaja lazat diminum tetapi ianya juga membekal nutrisi yang diperlukan untuk anda sekeluarga.
Selain dari susu harian yang boleh dijadikan sebagai minuman kegemaran seisi keluarga, ia juga sesuai bagi mereka yang memiliki masalah gastrik kerana susu ini dapat membantu mengisi perut anda setiap masa.
Susu kambing berperisa kurma dan coklat daripada Lazz ini, kurang manis dan sesuai untuk yang memiliki masalah sembelit. Ianya dirumus khas untuk mereka yang tidak gemar meminum susu perisa asli / original kerana susu berona putih ini ada mengeluarkan satu bau yang kurang menyenangkan.
Ianya juga sesuai untuk diminum oleh ibu hamil kerana ia dapat membantu untuk mengurangkan rasa loya ketika hamil (morning sickness). Malahan anak anda turut boleh menikmatinya kerana susu yang mengandungi kurma ini mempunyai pelbagai khasiat untuk perkembangan minda si kecil dan baik untuk kesihatan anda sekeluarga.
Vico dirumus khas dengan bahan semulajadi untuk memberikan rasa koko yang enak. Sama ada diminum sejuk atau panas, Vico minuman yang enak dinikmati untuk seisi keluarga. Kandungan susu berperisa coklat ini juga tinggi dengan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan anda iaitu dilengkapi dengan vitamin A,B1,B12, kalsium dan protein.
Rasa dan aroma koko yang menyenangkan, semestinya dapat menceriakan hari anda. Susu coklat ini dapat memberikan tenaga buat anda sepanjang hari.
Glucerna dengan perisa coklat ini dirumus khas untuk pesakit kencing manis yang membantu mengawal glukosa, kolestrol dan pengurusan berat badan. Ianya susu yang mengandungi fibersol, sucromalt dan kromium picollinate, khusus untuk yang menghidap penyakit kencing manis.
Susu ini juga dijadikan sebagai minuman pengganti makanan yang direka khusus untuk memenuhi kehendak pesakit kencing manis yang perlu menurunkan berat badan dan meningkatkan kadar metabolisma karbohidrat dan lemak.
Anlene susu rendah lemak yang baik untuk sistem kardiovaskular anda. Lemak yang rendah dalam minuman dapat menjadikan gaya hidup lebih sihat dan menurunkan risiko terkena serangan jantung. Susu ini juga membantu dalam menguatkan otot dan tulang anda agar dapat menjalani rutin harian dengan penuh bertenaga.
Susu Anlene yang mengandungi perisa coklat ini kurang manis dan memastikan anda sekeluarga menjalani gaya hidup lebih sihat.