Di bulan penuh kemuliaan ini, umat Islam akan berpuasa dari terbit Fajar hinggalah terbenamnya matahari, menahan diri dari lapar dan dahaga. Berpuasa tidaklah bermaksud untuk membebankan umat Islam, namun bagi mereka yang menempuh rutin harian yang padat, berpuasa sudah tentu sangat memenatkan. Ditambah pula dengan kesibukan bekerja atau belajar semasa bulan puasa, pasti akan menyebabkan badan terasa letih dan tidak bermaya.

Jagalah pemakanan anda supaya ianya dapat membekalkan tenaga sepanjang hari agar tidak kelihatan lesu dan lemau. Rancang Sahur anda dengan cadangan makanan dan hidangan ini untuk mengekalkan stamina ketika berpuasa.

1. LAZZ Susu Kambing (Perisa Kurma)

Untuk ibu yang masih menyusukan anak kecil dan mengandungi kurma

Harga mulai RM40.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM40.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM44.90

Gabungan susu dan kurma adalah yang terbaik untuk diambil oleh ibu-ibu yang sedang menyusu badan. Ianya memberikan tenaga buat si ibu bagi menjalani rutin harian tanpa rasa letih atau lesu. Susu badan anda juga akan terhasil dengan banyak walaupun tidak makan di waktu siang. 

Minumlah susu kambing perisa kurma daripada Lazz ini kerana bahannya organik dan dijamin Halal serta bebas kimia merbahaya. Susu kambing lebih baik untuk para ibu kerana bersifat alkali berbanding susu lembu yang bersifat asid. Si kecil pun akan kekenyangan setiap kali meminum susu anda. 

2. Emmi Swiss Premium Greek Yogurt – Blueberry

Harga mulai RM8.45

shopping_cart Honestbee Malaysia RM8.45

Diperkaya dengan protein, kalsium dan kurang kandungan gula, Emmi Swiss Premium Greek Yogurt adalah pilihan yang sihat untuk dimakan ketika Sahur. Greek Yogurt memiliki kandungan protein dua kali ganda lebih dari Yogurt biasa, membantu anda merasa kenyang lebih lama. Campurkan buah beri biru segar atau pelbagai jenis kekacang pilihan anda untuk menjadikan hidangan Sahur lebih menarik.  

3. Nestle Cornflakes (275g)

Harga mulai RM7.75

shopping_cart Honestbee Malaysia RM7.75

Nikmati bijirin sarapan pagi kegemaran ramai dengan hidangan klasik Nestle Cornflakes. Empingan jagung dari bijirin penuh ini padat dengan protein dan serat, mampu mengenyangkan perut anda dan menahan dari rasa lapar sepanjang hari. Enak dihidangkan bersama susu, dan dimakan ketika bersahur.

4. Monster High Fibre Muesli (700g)

Harga mulai RM23.31

shopping_cart Happy Fresh Malaysia RM23.31

Jika anda mencari sebuah hidangan yang unik dan mengenyangkan untuk Sahur, cubalah Monster High Fibre Muesli. Tinggi dengan kandungan serat dan protein, hidangan ni dipenuhi dengan kebaikkan bijirin serta pelbagai kekacang dan buah-buahan kering. Hidangkan Muesli dengan susu pilihan anda. Enak dimakan bersama susu segar atau susu berasaskan soya.

5. Salmon Trout (200 g)

Harga mulai RM6.99

shopping_cart Honestbee Malaysia RM6.99

Ikan Salmon memiliki kandungan lemak omega-3 yang tinggi, baik untuk menurunkan kadar kolesterol didalam badan. Ikan yang sarat dengan kebaikkan lemak dan protein ini mampu membekalkan tenaga dan mengenyangkan anda untuk tempoh yang lebih lama. Ikan Salmon enak dipanggang dan dihidangkan bersama aneka jenis sayuran, pastinya menjadi sebuah hidangan Sahur yang berkhasiat.

6. Ciao Chick Peas 26/28 Easy Open 400 g

Harga mulai RM3.80

shopping_cart Honestbee Malaysia RM3.80

Kacang kuda mengandungi serat dan protein serta pelbagai vitamin dan mineral. Bukan hanya mampu membuat anda rasa kenyang, ia juga membantu proses penghadaman dan mengekalkan kesihatan perut anda. Tambahkan kacang kuda kedalam sayuran salad untuk sebuah hidangan Sahur yang enak.

7. Wonder Chocolate Organic 73% Cacao

Harga mulai RM15.90

shopping_cart Honestbee Malaysia RM15.90

Manisan istimewa ini adalah pengganti yang sihat kepada coklat susu yang lazim anda nikmati. Coklat gelap merupakan sumber antioksidan yang baik, disamping boleh mengurangkan tekanan darah dan memperbaik proses pengaliran darah dalam badan. Ia juga lebih mengenyangkan dan membantu mengawal selera makan anda. Sesuai dijadikan snek untuk dinikmati ketika Sahur.

8. NZ Pacific Queen Apples 

Harga mulai RM20.00

shopping_cart Honestbee Malaysia RM20.00

Buah epal memiliki rasa manis yang semulajadi dan dipenuhi nutrisi baik seperti serat, protein dan Vitamin C. Kandungan air dan serat yang tinggi didalam epal akan memberi rasa kenyang. Buah ini adalah snek ideal untuk dimakan ketika Sahur.

9. Juus Juice Avocado Green Smoothie (300 ml)

Harga mulai RM13.90

shopping_cart Honestbee Malaysia RM13.90

Minuman buah avocado ini nyaman diminum ketika Sahur. Avocado kaya dengan nutrisi seperti Vitamin C, E, K dan B-6. Buah ini dapat meningkatkan kadar satiety dan membuat anda kenyang. Minuman ini juga rendah kandungan kalori, jadi usah bimbang, anda boleh nikmati hidangan jus avocado ketika bersahur setiap hari.

10. DASTO Granola Oat

Terbaik dimakan semasa sahur buat ibu sedang mengandung

Harga mulai RM15.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM15.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM15.90

Untuk ibu-ibu yang baru sahaja menjalani fasa mengandung, pasti anda buntuk mencari makanan sesuai dijadikan sahur, bukan? Nah, cuba sahaja bijirin Granola daripada Dasto ini. Ianya terbaik diambil oleh ibu mengandung semasa bulan puasa kerana dapat memberikan tenaga sepanjang hari. 

Bijirin ini haruslah diambil dengan susu rendah lemak (low fat milk) supaya dapat mengelakkan daripada terkena penyakit kencing manis (diabetes) jika anda menggunakan susu segar berkrim penuh (fresh/full cream milk). Elakkan daripada mengambil kafein seperti teh kerana ianya boleh menyebabkan anda ternyahhidrat.

11. CAMPBELL’S Cream of Chicken

Hidangkan pada kanak-kanak, pasti berselera ketika sahur

Harga mulai RM4.60

shopping_cart Shopee Malaysia RM4.60

Makan makanan yang sama sahaja setiap hari, pasti membosankan terutamanya bagi kanak-kanak. Apa kata cuba berikan si kecil sahur dengan sup ayam yang terkenal dari jenama Campbell’s ini. Anak anda akan lebih bertenaga untuk menjalani aktiviti hariannya selepas bersahur dengan kenyang. Dihidangkan bersama crouton, pasti lebih berselera.

Tips untuk tingkatkan selera si kecil semasa bersahur; hidangkannya secara panas dan berkuah. Yang penting, tanya dahulu apa yang ingin si kecil makan ketika bersahur. 

12. YOGOOD Blueberry Cranberry Muesli Bars

Bagi yang sedang berdiet, amalkan pemakanan ini semasa bersahur

Harga mulai RM13.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM16.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM13.50

Setiap hari, diwajibkan umat Islam untuk bangun dan bersahur bagi mengisi perut sebelum siang menjelma. Tidak kisah apa jenis makanan sekalipun asalkan anda harus makan supaya tidak terjadinya penyakit yang lebih teruk seperti gastrik. Tetapi bagi anda yang sedang berdiet, pemakanan seimbang dan sihat juga harus diutamakan. 

Di dalam muesli bars ini terdapat kepingan buah-buahan seperti blueberry dan cranberry serta disaluti dengan lapisan yogurt berkrim. Ianya boleh sahaja dinikmati dimana-mana, tidak kira masa. 

13. PUREHARVEST Organic Activated Almond Milk (1L)

Sesuai untuk anda yang mengalami sakit gastrik

Harga mulai RM27.99

shopping_cart Shopee Malaysia RM27.99

Khas buat anda yang mengalami penyakit gastrik, dinasihatkan untuk menjaga pemakanan sepanjang bulan puasa ini. Amalkan mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan serat. Produk daripada PureHarvest ini hasil gabungan susu dan badam yang diperkaya dengan protein dan serat, baik untuk menjaga kesihatan perut anda. 

Ianya bebas tenusu, gluten dan carrageenan serta diperbuat daripada bahan aktif organik badam. Tips untuk pesakit gastrik : lewatkan sahur, segerakan berbuka.

14. AMAZIN’GRAZE Banana Bread Ganola

Baik untuk menstimulasi minda pelajar semasa bulan puasa berasaskan roti

Harga mulai RM17.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM20.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM17.90

Tampak seperti bijirin biasa tetapi kebaikan granola adalah dapat membekalkan tenaga kepada anda terutamanya yang masih belajar. Ianya mampu untuk menstimulasi minda anda berfikir dengan pantas semasa dalam bulan puasa tanpa rasa lemah, letih dan tidak bermaya. 

Dengan mengandungi serat oat, puri pisang, madu, minyak Canola, gula dari kelapa, Pecan, Walnut, Flax Seeds, kulit kayu manis dan garam laut, ianya memberi kebaikan untuk kesihatan anda. Amalkan di waktu sahur, perut anda tidak akan membuat hal semasa di dalam kelas! 

15. Oat King Sport

Makanan sahur yang berserat, baik untuk diambil oleh atlet

Harga mulai RM49.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM49.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM49.90

Tidak kira samada semasa bulan puasa atau tidak, para atlet diwajibkan juga menjalani latihan fizikal yang sudah tentu memenatkan. Praktis ini digalakkan untuk atlet sentiasa ‘keep fit’ sepanjang tiada perlawanan atau pertandingan. Ambillah serat ini kerana ianya mengandungi karbohidrat, penting untuk membakar lemak dan memberi tenaga semasa berlatih. 

Dengan mengandungi gandum, organic brown rice, jagung, bijian dan oat, ianya akan meningkatkan lagi stamina anda agar menjadi lebih cerdas. Minuman ini juga dapat mencegah tulang anda daripada menjadi Osteoporosis. 

16. V-SOY Multigrain Soy Milk (1L)

Kurangkan gula dalam minuman, sesuai untuk pesakit kencing manis

Harga mulai RM5.80

shopping_cart Shopee Malaysia RM5.80 shopping_cart Lazada Malaysia RM8.99

Biji kekacang soya disarankan oleh doktor dan pakar perubatan sebagai diet yang bersesuaian untuk mengurangkan paras gula dalam darah terutamanya buat pesakit kencing manis. Protein soya dapat mengurangkan tahap kolestrol sebanyak 25g segelas. Dengan mengandungi Purple Brown Rice, Black Sesame Malt dan ekstrak barli, ianya turut membantu membina serta menguatkan lagi tulang anda. 

Minuman kurang gula ini boleh diminum oleh semua peringkat umur samada bayi yang dalam peringkat meminum susu formula sehinggalah orang tua. Untuk bayi yang tidak boleh meminum susu formula biasa atau tenusu, anda boleh tukar kepada susu soya. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aishamza

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!