Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Memasak Lebih Mudah Dengan 10 Kuali Terbaik Untuk Kegunaan Anda

Sediakan hidangan kegemaran anda sekeluarga!

Sejak musim Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac 2020 lalu sehingga hari ini, ramai juga orang mula menunjukkan skil memasak dan beraksi bagaikan chef selebriti di dapur. Ada sesetengah dari anda juga mula menggunakan periuk / kuali baru sambil mencuba pelbagai resepi viral yang berleluasa di sosial media.

Apakah kualiti yang perlu ada pada kuali terbaik? 

Kuali sememangnya benda wajib yang perlu ada di dapur kerana kebanyakan masakan memerlukan penggunaannya. Pastikan anda membeli kuali yang tidak mudah karat dan mempunyai saiz yang bersesuaian dengan jenis kuantiti masakan anda. Selain itu, faktor seperti pemegang yang stabil dan tidak mudah panas juga penting untuk memastikan keselamatan anda di dapur.

Bagi anda yang suka memasak, pasti lebih gemar dengan kuali jenis yang tidak melekat untuk mengelakkan daripada makanan cepat hangus dan lebih mudah untuk membersihkannya. Berikut adalah info mengenai kuali terbaik di pasaran mengikut kesesuaian anda;

10 Kuali Terbaik Untuk Keenakan Hidangan Anda

Kuali non-stick terbaik dan mudah dibersihkan
Maifan Stone Coating Smokeless Non-Stick Frying Pan (28cm)
Maifan
Kuali non-stick terbaik dan mudah dibersihkan
From
RM26.20
Check Maifan Stone Coating Smokeless Non-Stick Frying Pan (28cm) price below:

Menggoreng lebih mudah dengan adanya kuali berkualiti premium ini. Kuali yang bukan sahaja tahan lama tetapi ia juga tidak melekat dan sangat mudah untuk dibersihkan selepas anda menggoreng. Diperbuat daripada tiga lapisan keluli untuk memastikan ianya tahan lama dan tidak mudah retak.

Bahkan kuali ini juga hadir dengan pemegang yang amat selesa dan tidak mudah mencair akibat haba panas dari kuali. Kualiti kuali premium ini sangat berbaloi untuk dimiliki dengan harganya yang berpatutan.

Terbaik untuk hidangan berkhasiat kukus dan stim
Diamond High Quality Non-Stick Wok Frying Pan (32cm)
Terbaik untuk mengukus dan stim, makanan anda akan lebih berkhasiat
From
RM35.00
Check Diamond High Quality Non-Stick Wok Frying Pan (32cm) price below:

Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya.

Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak menjadi hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

Sesuai untuk masak kulit popia, lempeng atau crepe
Non-Stick Popiah Skin Electric Crepe Maker Pan
From
RM33.00
Check Non-Stick Popiah Skin Electric Crepe Maker Pan price below:

Kuali jenis ini memudahkan anda untuk menyediakan kulit popia atau crepe serta lempeng untuk hidangan petang. Berdiameter 20cm, kuali ini menjimatkan penggunaan tenaga stove tidak kira samada elektrik, gas dan sebagainya. Pemegang yang agak tebal sangat mudah untuk dikendali tanpa tergelincir.

Kuali dengan 3 layer coating
Tecpac Diamond Non-Stick Smokeless Frypan with Lid Cover (32cm)
From
RM42.90
Check Tecpac Diamond Non-Stick Smokeless Frypan with Lid Cover (32cm) price below:

Kuali non-stick ini bukan sahaja berharga mengikut kemampuan bajet malahan ianya juga sangat berkualiti setanding dengan jenama mahal. Bahagian dalam kuali ini yang non-stick memudahkan anda untuk membersih selepas menggunakannya. 

Pemegang kuali ini yang ergonomik, tidak licin dan magnetized bottom membuatkan ianya tidak mudah terbakar dibahagian bawah. Diperbuat daripada aluminium, hidangan anda akan masak dengan lebih sempurna.

Kuali berkualiti dari German dan tidak mudah calar
Homez German 5 Layer Non-Stick Frying Pan (28cm)
Homez
From
RM49.90
Check Homez German 5 Layer Non-Stick Frying Pan (28cm) price below:

Frying pan ini bersalut coating setebal 4.5mm dan tidak melekit akan memudahkan anda memasak segala jenis hidangan tanpa masalah. Sesuai untuk kegunaan semua stove samada elektrik, gas, induksi, seramik atau halogen, frying pan ini tidak akan mudah melekat kesan terbakar dibahagian bawahnya. 

Pemegangnya diperbuat daripada silikon, membolehkan anda dapat memegang kuali panas ini dengan lebih selesa. Gunakan senduk kayu atau plastik semasa menggoreng agar dapat mengelakkan permukaan kuali cepat rosak.

Kuali yang sesuai untuk kegunaan pada dapur induksi
Trio TFP-124 Frying Pan (2 Layer Ceramic Coating)
Trio
Kuali yang sesuai untuk dapur induksi
From
RM62.90
Check Trio TFP-124 Frying Pan (2 Layer Ceramic Coating) price below:

Kuali jenama Trio ini diperbuat daripada aluminium dengan bersalut lapisan seramik. Ianya kuali yang sangat sesuai untuk memasak makanan yang berkuah dengan dilengkapi penutup kaca tahan panas.

Sama ada anda menggunakan dapur gas ataupun induksi di rumah, kuali ini sesuai untuk digunakan pada mana-mana jenis dapur. Material kuali ini senang untuk dibersihkan serta tidak melekat, menjadikan kerja anda bertambah mudah.

Kuali masakan yang sesuai untuk hidangan bergoreng
Tefal A70698 Classic Wokpan 32cm
Tefal
Kuali sesuai untuk semua jenis masakan terutamanya menggoreng
From
RM69.90
Check Tefal A70698 Classic Wokpan 32cm price below:

Tefal kuali yang bersaiz agak besar dan ringan ini sesuai untuk kerja menggoreng. Malah ia juga memastikan setiap masakan yang dimasak mendapat haba sama rata untuk memberi kesempurnaan pada makanan anda. Manakala, pemegang kuali Tefal ini juga kukuh dan memberi cengkaman yang stabil agar ia tidak mudah menggelongsor ketika anda sedang menggoreng.

Masa untuk memanggang, tidak lagi menjadi masalah
Dessini Double Sided Pressure Grill Frying Pan (36cm)
Dessini
Masa untuk memanggang, tidak lagi menjadi masalah
From
RM48.80
Check Dessini Double Sided Pressure Grill Frying Pan (36cm) price below:

Anda mesti suka memanggang tetapi tidak mahu untuk menghidupkan arang? Dessini, kuali yang mempunyai dua permukaan berbeza iaitu rata dan bergerigi tetapi mampu memberi tenaga haba sama rata. Bukan sahaja untuk memanggang tetapi ianya juga sesuai untuk menggoreng. Kualiti kuali ini sangat menakjubkan dan anda boleh memanggang segala jenis makanan.

Sesuai digunakan untuk menggril makanan sihat
Berlinger Haus BH-1721N Grill Pan Non-Stick (28cm)
Berlinger Haus
Sesuai untuk gril makanan tanpa ke restoran mahal
From
RM95.00
Check Berlinger Haus BH-1721N Grill Pan Non-Stick (28cm) price below:

Jika anda gemar memasak makanan seperti stik, kuali ini sangat sesuai untuk anda miliki. Kuali dengan reka bentuk elegan dan memiliki pemegang yang ergonomik serta berkualiti tinggi ini hanya memerlukan penggunan minyak yang sedikit semasa menggoreng.

Selain itu, kuali ini juga dapat menjimatkan tenaga kerana anda tidak perlu melakukan kerja remeh untuk membakar arang semasa memanggang stik, ianya menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya kuali ini.

Kuali multifungsi untuk menggril dan steamboat
Vins Dual Heat Control Korean 2-in-1 BBQ Pan Grill Teppanyaki
From
RM99.70
Check Vins Dual Heat Control Korean 2-in-1 BBQ Pan Grill Teppanyaki price below:

Semasa musim PKP ini, pasti anda terkurung sahaja di rumah dan tidak boleh keluar untuk ‘enjoy’ makan seperti selalu, bukan? Mengidam hendak makan steamboat? Nah, beli sahaja kuali 2-dalam-1 ini untuk menyediakan hidangan seperti shabu-shabu, steamboat & gril di rumah. 

Diterbangkan khas dari Korea, kuali Vins ini mampu dilaraskan sehingga 5 tahap suhu kepanasan. Coating kuali ini tidak akan memudahkan makanan anda melekit semasa digril. Dilengkapi dengan pemegang heatproof, kuali ini juga sangat mudah untuk dibersihkan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article