Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

13 Pewangi / Perfume Kereta Terbaik 2024 - Paling Wangi

Ruang yang wangi menjadikan rasa bersemangat untuk mulakan hari

Bauan wangi dan segar dapat menukar mood dan emosi terutama bila rasa mengantuk ketika memandu.

Jadi, sangat penting pemilihan wangian yang sesuai dan tepat untuk kereta anda. 

Cuma yang menjadi masalah kita tak tahu nak pilih mana satu perfume kereta paling wangi, selamat dan tahan lama.

Tak apa, kami bantu anda menyenaraikan jenama pewangi kereta paling wangi.


Senarai 13 Pewangi Kereta Terbaik

Pewangi kereta terbaik secara keseluruhan
Bliese Car Air Freshener
mulai
RM7.10
Semak Bliese Car Air Freshener harga dibawah:
add_circle Tanpa bahan bahaya VOC
add_circle Tiada bahan talates
add_circle Sesuai juga letak dalam almari
remove_circle Bersaiz kecil

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Si manja sering makan dalam kereta ketika dalam kereta? Jangan risau, bau makanan boleh dikurangkan dengan penggunaan pewangi kenderaan dari Bliese ini.

Ciri-ciri; 

Terdapat 10 pilihan haruman seperti Amsterdam Apple, Victoria Vanilla, Forest Musk dan Sakura Osaka.

Produk wangian ini mengandungi campuran minyak aromaterapi yang akan membantu penumpang berada dalam keadaan selesa.

Pewangi ini ampu bertahan sehingga 30-45 hari cuma jangan lupa terbalikkan botol pewangi kereta terbaik ini setiap 3 hari sekali selama 3 saat agar bau harumannya sentiasa diperbaharui. 

Tip dari kami jika inginkan bau seakan berada di kafe, boleh pilih bauan Coffee Casablanca.

Malah, tiada masalah kalau pengguna letak pewangi viral Bliese ini di tandas, bilik tidur, pejabat atau mana-mana tempat yang berbau busuk.  

Review;

‘Bau semua wangi-wangi, terus jatuh cinta. Bau vanila best. Bliese punya jugak yang paling berkenan di hati. Tak rugi beli produk ini,’

Pewangi kereta bau bunga
Lampu Cherita Car Hanging Diffuser
mulai
RM9.36
Semak Lampu Cherita Car Hanging Diffuser harga dibawah:
add_circle Haruman menyegarkan
add_circle Bau tahan lama hingga 45 hari
add_circle Boleh gantung di cermin pandang belakang
add_circle Boleh letak juga di dalam bilik & almari
remove_circle Kandungan hanya 10ml

Singkirkan bau busuk dalam kenderaan kesayangan anda dengan penggunaan jenama pewangi kereta Lampu Cherita ini. 

Produk ini merupakan produk wangian yang berasaskan minyak yang premium. 

Menariknya lagi, bukan saja boleh letak dalam kereta malah boleh dijadikan sebagai aksesori kereta kerana rekaannya cantik dan ringkas.

Untuk anda yang gemarkan bauan bunga-bungaan, memang digalakkan untuk beli wangian kerana terdapat banyak pilihan haruman floral seperti orkid, gardenia, ros, lavender mint dan Lily. 

Jika mahukan bau yang lebih semula jadi, haruman kopi dan pandan pun ada. 

Cara penggunaan juga sangat mudah;

  1. Buka penutup kayu dan plastik. 
  2. Kemudian, tutup semula dengan penutup kayu. 
  3. Terbalikkan botol pewangi selama 1-2 saat.
  4. Akhir sekali, bau kegemaran anda akan merebak ke seluruh dalaman kereta.
Mr&Mrs Fragrance NIKI Refillable Car Fragrance
mulai
RM34.80
Semak Mr&Mrs Fragrance NIKI Refillable Car Fragrance harga dibawah:
add_circle Boleh refill
add_circle Tahan hingga 45 hari
remove_circle Harga mahal

Perfume kereta paling wangi ini diimport dari Itali dan sesuai untuk semua jenis kereta.

Rekaannya sangat comel dan elegan kerana bahagian luarnya direka dengan sentuhan warna chrome dan metallic

Sekali pandang, memang tak kelihatan seperti kebanyakan pewangi kereta jenama lain.

Warna luaran pula mengikut jenis haruman jadi terdapat bermacam pilihan seperti biru, merah jambu, putih, merah dan polka dot. 

Black Orchid, Pine & Eucalyptus, Equilibrium, Fresh Air dan Peppermint merupakan antara pilihan bau wangi yang tersedia dari jenama ini.

Pewangi kereta tahan lama dari Jepun
mulai
RM21.90
Semak CARALL Regalia Enrich 1386 Velvet Musk Car Air Freshener (65ml) harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi phthalates & benzene
add_circle Rekaan bekas wangian eksklusif
add_circle Selamat dihidu
add_circle Bau haruman mewah
remove_circle Harga agak mahal

Produk buatan Jepun tak perlu dinafikan kualitinya kerana memang terbukti bagus.

Tekstur produk wangian ini jenis gel sebesar 65ml, jadi mampu bertahan lebih lama, sekurang-kurangnya 2 bulan. 

Usah khuatir untuk menggunakan produk ini setiap hari dalam kereta kerana diperbuat tanpa bahan kimia iatu, formaldehyde dan toluene.  

Pewangi ini juga berjaya mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh International Fragrance Association (IFRA).

Jadi memang selamat untuk diletakkan di rumah, kereta atau ruang pejabat.

Ambi Pur Car Mini Clip Car Air Freshener
mulai
RM9.78
Semak Ambi Pur Car Mini Clip Car Air Freshener harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Harga mampu milik
add_circle Bau segar tahan hingga 45 hari
add_circle Hanya perlu diklip pada penyaman udara kereta
remove_circle Kandungan sedikit, hanya 2.2ml

Produk keluaran Ambi Pur ini telah menjadi pilihan ramai untuk kenderaan kerana bauannya harum dan selesa.

Lagipun haruman yang dikeluarkan boleh mengurangkan bau yang tidak menyenangkan dalam kereta. 

Bukan itu sahaja, intensiti bau yang digunakan boleh dikawal sama ada ingin bau yang kuat atau biasa-biasa sahaja. 

Anda cuma perlu laraskan menggunakan dial yang tersedia pada produk. 

Ambi Pur turut menawarkan banyak pilihan haruman menarik, antaranya Thai Dragon Fruit, New Zealand Springs, Lavender Comfort, Light Citrus, Vanilla Bliss dan Sky Breeze.

Pewangi kereta semulajadi
Bamboo Charcoal Bag Air Freshener
mulai
RM0.79
Semak Bamboo Charcoal Bag Air Freshener harga dibawah:
add_circle Arang buluh boleh serap bau busuk
add_circle Mengelakkan pertumbuhan kulat
remove_circle Tiada pilihan bau lain

Kami sarankan anda yang kurang gemar pewangi kereta yang diperbuat daripada bahan kimia, dapatkan produk arang buluh ini sebagai alternatif. 

Uniknya tentang produk ini adalah multifungsi kerana selain boleh letak dalam kereta, pewangi ini juga sesuai hilangkan bau busuk dalam almari, beg pakaian dan rak kasut. 

Untuk dalam kereta, beg yang mengandungi arang buluh ini boleh diletakkan di sisi pintu kereta, atas papan pemuka atau dalam ruang pemegang cawan. 

Disarankan untuk letak 2 beg sekali gus agar lebih efektif.

Paling penting, harganya juga sangat murah dan mampu dimiliki.

Pewangi kereta halal
KOPI BALI Car Fragrance
mulai
RM9.95
Semak KOPI BALI Car Fragrance harga dibawah:
add_circle Menyerap bau yang tidak menyenangkan
add_circle Boleh gantung dalam kereta
add_circle Sesuai dijadikan hadiah untuk rakan
add_circle Sesuai diletakkan di mana-mana
remove_circle Pilihan terhad

Haruman yang terhasil diperbuat daripada biji kopi asli dari Bali, jadi anda tak perlu meragui kandungan bahan yang digunakan dalam produk haruman ini.

Pagi anda menjadi lebih segar dengan bau biji kopi apabila berada dalam kereta.

Apa yang bagus tentang wangian ini adalah anda tidak akan menyebabkan pengguna rasa loya atau pening.

Ini kerana baunya tidak sekuat seperti sesetengah pewangi kereta yang diperbuat dari bahan kimia lain.

Baunya merebak secara perlahan-lahan jadi rongga hidung tak terkejut dengan aroma baru. 

Cuma, bagi yang tidak gemarkan bau kopi, mungkin wangian ini tidak menjadi pilihan.

Ketahanan wangian ini mampu bertahan lebih kurang 3 minggu hingga sebulan, bergantung kepada saiz kereta atau ruangan.

Meguiar's Air Refresher - New Car Scent G16402
mulai
RM44.45
Semak Meguiar's Air Refresher - New Car Scent G16402 harga dibawah:
add_circle Menyingkirkan bau busuk
add_circle Jenis semburan
add_circle Bau haruman seakan kereta baru
remove_circle Harga mahal

Kembalikan kesegaran kereta seperti waktu anda baru mula memilikinya dengan penyegar udara jenis spray dari Meguiar’s ini. 

Bau sangat menyegarkan seperti kereta baru dan boleh menghilangkan bau asap rokok dan peluh. 

Ini kerana molekul wangian merebak menerusi sistem pengudaraan kereta termasuklah ruang yang sukar dicapai untuk menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan. 

Jangan lupa untuk ikuti cara penggunaan yang telah disarankan iaitu;

  1. Hidupkan enjin kereta dan setkan kipas penyaman udara pada tahap tinggi.
  2. Seterusnya, tutup semua tingkap.
  3. Kemudian, letak pewangi di tengah-tengah kereta dan semburkannya. 
  4. Tutup semua pintu selama 15 minit. 
  5. Selepas itu, buka semula pintu dan matikan enjin kereta.
  6. Biarkan udara keluar selama 10-15 minit. 

Pastikan tiada sesiapa atau haiwan di dalam kereta sepanjang tempoh 15 minit semburan tadi kerana boleh merisikokan sistem pernafasan.

Glade Sport Car Air Freshener Starter 7ml
mulai
RM14.90
Semak Glade Sport Car Air Freshener Starter 7ml harga dibawah:
add_circle Rekaan moden
add_circle Boleh jadi aksesori dalam kereta
add_circle Haruman menyegarkan
add_circle Tahan hingga 75 hari
remove_circle Kandungan bauan hanya 7ml

Pewangi kereta keluaran Glade boleh menghilangkan bau yang tidak menyenangkan dalam kereta. 

Ini kerana produk ini sesuai untuk anda yang gemarkan wangi semerbak kerana terdapat beberapa pilihan haruman yang boleh dipilih termasuk bau buahan.  

Antaranya ialah Wild Berries, Morning Freshness (bunga lili, ros & jasmin dengan epal & melon) dan I Love You (campuran bau bunga putih & epal).

Kalau inginkan bau yang menenangkan, anda boleh pilih haruman Ocean Escape.

Manakala bau seperti kereta baru pun ada dan tahap intensiti bau wangi boleh dikawal sama ada mahu bau kuat atau sederhana.

Pewangi kereta murah
Glade
Glade Hang It Fresh
mulai
RM5.30
Semak Glade Hang It Fresh harga dibawah:
add_circle Sesuai juga letak di rak kasut
add_circle Bau segar
add_circle Tahan lama
remove_circle Tidak boleh letak di tempat ada makanan

Terdapat tiga pilihan haruman iaitu Lavender, Cool & Fresh dan Fruity Fresh.

Pewangi kereta ini boleh digantung di bahagian cermin pandang belakang agar bau yang harum mudah merebak ke seluruh kereta. 

Tapi jika anda ingin letak pewangi ini di tempat yang lain yang memiliki ruang yang sederhana besar seperti almari atau laci pun boleh.

Harganya yang sangat murah menjadi tarikan utama ramai pengguna pewangi kereta.

Rekaan pewangi ini dalam bentuk manik haruman yang diletakkan dalam kantung kecil.

Jadi, tak akan memakan ruang yang banyak untuk digunakan.

Pewangi kereta gantung
DEXANDRA Air Freshener
mulai
RM5.99
Semak DEXANDRA Air Freshener harga dibawah:
add_circle Ada pilihan bauan ros & honey dew
add_circle Mampu tahan lama hingga 60 hari
add_circle Sesuai juga untuk rumah & tandas
add_circle Boleh letak dalam almari

Wangian kereta DEXANDRA patut dimiliki oleh semua pemilik kereta kerana mempunyai pelbagai pilihan bauan termasuklah bau manis, buah dan bunga. 

Cara penggunaanya mudah, hanya perlu menggantung produk ini dalam kereta atau ruang untuk bauan tersebar.

Bagi anda yang gemarkan bauan yang manis, produk ini menawarkan pilihan wangian passion fruit, vanila dan passion fine (honey dew). 

Untuk tenangkan fikiran pula, kami sarankan bau teh hijau yang segar. 

Inginkan cari bau yang lain dari yang lain, dapatkan bauan kopi, pandan, forest dream dan cupcakes & cream.

Pewangi kereta selamat untuk kanak-kanak
Fleur Air Freshener
mulai
RM5.80
Semak Fleur Air Freshener harga dibawah:
add_circle Tanpa bahan bahaya VOC & phthalates
add_circle Boleh dimana-mana
add_circle Terdapat pelbagai pilihan wangian menarik
remove_circle Tidak tahan lama

Diperbuat daripada 100% pati original Perancis tanpa bahan kimia bahaya menjadikan selamat dihidu orang dewasa dan kanak-kanak. 

 

Wangian aromaterapi ini membantu menenangkan pengguna, jadi waktu pagi untuk ke pejabat jadi lebih tenang tanpa debaran. 

Sesuai diletakkan dalam loker bagi remaja yang tinggal di asrama. 

Mempunyai lebih dari 20 jenis wangian yang berbeza, antaranya Nancy Strawberry, Caen Lemon, caramel coffee, Marseille Lavender, cannes (pandan) dan Citrus Lily.

Rekaannya kelihatan eksklusif kerana cecair wangian diletakkan dalam botol kaca.

Vanzo LX Dashboard Series 1616 (Secret Musk)
mulai
RM29.00
Semak Vanzo LX Dashboard Series 1616 (Secret Musk) harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi alkohol
add_circle Mampu tahan hingga 60 hari
remove_circle Harga agak mahal

Pewangi kereta tahan lama jenama Vanzo ini diperbuat daripada bahan diimport dari Jepun. 

Apa yang paling menarik tentang produk ini ialah memiliki haruman unik kesegaran angin laut dan bau bunga-bungaan yang mekar. 

Anda boleh guna pewangi ini dengan tanpa was-was kerana telah mendapat pengesahan daripada SGS International Analysis Certified. 

Wangian kereta 65ml ini direka dalam bekas kaca, jadi akan kelihatan eksklusif apabila diletakkan di atas papan pemuka atau dashboard kereta. 

Bahagian bawahnya pula terdapat pita double side supaya tidak bergerak-gerak walaupun ketika kenderaan sedang dipandu. 


Adakah Pewangi Kereta Bahaya Untuk Kesihatan? 

Sebelum memilih pewangi kereta, pastikan anda tahu kandungan bahan yang digunakan sama ada berbahaya atau tidak.

Ini kerana sesetengah pewangi kereta bahaya untuk kesihatan sebab mengandungi bahan kimia toksik. 

Antara kimia toksik adalah;

Volatile Organic Compounds (VOCs) dimana boleh merisikokan kesihatan anda jika digunakan dalam pembuatan pewangi kereta.

Penjual menggunakan bahan ini kerana merupakan bahan kimia sintetik yang mampu bertahan lama di udara. 

Jika terdedah terlalu lama kepada bahan ini, anda mungkin akan mengalami rasa loya, masalah hati dan rasa pening kepala. 

Selain itu, masih ada lagi sesetengah syarikat pewangi yang menggunakan phthalates.

Bahan ini sangat bahaya hingga boleh rosakkan hati dan sebabkan masalah pembiakan dalam kalangan lelaki dan wanita. 

Di samping itu, bahan seperti formaldehyde pula masih banyak terkandung dalam pelbagai jenama pewangi kereta. 

Bahan ini boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti bersin serta fungsi mata dan tekak juga mungkin boleh terganggu jika terdedah. 

Sebaiknya, perhatikan dulu kandungan bahan yang ada dalam pewangi kereta kegemaran anda sebelum pmembelinya.

Lagi bagus, jika anda dapatkan sahaja pewangi yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti pandan, kopi dan kulit kayu manis. 

Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. 


Tip Letak Pewangi Kereta Dengan Betul 

Mengikut tip dari internet, posisi terbaik untuk letakkan pewangi kereta agar bau yang terhasil seharum yang mungkin adalah di kawasan yang ada paling banyak aliran udara seperti depan aircond.

Kesannya, bau haruman akan tersebar ke seluruh kereta termasuklah bahagian tempat duduk penumpang di belakang. 

Jika pewangi kereta anda jenis gantung, jangan lupa untuk gantung pada bahagian cermin pandang belakang atau di bawah papan pemuka kereta. 

Apa-apa pun, ikuti sahaja arahan penggunaan yang terdapat pada pembungkusan pewangi kereta sebelum digunakan dalam kenderaan anda.

Tapi jika anda memilih wangian jenis botol kaca kecik, jom saksikan cara betul letak pewangi dalam kereta.


Artikel Berkaitan

End of Article