Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Makanan & Lauk Segera Sesuai Untuk Berbuka Puasa 2024

Hidangan segera yang simple dan mengenyangkan

Tidak lama lagi bulan Ramadan akan tiba. Rindu sungguh setelah setahun ditinggalkan.

Tidak ketinggalan, para ibu dan isteri pasti sudah memikirkan juadah utama dan kuih yang nak masak untuk berbuka puasa nanti.

Tapi bagi mereka yang mempunyai kekangan masa untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

Berikut merupakan 10 makanan segera sedap untuk berbuka puasa.

Jangan risau semuanya mudah didapati, hanya di Shopee dan Lazada. Jom shopping!


Isi Kandungan


10 Makanan Segera Sedap Untuk Berbuka Puasa

Roti canai frozen
Tisha's
mulai
RM5.65
Semak Tisha's Roti Paratha Original harga dibawah:

Roti canai antara makanan yang cepat mengenyangkan. Roti canai Tisha ini sangat mudah disediakan dengan hanya memanaskannya di atas dapur tanpa memerlukan minyak. Sedap dimakan dengan gula, susu pekat, serunding, kari dan sebagainya. 

Roti canai ini sangat lembut dan mengekalkan citarasa aslinya. Jadi, bila memgidamkam nak makan roti canai di bulan puasa nanti, eloklah simpan Roti Canai Tisha ini di dalam peti sejuk anda.

Makanan segera barat
Master Pasto
mulai
RM5.90
Semak Master Pasto Spaghetti, Rice & Soup Combo harga dibawah:

Iklan bufet Ramadhan dengan makanan barat di hotel-hotel pasti membuatkan anda terliur untuk mencubanya. Dengan Combo Master Pasto yang terdiri daripada Spaghetti, Nasi dan Sup bersama sos-sos pasta yang pasti menaikkan selera keluarga, anda tak perlu risau untuk tidak dapat pergi ke bufet ramadhan. 

Pilihan combo yang terdiri daripada pelbagai pilihan seperti Spaghetti  Bolognese With Chicken, Spaghetti Mushroom, Spaghetti Aglio Olio dan Lamb Curry Rice sudah pasti dapat mengenyangkan seisi keluarga sehingga waktu bersahur.

Lauk segera
Brahim's
mulai
RM6.50
Semak Brahim's Rendang Daging Lembu harga dibawah:

Buat anda yang mahu menyediakan lauk-pauk tetapi kesuntukan masa kerana terhalang lama di dalam traffic jem, lauk-pauk segera dari Brahim’s ini pastinya membantu. Sementara menunggu nasi masak, hanya perlu rebus di dalam air panas atas dapur atau di dalam microwave sahaja. 

Antara seleksi lauk yang ada dijual termasuklah Kurma Daging dan Ubi Kentang, Rendang Daging Lembu serta Ayam Masak Merah dengan Lobak Merah. Lauk Brahim’s ini tidak mengandungi sebarang pewarna tambahan atau bahan pengawet.

Makanan berbuka puasa di tempat kerja
Yeo's
mulai
RM6.50
Semak Yeo's Vindaloo Ayam harga dibawah:

Lauk vindaloo ayam jenama Yeo’s ini juga antara pilihan terbaik buat anda yang tidak mempunyai jadual tetap terutamanya jika terpaksa berada di tempat kerja sewaktu berbuka puasa. Yeo’s adalah jenama pertama yang mengeluarkan kari ayam dalam bentuk tin dan vindaloo ayam ini adalah antara inovasi Yeo’s dalam memvariasikan barangan bermutu lagi halal ini. 

Tiada perisa tambahan dan juga MSG, Yeo’s Vindaloo Ayam ini sangat mudah, sedap dan cepat untuk disediakan di mana saja anda berada dan bagaimana pun cara anda hendak memakannya.

Kuih manis untuk memberi tenaga
Nani’s
mulai
RM7.00
Semak Nani’s Donut Segera harga dibawah:

Berpuasa seharian pastinya membuatkan anak-anak anda berasa penat dah letih. Bagi menambahkan selera mereka berbuka puasa dan memberi tenaga segara, hidangkanlah Donut Segera Nani’s ini. Anda hanya perlu menggoreng donut dalam masa dalam minyak panas selama 2 minit dan biarkan ia sejuk sebelum taburkan gula. 

Tekstur donut yang lembut dan gebu pasti menaikkan selera suami dan anak-anak menikmatinya. Donut ini juga sudah mendapat status Halal, GMP dan HACCP dan terjamin kualiti pembuatannya.

Kuah kari daging yang enak dan mudah dimasak
Adabi
mulai
RM7.80
Semak Adabi Kari Daging harga dibawah:

Jika anda ibu prihatin yang mempunyai anak masih belajar di asrama dan kolej, dapatkan Kari Daging Adabi ini sebagai bekalan lauk tambahan untuk anak-anak semasa berbuka puasa. Kari enak yang mempunyai banyak daging dan ubi kentang ini sedia dimakan tanpa perlu menyediakan bahan-bahan lain. Bolehlah anak anda makan bersama nasi dan juga bersahur dengan kari cicah roti.

Kuih segera seperti di bazar Ramadhan
Mahawie
mulai
RM8.00
Semak Mahawie Karipap Ikan harga dibawah:

Buat para ibu bapa bekerja yang tidak berkesempatan singgah ke bazar Ramadha untuk membeli pelbagai jenis kuih muih sebagai santapan berbuka puasa, Karipap Ikan Mahawie ini pasti tidak akan mengecewakan anda. Diperbuat dengan isi ikan yang padat dan sedap, pasti ini adalah salah satu hidangan yang ditunggu semasa berbuka puasa

Penyediaannya juga tidaklah remeh dan hanya memerlukan kurang dari 10 minit untuk anda menggoreng dan menghidangkan sebagai menu berbuka puasa.

Makanan segera penuh protein
mulai
RM15.00
Semak Jerky Daging Salai harga dibawah:

Daging salai kegemaran ramai jenama Jerky adalah makanan berasaskan daging yang tahan lama dan tidak mudah rosak. Popular di Barat sebagai makanan yang kaya dengan sumber protein, anda boleh sahaja makan daging salai ini begitu sahaja terutamanya bila bersesakan di jalan raya dan tak sempat tiba di rumah. 

Untuk anda yang gemarkan kerabu, ataupun salad, campurkan daging salai Jerky ini ke dalam salad atau kerabu pilihan anda sebagai penaik rasa. Dagingnya yang lembut ini juga sedap dimasukkan ke dalam masak lemak sebagai lauk berbuka puasa tanpa memerlukan masa yang lama untuk empuk.

Makanan segera pembuka selera
Sambaleena
mulai
RM6.85
Semak Sambaleena Sambal Tempoyak Bilis harga dibawah:
add_circle Sedap dimakan dengan nasi putih panas
add_circle Pedas secukup rasa
add_circle Kualiti sambal terjaga
add_circle Harga murah
remove_circle Kurang rasa tempoyak

Lagi satu lauk tambahan sebagai pembuka selera semasa berbuka puasa adalah Sambal Tempoyak Bilis Sambaleena. Bahan utama yang diperbuat daripada ikan bilis belah dan bersih dari Langkawi ini, mempunyai rasa pedas secukupnya dan tekstur sambalnya basah. 

Kesedapan sambal tempoyak bilis ini dengan nasi putih panas dan kicap sudah cukup untuk membangkitkan selera anda ketika berbuka puasa. Ia juga boleh dijadikan pes untuk kuah berlauk berasaskan tempoyak.

Nasi goreng segera yang mengenyangkan
Sharifah
mulai
RM55.20
Semak Sharifah Nasi Goreng Sharifah Ready To Eat Combo harga dibawah:

Ada antara keluarga kita ataupun yang hidup bujang memang memerlukan nasi untuk berbuka puasa. Pakej combo Nasi Goreng Sharifah ini antara pilihan terbaik untuk anda. Hanya memerlukan masa sesingkat 3 minit sahaja untuk menyediakannya, anda bolehlah bertukar-tukar selera setiap kali berbuka puasa atau bersahur. 

Pelbagai jenis nasi goreng lengkap ada di dalam pakej ini termasuklah nasi goreng kampung, nasi goreng ayam dan nasi goreng udang. Boleh juga tambah telur goreng dan ikan bilis sebagai hiasan.


Apakah amalan pemakanan ketika berbuka puasa? 

Sebenarnya banyak amalan yang boleh kita lakukan tapi kami senaraikan amalan asas yang mungkin kita terlepas pandang.

Antara amalan yang boleh kita amalkan ketika berbuka puasa ialah: 

  • Menyediakan makanan yang sihat dan seimbang seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan.
  • Tidak makan terlalu banyak ketika berbuka puasa.
  • Tidak membeli makanan mengikut nafsu untuk elakkan pembaziran
  • Elakkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi dan minuman berkarbonat.
  • Minum banyak air kosong atau jus buah-buahan.
  • Makan kurma ketika sahur dan berbuka puasa.
  • Membaca doa sebelum membuka puasa.
  • Bernuka bersama dengan keluarga.
  • Berkongsi juadah dengan jiran atau rakan serumah.

Artikel Berkaitan

End of Article