Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Tingkatkan Imuniti Badan dengan 8 Suplemen Berasaskan Vitamin C Ini

Pastikan anda dan keluarga bersedia untuk menghadapi musim coronar ini!

Product in this article

Apakah faedah vitamin C?

Pengambilan suplemen yang berasaskan Vitamin C seiring dengan diet sihat penting bagi mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan daripada penyakit kardiovaskular dan beberapa tanda penuaan. Dalam sesetengah kes, pengambilan Vitamin C dengan dos yang tinggi dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser.

Berikut adalah berapa suplemen berasaskan Vitamin C terbaik pilihan ramai yang mudah untuk didapati:

Champs Vitamin C with Lysine

RM 24.88
Champs
1. Champs Vitamin C with Lysine
Vitamin berperisa buah-buahan untuk si cilik dengan mengandungi Lysine

Produk keluaran Champs ini bukan sahaja mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, ianya juga dilengkapi dengan Lysine. Lysine amat penting untuk membantu menyeimbangkan fungsi badan seperti metabolisma serta menguatkan sistem imunisasi.

Selain itu, suplemen ini juga mampu membuka selera makan kanak-kanak. Dengan perisa buah-buahan, Vitamin C ini boleh diambil seperti memakan gula-gula. Si kecil pasti tidak akan menolaknya!

CNI Royal Jelly Vita C

RM 32.6
CNI
2. CNI Royal Jelly Vita C
Suplemen yang berkhasiat dan selamat dimakan buat si bakal ibu

Ibu mengandung memerlukan nutrien yang baik dan mencukupi untuk dirinya dan juga perkembangan bayi. 

Vitamin C dengan campuran Royal Jelly ini boleh membantu menghasilkan sel darah merah dan sum-sum tulang, meningkatkan peredaran darah serta menguatkan gigi dan gusi. Hanya larutkan suplemen ini dalam air dan ia sedia untuk diminum. Cubalah hari ini!

Blackmores Vitamin C

RM 22.8
Blackmores
3. Blackmores Vitamin C
Vitamin C Murah dan Terbaik dari Watsons dan Guardian.

Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan secara semulajadi. Ianya hanya didapati dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Untuk suplemen Vitamin C yang terbaik, pilihlah Blackmores. 

Walaupun harganya amat berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua, produk dari jenama ini masih mengekalkan kualiti yang tinggi melalui proses biologikal.

Cebion Vitamin C Effervescent

RM 14.30
Cebion
4. Cebion Vitamin C Effervescent
Suplemen vitamin C murah dan sesuai untuk kegunaan dewasa dan remaja

Suplemen ini meningkatkan system imunisasi badan, menyumbang anti-oksida yang penting, melindungi sel daripada oksidasi serta mengurangkan rasa penat dan lesu selepas menjalani aktiviti seharian. 

Hanya sekali sehari dan rasailah perbezaannya!

Shaklee Sustained Release Vitamin C Plus

RM 97.5

Jika anda sering mengalami masalah selesema, alahan pada hidung, pendarahan hidung akibat selesema, cubalah Vitamin C dari Shaklee ini. Ambil 2 pil sebanyak 2 kali sehari.

Vitamin C terkenal dengan sifatnya yang anti-keradangan dengan 25% bioflavonoid, esen kulit buah-buahan dan Hesperidin. Kesemua bahan ini boleh membantu mencegah serangan virus dengan lebih berkesan.

Redoxon Double Action Effervescent

RM 14.5
Redoxon
6. Redoxon Double Action Effervescent
Vitamin C dengan zinc untuk kebaikan yang ekstra

Suplemen ini mengandungi 1000mg Vitamin C dan 10mg zinc yang memainkan peranan penting untuk membantu proses metabolisma. Zinc merupakan mineral yang penting untuk memberi kita deria rasa dan bau dengan baik. 

Selain itu ia juga membantu dalam proses penyembuhan luka, pembekuan darah dan fungsi tiroid serta tidak mengandungi gula dan pengawet tiruan.

Nutriforte Non-Acidic Vitamin C with Bioflavonoids

RM 75

Kandungan Bioflavanoid memantapkan lagi kandungan Vitamin C. Ini akan membantu meningkatkan fungsi Vitamin C seperti melancarkan peredaran darah, menghapuskan alergi, virus mahupun atritis. 

Vitamin C dari Nutriforte ini tidak berasid dan sangat lembut pada perut menjadikan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastri. Plus point disitu!

Nushine L-Glutathione Plus Vitamin C & Collagen

RM 189
8. Nushine L-Glutathione Plus Vitamin C & Collagen
Kejelitaan terserlah dengan gabungan Vitamin C, L-Glutathione dan kolagen ini

L-Glutathione adalah sebuah ejen anti-oksida yang kuat. I membantu ketahanan badan untuk kekal awet muda dan mengukuhkan metabolisma nutrien. 

Kolagennya yang kaya dengan zat diambil daripada sumber hydrolyzed fish collagen (HFC) iaitu ikan laut dalam dan mudah untuk dihadam. Kolagen membantu mengekalkan keanjalan kulit serta kesihatan badan secara menyeluruh.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article