Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Makeover Rumah Untuk Raya Ini Dengan 10 Cat Hiasi Ruang Kediaman Anda

Tukar gaya rumah untuk Hari Raya ini!

Product in this article

Sudah tiba waktunya untuk mencantikkan rumah! Yalah, raya kan dah nak dekat, waktu inilah anda pasti ada keinginan untuk menghiasi kediaman. Salah satunya ialah dengan menukar warna dinding di rumah untuk memberi efek segar dan bersih. Pemilihan cat juga haruslah bersesuaian dengan ruang, suasana dan gaya yang diinginkan. 

Jom kita tengok jenis-jenis cat yang terbaik untuk setiap ruang bilik dan rumah anda dan juga rekomendasi warna yang in-trend tahun 2020 ini!

10 Cat Terbaik Untuk Tukar Selera Raya Tahun Ini

SANcora Paints Interior & Exterior Magnum Emulsion - Green (1L)

RM 25
1. SANcora Paints Interior & Exterior Magnum Emulsion - Green (1L)
Cat bertona hijau untuk estetika tropikal – sesuai untuk luar rumah

Untuk yang gemarkan gaya tropikal, anda mungkin akan menyukai cat ini di ruangan anda. Cat yang ‘bold’ seperti ini sangat sesuai untuk accent wall yang menjadi tumpuan utama sesuatu ruang. 

Anda boleh menghiasi dengan rak kayu ringkas atau lengkapkan dinding accent wall kehijauan yang kosong dengan susunan bingkai gambar yang berusurkan tropika yang nyaman dan akan mengingatkan anda kepada percutian pulau yang mewah!

MCI Baoma Woodtone Exterior & Interior Wood Varnish (1L)

RM 28
MCI Paint
2. MCI Baoma Woodtone Exterior & Interior Wood Varnish (1L)
Cat khas untuk rumah kayu kampung

Jika anda ingin mengekalkan warna dinding kayu untuk rumah kampung, gunakan cat varnish yang berona kekayuan yang akan mengekalkan ciri-ciri unik kayu tersebut daripada mengecat menggunakan cat warna seperti dinding biasa. Cat varnish ini juga sesuai untuk menjaga kualiti kayu dengan ciri-cirinya yang kalis air dan juga anti-fungus. Jadi, rumah kayu akan sentiasa kelihatan cantik dan tahan lama.

Colourland Paint Vinyl Silk Fresh Interior - Storm Cloud (1L)

RM 30.96
Colourland
3. Colourland Paint Vinyl Silk Fresh Interior - Storm Cloud (1L)
Cat yang cantik dan unik untuk ruang tamu

Jika anda menggemari estetika yang sejuk, minimalis, segar dan ringkas namun tidak mahu kelihatan kosong, warna Storm Cloud daripada Colorland ini amat sesuai bagi anda. Warnanya sangat padan yang akan membuatkan seluruh ruangan ruang tamu kelihatan nyaman dan cozy.

Cat ini juga anti-fungus, boleh dicuci dan dilap, kurang bau dan juga mempunyai kemasan sheen yang mewah.

Kansai Paint For Interior And Exterior Wall - Sundown (7L)

RM 38

Warna muted mauve pinkish ini sangat sesuai buat semua orang. Tona yang muted dan earthy tone menjadikan warna ini gender neutral dan sangat menarik jika didekorasikan gaya monokromatik. Sesuai buat yang mempunyai estetika modern boho!

Seamaster Paint Interior Wall Tex - Moroccan Mint (7L)

RM 40
Seamaster Paint
5. Seamaster Paint Interior Wall Tex - Moroccan Mint (7L)
Cat warna warm tone untuk estetika moden kontemporari

Jika anda mempunyai tema moden kontemporari di rumah anda, warna-warna muted dan earth tone seperti Morrocan Mint dari jenama Seamaster ini sangat sesuai. Dengan kemasan matte, ianya akan membuatkan ruang rumah anda menjadi sangat bergaya dan trendy. 

Warna cat sebegini juga kelihatan mewah. Tambah pula dengan dekorasi ruangan yang moden akan mengikat lagi estetika moden kontemporari di rumah anda.

Dulux Maxilite Plus Emulsion Paint (7L)

RM 34.3
Dulux
6. Dulux Maxilite Plus Emulsion Paint (7L)
Tona pastel untuk ruangan tampak lebih luas

Satu tips untuk ruangan nampak luas dan besar ialah dengan mengecat dinding warna putih, Namun, warna putih mungkin membosankan bagi sesetengah orang, Jadi, warna pastel juga dapat membantu membuatkan ruangan kelihatan besar dan luas. 

Lagi-lagi warna pastel cool tone yang menjadikan ruangan bilik sejuk dan nyaman seperti cat Maxilite ini.

ICI Dulux Inspire Interior Smooth Sheen Paints – Brown (5L)

RM 80
Dulux
7. ICI Dulux Inspire Interior Smooth Sheen Paints – Brown (5L)
Warna cat tona perang untuk ruang minimalis

Warna seperti ini sangat sesuai jika anda inginkan ruang yang minimal namun tidak mahu menggunakan warna yang gelap dan berat ataupun terlampau terang sehingga sukar untuk dihiasi. Warna eath tone pastel seperti ini sangat sesuai untuk tema minimalis kerana warnanya yang muted dan cerah. Senang dihiasi dengan pelbagai dekorasi dan akan sesuai dipadan dengan perabot apa sahaja.

Nippon Weathergold Exterior Wall (5L)

RM 92.8
Nippon
8. Nippon Weathergold Exterior Wall (5L)
Cat luaran rumah bertona kelabu

Cat ini khas untuk luaran rumah atau bangunan yang kalis cuaca kasar, anti-fungus dan alga, serta ianya tidak mudah merekah atau terkopek. Sesuai buat cuaca Malaysia yang sering panas terik dan hujan rebut. Cat bertona kelabu cool tone pula sangat sesuai untuk luaran rumah kerana ianya menyejukkan pandangan dan akan kelihatan segar dan nyaman.

Jotun Essence Easy Clean For Interior Use (5L)

RM 93
Jotun
9. Jotun Essence Easy Clean For Interior Use (5L)
Cat rumah yang mudah dibersih tanpa perlu guna sabun

Nah, bagi keluarga yang mempunyai anak kecil dan sering menconteng dinding, cat ini sangat sesuai untuk ruangan rumah anda! Ianya amat mudah dibersihkan dengan hanya air dan kain lap sahaja serta ianya juga tidak akan luntur dan terkopek setiap kali dibersihkan. 

Ianya tidak mempunya bau yang kuat dan COV (Volatile Organic Compound) yang rendah, membuatkan cat ini cat mesra alam serta tidak toksik. Sesuailah dengan keperluan keluarga anda untuk memastikan anak kecil anda tidak terdedah dengan bahaya bahan kimia merbahaya.

KCC Aurora Sheen Interior Paint (5L)

RM 140
10. KCC Aurora Sheen Interior Paint (5L)
Cat khas untuk dinding dalaman rumah

Cat berasaskan air ini sangat sesuai untuk dinding rumah. Dengan 80 pilihan warna, anda pasti menjumpai warna yang menarik untuk ruangan peribadi anda. Cat ini juga boleh dilap menggunakan air dan tidak akan luntur atau terkopek, jadi senanglah jika anda mempunyai anak kecil ataupun haiwan peliharaan. 

Kemasannya ‘sheen’ memberi daya tarikan elegan dengan pilihan warna yang menarik. Cat ini juga anti-bakteria, kurang berbau dan tidak mengandungi lead atau merkuri, jadi anda tidak usah bimbang lagi jika anda menghidu udara toksik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article