Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Lakukan Aktiviti Harian Lebih Sihat Dengan 10 Basikal Terbaik Ini

Jom berbasikal hujung minggu ini!

Product in this article

Segala jenis sukan dapat membantu meningkatkan kesihatan, dan salah satunya adalah aktiviti berbasikal yang dikatakan dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu, tangan dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh yang menarik.

Apakah jenis-jenis basikal yang ada di pasaran Malaysia?

Sebelum membeli basikal, faktor yang perlu dititikberatkan adalah kualiti berbanding harga dan jenama. Anda harus pastikan basikal yang dibeli berbaloi dengan wang yang dilaburkan. Terdapat pelbagai jenis basikal yang ada untuk tujuan aktiviti berbukit, santai, lumba, aktiviti lasak dan sebagainya. Ada 5 faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli basikal;

  • Jenama basikal – pastikan ianya terkenal dengan kualiti dan terjamin keselamatan semasa menggunakannya.
  • Jenis basikal – apakah aktiviti luar yang sering dilakukan oleh anda samada antara secara santai, riadah atau sukan
  • Saiz basikal – anda harus memilih saiz yang bersesuaian dengan berat tubuh anda agar dapat menampung semasa kayuhan
  • Keperluan berbasikal – jika anda ingin melakukan aktiviti luar, pastikan penyediaan barangan untuk bersukan itu lengkap
  • Lampu belakang – tidak kira jika anda mengayuh samada siang atau malam, lampu ini hendaklah dipasang agar memberi petunjuk bahawa anda sedang berbasikal

Berikut beberapa jenis basikal telah kami senaraikan untuk anda mengikut spesifikasi tertentu;

10 Basikal Sesuai Untuk Aktiviti Beriadah

ActiveOne 20” Folding Bicycle

RM 161.4
1. ActiveOne 20” Folding Bicycle
Sesuai untuk anda yang beginner dengan harga yang murah

Bagi anda yang baru mula berjinak hendak membawa basikal sebagai aktiviti riadah atau bersukan, cubalah basikal dari Active One ini. Ianya dijamin keselamatan, sangat selesa dan tahan lasak serta boleh dilipat. Material basikal ini daripada stainless steel yang tidak mudah karat, membolehkan anda menggunakannya untuk jangka masa panjang. 

Tambahan pula untuk beginner, lebih elok jika anda memilih basikal yang mempunyai pemegang (handle) tinggi agar mudah untuk fokus pada kayuhan sambil mengawal arah basikal.

Asogo 26” Bicycle MTB with Single Speed (AS260118-BC)

RM 230

Jika anda keluarga beriadah bersama keluarga dan mempunyai anak yang ingin turut berbasikal, apa kata cuba basikal ini untuknya. Tetapi haruslah anak anda itu melebihi usia 12 tahun kerana seatnya dan handle bar agak tinggi untuk kegunaan anak kecil. Luangkan masa bersama keluarga sambil beriadah di taman berdekatan dengan anda!

Fixie Fixed Gear Bicycle Road Racing Bike

RM 280

Reka bentuk yang unik dan bergaya menjadikan sumber tarikan kepada basikal ini. Ia direka dengan karbon fiber yang berkualiti tinggi dan mempunyai sistem kelajuan shimano iaitu 18 kelajuan sora. Oleh kerana kehebatan yang dimiliki, ia turut menjadi basikal yang digemari oleh para penunggang basikal di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.

CT-Bike Women City Bicycle Korean Style with Single Speed

RM 290

Jika anda lebih senang untuk berkayuh semasa ke kedai berhampiran atau ke tempat kerja, basikal ini terbaik buat anda. Dengan bakul yang tersedia pada basikal ini, anda dapat menyimpan barang penting seperti barangan runcit atau bekas makanan. Didatangi dengan 4 pilihan warna berbeza yang pasti akan memikat hati anda. 

Pemegang basikal yang tinggi dapat menjadikan kayuhan anda lebih sempurna dan tepat. Tunggu apa lagi? Dapatkannya segera!

MyTools 26" Wheels Sport Mountain Bike

RM 303.03
MyTools
5. MyTools 26" Wheels Sport Mountain Bike
Sesuai untuk lakukan aktiviti riadah atau sukan extreme

Ia hadir dengan pemegang yang stabil, 21 penukar kelajuan, tempat duduk yang selesa dan juga mempunyai body aluminium dan rim yang ringan serta tahan lasak yang sesuai untuk trek yang tidak rata. Basikal ini melengkapi waktu riadah anda setiap hari.

Marsstar 2006 TALUS-I 7 Speed Foldable Bicycle with Shimano Shifter

RM 309

Basikal lipat yang kecil, mudah dan mempunyai 7 kelajuan yang boleh diselaraskan. Ia basikal yang diperbuat daripada besi aloi dan ringan untuk memberi kelancaran ketika menunggang. Selebihnya ia juga seperti basikal yang lain yang mempunyai brek, pedal, penukar kelajuan, tempat duduk yang selesa dan di tambah dengan tempat duduk pembonceng. 

Sangat mudah, anda hanya perlu lipat dan boleh dibawa ke mana sahaja walaupun ketika melancong.

Transformer Sport Folding Bike Tri-Blade Bicycle

RM 499.99

Anda sering menyertai aktiviti extreme memanjat gunung dengan menggunakan basikal? Nah, basikal ini terbaik untuk anda. Dilengkapi dengan 26 aras kelajuan gear untuk memudahkan anda melakukan aktiviti dengan lancar. Ianya juga menjimatkan ruang penyimpanan dengan melipat hanya menggunakan satu tangan sahaja. 

Menariknya, basikal ini mengikut warna tema bagi setiap robot Transformer. Hadiahkan pada diri sendiri, pasangan atau ahli keluarga. Pasti mereka akan menyukainya.

Totem 26" TY5.0 Mountain Bike

RM 575

Menunggang yang memuaskan dengan kawalan kelajuan yang boleh diselaraskan mengikut kemahuan anda. Selain itu, ia direka dengan TZ50 rear derailleur yang memberikan penukaran gear yang lancar ketika menunggang, serta dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa.

Tambahan pula, pedal yang mencengkam dapat memastikan agar kaki tidak menggelongsor, sekaligus mengutamakan keselamatan anda. Ia diperbuat daripada besi aluminium berkualiti yang tahan karat dan bagus walaupun digunakan dalam keadaan basah sekali pun.

Shimano Fat Bike Front Suspension Mountain Bike

RM 599

Untuk anda risau semasa menunggang dengan tayar halus, gunakan basikal ini kerana ianya didatangi dengan tayar yang besar. Ianya boleh menampung berat sehingga 200kg dan pemegang basikal ini pula memudahkan anda untuk mengemudi basikal mengikut arah yang ingin ditujui. 

Kerusinya pula mengandungi foam yang pasti tidak akan menyakitkan pinggul anda jika duduk terlalu lama di atas basikal ini. Alami gaya hidup sihat dengan berbasikal setiap hari!

Stonbike 20 Bike Audi Electric Foldable Bike

RM 1899

Basikal elektrik ini dilengkapi dengan 20 inci rim yang tidak mudah karat dan tahan lasak. Lengkap juga dengan gear yang boleh dilaras sehingga ke 6 tahap kelajuan berbeza. Bateri basikal elektrik ini pula menggunakan jenis Lithium dan bertahan untuk jangka masa yang panjang. 

Berbanding dengan harganya, basikal ini berbaloi untuk dimiliki terutama buat anda yang malas mahu mengayuh. Yang paling penting, basikal ini dapat menjimatkan ruang kerana ianya boleh dilipat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]productnation.co. Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article