Product in this article

Susu formula biasanya dikaitkan dengan bayi. Namun hari ini, terdapat pelbagai jenis susu formula sesuai untuk orang dewasa. Kebanyakan susu ini mempunyai kebaikan yang tersendiri bergantung dengan jenis susu yang anda pilih. Daripada susu rendah lemak, susu penuh krim, susu UHT, susu rendah laktosa, semuanya mudah didapati. Salah satu penyebab utama kenapa harus anda mengambil susu adalah untuk mengelakkan Osteoporosis. Apa itu Osteporosis? Ianya adalah sejenis penyakit tulang yang akan menyebabkan tulang menjadi rapuh dan lemah.

Sering kali kita lihat golongan yang meminum susu ini adalah individu yang mempunyai tuntutan kesihatan seperti pesakit diabetis dan warga tua. Bukan hanya golongan yang berpenyakit sahaja digalakkan untuk meminum susu, malahan bagi anda yang sihat juga digalakkan untuk meminum susu agar kesihatan kekal sihat sentiasa. Ayuh kita lihat susu formula yang terbaik untuk anda cuba hari ini!

1. APPETON Weight Gain Adult

Susu berperisa coklat - terbaik penambah berat badan untuk wanita

Harga mulai RM89.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM89.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM89.90

Susu Appeton Weight Gain adalah diantara susu yang terjamin memberi hasil yang anda ingini. Ianya mempunyai ukuran PER (protein menambah berat badan) yang tinggi iaitu 3.1 berbanding ukuran biasa, 2.5. Susu ini mudah dihadam dan diserap oleh tubuh badan kita. 

Selain itu, susu Appeton juga mengandungi asid amino cukup bagi perkembangan tisu badan yang kemudiannya akan membantu menaikkan berat badan ke tahap lebih ideal. 

2. NESTLE Omega Plus Milk Powder

Susu rendah lemak (low fat) yang mengandungi Acticol, baik untuk kesihatan

Harga mulai RM33.80

shopping_cart Lazada Malaysia RM37.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM33.80

Bagi mereka yang gemar meminum susu namun khuatir akan kandungan lemak didalamnya, pilihlah Nestle Omega Plus. Ianya rendah lemak untuk memudahkan anda mengamalkan pemakanan sihat dan membantu mengekalkan berat badan ideal. 

Mata tambahan untuk susu ini ialah selain rendah lemak, ianya mempunyai kandungan Acticol yang membantu mengurangkan kolesterol dalam badan. Susu yang mengandungi omega 3:6 ini mudah disediakan. Hanya tambah air panas atau sejuk dan anda sedia untuk meminumnya.

3. HIGOAT Susu Kambing

Minuman susu kambing tanpa gula tambahan pilihan terbaik

Harga mulai RM17.49

shopping_cart Shopee Malaysia RM17.49 shopping_cart Lazada Malaysia RM17.90

Minuman susu kambing ini bukan sahaja sumber protein dan kalsium yang baik malahan ianya juga tidak mengandungi gula tambahan. Dengan meminum susu ini ianya boleh membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh. Susu kambing lebih baik dari susu lembu kerana ianya bersifat alkali dan boleh meningkatkan daya kepekaan, fokus serta ingatan. 

Selain itu, antara kebaikan lainnya adalah mengimbangi kadar kolesterol serta kandungan gula dalam darah, melancarkan sistem penghadaman, menguatkan tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan saraf. 1001 khasiat didalam satu minuman.  

4. ANLENE Regular Milk Powder

Untuk tulang yang kuat, susu tinggi kalsium ini sesuai buat anda

Harga mulai RM29.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM29.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM29.90

Anlene adalah di antara jenama susu formula dewasa yang terkemuka di Malaysia. Dirumus khas dengan protein, kalsium, magnesium dan zink yang tinggi untuk memastikan tulang, otot serta saraf kita sentiasa dalam keadaan yang sihat. 

Sesuai untuk peringkat dewasa berumur 19 tahun dan keatas, susu Anlene ini mengandungi kolagen agar kulit anda tampil lebih sihat dan bermaya. Amalkannya setiap hari dan rasai perbezaannya.

5. FITWELL Organic Oat Milk

Susu formula tanpa laktosa sebagai alternatif pemakanan terbaik

Harga mulai RM45.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM45.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM49.60

Jika anda tidak boleh mengambil minuman berlaktosa seperti susu lembu dan mengalami sistem pencernaan lemah, ini adalah alternatif susu terbaik. Diperbuat daripada oat organik berkualiti, ianya juga tinggi kandungan protein yang membantu perkembangan tisu badan, kalsium, zat besi untuk pembentukan sel darah baru dan magnesium untuk penyerapan yang baik. 

Selain itu, kandungan bijirin serat seperti oats boleh membantu menguatkan tulang serta gigi. Susu dari jenama produk ini juga mengandungi Lecithin, Flax seed dan protein soya. Minuman yang lengkap dengan khasiat, setanding dengan susu formula berjenama mahal. 

6. ENSURE Gold

Susu yang lengkap untuk dijadikan pengganti makanan

Harga mulai RM74.70

shopping_cart Shopee Malaysia RM74.70 shopping_cart Lazada Malaysia RM78.90

Ensure Gold adalah susu formula yang lengkap untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam badan kita. Ianya mengandungi HMB dan Triple Protein Blend untuk kekuatan fizikal yang baik. Selain itu, segelas susu ini sarat dengan 28 vitamin, mineral, antioksida dan karbohidrat untuk sistem pertahanan serta tenaga badan kita. 

Susu yang dilengkapi dengan prebiotik ini, sesuai untuk memperbaiki sistem pencernaan. Tidak mengandungi lemak trans dan boleh diminum oleh semua peringkat umur kecuali bayi kerana formulanya tidak sesuai untuk si kecil.

7. SUNLAC Skim Milk Powder

Susu skim tanpa lemak – atasi masalah kolestrol dengan berkesan

Harga mulai RM21.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM21.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM22.50

Susu skim mengandungi kurang dari 1% lemak (fat). Ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kegemukan atau kolesterol tinggi. Walaupun ianya mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit, susu dari produk ini masih mengandungi kebanyakan nutrisi yang boleh didapati dalam susu lain seperti kalsium yang boleh mencegah penyakit osteoporosis. 

Minuman susu skim Sunlac, amat sesuai untuk individu yang mengamalkan diet rendah lemak. Tunggu apa lagi? Mulakan rutin harian yang sihat dengan mengambil susu secara konsisten.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!