Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Dash Cam Terbaik di Malaysia 2024 (Harga, Review, Jenama)

Rakaman dash cam boleh dijadikan bukti jika berlaku kemalangan.

Expert In This Title
Expert avatar
Pencipta Kandungan Automotif

Danial Zulkipli

Danial Zulkipli merupakan pencipta kandungan Automotif yang telah bergiat aktif di YouTube sejak tahun 2020. Beliau banyak menghasilkan video review berkaitan kereta tempatan dan juga luar negara. Selain itu, beliau turut berkongsi berkenaan teknologi terkini, aksesori kereta dan info yang bermanfaat berkaitan kereta.
"Kereta lama atau baru, dashcam sudah menjadi satu keperluan kerana boleh dijadikan bukti sekiranya terlibat dalam kemalangan, atau menjadi saksi kemalangan. Selain itu boleh jadi pemantauan semasa parking dengan adanya ciri seperti parking mode dan sebagainya."

Dash cam antara aksesori perlu ada untuk kebanyakan kereta untuk merakam perjalanan bagi memastikan ada bukti video jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Dengan adanya camera kereta terbaik ini, anda juga dapat memudahkan prosedure claim insuran dan buat report polis.

Ada banyak jenama kamera dashboard dan harga dashcam kereta di pasaran yang anda boleh dapatkan di kedai atau secara online di Shopee. 

Jom lihat senarai dashcam jenama terbaik yang anda boleh beli bagi memastikan keselamatan pergerakan anda dalam kereta lebih terjamin.

Jangan risau, dashcam review dan harga dashcam kamera pun kami kongsi!


Perlu Atau Tidak Pasang Dashcam Pada Kereta?

Kalau kita lihat pada trend kereta terkini, banyak model-model baharu yang ditawarkan lengkap dengan dashcam yang terbina didalamnya, jadi pengguna tidak perlu memasang dashcam secara asing.

Tapi itu untuk kereta-kereta yang mahal. Jadi bagaimana pula dengan kereta mampu milik di Malaysia yang tidak hadir bersama dengan dashcam sekali sewaktu pembelian?

Atau adakah anda menggunakan kereta lama dan masih lagi tidak memasang sebarang dashcam pada kereta?

Persoalan utama, sejauh mana kepentingan dan keperluan penggunaan dashcam di Malaysia ini? Ini sedikit ulasan dari Expert kami.

Pencipta Kandungan Automotif

Danial Zulkipli

Untuk kereta sekarang gadget tambahan yang saya rasa patut kena ada untuk setiap kereta adalah dashcam, dan kalau boleh untuk depan dan belakang kereta.

Bahagian depan wajib kena ada, dan untuk bahagian belakang kalau ada tu lebih bagus supaya kita dapat rekod apa-apa kejadian di hadapan dan belakang.

Sementara itu, antara jenama dashcam terbaik yang saya boleh cadangkan adalah 70mai dan DDPAI. Ini antara jenama yang popular dan bagus.

Tapi sebelum kita nak mendapatkan dashcam, sebenarnya kena lihat bajet jugalah sama ada nak labur untuk beli dashcam berharga RM200 atau sehingga RM600, dan ada model-model tertentu dengan kelebihan masing-masing.

Antara ciri menarik pada dashcam terkini pula adalah 'parking mode' di mana ia berfungsi seperti CCTV. Fungsi ini akan memantau dan rekod sekiranya ada orang nak buat kerosakan pada kereta.

Jadi boleh dikatakan pemasangan dashcam pada kereta sudah menjadi satu perkara wajib atas pelbagai faktor, dan salah satu faktor tersebut berkaitan dengan keselamatan kita di jalan raya.


Senarai 12 Dash Cam Terbaik Di Malaysia

*PERHATIAN: Jenama dash cam yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Danial Zulkipli, kecuali dinyatakan.*

Dash cam terbaik secara keseluruhan
DDPAI MINI5 4K Sharing Dash Cam
mulai
RM474.00
Semak DDPAI MINI5 4K Sharing Dash Cam harga dibawah:
add_circle Rakaman video 4K
add_circle Ada WiFi dan visual ADAS
remove_circle Harga mahal

Sebab Jadi Pilihan Utama:

Dengan aperture f/1.8, kualiti video dan gambar untuk dash cam ini sangat jelas walaupun untuk situasi gelap atau kurang cahaya. Tambah pula mempunyai teknologi ‘Night Vision’ untuk waktu malam.

Ciri-ciri:

DDPAI MINI5 merupakan dashcam dengan resolusi 4K sebenar (3840 x 2160p) pada 30fps dan menggunakan 8MP CMOS SONY IMX415 sensor untuk kameranya.

Malah dashcam ini juga mempunyai GPS dan WiFi bagi memudahkan anda untuk download semua footage dalam phone sama ada Android atau iOS.

Sistem ADAS juga mempunyai paparan visual bagi membantu pemandu untuk memahami keadaan jalan dengan lebih baik.

Review:

“Dashcam kecil yang mempunyai resolusi 4k dan kamera depan belakang. Video dan gambar memang jelas tak kira siang atau malam.”

kamera AZDOME M01PRO
mulai
RM470.00
Semak AZDOME M01PRO 1080P Full HD Dual Channel Front & Rear Dash Cam harga dibawah:
add_circle Kualiti video 1080p
add_circle Harga berpatutan
add_circle Menyokong mod parkir & cycle loop recording
add_circle Mempunyai fatique warn system & ADAS
remove_circle Tidak menyokong GPS & WiFi

Dash cam dari jenama AZDOME ini mempunyai kualiti video Full HD 1080p yang akan membuatkan setiap rakaman kelihatan jelas.

Kamera depan dan belakang juga akan beri anda sudut pandangan yang lebih luas.

Pada bahagian cermin, dash cam ini mempunyai IPS Screen, Starvis Sensor dan 6 layer glass lens untuk imej lebih jelas terutamanya pada waktu malam.

Malah, rakaman semasa kemalangan atau perlanggaran juga akan auto lock dan tidak boleh dipadam dari dashcam dengan adanya built-in gravity sensor.

Bagaimanapun, ia tidak mempunyai WiFi dan juga GPS tracker untuk anda gunakan bersama dengan smartphone anda.

Untuk bahagian memori, ia boleh menyokong saiz memori sehingga 64GB, jadi ia sebenarnya mencukupi untuk digunakan tanpa perlu membuang video lama dengan kerap.

DDPAI N1 Dual Front & Rear Recording NightVIS 1296P Dash Cam
mulai
RM249.00
Semak DDPAI N1 Dual Front & Rear Recording NightVIS 1296P Dash Cam harga dibawah:
add_circle Built-in super capacity
add_circle Kualiti gambar & video sangat jelas
add_circle Senang pasang (plug & play)
add_circle Menyokong night vision & smart parking
add_circle Built-in 3-axis gyro sensor & 2.4GHz Wi-Fi
remove_circle Perlukan sambungan aplikasi DDPAI
remove_circle Kurang sesuai cermin tinted gelap
remove_circle Tiada GPS tracking

Kamera dashcam model terkini DDPAI N1 Dual direka untuk rakaman video depan resolusi tinggi 1296P dan belakang 1080P.

Reka bentuk premium dengan jaminan 18 bulan dan menggunakan Super Capacitor untuk rakaman stabil tanpa gangguan.

Dilengkapi 5 set kanta optik (depan), 4 set kanta optik (belakang), built-in 2.4GHz Wi-Fi dan sudut rakaman luas 135° + 125° untuk liputan menyeluruh.

Teknologi canggih termasuk AI.265 Encoding Technology dan NightVIS membolehkan rakaman jelas dalam cahaya malap. 

Pemantauan parking 24 jam, built-in 3-axis gyro sensor dan IPS Power Management memberi perlindungan tambahan.

Muat turun aplikasi DDPAI untuk memudahkan pengguna menyemak rakaman dan tetapan kamera kereta.

Kamera belakang pun jelas walaupun malam, bolehlah untuk jalan jauh buat record dan beli satu untuk kereta keluarga!

Dash cam terbaik untuk kereta
DDPAI Z50
DDPAI Z50 4K 2160P Dash Cam
mulai
RM499.00
Semak DDPAI Z50 4K 2160P Dash Cam harga dibawah:
add_circle Kualiti video 4K
add_circle Ada night vision
add_circle Jaminan sehingga 18 bulan
remove_circle Kamera belakang jual berasingan

Anda mungkin mahukan sebuah dash cam yang mampu untuk membuat rakaman dalam resolusi tinggi agar rakaman tersebut kelihatan sangat jelas.

Kalau anda mencari dash cam terbaik untuk kereta dengan resolusi video tinggi, inilah dash cam yang sesuai untuk anda kerana ia mempunyai kualiti video 4K.

Selain itu, dash cam ini juga mempunyai kemampuan night vision, boleh membantu anda mendapat rakaman terbaik sekiranya kemalangan pada waktu malam.

Walaupun harganya sedikit mahal, anda akan dapat jaminan barangan selama 18 bulan, jadi tidak perlu risau sangat sekiranya dash cam rosak dalam tempoh awal pembelian.

Apa yang menarik lagi, kamera dash cam ini turut boleh berputar 360 darjah, memberikan anda rakaman yang lebih menyeluruh semasa pemanduan.

Dash cam 360 terbaik
70mai
70mai Omni 360° Dash Cam
mulai
RM629.00
Semak 70mai Omni 360° Dash Cam harga dibawah:
add_circle menyokong 4G dan GPS
add_circle Kualiti video 1080p
add_circle Boleh pusing 360 darjah
remove_circle Harga mahal

Jika anda mencari dash cam yang boleh memantau keadaan kenderaan anda selama 24 jam sehari, anda boleh dapatkan 70mai Omni 360° Dash Cam kerana ia mempunyai fungsi rakaman 24 jam.

Selain itu, ia juga mempunyai fungsi Loop Recording yang membolehkan video lama dipadamkan dengan sendiri sekiranya ruang memori sudah penuh.

Antara ciri canggih lain adalah mempunyai GPS dan juga menyokong WiFi serta rangkaian 4G.

Bukan sahaja boleh memantau keadaan sekeliling dengan pusingan 360 darjah, tetapi mempunyai fungsi voice control untuk memudahkan anda mengawal dash cam ini.

Memang cukup canggih dan sesuai untuk anda yang mahu menjaga keselamatan kenderaan sepanjang masa.

Helmet Cam Rider Dashcam Motorcycle
mulai
RM108.00
Semak Helmet Cam Rider Dashcam Motorcycle harga dibawah:
add_circle Boleh pasang di helmet
add_circle Resolusi tinggi 1080p
remove_circle Tidak sesuai untuk kereta
remove_circle Tidak boleh kena hujan terlalu lama

Kalau anda mahukan kamera yang boleh dipasang pada helmet untuk anda dapatkan POV yang lebih jelas semasa menunggang motosikal, inilah dash cam terbaik untuk rider macam anda.

Kamera dash cam ini mempunyai resolusi 1080P HD dengan 30fps frame rate, serta sudut rakamannya juga sangat luas iaitu pada 120 darjah membolehkan anda mendapat rakaman POV yang lebih luas.

Tidak dinyatakan jika dash cam ini mempunyai sistem loop-recording yang mana kamera ini akan memadam rakaman lama apabila SD card sudah penuh, bagaimanapun saiz SD Card untuk dash cam ini ialah 32GB.

Anda boleh menggunakan dash cam ini sehingga tempoh 2 jam, atau menyambungkan pada powerbank untuk dapatkan jangka hayat bateri yang lebih lama.

Dash cam murah tapi berkualiti
SAFECAM
SAFECAM V20 Pro Front Rear Cam Dual Cameras Full HD
mulai
RM169.00
Semak SAFECAM V20 Pro Front Rear Cam Dual Cameras Full HD harga dibawah:
add_circle Mode Parkir 24 Jam
add_circle Full HD dengan lensa wide angle
add_circle Mod Malam dan mode HDR untuk kualiti gambar terbaik
remove_circle Resolusi kamera belakang lebih rendah

SAFECAM V20 Pro dilengkapi dengan features keselamatan terbaik dan dilengkapi dengan kamera depan dan belakang yang membolehkan anda merakam video dalam kualiti Full HD.

Kamera depan memiliki lensa wide angle 170 darjah manakala kamera belakang memiliki lensa wide angle 120 darjah. 

Dengan feature integrasi WiFi, anda boleh dengan mudah menghubungkan dashcam ke smartphone anda melalui aplikasi yang tersedia, jadi lebih mudah untuk anda melihat semula sebarang video hanya dengan menerusi smartphone anda. 

Tambahan lagi SAFECAM V20 Pro turut dilengkapi dengan feature pengawasan 24 jam supaya anda akan berasa lebih selamat meninggalkan kenderaan anda waktu malam.

Dash cam terbaik dengan parking mode
70mai M300 Car Recorder Dash Cam
mulai
RM160.00
Semak 70mai M300 Car Recorder Dash Cam harga dibawah:
add_circle Resolusi yang lebih tinggi dari 1080P
add_circle Parking Mode disertakan dengan time-lapse
remove_circle Sistem collision detection terlalu sensitif

Keluaran terbaru dari 70mai ini merupakan pengganti 70mai 1S tapi bezanya mempunyai resolusi 2304 x 1296P (1.5x lebih resolusi dari 1080P).

Paparan kamera dashcam ini adalah seluas 140 darjah yang dapat memastikan visual untuk tiga lane jalan raya dapat dirakam dengan jelas.

Selain itu, mempunyai Parking Mode yang akan diaktifkan sekiranya kereta anda dilanggar dan rakaman akan dimulakan secara automatik.

Time-lapse untuk Parking Mode pula akan merakam 1fps secara berterusan dan video sepanjang malam boleh dimainkan semula dalam masa beberapa minit sahaja.

Dash cam terbaik dengan GPS tracking
HP F560X Dash Cam Car Recorder
mulai
RM294.00
Semak HP F560X Dash Cam Car Recorder harga dibawah:
add_circle Lengkap dengan pelbagai sistem
add_circle Rakaman FHD 1080P
remove_circle Kualiti monitor yang kurang baik

Dashcam ini dilengkapi dengan Sony IMX307 Starvis sensor yang membuatkan gambar dan video dirakam dengan lebih jelas dan terang.

Menarik lagi, dash cam ini juga mempunyai WiFi dan aplikasi tersendiri yang membolehkan anda untuk menyimpan dan melihat fail rakaman.

Selain itu, turut dilengkapi dengan Advance Driver Assistance Systems (ADAS) termasuk sistem GPS dan Front Collision Warning.

Paling penting, dash cam ini juga mempunyai Parking Mode yang mampu merakam time-lapse untuk tempoh yang lebih panjang.

70mai Dashcam Pro Plus+ A500S Car Recorder
mulai
RM279.00
Semak 70mai Dashcam Pro Plus+ A500S Car Recorder harga dibawah:
add_circle Mempunyai built-in GPS
add_circle Boleh akses video dengan aplikasi
add_circle Video jelas walaupun dalam gelap
remove_circle Masalah WiFi connection

Dashcam ini mempunyai resolusi 2592 x 1944P pada sudut 140 darjah yang memberikan imej dan video jelas walaupun pada waktu malam.

Turut mempunyai sistem ADAS yang mempunyai motion sensor untuk membantu memberi amaran pelanggaran kepada anda.

Malah dashcam ini mempunyai Parking Mode juga yang akan diaktifkan apabila berlakunya perlanggaran.

Saiznya kecil membuatkan dashcam ini sangat mudah dipasang dan tidak mengganggu pandangan ketika membawa kereta.

Pencipta Kandungan Automotif

Danial Zulkipli

Saya mengesyorkan produk ini kerana ia mempunyai resolusi video yang dihasilkan lebih tinggi daripada 1080p. 70mai Dashcam Pro Plus+ A500S Car Recorder boleh rakam setinggi 1944p, yang mana ia memberikan imej lebih jelas. Satu lagi sebab adalah ciri ADAS yang dapat membantu sedikit sebanyak pemanduan.

Dash cam terbaik dengan cloud storage
BLACKVUE DR900X-2CH PLUS 4K UHD
mulai
RM2,699.00
Semak BLACKVUE DR900X-2CH PLUS 4K UHD harga dibawah:
add_circle Lengkap dengan semua fungsi dashcam
add_circle Ada Cloud Storage
add_circle Sudut rakaman sangat luas
remove_circle Harga mahal

Kamera depan menggunakan 8MP CMOS sensor yang merakam 3840 x 2160 (4K) pada 30 fps manakala kamera belakang 2.1MP Sony STARVIS pada 1920 x 1080 (FHD) 30 fps.

Kamera depan dashcam ini mempunyai sudut yang sangat luas pada 162 darjah manakala kamera belakang pula 139 darjah. 

Blackvue Over The Cloud merupakan sistem pengstoran data melalui internet yang mana video penting akan dimuatnaik secara automatik.

Ingin diingatkan, tidak semua video akan dimuat naik, tapi hanya video yang mempunyai perkara penting seperti kemalangan dan pecah masuk yang akan di simpan.

dash cam motosikal
mulai
RM523.00
Semak BlueSkySea A12 Front and Rear 1080P + 1080P Motorbike Dashcam harga dibawah:
add_circle Rakaman 1080P depan belakang
add_circle Mudah digunakan
add_circle Kamera kalis air
remove_circle Hanya monitor sahaja tidak kalis air

Kamera ini mempunyai rating IP167 waterproof jadi anda boleh rakam walaupun dalam keadaan hujan.

Kedua-dua kamera depan dan belakang mempunyai resolusi 1080P HD pada 30fps serta sudut rakamannya juga sangat luas iaitu pada 130 darjah.

Terdapat juga sistem loop-recording yang mana kamera ini akan memadam rakaman lama apabila SD card sudah penuh dan saiz SD Card untuk dash cam ini ialah 128GB.

G-Sensor pula akan memastikan setiap gegaran atau kemalangan tidak beri kesan kepada dashcam ini. 

Gambar Model
Model DDPAI MINI5 4K Sharing Dash Cam 70mai M300 Car Recorder Dash Cam BlueSkySea A12 Front and Rear 1080P + 1080P Motorbike Dashcam HP F560X Dash Cam Car Recorder 70mai Dashcam Pro Plus+ A500S Car Recorder BLACKVUE DR900x-2CH PLUS 4K UHD GOQ D90 Dash Camera Helmet Cam Rider Dashcam Motorcycle 70mai Omni 360° Dash Cam GOQ D208 Dual Lens Car Camera Recorder DDPAI Z50 4K 2160P Dash Cam
Keutamaan Dashcam Depan Belakang Terbaik Dashcam Dengan Parking Mode Dashcam Untuk Motorsikal Dashcam Dengan GPS Tracking Dashcam Dengan Motion Sensor Dashcam Dengan Cloud Storage Dashcam Yang Paling Murah Dashcam motor terbaik Dash cam 360 terbaik Dash cam depan belakang terbaik Dash cam terbaik untuk kereta
Resolusi 4K pada 30fps 2304x1296 1080p pada 30fps 1080p 2592x1944 4K pada 30fps 1080p 1080p 1080p 1080p 4K
Sensor 8MP CMOS SONY IMX415 3MP SC3335 SONY IMX323 CMOS SONY IMX307 SONY IMX335 1944P Sony STARVIS n/a n/a

AI Human Motion 

Detection

Motion Detection Sony IMX 415
Sistem ADAS G-Sensor G-Sensor ADAS ADAS Native Parking Mode G-Sensor n/a ADAS Reverse System Support n/a
SD Card Max 128GB Max 128GB Max 128GB Max 128GB Max 128GB Max 256GB Mx 32GB Mx 32GB Max 128GB Mx 32GB Mx 128GB
Sudut rakaman 140 darjah 140 darjah 148 darjah 150 darjah 140 darjah 162 darjah 170 darjah 120 darjah 360 darjah 170 darjah 140 darjah

Adakah Dash Cam Memerlukan Kad Ingatan?

Ya, dash cam memerlukan kad ingatan atau memory card tambahan.

Ini dapat mengelakkan dash cam anda daripada memadam video lama apabila storan dalaman penuh dan meningkatkan ruang penyimpanan.


Adakah Anda Memerlukan WiFi Untuk Dash Cam?

Kebanyakan dash cam tidak memerlukan sambungan WiFi untuk berfungsi.

Ini kerana dashcam masih boleh merakam dan menyimpan video walaupun tanpa WiFi.

Namun, fungsi WiFi membolehkan anda menonton dan memuat turun rakaman ke dalam smartphone.

Jadi walaupun WiFi bukan keperluan asas, ia sangat sesuai untuk mereka yang suka berkongsi video sepanjang perjalanan.


Cara Memilih Dash Cam Yang Sesuai

Bagi yang nak cari dashcam terbaik untuk kereta, jom baca tips di bawah:

  • Kualiti Video

Pilih dash cam dengan resolusi 1080p atau lebih tinggi. Semakin tinggi resolusi dash cam, semakin jelas rakaman video.

  • Sudut Pandangan

Dapatkan sekurang-kurangnya sudut 120° agar liputan lebih meluas dan cari dashcam sekali yang ada fungsi kamera depan dan belakang.

  • Ciri Malam

Pastikan ada teknologi rakaman malam seperti Night Vision supaya anda dapat merakam video dengan lebih jelas dalam keadaan cahaya malap.

  • Mod "loop recording"

Ciri ini membolehkan dashcam merakam video secara berterusan walaupun storan penuh dan akan menganti rakaman video terawal dengan rakaman terbaru secara automatik.

Dengan ini, rakaman terkini sentiasa disimpan dan yang lama secara berperingkat dipadamkan.

  • Saiz Skrin

Disyorkan beli saiz dashcam yang kecil dan pasang pada kawasan yang tidak menganggu pemandu.

  • Kemudahan Lain

Pertimbangkan kemudahan tambahan seperti WiFi, GPS, impact sensor dan pemantauan parkir untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.

Selain itu, ada juga tips tambahan daripada Expert kami.

Pencipta Kandungan Automotif

Danial Zulkipli

Tambahan kepada tips di atas adalah, boleh cari dash cam yang mempunyai ciri ADAS dan juga Parking Mode

Ciri ADAS atau Advanced driver assistance systems akan memberikan keselamatan tambahan semasa pemanduan kerana ia akan membantu pemandu meminimakan risiko berlakunya sebarang pelanggaran.

Antara bantuan yang diberikan oleh ADAS adalah memberi amaran adanya objek yang berhampiran pada blind-spot kita.

Sementara itu, ciri Parking Mode pula akan membantu anda lebih alert dengan persekitaran semasa parking.

Ia sangat membantu lebih-lebih lagi semasa hendak parking di ruangan yang sempit.


Adakah Penggunaan Dash Cam Berbaloi?

Penggunaan dash cam pada kereta dapat memberikan beberapa manfaat yang membuatnya berbaloi. Jom lihat kenapa dash cam berbaloi untuk anda beli dan pasang pada kenderaan.

  • Rekod kemalangan dan insiden

Dash cam boleh merekod peristiwa apa yang berlaku sepanjang anda memandu dan jika anda terlibat dalam kemalangan atau menjadi saksi kemalangan, rakaman video dapat menjadi bukti yang berguna untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab.

Ini boleh membantu anda melindungi diri daripada tuntutan palsu atau perdebatan yang sukar dengan pihak lain.

  • Bukti tuntutan insurans

Apabila anda mempunyai rakaman video dari dash cam, anda dapat menggunakan rekod tersebut sebagai bukti untuk buat tuntutan insurans.

Cara ini juga dapat membantu mempercepatkan proses claim dan memastikan anda dapat ganti rugi yang berbaloi.

  • Keselamatan

Dash cam dapat membantu meningkatkan keselamatan anda ketika memandu.

Ini kerana dash cam akan merakam situasi yang berlaku supaya dapat bantu anda jika ada kejadian agresif berlaku antara anda dengan orang luar yang terlibat. 

  • Awasi kenderaan parkir

Beberapa dash cam dilengkapi dengan mod parkir yang membolehkan anda merakam aktiviti di sekitar kendaraan ketika parkir.

Ini dapat membantu mencegah kecurian, vandalisme atau kerosakan pada kendaraan anda.

Bagaimanapun, penting untuk kami ingatkan bahawa penggunaan dash cam juga harus selaras dengan undang-undang setempat dan melindungi privasi orang lain. 


Adakah Penggunaan Dash Cam Melanggar Undang-Undang?

Jawapan ringkas adalah tidak sama sekali!

Sebenarnya penggunaan dash cam sudah banyak kali membantu ramai pemandu di Malaysia untuk memberi bukti kepada pihak berkuasa apabila berlakunya kemalangan.

Malah video dari dashcam juga seringkali digunakan di dalam mahkamah bagi membantu siasatan.

Pada tahun 2020, Menteri Pengangkutan pada ketika itu, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong juga berkata bahawa dash cam merupakan peralatan penting untuk kereta.

Malah, pihak mereka akan menjalankan kajian untuk mewajibkan penggunaan dashcam di dalam kereta.

Jom kita tonton video ringkas dibawah untuk mengetahui apa kebaikan pasang dash cam pada kenderaan anda.


Berapa Lama Rakaman Dash Cam Dapat Disimpan?

Tempoh penyimpanan rakaman dash cam bergantung kepada beberapa faktor seperti kapasiti storan, resolusi rakaman, dan cara penyimpanan data.

Sebenarnya jumlah penyimpanan rakaman dalam dash cam bergantung pada faktor resolusi rakaman, kapasiti storan dan juga cara penyimpanan. 

Sekiranya dash cam tersebut mempunyai kapasiti storan yang rendah, tentunya jumlah rakaman yang disimpan tidak banyak.

Bagaimanapun, sekirangnya dash cam tersebut mempunyai fungsi loop recording, di mana ia berfungsi untuk buang rakaman video yang lama selepas memori penuh, maka anda tidak memerlukan storan yang besar.

Selain itu, resolusi rakaman juga memainkan peranan di mana sekiranya dash cam tersebut membuat rakaman Full HD, maka anda memerlukan ruang storan yang lebih besar.

Jika tidak, anda mungkin perlu membuang rakaman video lama secara manual dan secara berkala.

Tetapi jika dash cam tersebut mampu melakukan cloud storage, maka anda tidak perlu risau dengan saiz storan sedia ada.

Jadi untuk menjawab berapa lama rakaman dash cam dapat disimpan, jawapannya bergantung kepada jenis dash cam yang anda beli, cara penyimpanan data dan saiz memorinya.


Artikel Berkaitan 

End of Article