Product in this article

Eh, bau apa ini? Semasa menggoreng, asap masakan pasti akan menyelubungi ruangan dapur. Tambahan pula kalau ruangan tersebut sangat sempit. Sudah tentu bertambah sesak nafas kalau berlama-lamaan di dalam dapur. Bagi penggemar ikan masin, ini menjadi salah satu perkara yang paling sukar untuk anda nyahkan baunya selepas menggoreng. Dengan mengeluarkan asap tebal akan menyebabkan baunya melekat pada ruangan dapur. Disinilah kegunaan penyedut asap dapur itu penting.

Penyedut asap, atau hood dapur, sememangnya sangat diperlukan untuk dapur rumah. Tahukah anda penyedut dapur ini membantu untuk menyedut udara ketika memasak bagi memastikan udara kekal bersih dan sihat. Bukan sahaja itu, malah penyedut ini juga bertujuan untuk mengurangkan haba panas ketika memasak. Berikut beberapa jenis penyedut asap yang mungkin sesuai untuk rumah anda. 

Penyedut asap dapur sesuai digunakan untuk rumah / kediaman
1. ELECTROLUX EFC935SAR Cooker Hood Suction
Penyedut asap dapur sesuai digunakan untuk rumah / kediaman
Buy Now RM1,857.00

Memastikan udara di rumah kekal berbau segar walaupun setelah memasak menjadikan satu kepentingan untuk para ibu. Electrolux hadir dengan rekaan penapis pelbagai lapisan untuk memastikan asap memasak dan udara panas dapat dihilangkan dengan lebih efektif. Selain itu, lapisan karbon yang terdapat pada penyedut ini memastikan dapur anda kekal berbau segar dan penggunaannya juga menjimatkan tenaga. 

Dilengkapi dengan sistem sentuhan IQ touch memberikan anda pengendalian yang mudah dengan hanya kawalan sentuhan di hujung jari. Ianya penyedut asap yang direka dengan ciri moden dan sangat sesuai untuk dapur yang bersaiz besar.

Sesuai digunakan semasa menggoreng makanan atau membakar sate
2. PANASONIC FV-9HSUM1 Range Hood 90 cm
Sesuai digunakan semasa menggoreng makanan atau membakar sate
Buy Now RM1,188.00

Panasonic menyediakan penyedutan yang menenangkan dengan bunyi rendah. Ianya penyedutan yang terbaik untuk masakan bergoreng kerana asapnya tebal dan ianya memiliki cawan untuk pengumpulan minyak dan memudahkan untuk pembersihan setelah selesai memasak makanan kegemaran anda. 

Sistem pencahayaannya juga sempurna dengan lampu LED yang cerah. Panasonic juga memiliki 3 mod kawalan kelajuan yang boleh diubah untuk pengudaraan yang terbaik untuk anda sekeluarga di rumah. Kini, anda boleh mengawal kelajuan kipas yang bersesuaian untuk jenis masakan yang dimasak agar ia dapat menyerap wap atau asap dengan berkesan.

Bagi yang memiliki dapur besar dan luas, hood ini untuk anda
3. ELBA EH-E9122ST (BK) Kitchen Chimney Hood
Bagi yang memiliki dapur besar dan luas, hood ini untuk anda
Buy Now RM1,399.00

Elba penyedut asap yang direka dengan penapisan arang untuk memastikan udara atau asap dapat disedut dengan sempurna, tanpa meninggalkan sebarang bauan. Ianya penyedut jenis kawalan yang sangat mudah dengan hanya menggunakan sentuhan LED dan mempunyai lampu untuk memudahkan kerja semasa di dapur, walau dalam apa jua keadaan sekalipun. 

Bukan sahaja itu, malah penapisnya juga mudah ditanggalkan untuk dibersih bagi penjagaan lebih sempurna. Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang bauan yang kurang menyenangkan memenuhi ruangan dapur.

Untuk kegunaan di dapur restoran – mudah menyedut asap sekaligus
4. DELONGHI Italy DH-8043 Designer Chimney Cooker Hood
Untuk kegunaan di dapur restoran – mudah menyedut asap sekaligus
Buy Now RM1,099.00

Penyedut asap dapur dari jenama DeLonghi ini direka dengan keluli tahan karat untuk penggunaan yang tahan lama. Ianya juga memiliki lapisan diperbuat daripada aluminium dan menggunakan penapis arang yang efektif dalam menghilangkan bauan asap ketika masakan. Dengan sistem kawalan 3 kelajuan, membolehkan anda mengawal tahap kelajuan sedutan asap mengikut kehendak anda. 

Ianya juga mudah dioperasi kerana memiliki kawalan sentuhan, beserta paparan LCD yang mudah difahami. DeLonghi memastikan anda memasak dalam keadaan yang tenang dan memastikan pakaian tidak lagi melekat bau masakan.

Buat dapur sederhana besar – mudah untuk dikendali
5. MIDEA ( MCH-90MV1 / MCH90MV1 ) Designer Cooker Hood
Buat dapur sederhana besar – mudah untuk dikendali
Buy Now RM599.00

Midea memberikan kuasa penyedutan asap yang kuat agar asap tidak menebal ketika memasak. Direka dengan 5 lapisan penapis yang mudah dibersihkan dan diperbuat daripada keluli tahan karat serta memiliki reka badan daripada kaca yang tahan retakan. 

Dengan 3 kawalan butang untuk tahap kelajuan memudahkan anda untuk menukar mod penyedutan daripada perlahan sehingga yang paling tinggi. Ianya sangat sesuai untuk dapur sederhana rumah anda dengan kelengkapan lampu yang memudahkan lagi kerja memasak.

Mini hood portable sesuai hanya untuk kegunaan di rumah, menjimatkan ruangan dapur
6. MORGAN COOKER HOOD 2.5Feet(76CM) MCH-NC276(DM)
Mini hood portable sesuai hanya untuk kegunaan di rumah, menjimatkan ruangan dapur
Buy Now RM366.00

Jika anda memiliki ruang dapur yang terhad ataupun kecil, Morgan sempurna untuk anda kerana ianya bersaiz mini tetapi memiliki kuasa penyedutan yang kuat. Dilengkapi dengan butang kawalan untuk menghidupkan dan juga untuk mengawal kuasa sedutan yang diingini. 

Bukan itu sahaja, Morgan juga dilengkapi dengan sistem pencahayaan yang baik sambil memastikan anda berada dalam keadaan bebas asap dan menjaga kesihatan orang yang tersayang.

Penyedut asap dapur bersaiz kompak dengan harga mampu milik
7. KDK 10EGKA 4" EZ Fan Excellent for Kitchen and Bathroom use
Penyedut asap dapur bersaiz kompak dengan harga mampu milik
Buy Now RM120.00

Kipas mini ini berfungsi sama seperti penyedut asap yang lain. Ianya dapat menyedut udara kurang enak ataupun asap dari dapur serta juga sesuai untuk kegunaan di ruangan yang lebih sempit seperti bilik air. Bukan sahaja menjimatkan penggunaan tenaga, ianya juga kipas yang mudah dibersih dan ringkas dari segi pemasangannya. 

Kipas ini sangat sesuai untuk ruangan yang kecil dan juga berkesan dalam menyahkan bau-bauan yang terkumpul dalam dapur.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kelengkapan Rumah

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!