Kelengkapan Rumah

15 Sabun Basuh Baju Wangi & Tahan Lama di Malaysia 2026

Nak buang bau hapak tentulah kena guna sabun cuci kain atau sabun basuh baju dari jenama sabun basuh baju terbaik. Jom lihat harga sabun basuh baju ini.


Editor · Updated 14 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Sabun Basuh Baju Wangi & Tahan Lama di Malaysia 2026

Jawapan ringkas: kalau korang cari sabun basuh baju yang paling wangi dan tahan lama, Do'zee Red Sporty pada RM36.90 adalah yang paling viral di Shopee Malaysia sekarang dengan lebih 160 unit terjual di satu kedai sahaja. Untuk pilihan paling murah yang masih wangi, Breeze Micellar Hijab 500g pada RM9.90 dari kedai rasmi Unilever adalah titik masuk paling selamat. Dynamo Anti-Bac lebih mahal (sekitar RM90 untuk pek besar 2.6kg dengan tambahan percuma) tetapi paling kuat menghilangkan bau lembap.

Harga disemak di Shopee Malaysia pada 11 Ogos 2026.

Kandungan

Bagi yang keliru antara pencuci baju cecair atau serbuk, sebenarnya kedua-duanya mempunyai kualiti pencuci baju terbaik.

Seperti wangian sabun yang tahan lama di kedai dobi, anda juga boleh dapatkan bau seperti sabun dobi dan gunakan di rumah.

Tapi apa yang menjadi masalah sekarang  terdapat banyak jenama sabun basuh baju terbaik di pasaran. 

Memang pening nak fikir sabun basuh baju yang sesuai dengan kita, dan sekarang pun dah ada sabun buatan Malaysia.

Jadi, jom tengok senarai sabun basuh baju terbaik dan harga sabun basuh baju paling wangi dan membersih dengan cekap.


15 Senarai Sabun Basuh Baju Terbaik

Breeze Detergent Liquid Indoor Drying Goodbye Musty (3.8kg)
Sabun basuh baju untuk indoor 1 daripada 15
Breeze Detergent Liquid Indoor Drying Goodbye Musty (3.8kg)
Breeze
Dari RM37.38
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menghilangkan bau hapak
Mudah larut
Bau wangi tidak tahan lama
1 lagi
Harga berpatutan

Sebab menjadi pilihan utama:

Sabun basuh cecair Breeze dari variasi ‘Indoor Drying Goodbye Musty’ mampu menyingkirkan segala bau hapak, peluh dan masam pada pakaian. 

Sesuai untuk pakaian yang dijemur di dalam rumah atau ketika cuaca mendung mahupun hujan.

Ciri-ciri:

Botol besar sabun dengan berat 3.8 kilogram boleh bertahan hingga 1-2 bulan penggunaan. 

Diformulasi khas untuk basuhan baju yang dijemur tanpa matahari dengan hasil kain kekal bersih dari sebarang kesan kotoran.

Anda jangan bimbang tentang kesan bau hapak pada baju kerana baju anda akan berbau segar.

Jenama Breeze juga mesra alam dengan menggunakan 100% botol kitar semula.

Pihak mereka juga memperkenalkan bahan kandungan sabun bersama ekstra tumbuhan aktif. 

Kesannya, sabun tidak akan menyebabkan kesan sensitif pada kulit dan lembut pada tangan. 

Bagi mendapatkan hasil baju yang bersih dan segar, Breeze beri panduan cara cucian.

Caranya dengan masukkan setengah penutup botol untuk separuh cucian (10 pakaian) dan satu penutup botol penuh untuk muatan cucian banyak (15-20 pakaian). 

Review:

“Harga sangat berpatutan dengan sabun yang sememangnya wangi. Sangat sesuai dengan cucian indoor tetap memberi pakaian bau segar dan tidak merosakkan pakaian.”

Breeze Powder Detergent Fragrance of Comfort
Sabun basuh baju paling wangi 2 daripada 15
Breeze Powder Detergent Fragrance of Comfort (3.3kg)
Breeze
Dari RM25.35
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Serbuk mudah larut
Bau wangi tahan lama
Kurang sesuai untuk kulit sensitif
1 lagi
Mencuci dengan baik

Anda inginkan bau pakaian yang wangi kekal berpanjangan? Boleh pilih jenama sabun basuh baju serbuk dari Breeze ini.

Sabun ini kombinasi formulasi membersih Breeze dan haruman wangian Comfort. 

Setiap helaian pakaian umpama disembur minyak wangi flora yang memikat.

Review dari pembeli Shopee dan Lazada juga penuh dengan komen ‘sabun basuh baju paling wangi’. 

Bukan itu sahaja, sabun Breeze mampu membersih kotoran pada pakaian dengan baik sekali. 

Anda tak perlu rendam, sental dan menambah peluntur dengan satu scoop sabun membantu membersih dibahagian kolar dan lengan baju.

Jika anda inginkan baju lebih wangi dan kekal sehingga 2 minggu boleh tambah softener Comfort Ultra pada bilasan terakhir. 

Percayalah memang satu keluarga anda berbau harum!

DAIA Detergent Powder Eau De Parfum (3.8kg)
Sabun basuh baju wangi tahan lama 3 daripada 15
DAIA Detergent Powder Eau De Parfum (3.8kg)
DAIA
Dari RM14.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bau wangi tahan lama
Sesuai untuk jemuran dalam rumah
Kurang sesuai untuk kulit sensitif
2 lagi
Sesuai untuk basuh mesin dan tangan
Meninggalkan kesan sabun pada pakaian

Jenama sabun basuh baju Daia cukup sinonim dengan basuhan yang meninggalkan bau wangi berpanjangan.

Sabun serbuk ini mengandungi campuran wangian yang direka khas oleh pengeluar minyak wangi terkemuka.

Mempunyai haruman musky dan warm woods, sweet roses dan fruity apple serta fresh, sparkling dan green fruity.

Setiap baju yang dibasuh dengan sabun Daia tidak memerlukan sebarang pewangi tambahan seperti softener. 

Memang cukup kuat, tahan lama dan menghilangkan bau kurang enak pada pakaian. 

Bersama Triple Enzyme Technology dapat menghilangkan kotoran dengan efisien tanpa memerlukan proses rendaman.

Buat para ibu yang ada anak-anak aktif dan bersekolah, sabun ini sesuai untuk anda. 

Ketahanan wangi cukup lama, membersih pakaian berwarna dan putih dengan cemerlang serta dijual dengan harga yang cukup murah.

Bio-D Aleev Baking Soda Laundry Detergent (2kg) - Floral Bloom Scent
Sabun basuh baju untuk kulit sensitif 4 daripada 15
Bio-D Aleev Baking Soda Laundry Detergent (2kg) - Floral Bloom Scent
Dari RM32.89
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengandungi baking soda
Tidak memerlukan banyak air
Kotoran seperti minyak, daki kurang berkesan
2 lagi
Terbaik untuk kulit sensitif
Harga berpatutan

Penggunaan sabun yang banyak boleh menyebabkan berlaku kekeringan pada kulit seterusnya mengakibatkan kegatalan.

Ini sering terjadi bagi yang mengalami kulit sensitif atau allergic sabun basuh baju, pasti dilema untuk memilih sabun basuh baju yang sesuai.

Jadi anda boleh bertukar kepada sabun Bio-D Aleev Baking Soda yang diformulasi dengan serbuk semulajadi baking soda.

Bio-D Aleev Baking Soda merupakan agen pembersih tanpa campuran bahan kimia berbahaya.

Malah dapat menanggalkan kotoran tanpa beri kesan putih atau daki sabun pada pakaian anda.

Menariknya tentang sabun ini, dapat membantu mengurangkan mineral pada air sekaligus memberi kelebihan sabun untuk membersih pakaian dengan efektif.

Selain mengurangkan bau hapak, sabun ini tidak akan melunturkan warna pakaian sama ada pakaian putih atau berwarna.

Ameco Liquid Laundry Detergent (10kg)
Sabun basuh baju cecair 5 daripada 15
Ameco Liquid Laundry Detergent (10kg)
Dari RM40
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
Pakaian lembut
Tidak dijual di pasaraya
2 lagi
Sesuai untuk front & load mesin basuh
Wangi tahan lama (72 jam)

Jenama sabun Ameco antara sabun cuci kain yang bagus dijual pada harga yang cukup rendah dan menjamin kualiti yang terbaik. 

Sabun ini mempunyai tujuh pilihan wangian iaitu - Tulip, Sri Manjung, Dedaun, Summer, Lavender dan Deluxe. 

Semuanya mempunyai haruman tahan lama sehingga 72 jam dan memberi kesan lembut pada pakaian.

Sekaligus dapat membasmi kotoran dan bakteria dengan efisien.

Buat anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, sabun Ameco antara sabun yang berbaloi kerana pada 10 kilogram ia dijual hanya RM30. 

Namun begitu, jenama sabun ini hanya boleh didapati di kedai online di Lazada dan Shopee.

Top Low Suds Detergent Powder (3kg)
Sabun basuh baju untuk mesin front load 6 daripada 15
Top Low Suds Detergent Powder (3kg)
Top
Dari RM39.33
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk mesin basuh front loading
99.9% membasmi bakteria
Tidak banyak pasaraya menjual sabun ini
1 lagi
Tidak melunturkan warna pakaian

Ada daripada kita menggunakan mesin basuh jenis front loading untuk mencapai estetika dalam menghias rumah. 

Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu mesin front loading jenis ‘manja’ kerana drum mesin basuh ini sensitif terhadap buih dan sisa sabun (suds). 

Malah mesin ini juga direka untuk menggunakan kurang air berbanding mesin basuh biasa.

Formula rendah buih membantu drum mesin mencuci pakaian lebih baik dan memastikan sisa buih dikeluarkan sepenuhnya. 

Buat mereka pengguna mesin basuh front load boleh memilih serbuk sabun dari jenama TOP ini. 

Lagipun sabun ini dapat membersih pakaian secara efektif dan efisien dengan memastikan 99.9% bakteria, virus dan habuk hama dapat disingkirkan. 

Apa yang menariknya, dengan cucian rendah air tetap memberi bau segar pada pakaian dan menyingkirkan kotoran degil seperti daki peluh. 

TOP Low Suds Detergent Powder, pencuci pakaian terbaik untuk mesin basuh front load!

DYNAMO Power Gel Anti Bacterial (3.4kg)
Sabun basuh baju antibakteria 7 daripada 15
DYNAMO Power Gel Anti Bacterial (3.4kg)
DYNAMO
Dari RM27.02
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Hilangkan bau hapak dan peluh
Sesuai untuk kulit sensitif
Tiada bau haruman
1 lagi
Harga berpatutan

Jenama sabun basuh baju DYNAMO sudah menjadi pilihan utama para suri rumah.

Sabun cecair ini sangat efektif membasmi bakteria dengan hanya satu penutup penuh botol untuk cucian banyak.

Walaupun dengan satu penutup botol, tetap mampu membersih pakaian tanpa meninggalkan kesan kotoran.

DYNAMO anti-bakteria turut memberi bau cucian yang wangi dan tahan lama.

Paling best, sabun ini dapati melindungi pakaian dari sebarang pembiakan kulat dan bau hapak.

Sekaligus menjadikan pakaian tetap bersih walaupun sudah dibasuh lama. 

Jangan risau molekul sabun Dynamo tidak akan melunturkan atau meninggalkan kesan tompokan warna.

JV Formula Detergent (10kg)
Sabun basuh baju murah 8 daripada 15
JV Formula Detergent (10kg)
Dari RM19
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
100% tanpa lemak haiwan
Tidak dijual dipasaraya
2 lagi
3 pilihan haruman
Sesuai untuk pakaian dan tuala

Sabun murah dari JV Formula boleh dikatakan deterjen paling wangi yang dijual.

Sabun ini hasil usaha milik syarikat Bumiputera Muslim yang memperkenalkan pencuci baju terbaik Halal dan 100% tidak menggunakan lemak haiwan.

Pencuci baju JV Formula mempunyai tiga pilihan wangian iaitu Super Dyedmore, Lavender Dream dan Mix Donny. 

Wangian ini dapat memberi kesegaran dan haruman berpanjangan pada pakaian anda.

Bukan itu saja, sabun ini turut mengandungi formula anti bakteria, pelembut fabrik dan sesuai untuk baju kanak-kanak serta bayi.

Cadangan basuhan dari JV Formula untuk mengekalkan haruman dan pakaian yang bersih dengan mengurangkan masa basuhan dari 40 minit atau tidak melebihi 2 kali bilasan. 

Untuk basuhan lebih dari 50 minit atau tiga kali bilasan, amat digalakkan menambah sukatan cecair deterjen.

Sabun Pencuci Pakaian Do'zee (10kg)
Sabun basuh baju viral 9 daripada 15
Sabun Pencuci Pakaian Do'zee (10kg)
Partnership with
Dari RM38
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
6 pilihan haruman
Sesuai untuk rendaman
Tidak dijual dipasaraya
2 lagi
Berasaskan kelapa sawit - mesra alam
Wangian tahan lama

Jenama sabun Do’zee antara jenama sabun yang viral sekitar penghujung tahun 2019.

Merupakan hasil produk dari syarikat Bumiputra Muslim yang memperkenalkan jualan atas talian.

Kelebihan sabun Do’zee mampu membersih pakaian dengan bersih, beri wangian berpanjangan dan paling penting menjaga kualiti fabrik baju. 

100% sabun Halal, berasaskan dari kelapa sawit, tiada lemak haiwan serta tidak mengandungi sebarang agen pemutih yang boleh merosakkan warna baju.

Apa yang pasti bila guna sabun Do’zee anda tidak perlu tambah pelembut atau sabun booster kerana lengkap 4 dalam 1 dengan pencuci, pelembut, pewangi dan anti bakteria.

Malah, bila rendam pakaian, rendaman tidak meninggalkan bau busuk.

Wetty Baby Detergent With Softener (2.0L) Liquid Detergent
Sabun basuh baju baby 10 daripada 15
Wetty Baby Detergent With Softener (2.0L) Liquid Detergent
Dari RM12.72
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bebas paraben
Sesuai untuk kulit sensitif
Harga agak mahal
2 lagi
99% anti bakteria
Mempunyai pelembut fabrik

Sabun basuh baju untuk bayi dari Wetty ini sangat bagus untuk kulit bayi dan sesuai untuk bayi yang baru lahir. 

Tidak mengandungi sebarang bahan kimia tambahan seperti paraben, chlorine dan formalin.

Malah, tahap pH sabun ini neutral dan kurang berbuih. 

Walaupun agen pembersih sabun Wetty agak lembut berbanding sabun basuh yang lain, tapi tetap membersih pakaian dengan baik. 

Segala kotoran, bakteria dan kuman yang melekat pada fabrik dapat dicuci secara efektif.

Tambahan pelembut dan ekstra aloe vera organik dalam sabun ini menjadikan setiap tekstur helaian baju si comel lebih selesa.

Bio Zip Parfum Bouquet Powder Detergent
Sabun basuh baju serbuk 11 daripada 15
Bio Zip Parfum Bouquet Powder Detergent
Bio Zip
Dari RM11.70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Wangian tahan lama
Sesuai cucian tangan atau mesin
Perlu bekas simpanan kedap
2 lagi
Ciri anti bakteria
Mencegah bau hapak

Serbuk basuh baju Bio Zip Parfum Bouquet ini dilengkapi dengan teknologi Co-Enzim, direka untuk memberikan prestasi pembersihan terbaik.

Formula canggih ini memastikan kerja mencuci menjadi mudah dan tanpa anda perlu bersusah payah, menawarkan penyelesaian inovatif untuk keperluan pembersihan harian. 

Dilengkapi dengan Anti Bakteria Germ Shield Active, ia menjaga fabrik anda agar kekal bersih dan bebas bakteria.

Selain itu, ia juga berkerja untuk menghilangkan kotoran degil dari bahagian dalam, kolar, dan ketiak. 

Formulasi canggih Bio Zip ini berfungsi dengan sangat baik pada semua jenis pakaian dan fabrik, memberikan pembersihan yang terbaik walaupun dalam air sejuk.

Serbuk basuh baju ini juga boleh digunakan untuk cucian tangan dan juga mesin, memang memudahkan anda.

Tambahan lagi, wangian daripada cucian menggunakan serbuk ini boleh bertahan sehingga 15 hari.

FAB DETERGENT POWDER
Sabun basuh baju indoor 12 daripada 15
Fab Detergent Powder
Fab
Dari RM9.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk cucian indoor
Membersih secara mendalam
Perlu simpan dalam bekas kedap
1 lagi
Haruman menyenangkan

Jika anda duduk di rumah pangsapuri atau kondominium yang kurang mendapat cahaya matahari, atau kawasan anda sering hujan, anda mungkin perlukan sabun basuh baju indoor.

Sabun basuh baju dari Fab ini merupakan penyelesaian terbaik jika anda sering menjemur baju di dalam rumah.

Sabun ini boleh menghilangkan pelbagai lapisan kotoran dengan berkesan. 

Selain itu, ia juga meninggalkan pakaian anda bersih dan cerah, dengan aroma bunga yang segar dan kekal lama.

Serbuk Detergen Fab direka untuk memudahkan kerja mencuci pakaian anda dan juga membilas, sama ada anda mencuci tangan atau menggunakan mesin. 

Formulasi serbagunanya sesuai untuk pengeringan dalam dan luar rumah, memastikan cucian anda segar dan cerah tidak kira di mana anda mengeringkannya.

Kuat Harimau Sabun Buku
Sabun buku basuh baju 13 daripada 15
Kuat Harimau Sabun Buku
Kuat Harimau
Dari RM1.16
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga sangat murah
Lebih bersih dan harum
Mungkin sukar untuk digunakan

Sabun buku Kuat Harimau ini dirumus untuk memberikan anda lebih buih, penggunaan yang lebih tahan lama, dan kuasa pembersihan yang luar biasa dengan keharuman yang menyenangkan. 

Sabun buku ini direka untuk menangani kotoran yang degil, menjadikan pakaian anda bersih, sekali gus memberi keselesaan pada kulit anda. 

Buih yang banyak dihasilkan semasa mencuci memastikan pembersihan yang menyeluruh, menjadikannya ideal untuk kegunaan harian. 

Dengan formula yang tahan lama, sabun buku Kuat Harimau adalah sempurna untuk anda yang mencari sabun basuh baju yang berkesan dan murah.

ATTACK Ultra Power Concentrate Detergent Powder
Sabun basuh baju putih 14 daripada 15
ATTACK Ultra Power Concentrate Detergent Powder
ATTACK
Dari RM25.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk baju putih
Membunuh bakteria dan kuman
Perlu simpan dalam bekas kedap
1 lagi
Sesuai untuk jemuran dalam rumah

Serbuk cuci baju ATTACK Ultra Power Concentrate merupakan penyelesaian terbaik untuk anda yang mahukan baju putih kekal putih dan berseri. 

Detergen yang berkuasa ini diformulasikan untuk membunuh kuman dan bakteria, memastikan pakaian anda bukan sahaja bersih tetapi juga bebas bakteria.

Formula canggihnya berkesan mencegah bau peluh, menjadikannya sempurna untuk pengeringan dalam rumah. 

Selain itu, anda boleh yakin bahawa cucian anda akan kekal segar, cerah, dan bebas dari bau yang tidak menyenangkan.

Sesuai untuk cucian tangan dan mesin.

Sabun basuh baju pekat ini mampu memberikan prestasi pembersihan yang terbaik dan dalam masa yang sama ia menjimatkan.

DOZEE 10KG Laundry Detergent
Sabun basuh baju 10kg 15 daripada 15
DOZEE 10KG Laundry Detergent
Dozee
Dari RM43.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Isipadu banyak (10KG)
Berfungsi sebagai pelembut juga
Agak berat untuk diangkat
1 lagi
Ada ciri antibakteria

Sabun pencuci pakaian Do'zee ini engandungi 4 fungsi dalam 1 botol, iaitu; pencuci, pelembut, pewangi, dan antibakteria. 

Ia merupakan 100% produk Muslim, bebas lemak haiwan, dan disahkan HALAL oleh JAKIM.

Do'zee memastikan pakaian anda bukan sahaja bersih tetapi juga segar, lembut, dan warna pakaian anda kekal terjaga.

Diperbuat daripada bahan yang mesra alam berasaskan kelapa sawit, Do'zee lembut untuk pakaian dan selamat untuk alam sekitar.

Paling best, sabun ini hadir dengan isipadu 10KG, memang anda boleh guna berbulan-bulan lamanya sabun ini tanpa perlu kerap beli sabun basuh baju yang baru.

Bagaimanapun, botol sabun ini mungkin agak berat untuk diangkat, jadi memerlukan pertolongan kaum lelaki untuk mengisikan sabun ini ke dalam mesin.

Pilih dari 6 aroma ini; Ultra White, Red FSporty, Blue Caring, Pink Soft, Apple Fresh, dan Lemon Clean.


Jenis Sabun Basuh Baju

Sebenarnya banyak jenis sabun atau pencuci basuh baju yang terdapat dipasaran.

Mari kita selidik sabun yang sesuai untuk jenis basuhan dan mesin basuh di rumah;

  • Sabun serbuk

Sabun serbuk antara paling popular dan mudah dijumpai dijual di pasaraya atau secara online. 

Harganya murah, sangat bagus untuk menanggalkan kotoran degil, mampu mencerahkan pakaian putih dan mengandungi kadar oxygen bleach yang tinggi. 

Tapi, ada sesetengah sabun serbuk tidak mudah larut dan akhirnya meninggalkan kesan putih atau daki sabun pada pakaian. 

  • Sabun cecair

Sabun jenis cecair sering menjadi pilihan ramai kerana memiliki pelbagai variasi atau manfaat mengikut kesesuaian pakaian. 

Jadi, anda boleh pilih sama ada untuk basuhan pakaian putih atau berwarna.

Menariknya lagi, sabun cecair mudah larut dan sangat bagus untuk meninggalkan kesan kotoran berminyak. 

Bagi kotoran yang pekat pula, anda boleh sapukan sabun pekat pada kotoran dan biar seketika. 

Kemudian, basuh seperti biasa dalam mesin basuh. Mudah!

Walaupun dijual dengan harga yang lebih mahal tapi anda masih boleh dapatkan dengan pilihan harga diskaun jika membeli di kedai atas talian. 

  • Sabun kapsul / beads

Mula viral pada tahun 2021 apabila muncul video-video menarik tentang aktiviti mencuci pakaian.

Sabun kapsul atau beads ini cukup menarik dan sangat mudah digunakan.

Boleh senang untuk dibawa ketika travel dan boleh digunakan untuk semua jenis mesin basuh.

Sama seperti sabun cecair, anda boleh memilih fungsi yang diinginkan dan lebih pekat. 

Harga dijual lebih mahal dari sabun biasa kerana tahan lebih lama dan diselaputi biodegradable

Perlu berhati-hati ketika menyimpan, takut anak ingat sabun ini gula-gula pula! 

  • Sabun basuh baju baking soda

Sekarang terdapat banyak jenama sabun pencuci pakaian yang menambah kebaikan serbuk baking soda.

Ternyata mampu memberi tahap bersih yang maksima, mengurangkan bau busuk dan hapak pada pakaian. 

Menariknya lagi, sabun baking soda dapat mengurangkan penggunaan peluntur dan sabun.

Selain itu, mampu melembutkan pakaian, mengawal peningkatan buih dan mengimbangi semula pH air basuhan.

Kalau tak nak beli sabun baking soda, boleh DIY sendiri dengan menambah ½ scoop baking soda pada setiap cucian. Lagi jimat! 

  • Sabun basuh mesin front load

Buat anda yang menggunakan mesin basuh front load wajib untuk memilih sabun basuh baju yang rendah buih atau low suds. 

Ini kerana drum mesin basuh front load sedikit sensitif dan tidak menggunakan banyak air untuk membuang kesan sabun yang tertinggal. 

Sabun low suds jenis serbuk atau cecair sesuai untuk mesin anda. Jadi, jangan risau! 


Cara Hilangkan Bau Hapak Baju

Bagi anda yang utamakan pakaian yang sentiasa berbau segar dan tidak hapak, barulah rasa lebih yakin untuk berjumpa dengan orang.

Selain daripada menggunakan sabun cuci baju yang wangi untuk hilangkan bau hapak, anda juga boleh ikut beberapa langkah di bawah:

Basuh Segera

Jangan biarkan pakaian yang basah atau berpeluh terlalu lama sebelum membasuhnya. Ini boleh menyebabkan bau hapak sukar dihilangkan.

Gunakan Cuka Putih

Tambahkan secawan cuka putih ke dalam mesin basuh bersama dengan detergen biasa. Cuka putih berkesan untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

Soda Penaik

Taburkan sedikit soda penaik pada pakaian sebelum membasuh. Soda penaik membantu menyerap bau dan meningkatkan kebersihan pakaian.

Gunakan Detergen Antibakteria

Pilih detergen yang mempunyai sifat antibakteria untuk memastikan kuman yang menyebabkan bau hapak dapat dihapuskan.

Pengeringan yang Betul

Pastikan pakaian dikeringkan dengan sempurna. Pengeringan di bawah sinar matahari adalah yang terbaik kerana cahaya matahari mempunyai kesan pembasmi kuman semula jadi.

Rendam dalam Air Garam

Rendam pakaian dalam air garam selama beberapa jam sebelum membasuhnya. Garam boleh membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

Penggunaan Essential Oil

Tambahkan beberapa titis essential oil seperti minyak lavender atau minyak tea tree ke dalam mesin basuh. Ini bukan sahaja akan membantu menghilangkan bau hapak tetapi juga meninggalkan aroma yang menyegarkan pada pakaian anda.

Pengudaraan yang Baik

Pastikan ruang penyimpanan pakaian mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengelakkan kelembapan yang boleh menyebabkan bau hapak.

Dengan langkah-langkah ini, anda boleh memastikan pakaian anda sentiasa segar dan bebas dari bau hapak.


Artikel Berkaitan

Soalan lazim

Apakah sabun basuh baju yang wangi dan viral?

Do'zee, terutamanya varian Red Sporty, adalah yang paling kerap disebut sebagai viral di Malaysia sekarang. Harganya sekitar RM36.90 di Shopee. Wanginya kekal pada kain lebih lama berbanding kebanyakan detergen pasar raya.

Apakah sabun pencuci top yang paling wangi?

Dalam julat TOP, varian yang mengandungi pelembut sekali (2 in 1) memberi bau paling kekal. Kalau bau adalah keutamaan utama, detergen pekat 3X memberi hasil lebih baik daripada serbuk biasa kerana kepekatan pewangi lebih tinggi.

Apakah jenama sabun basuh baju terbaik?

Bergantung pada apa yang korang mahu. Untuk bau: Do'zee. Untuk harga: Breeze, bermula RM9.90. Untuk baju kerja yang berbau lembap atau peluh: Dynamo Anti-Bac. Tiada satu jenama yang terbaik untuk ketiga-tiga.

Apakah sabun Dynamo yang paling wangi?

Varian Dynamo Anti-Bac dengan teknologi Odour Remover adalah yang paling kuat dalam julat Dynamo, dan itu juga yang paling mahal. Di Shopee ia dijual sekitar RM90 untuk pek 2.6kg dengan 1.3kg percuma.

Lagi daripada ProductNation