Memilih minyak enjin untuk kenderaan anda tidak semudah membeli minyak masak di pasaraya. Ini kerana, pemilihan minyak enjin yang terbaik dan bersesuaian akan menjamin prestasi dan ketahanan enjin kenderaan anda. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pemilihan minyak enjin antaranya ialah, kelikatan minyak, jenis minyak dan jenis enjin kenderaan itu sendiri.

Harus diingatkan bahawa minyak enjin yang dipilih juga haruslah mengikut kesesuaian. Jangan hentam keromo sahaja. Nanti rosak pula enjin. Kali ini, kami bawakan jenis-jenis minyak enjin terbaik untuk kenderaan anda bagi memastikan anda pengalaman pemanduan anda sentiasa awesome!

1. LIQUI MOLY MOS2 10W40 Semi Synthetic Engine Oil (4l)

Minyak hitam terbaik untuk keberkesanan enjin tahan lebih lama

Harga mulai RM126.38

shopping_cart Shopee Malaysia RM126.38 shopping_cart Lazada Malaysia RM129.00

Dikatakan minyak enjin dari jenama ini top di pasaran, ianya mempunyai kelikatan dan kematangan yang stabil. Minyak enjin dari Liqui Moly ini sesuai untuk enjin petrol dan diesel tanpa gas turbocharging serta caj penyejukan udara. 

Minyak ini bertindak dalam suhu rendah serta mempunyai ciri cold-start yang baik. Anda tidak perlu menukar minyak enjin dengan kerap kerana ianya diperbuat dari mineral terpilih dan dasar minyak sintetik.

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. SHELL Advance AX7 4T 10W40 Lubricant Motorcycle Engine Oil

Untuk prestasi enjin motorsikal yang lebih berkuasa padu

Harga mulai RM21.50

shopping_cart Shopee Malaysia RM21.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM21.50

Minyak ini sesuai untuk semua motorsikal 4-stroke dan ianya terbukti meningkatkan prestasi perjalanan anda. Selain memberi kuasa dan tindak balas yang tinggi, minyak enjin ini juga mengurangkan bunyi dan gegaran sekaligus dapat melindungi serta memanjangkan jangka hayat enjin motorsikal anda. Pilihan tepat untuk rider motorsikal yang kerapkali melakukan konvoi.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. CASTROL Magnatec 10W40 SN/CF Semi Synthetic Engine Oil

Pilihan terbaik untuk enjin kereta lokal seperti Myvi dan Alza

Harga mulai RM76.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM89.99 shopping_cart Lazada Malaysia RM76.90

Minyak enjin ini bersesuaian untuk kenderaan dari jenama produk tempatan seperti Myvi dan Alza kerana ianya boleh menyatu dengan permukaan metal untuk memastikan komponen enjin lebih tahan pakai. Selain itu, jika berlaku kehabisan minyak enjin, ianya akan mengutamakan pelinciran pada komponen kritikal agar enjin tidak rosak. 

Dikombinasi dengan menggunakan teknologi sintetik untuk meningkatkan perlindungan pada enjin kenderaan dalam apa jua suhu dan gaya pemanduan. Sesuai juga untuk kereta yang menggunakan petrol biasa atau diesel.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. PERODUA Fully Synthetic SAE 0W-20 Engine Oil

Teman baik untuk enjin kenderaan Axia dan Bezza

Harga mulai RM92.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM92.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM95.00

Minyak enjin ekonomi ini sesuai untuk kegunaan enjin Axia dan Bezza. Ianya memberi perlindungan luar biasa pada enjin tanpa mengira suhu serta tahan haus semasa cold-start. Ianya juga memberikan penjimatan berganda minyak petrol buat kenderaan anda. 

Tambahan lagi, minyak ini mempunyai kestabilan haba dan pengoksidan yang baik untuk tempoh pemakaian lebih lama. Sangat selamat untuk enjin kenderaan anda.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. MIZU Semi Synthetic Lubricant 10W-40 Engine Oil

Pilihan pemilik kenderaan Jepun seperti Honda, Nissan Almera dan Toyota Vios

Harga mulai RM48.30

shopping_cart Lazada Malaysia RM48.30 shopping_cart Shopee Malaysia RM48.50

Minyak enjin semi sintetik ini direka khas untuk enjin kenderaan buatan Eropah dan Jepun. Minyak utamanya mempunyai kualiti premium dicampur dengan pengawet untuk memberi kuasa minyak enjin lebih baik. 

Ianya menjamin kebersihan enjin dengan mengurangkan kadar kotoran sekaligus melindunginya dan memanjangkan jangka hayat enjin kenderaan. Penggunaan minyak ini juga memudahkan lagi penghidupan kenderaan ketika enjin berada dalam keadaan sejuk.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. NEO 10W30 Engine Oil

Istimewa buat kenderaan lebih kecil dan sesuai untuk si Kancil

Harga mulai RM54.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM54.00

Diperbuat dari 100% minyak asas tulen, minyak enjin ini adalah pilihan tepat untuk kereta Kancil. Kualitinya setaraf dengan minyak enjin jenama tersohor dan mahal yang lain. Ianya melindungi enjin bagi memastikan pemanduan sentiasa di tahap prestasi optimum. 

Boleh digunakan sehingga 7000 km pada satu-satu masa untuk mengurangkan kadar penukaran minyak enjin. Tidak perlu lagi setiap kali balik dari perjalanan jauh, anda menghantar untuk menukar minyak pelincir.

7. PETRONAS Syntium 10W40 Semi Synthetic 800 SN/CF Engine Oil

Untuk kenderaan buatan Malaysia - Proton Persona dan Waja

Harga mulai RM76.54

shopping_cart Shopee Malaysia RM105.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM76.54

Minyak enjin dengan Cooltech Technology ini boleh mengelakkan kereta anda mengalami ‘breakdown’ di tengah jalan. Ianya cekap dalam mengawal kotoran untuk memberikan pemanduan yang terbaik dan lancar. 

Minyak ini cukup stabil dalam kelikatan, kawalan suhu dan pengoksidan agar enjin tahan lama tanpa kompromi terhadap prestasi. Gunakannya untuk kenderaan dari jenama kebanggaan rakyat Malaysia ini! 

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang A. Shahirah

A mommy who plays in the rain with her son.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!