Product in this article

Kebiasaannya, kita sering menyerahkan kerja memotong rumput kepada pekerja kontrak atau sambilan. Tahukah anda memotong rumput bukan hanya sekadar untuk mengindahkan halaman malahan penting untuk menjaga kesihatan serta menghindari daripada binatang berbisa yang boleh memudaratkan. 

Bagaimanakah mesin potong rumput berfungsi?

Mesin pemotong rumput berfungsi dengan menyalurkan putaran yang kuat pada bilah kipas yang digunakan untuk memotong rumput.  Sementara itu, bilah kipas pemotong juga akan mendapat tenaga kinetik hasil putaran yang laju. Hasilnya, rumput akan terpotong dengan kemas.

Ada pelbagai jenis mesin rumput yang boleh dipertimbangkan. Pastikan produk itu mengikut kemampuan bajet dan tidak membebankan poket anda sendiri! Ikuti senarai dibawah untuk mengetahui jenis mesin rumput terbaik dengan lebih lanjut;

1. Mitsubishi Irino Brush Cutter TB43 (Mesin Rumput) - Made In Japan

Mesin rumput jenis backpack terbaik dari Jepun

Harga mulai RM1,250.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM1,399.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM1,250.00

Mesin 100% buatan jepun ini sentiasa menjadi kegemaran para kontraktor profesional. Ia bukan sahaja sesuai untuk kegunaan lasak, malah untuk menebas belukar, anak pokok kayu termasuk menebas dusun, kebun sawit, kebun getah, kelapa & nenas.

2. Mesin Rumput STIHL FR3001

Mesin rumput ringan untuk kawasan sederhana besar

Harga mulai RM408.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM435.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM408.00

Mesin rumput buatan Germany ini sesuai digunakan untuk kawasan sederhana besar seperti saiz padang sekolah atau kebun berukuran 5 hingga 10 ekar. Ianya boleh digunakan untuk memotong rumput di kawasan-kawasan yang agak sukar dan mencabar seperti kawasan bercerun dan curam. 

Dilengkapi dengan enjin 2-lejang, kuasa output maksima mesin rumput ini ialah 800Watt. Enjinnya memerlukan campuran gasolin dengan kapasiti tangki penuh sebanyak 1.1L. Anggaran beratnya ialah 9.2kg.

3. BOSCH Lawn Mower Rotak 370ER

Mesin rumput jenis tolak yang ringan dan mudah untuk dikendalikan

Harga mulai RM808.88

shopping_cart Shopee Malaysia RM808.88

Mempunyai keupayaan motor sehingga 1.3kW, mesin rumput dari jenama Bosch ini dilengkapi dengan 5 setting ketinggian rumput yang boleh dipotong iaitu dari 20mm sehingga 70mm. Menggunakan kuasa elektrik yang mempunyai kabel sepanjang 12m, mesin ini menggunakan gerudi putar untuk memotong rumput. 

Saiz kapasiti kotak menyimpan rumput yang dipotong adalah lebih kurang 40L. Jadi anda tidak perlu membersihkan kotak rumput yang dipotong itu selalu. Bersihkan dulu, buang kemudian.

4. Mesin Rumput Tanika Backpack Brush Cutter BG328

Mesin rumput sandang Tanika yang popular

Harga mulai RM195.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM197.50 shopping_cart Lazada Malaysia RM195.00

Mesin rumput sandang Tanika Backpack adalah mesin yang menggunakan ‘brush cutter’ iaitu besi tajam sebagai pemotong dan popular di kalangan pengguna Malaysia yang menggunakan mesin rumput. Beratnya dalam lingkungan 9.4kg dan mempunyai tangki gasolin berkapasiti 1.2L. 

Dengan harganya yang berpatutan tidak menjejaskan kualiti dan mutu mesin ini untuk beraksi sebaiknya.

5. Mesin Rumput Honda GX35

Mesin rumput 4-lejang terbaik di Malaysia

Harga mulai RM965.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM980.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM965.00

Mesin Rumput Honda GX35 adalah jenis yang terbaik di Malaysia dalam kategori 4-lejang. Penggunaan petrolnya sangat menjimatkan berbanding mesin rumput 2-lejang dan sangat sesuai digunakan oleh para kontraktor atau persendirian untuk kawasan yang lebih besar. 

Penyelenggaraannya yang mudah, jangka hayat mesin ini juga lebih lama dari kebanyakan mesin rumput 2-lejang.

6. Ogawa Brush/Grass Cutter Machine BG330

Menggunakan kuasa elektrik dan gasolin - tahan lebih lama

Harga mulai RM300.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM300.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM325.00

Mesin rumput dari jenama Ogawa 3.1kW GW3800E ini menggunakan kuasa elektrik sebagai kunci permulaan serta penggunaan mesin dikuasai dengan generator gasolin yang mempunyai tangki berkapasiti 20L supaya boleh digunakan dengan lebih lama.

7. Black + Decker BEMW471BH Lawn Mower with Bike Handle

Mesin rumput beroda elektrik untuk keselesaan pengguna

Harga mulai RM479.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM479.00

Rekaannya yang kecil dan ringan, memberikan kawalan optimum untuk mengendalikan mesin rumput jenis ini. Dilengkapi dengan pemegang ergonomik, tentunya memberi keselesaan kepada pengguna. 

Mempunyai 6 setting yang boleh diubah dan dilaras, mesin ini memberi hasil taman yang indah buat anda.

8. Mesin Rumput TB52

Mesin rumput buatan China yang menggunakan enjin berkualiti

Harga mulai RM550.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM550.00

Menggunakan enjin dan alat gantian Mitsubishi TB52, kualiti mesin rumput ini setara dengan mesin buatan Jepun yang lain, dan ditawarkan dengan harga yang murah.

Sesuai untuk menebas rumput tebal dari paras pinggang hingga ke atas, memotong anak kayu dan juga boleh diguna bersama dengan mesin ‘cultivator’, ‘chainsaw head’ dan sebagainya.

9. 1LBS Nylon Grass Cutter Trimmer Line

Tali mesin rumput yang sesuai untuk semua jenis ‘strimmer’

Harga mulai RM17.88

shopping_cart Shopee Malaysia RM17.88

Alat gantian tali mesin rumput bersaiz 2.6mm ini diperbuat dari tali jenis nylon yang berkualiti tinggi dan mempunyai keupayaan memotong, tahan lama dan kuat. Boleh digunakan untuk kebanyakan jenis pemangkas atau pemotong rumput (strimmer) jenis elektrik dan petrol. 

Tali ini juga sesuai untuk memotong rumput yang sukar dipotong oleh kebanyakan pemotong keluli ‘brush cutter’.  Pemasangan tali ini juga sangat mudah untuk pasang dan guna.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Pembersihan dan Penyusunan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!