Berbanding dengan kediaman di negara beriklim sejuk yang rata-ratanya tidak memerlukan kipas siling, peralatan ini merupakan antara kelengkapan elektrik paling penting dalam setiap rumah di negara kita. Ianya menjadi satu keperluan untuk rumah di negara yang beriklim tropikal ini. Kipas siling bukan saja dapat mengurangkan hawa yang panas, malah ia dapat menjimatkan tenaga elektrik berbanding dengan penggunaan penghawa dingin (aircond).

Terlalu banyak seleksi kipas siling di pasaran seperti jenis manual atau automatik yang menggunakan alat kawalan jauh. Jika anda buntu untuk membuat pilihan, ikuti senarai 8 kipas siling yang bagus untuk anda.

1. KHIND 60" Ceiling Fan Model CF611

Kipas siling murah dan berkualiti

Harga mulai RM90.48

shopping_cart Shopee Malaysia RM90.48

Seandainya anda sedang mencari kipas siling yang murah tetapi berkualiti, kipas siling jenama Khind ini sesuai untuk anda. Kipas dilengkapi dengan ciri keselamatan pasang-siap untuk fius haba ini juga mempunyai wayar keselamatan yang memberikan perlindungan ekstra. 

Produk dari Khind ini memenuhi standard 4 bintang untuk penggunaan tenaga yang efisien. Ia juga dilengkapi dengan bebola bearing motor agar fungsinya tahan lebih lama. Walaupun murah, kipas yang mempunyai 5 kelajuan ini juga diperbuat daripada material tahan karat. 

2. AUX Fashionable 6 Blades Powerful Mini Ceiling Fans (Blue)

Kipas siling mini, bersaiz kecil dan kompak

Harga mulai RM31.92

shopping_cart Shopee Malaysia RM31.92

Sekiranya anda memerlukan kipas siling bersaiz kecil untuk ruang tertentu di kediaman anda, pilihlah kipas ini. Diperbuat daripada material plastik ABS dan mempunyai berat yang kurang daripada 1kg, dilengkapi dengan panjang bilah kipas pula cuma 460cm sahaja. 

Kelajuannya mudah dikawal kerana kipas ini dilengkapi dengan mod kawalan suis ‘push and pull’ yang memerlukan penggunaan tenaga sebanyak 7W sahaja. 

3. SHARP 5 Blade Ceiling Fan With Remote Control 56”

Kipas siling automatik yang menggunakan remote

Harga mulai RM196.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM196.90 shopping_cart Lazada Malaysia RM196.90

Kipas siling jenama Sharp ini dilengkapi dengan ‘remote control’ atau alat kawalan jauh untuk memudahkan anda mengawal kelajuannya. Ia mempunyai 3 tahap kelajuan dan dikendalikan oleh motor ‘alternating current’ (AC) dengan tenaga sebanyak 75W.  

Untuk lebih spesifik, peredaran hawa dingin (air delivery) kipas berdiameter 56” ini ialah 308.61 m3/min. Dilengkapi dengan 5 bilah yang diperbuat daripada ABS dan didatangkan dengan waranti selama 3 tahun untuk motornya. 

4. PANASONIC Bayu 5 5-Blade 1400mm (56 Inch) Ceiling Fan F-M14D5

Terbaik untuk ruangan yang lebih besar seperti ruang tamu

Harga mulai RM275.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM275.00

Kipas jenama Panasonic ini mempunyai 5 bilah direka dengan penghantaran udara (air delivery) yang mantap agar dapat memberikan aliran udara lebih kuat. Kipas ini juga membantu pengaliran udara nyaman dalam bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin. 

Didatangi dengan alat kawalan jauh dan fungsi pilihan ‘timer’ untuk 1, 3 dan 6 jam. Kipas siling bersaiz 56” ini juga menggunakan tenaga yang rendah antara 21W hingga 69W. 

5. ELMARK BOEING767 Remote Ceiling Fan 52" With 3 Tone LED Light

Kipas siling 2-dalam-1 yang dilengkapi lampu

Harga mulai RM538.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM538.00

Kipas siling multifungsi 2-dalam-1 ini, sesuai untuk anda yang memerlukannya. Dengan bersaiz 56” dan mempunyai 5 bilah, kipas siling ini diperbuat daripada material ABS dengan rekaan yang menarik. Ia juga dilengkapi dengan alat kawalan jauh dan fungsi ‘timer’. 

Kipas ini juga mempunyai ciri ekstra buat dekorasi kediaman anda kerana lampunya direka agar mempunyai 3 tona menarik iaitu Warm White, Cool White dan Cool Daylight.  

6. Premium Ceiling Fan 42inch With LED Lights Lamps

Sesuai dijadikan sebagai dekorasi untuk kediaman anda

Harga mulai RM358.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM358.00

Kipas siling ini mempunyai rekaan ekslusif dalam 3 pilihan untuk dekorasi kediaman iaitu Anggun Istana, Batik dan Modern. Ia juga dilengkapi dengan lampu yang boleh berfungsi tanpa kipas terpasang dalam masa yang sama. Kipas bersaiz 42” ini bukan saja cantik untuk menghiasi rumah anda malah ia mempunyai kelajuan yang kuat untuk mengekalkan udara yang nyaman.  

Dengan ciri-cirinya yang mewah, ruang makan atau ruang tamu anda akan lebih berseri. Ayuh, mulakan dekorasi dibahagian ruang kegemaran anda!

7. KDK K15VO-PBR Ceiling Fan

Penjimatan elektrik berganda dengan kipas siling ini

Harga mulai RM141.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM141.00

Jenama KDK untuk rangkaian kipas sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Produk ini sudah lama berada dalam pasaran Malaysia sejak berpuluh tahun lamanya. Kipas ini bukan sahaja mempunyai kelajuan yang tinggi, malah menjimatkan tenaga elektrik kerana ia direka dengan 3 bilah bersaiz 60” (150 cm). Ciri keselamatannya sangat terjamin dan mudah untuk dikawal oleh semua peringkat umur.  

8. Deka Ceiling Fan Strong Wind With Remote Control (56")

Kipas siling angin kuat

Harga mulai RM154.95

shopping_cart Shopee Malaysia RM154.95

Kipas siling jenama Deka ini bukan sahaja mempunyai rekaan yang menarik, malah ia mampu berpusing dengan angin yang kuat tanpa mengeluarkan bunyi bising. Anda boleh membuat pilihan untuk membeli kipas bersaiz 56 inci ini sama ada yang mempunyai 4 bilah dengan 3 kelajuan ataupun 5 bilah dengan 4 kelajuan . Kipas ini mampu berpusing laju kerana bilahnya diperbuat daripada bahan polimer ABS yang ringan. Selain dilengkapi dengan alat kawalan jauh, kipas siling ini juga didatangkan dengan fungsi timer untuk 1, 3 dan 6 jam.  

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!