Makan

Ops! Hati Hati, Jangan Silap Antara Butter & Marjerin

Mentega & marjerin diguna sebagai sapuan roti, menggoreng telur & membakar kek. Ini senarai marjerin & mentega sedap & juga beza antara mentega & marjerin.


Editor · Updated 7 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Ops! Hati Hati, Jangan Silap Antara Butter & Marjerin

Hampir setiap dapur mempunyai satu bekas marjerin atau mentega untuk dijadikan sebagai pelengkap bahan masakan. Misalnya bahan sapuan roti, menggoreng telur atau membakar kek.

Tapi, korang jangan pula samakan butter dekat dapur dengan lagu baru kumpulan Korea terkenal, BTS pula ye. Mentang-mentang hari ini mereka keluarkan lagu baru berkaitan dengan butter, mula sel-sel otak kita keliru.

Kandungan

Disebebkan itu juga, kami yakin diantara kita masih tak tahu bezakan kegunaan marjerin dan mentega (butter) adalah dua produk yang berbeza. Sampaikan ada membuat tanggapan kedua-dua produk ini sama sahaja dari segi kegunaan dan tektur. Sebenarnya, lain.

Apakah perbezaan antara marjerin dan mentega?

Mentega – produk tenusu dari haiwan terutamanya susu lembu yang diproses dari cecair kepada komponen pepejal. Mentega tinggi dengan lemak tepu (saturated fat), krim pasteur malah mengandungi nutrisi asid lemak Omega-3 yang baik untuk jantung.

Terdapat dua jenis mentega iaitu unsalted butter atau salted butter, perbezaannya ialah penambahan garam dalam mentega. Tesktur mentega pula lebih lembut, mudah cair pada suhu bilik dan berwarna kuning cair berbanding marjerin. 

Marjerin – diperbuat dari sumber lemak sayuran atau kombinasi bersama lemak haiwan. Sumber tumbuhan untuk menghasilkan marjerin ialah minyak canola, minyak kelapa sawit dan minyak kacang soya.

Proses membuat mentega dikenali hidrogenasi iaitu menukarkan minyak sayuran kepada bentuk pepejal hanya menggunakan suhu bilik. Kandungan lemak dan air dalam marjerin berbeza-beza untuk menjadikannya sebagai sapuan biasa atau untuk memasak. Lemak marjerin 75% lebih sesuai sebagai bahan resepi kek anda. 

Marjerin vs Mentega. Mana lebih bagus?

butter

Tekstur, rasa, nutrisi dan sudut proses setiap dua produk ini adalah berlainan sekali. Apa yang anda yang perlu faham ialah mentega ialah dari tenusu manakala marjerin pula dari lemak sayuran.

Tidak ada yang bagus atau tidak bagus kerana mentega dan marjerin mempunyai fungsi yang sama iaitu samada untuk masakan serta pembuatan kek. Ayuh lihat senarai mentega dan marjerin yang sesuai untuk kesihatan anda;

5 Mentega Pilihan Ramai di Malaysia

Murah, sedap dan boleh dipelbagai guna untuk masakan 1 daripada 10
Buttercup Original Salted Luxury Spread
Partnership with Buttercup
Dari RM12.99
Lihat harga di Tesco Malaysia

Buttercup, mentega paling popular dikalangan suri rumah kerana ianya mudah didapati dan dijual pada harga yang murah. Tidak seperti mentega yang lain, Buttercup mungkin murah kerana ia bukan mengandungi 100% tenusu. 

Uniknya tentang Buttercup adalah ianya sejenis mentega bebas lemak-trans tapi diformulasi sebagai marjerin dan mentega. Ramai yang setuju aroma kek atau pastri menggunakan Buttercup lebih wangi dan beraroma.

emborg
Paling bagus untuk kek dan juadah masakan 2 daripada 10
Emborg Cook & Bake Buttery
Partnership with Emborg
Dari RM5.66
Lihat harga di Jaya Grocer
Juga di Lazada Malaysia

Jenama Emborg antara ‘juara’ mentega terbaik untuk bahan kek dan masakan. Emborg Cook & Bake Buttery adalah pilihan ramai terutamanya ketika membuat kek dan hasil kek anda lebih gebu serta lembut.

Jika anda menggoreng telur dadar dengan mentega ini, tak perlu lagi menambah garam atau susu kerana rasa cukup lemak menjadikannya telur dadar anda lebih berkrim.

Ibu hamil dan menyusu tiada masalah ambil mentega ini 3 daripada 10
Anchor Unsalted Pure New Zealand
Partnership with Anchor
Dari RM17.66
Lihat harga di Jaya Grocer

Para ibu yang ingin menjaga kualiti dalam pemakanan boleh memilih mentega dari Anchor ini. Ia mentega berkualiti hanya dari susu lembu dan tidak mempunyai sebarang bahan pengawet yang lain. Mentega ini cukup nutrisi untuk kehamilan dan menyediakan rangsangan tenaga yang diperlukan. 

Namun, anda harus beringat untuk mengambil mentega dalam kuantiti yang sederhana. Mentega jenis unsalted paling terbaik untuk si ibu mengandung.

Mentega paling elok untuk anda yang sedang berdiet 4 daripada 10
Arla Butter Unsalted
Partnership with Arla
Dari RM11.85
Lihat harga di Jaya Grocer
Juga di Tesco Malaysia

Ramai yang ragu-ragu untuk ambil mentega ketika berdiet. Sebenarnya ia bergantung pada kuantiti dan cara pengambilan itu sendiri. Mentega Arla ini sekurang-kurangnya mengandungi 187kcal daripada 2000kcal yang diperlukan seorang manusia dewasa. Normal kerana kita akan membakar semula kalori dengan aktiviti harian. Arla Butter Unsalted juga 100% dari produk tenusu tanpa bahan pengawet yang lain.

Mentega dengan citarasa mewah dari Australia 5 daripada 10
SCS Salted Pure Creamery Butter
Partnership with
Dari RM15.25
Lihat harga di Mydin

Mentega dari jenama SCS ini antara yang paling mahal dijual di pasaraya. Ia diperbuat daripada 100% susu lembu Australia yang memakan rumput. Jadi ianya langsung tidak mempunyai sebarang tambahan hormon kepada lembu. 

Mentega ini cukup berkualiti dan dijamin semulajadi kerana tanpa pewarna, bahan pengawet dan perasa. Walaupun mahal, ia tetap menjadi mentega pilihan nombor satu rakyat Malaysia dan Singapura.

5 Marjerin Pilihan Rakyat Malaysia

Marjerin yang sedap dan murah - penambah rasa dalam masakan 6 daripada 10
Adela Margarine (240g)
Partnership with Adela
Dari RM6.90
Lihat harga di Shopee Malaysia

Menurut dari ulasan pengguna marjerin Adela, rata-ratanya cukup berpuas hati dengan tekstur dan rasa marjerin ini. Ia kurang masin, cepat cair dan sesuai dijadikan sebagai pengganti minyak masak. Selain sapu pada roti, anda boleh buat hidangan tumisan dengannya. Pada harga yang berpatutan anda boleh dapatkan marjerin yang lazat tanpa belanja lebih.

Marjerin bukan sahaja untuk memasak tapi mengurangkan ulser mulut 7 daripada 10
Daisy Margarine
Partnership with Daisy
Dari RM7.15
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Diperbuat dari minyak sayuran tulen, bebas kolesterol dan mempunyai 9 vitamin untuk kebaikan pemakanan dan juga bibir anda. Info menarik, rupanya anda boleh menyapu marjerin untuk mengurangkan luka ulser pada bibir anda. 

Kandungan garam dan vitamin pada marjerin sedikit-sebanyak boleh membasmi bakteria pada ulser. Sama seperti anda letak garam atau berkumur dengan air garam. Tujuannya untuk membersih atau mematikan bakteria.

Marjerin dengan kuantiti banyak sesuai untuk peniaga kek dan biskut 8 daripada 10
Seri Pelangi Margerine (1kg)
Partnership with
Dari RM10.90
Lihat harga di Lazada Malaysia

Marjerin Seri Pelangi memang sangat murah dan sesuai untuk mereka yang berniaga kek dan biskut. Seri Pelangi merupakan produk dari jenama tempatan FGV Holdings Berhad. Bahan utama marjerin ini ialah minyak kelapa sawit berkualiti tinggi. Buat anda yang membuka perniagaan kek atau biskut secara kecilan, marjerin Seri Pelangi terbaik kerana ia murah dan berkualiti juga.

Boleh dijadikan santapan pagi buat ibu yang berpantang 9 daripada 10
Planta Margarine
Partnership with Planta
Dari RM6.55
Lihat harga di Mydin

Pernah dengar tak mitos orang tua-tua larang ibu yang sedang berpantang makan roti dan marjerin? Katanya perut boleh jadi kembung dan berangin. Jangan percaya lagi dengan mitos itu. Sebenarnya roti dan sapuan marjerin boleh diambil ketika berpantang selepas melahirkan anak. 

Marjerin antara sumber tenaga malah ianya dari jenama Planta lengkap vitamin A, B1, B2, B6, B12, D, E, niacin dan asid folik. Jadi tiada masalah pun makan marjerin!

Marjerin sesuai untuk yang mengamalkan pemakanan sihat 10 daripada 10
Naturel Soft Margarine Reduced Salt
Partnership with Naturel
Dari RM6.50
Lihat harga di Tesco Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Marjerin Naturel dari variasi reduced salt ini ialah marjerin lembut yang bebas kolesterol. Manariknya lagi ia mengandungi 44% kurang garam dan lemak bebas kolesterol. Ia juga lengkap dengan Omega 3 dan 6, vitamin A, D dan E. 

Wow! Mungkin ini marjerin yang paling menyihatkan terdapat di pasaran. Anda yang sedang berdiet dan suka makan roti bersama marjerin, produk ini mungkin yang sesuai buat anda.

Lagi daripada ProductNation