Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Kuali Tidak Melekat (Non-Stick) Terbaik di Malaysia 2024

Kuali jenis macam mana yang jadi kegemaran anda di rumah?

Masakan goreng yang menggunakan kuali jenis tidak melekat bukan sahaja lebih selamat malah akan memudahkan kerja mencuci. 

Selain dapat menjimatkan penggunaan minyak, kuali non stick tidak mudah karat dan anda boleh gunakannya untuk tempoh yang lama.

Terdapat banyak jenama kuali yang tidak melekat ini dijual dipasaran dengan harga yang murah dan berkualiti. 

Jom kita lihat senarai kuali non-stick terbaik untuk dapatkan hasil masakan yang lebih sempurna.


Cara Pilih Kuali Yang Bagus

Memilih kuali yang bagus di Malaysia boleh tidak mudah kerana terdapat banyak pilihan yang tersedia di pasaran tapi jangan risau, kami boleh bantu anda. 

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih kuali yang bagus dan terbaik.

  • Bahan Kuali

Beberapa bahan yang umum digunakan adalah stainless steel, aluminium, besi cor dan non-stick.

Stainless steel dan aluminium sering menjadi pilihan yang baik kerana tahan karat, tahan lama dan haba kuali seimbang dengan baik. 

  • Ukuran & Kapasiti

Pilih ukuran yang sesuai dengan penggunaan harian memasak anda.

Sebaiknya memiliki beberapa ukuran kuali yang berbeza seperti kuali besar untuk merebus dan kuali kecil untuk tumis kering.

  • Bentuk & Rekaan

Ada kuali dengan pegangan yang kalis haba, ada penutup yang rapat dan rekaan yang estetik. 

  • Kualiti & Jenama

Jenema yang terkenal biasanya menawarkan produk dengan kualiti yang baik.

Anda juga boleh baca ulasan pengguna atau bertanya kepada orang yang sudah menggunakan kuali tersebut untuk mendapatkan informasi tentang kualiti dan performance.

  • Penjagaan & Cucian

Pertimbangkan juga kemudahan penjagaan dan cara mencuci kuali, oleh itu anda perlu pilih kuali yang mudah dibersihkan dan tahan karat.


Senarai 11 Kuali Non-Stick Terbaik

Kuali non stick terbaik secara keseluruhan
MR.DIY Non-Stick Marble Fry Pan (20cm)
mulai
RM33.80
Semak MR.DIY Non-Stick Marble Fry Pan (20cm) harga dibawah:
add_circle Tahan lasak & tahan calar
add_circle Lapisan non-stick berkualiti tinggi
add_circle Pengeluaran haba sekata
remove_circle Saiz kuali kecil

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Fry pan yang tidak melekat ini memang wajib ada di setiap dapur kerana sangat praktikal dan boleh buat pelbagai juadah seperti telur dadar, pancake, ikan goreng dan roti bakar. 

Ciri-ciri;

Dengan kuali MR DIY ini, anda boleh masak macam-macam hidangan sihat dan kurang lemak kerana kuali ini tidak memerlukan minyak yang banyak. 

Menariknya, fry pan ini disertakan juga dengan pemegang kuali yang tahan panas supaya mudah dialihkan apabila selesai masak.

Ciri lain lagi, kuali ini boleh digunakan di atas pelbagai jenis dapur seperti dapur gas, dapur seramik elektrik dan sebagainya. 

Turut menggunakan lapisan non-stick berkualiti tinggi menjadikannya tahan lasak dan tidak mudah calar.

Masakan anda akan cepat masak dan tidak mudah hangus kerana lapisan kuali ini mengeluarkan haba secara sekata.

Bagaimanapun, kami sarankan anda untuk elak menggunakan sudip besi bagi memastikan lapisan non-stick kuali tidak rosak. 

Review;

‘Kuali yang comel dan saiznya sesuai untuk keluarga kecil. Boleh guna untuk goreng telur tanpa melekat. Harga pun murah.’

Ikea Kavalkad Aluminium Non-Stick Frying Pan 28cm Black
mulai
RM38.99
Semak Ikea Kavalkad Aluminium Non-Stick Frying Pan 28cm Black harga dibawah:
add_circle Bebas PFOA
add_circle Tahan lama
add_circle Boleh digantung
add_circle Harga mampu milik
add_circle Sesuai digunakan di atas dapur gas & kaca seramik
remove_circle Rekaan kurang menarik

Diperbuat daripada aluminium, kuali IKEA ini mudah diangkat kerana ringan dan mempunyai pemegang bersaiz panjang. 

Bukan itu sahaja, lapisan non-stick pada kuali ini bakal menjadikan proses memasak dan mencuci lebih mudah sebab anda tidak perlu sental dengan kuat.

Setiap makanan yang dimasak dengan kuali ini akan mendapat haba sama rata untuk memberi rasa yang sempurna pada juadah anda.

Antara juadah tidak berkuah yang sesuai dimasak menggunakan kuali ini ialah seperti telur, sosej atau roti jala.

Kami ingat ingatkan anda supaya basuh kuali ini sebelum gunanya buat pertama kali.

JEETEE Kuali leper Non Stick Pan
mulai
RM43.02
Semak JEETEE Kuali leper Non Stick Pan harga dibawah:
add_circle Tidak mengeluarkan banyak asap
add_circle Diperbuat daripada batu granit
add_circle Ringan & mudah dibersihkan
add_circle Pemanasan sekata
add_circle Tidak melekat
remove_circle Jaminan hanya 1 tahun
remove_circle Hanya boleh guna dengan sudip kayu atau silikon

Makanan kegemaran anda ialah roti jala? Dengan kuali leper non-stick JEETEE ini, anda boleh buat sendiri roti jala, roti canai atau pancake dengan mudah. 

Anda bukan sahaja boleh guna kuali ini di atas dapur gas, juga sesuai digunakan di atas dapur induksi, seramik dan infra-red.  

Yang penting, kuali ini hanya memerlukan sedikit minyak untuk memasak makanan dan cara ini anda dapat mengurangkan pengambilan lemak.  

Kuali leper untuk masak telur gulung ini juga cepat panas, jadi pengguna tidak perlu tunggu lama untuk menikmati menu kegemaran siap di masak.

Walaupun jaminan hanya 1 tahun, tapi kuali ini diperbuat daripada batu granit menjadikannya tahan lasak dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.

Ciri manarik lainnya, kuali ini juga sangat ringan, mudah dipegang dan mudah dibersihkan selepas selasai penggunaan.

Tefal Day By Day Non Stick Cookware Frypan (28cm) G14306
mulai
RM97.30
Semak Tefal Day By Day Non Stick Cookware Frypan (28cm) G14306 harga dibawah:
add_circle Selamat digunakan atas dapur induksi
add_circle Saiz sederhana
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
add_circle Kapasiti 2.2 liter
remove_circle Harga mahal

Kuali Tefal menjanjikan anda pengalaman memasak yang memuaskan kerana boleh digunakan dengan semua jenis dapur.

Selain dapur gas, anda guna boleh gunakannya di atas dapur elektrik, dapur seramik dan halogen tanpa risau kuali rosak.

Ini kerana kuali Tefal diperbuat daripada aluminum, bahagian dalam kuali ini disalut pula dengan titanium yang tidak melekat dan tahan lama.

Lapisan non-stick pada kuali ini selamat digunakan kerana mesra alam sekitar dan tidak toksik tanpa bahan PFOA.  

Jadi, memang sesuai digunakan untuk memasak juadah buat seisi keluarga.

mulai
RM155.61
Semak Cosmic Cookware Non-Stick XERADUR 2 Ceramic Coated Cosmo Fry (24cm) harga dibawah:
add_circle Rekaan menarik & estetik
add_circle Senang dicuci & tidak melekat
add_circle Tidak toksik
add_circle Tahan lama
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk memasak dalam kuantiti yang terlalu banyak

Kuali yang disalut lapisan seramik dari Cosmic Cookware ini pula sangat membantu untuk menggoreng pelbagai jenis masakan telur, lempeng, spageti dan nasi goreng. 

Selain rekaan mempunyai rekaan yang menarik, kuali ini sesuai digunakan di atas dapur induksi, gas dan elektrik. 

Kuali non stick ini direka dengan Two-Coat System di mana haba akan disebarkan dengan sekata agar masakan dapat dimasak sepenuhnya dan tidak hangit. 

Selain itu, peralatan memasak ini turut boleh dimasukkan ke dalam ketuhar namun ingat, suhu maksima untuk ketuhar ialah hingga 230°C sahaja. 

Walaupun pemegangnya diperbuat dari besi, namun tidak panas dan anda tidak perlu guna pelapik untuk angkat kuali.

Kuali tahan lama ini sangat mudah dicuci kerana lebihan minyak dan lemak tidak melekat pada bahagian lapisan kuali. 

iGOZO Non Stick Granite Stir-fry Wok Deep Fry Pan (28cm)
mulai
RM119.00
Semak iGOZO Non Stick Granite Stir-fry Wok Deep Fry Pan (28cm) harga dibawah:
add_circle Tidak perlu guna banyak minyak
add_circle Sesuai dengan semua jenis dapur
add_circle Sesuai masakan berkuah
add_circle Tahan calar
add_circle Mudah dicuci
remove_circle Harga mahal
remove_circle Agak berat

Jika anda inginkan kuali yang boleh memasak pelbagai jenis hidangan, kuali non-stick iGOZO dengan granite ini memang untuk anda. 

Dengan kapasiti 3.8 liter, anda bukan sahaja boleh goreng ayam dan kentang, malah boleh juga masak masakan berkuah seperti kari ayam untuk seisi keluarga. 

Menariknya, turut mempunyai penutup kaca untuk memudahkan anda lihat proses memasak. 

Pemegang kuali pula selesa dipegang dan tidak panas, jadi anda tidak perlu guna pelapik untuk angkat kuali. 

Paling penting, kuali yang bebas dari bahan toksik ini mempunyai muncung agar lebih mudah untuk anda tuang makanan berkuah tanpa tumpah.

KATA 316 Stainless Steel Honeycomb Pan Non-stick Wok
mulai
RM154.50
Semak KATA 316 Stainless Steel Honeycomb Pan Non-stick Wok harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Mudah dicuci
add_circle Tidak mudah karat
add_circle Tidak mengeluarkan asap yang banyak
remove_circle Harga mahal

Anda mahukan kuali non-stick yang tidak mudah calar? Kuali jenama KATA ini pilihan tepat untuk anda. 

Diperbuat daripada stainless steel 316 yang tidak mudah calar, tahan lasak dan selamat untuk memasak makanan, kuali ini cepat panas membantu juadah lebih cepat masak. 

Menariknya, bahagian dalam kuali direka dengan corak honeycomb (sarang lebah) yang cantik dan tidak melekat. 

Jangan risau, kuali ini juga sesuai digunakan di atas semua jenis dapur seperti dapur gas, induksi dan elektrik. 

Tampil dengan pelbagai pilihan saiz kuali, dari 28 cm hingga 42 cm dan anda boleh pilih sama ada nak dapatkan kuali dengan penutup atau tanpa penutup.

Ecowin Maifan Stone Non Stick Frying Pan
mulai
RM86.55
Semak Ecowin Maifan Stone Non Stick Frying Pan harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua jenis dapur
add_circle Bebas dari bahan kimia bahaya
add_circle Mempunyai penutup kaca
add_circle 100% tidak melekat
add_circle Kurang berasap
remove_circle Harga agak mahal

Kuali non-stick yang mempunyai lapisan Marble Stone ini sesuai dijadikan hadiah hari jadi atau hadiah kahwin kepada teman dan keluarga anda. 

Sangat mudah untuk dicuci kerana bukan sahaja boleh dibersihkan dengan air, tapi kalau nak bersihkan dengan tisu atau tuala pun tiada masalah. 

Ada beberapa pilihan saiz kuali yang anda boleh dipilih bergantung dengan penggunaan, antaranya 20cm, 24cm dan 28cm. 

Direka dengan 5 lapisan perlindungan agar kuali tidak mudah tercalar, makanan pula tidak cepat hangit dan tidak melekat langsung. 

Pemegang kuali yang diperbuat daripada kayu pula selesa dipegang dan tidak licin jadi anda tidak perlu pakai glove untuk angkat kuali. Sangat bagus!

Kuali non stick besar
DAFEIKE Non Stick Wok 32cm
mulai
RM76.73
Semak DAFEIKE Non Stick Wok 32cm harga dibawah:
add_circle Boleh dicuci dengan tisu atau tuala
add_circle Penggunaan minyak sedikit
add_circle Sesuai untuk semua jenis dapur
add_circle Penutup kaca boleh berdiri sendiri
add_circle Ringan
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak boleh guna sudip besi

Kuali non-stick bersaiz 32 cm ini sesuai digunakan oleh anda yang mempunyai ramai ahli keluarga atau sering menerima tetamu.

Ini kerana kapasitinya besar dan akan membolehkan anda untuk masak hidangan dalam kuantiti yang banyak.

Pemegangnya tidak melenguhkan tangan dan mempunyai penebat haba yang baik bagi memastikan selamat untuk dialihkan ketika di atas dapur gas.

Ciri ini juga memastikan tangan anda tidak rasa panas ketika memindahkan makanan dari kuali ke pinggan atau mangkuk. 

Selain tidak mengeluarkan asap yang banyak, makanan juga cepat masak dan tidak melekat pada kuali.

Kuali ini akan memudahkan anda nak tumis sambal atau goreng bihun dengan kuali ini. 

mulai
RM299.00
Semak Shogun Senjo Plus 40cm Marble Non-stick Wok with Stainless Steel Glass Lid, 9.7L (IH) harga dibawah:
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
add_circle Bebas bahan toksik PFOA
add_circle Mempunyai penutup
add_circle Jimat tenaga & masa
add_circle Makanan cepat masak
remove_circle Harga terlalu mahal

Kuali Shogun yang bersaiz besar 40 cm ini pilihan terbaik jika anda gemar masak char kuey teow atau mee goreng dalam kuantiti yang banyak untuk keluarga di rumah. 

Direka dengan 7 lapisan di mana lapisan pertamanya disalut dengan Tritanium Mega dari Switzerland yang tidak melekat atau menyebabkan kerak. 

Dengan kuali besar ini anda boleh buat pelbagai hidangan sihat yang tidak memerlukan kuantiti minyak yang banyak. 

Kuali ini juga selamat diletakkan di atas dapur gas dan seramik serta boleh digunakan untuk masak rendang ketika hari raya. 

Namun, anda diingatkan untuk tidak menyental kuali ini dengan berus besi bagi mengelakkan lapisan non-stick ini calar dan rosak.

DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl
mulai
RM29.36
Semak DESSINI ITALY Granite Aluminium Non Stick Casserole Pot Bowl harga dibawah:
add_circle Boleh dibasuh menggunakan dishwasher
add_circle Material die cast aluminium
add_circle Saiz kuali 28cm
remove_circle Tidak disarankan guna senduk besi

Kuali non stick dari jenama DESSINI ITALY ini antara menjadi pilihan ramai kerana saiznya sederhana, 28cm membolehkan anda membuat pelbagai hidangan dari yang berkuah atau kering.

Dengan menggunakan material die cast aluminium yang berkualiti, anda tidak perlu risau untuk masak daging atau goreng telur tanpa menggunakan minyak.

Paling penting, bahagian luar badan kuali juga mempunyai material die cast aluminium dan ciri ini untuk memastikan kuali ini tahan calar.

Selain boleh digunakan di atas dapur gas, elektrik dan seramik, pemegang kuali ini juga diperbuat daripada bahan penebat supaya tidak mudah panas.

Menariknya, kuali ini juga selamat digunakan di dalam oven dan mesin dishwasher tau!

Kami nasihatkan anda untuk gunakan minyak sedikit semasa penggunaan kali pertama untuk memastikan coating kuali tahan lama dan elak gunakan senduk besi semasa menggunakan kuali ini.


Cara Guna Kuali Non stick Pertama Kali 

Dalam keterujaan nak menggunakan kuali non-stick buat pertama kali, jangan lupa untuk basuh kuali tersebut dengan air panas yang dicampur sabun pencuci pinggan untuk menyingkirkan segala minyak atau kotoran yang terhasil ketika pembuatannya di kilang. 

Untuk proses ini, gunakan span yang lembut. 

Selepas dibilas dan dikeringkan dengan baik dengan tisu atau kain lembut, panaskan kuali di atas dapur. 

Apabila ia dah mula panas, gunakan berus atau tisu dapur untuk sapu minyak masak pada keseluruhan dalaman kuali. 

Panaskan minyak dalam kuali tadi sekitar 2 minit dengan api sederhana. 

Selepas itu, tutup api dan biarkan kuali sehingga sejuk. Bila dah sejuk, jangan lupa untuk lap sisa minyak tadi pada kuali. 

Kuali pun akhirnya dah boleh untuk digunakan. Kalau nak lebih faham tentang proses ini, boleh tonton video YouTube ini. 


Cara Penjagaan Kuali Non Stick 

Tidak susah pun nak jaga kualiti kuali non-stick agar tahan lebih lama dan tidak cepat rosak. Jom ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan ini.

  • Masak guna api sederhana dan perlahan 

Untuk memastikan kuali tahan lama dan lapisan tidak mudah rosak, anda disarankan untuk masak menggunakan api perlahan atau sederhana sahaja.

  • Sebelum mula memasak, masukkan minyak ke dalam kuali terlebih dahulu sebelum buka api. 

Langkah ini untuk mengelakkan kuali terlalu panas sehingga berasap dalam keadaan kosong.

  • Dilarang cuci kuali non-stick dengan berus besi 

Jika anda tidak mahu kuali mahal anda cepat rosak, pastikan anda hanya basuh kuali atau periuk non-stick dengan span lembut sahaja. 

Elakkan menyental kuali dengan berus besi. Lagi pun, kotoran pada kuali jenis ini cepat tanggal sebab ia jenis tak melekat. 

  • Lap sisa air pada kuali dengan tisu dapur selepas dicuci

Sebaiknya jika kuali non-stick dilap dengan kain lembut untuk mengeringkan air dan elakkan daripada keringkan air dalam kuali di atas api dapur. 

  • Gantung kuali non-stick dan elakkan dari menyusunnya secara bertindan 

Namun, jika ruang dapur anda sempit dan tak cukup ruang untuk gantung kuali, anda boleh menyusun kuali non-stick secara mengiring. 

Tapi, digalakkan untuk letak alas terlebih dahulu dalam kuali dengan tuala lembut atau tisu dapur agar bahagian dalam kuali tidak mudah tercalar. 

  • Guna sudip atau senduk yang diperbuat dari kayu atau silikon sahaja 

Ini paling penting, anda tidak boleh menggunakan senduk jenis logam atau besi apabila memasak dengan kuali non-stick sebab boleh mencalarkan permukaan kuali. 

Sebaiknya guna sudip kayu atau silikon kerana lebih lembut. 

  • Pastikan kuali yang telah digunakan sejuk terlebih dahulu sebelum dibasuh 

Langkah ini akan memastikan kualiti kuali terjaga dan lapisan non-stick tidak menipis.


Artikel Berkaitan

End of Article