Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Pewangi Tandas Terbaik Di Malaysia 2024

Tiada lagi tandas busuk.

Tandas adalah tempat yang dikunjungi setiap hari sama ada di rumah, sekolah, tempat kerja, pusat membeli-belah mahupun di kawasan rehat dan rawat.

Kebersihan adalah salah satu perkara yang sangat penting untuk dijaga bagi mengelakkan ianya berbau busuk.

Selain itu, tandas yang kotor akan menjadi tempat pembiakan kuman yang akan mengundang penyakit berbahaya.

Tandas yang bersih tidak lengkap tanpa menggunakan pewangi. 

Walaupun begitu, penggunaan pewangi tandas seringkali dipandang remeh berbanding pewangi bilik mahupun pewangi kereta.

Cuba cari pewangi toilet yang tahan lama, sebabnya ini salah satu cara untuk hilangkan bau hancing dalam tandas.

Anda tidak tahu pewangi yang sesuai untuk kegunaan tandas di tempat anda? Jom ikuti senarai jenama pewangi tandas di bawah. 


Senarai 9 Pewangi Tandas Terbaik

Pewangi tandas terbaik secara keseluruhan
Ambi Pur Bathroom Fresh
Semak Ambi Pur Bathroom Fresh harga dibawah:
add_circle Kesegaran hingga 45 hari
add_circle Mudah digunakan
add_circle Singkirkan bau busuk 360°
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

“Pewangi ini sangat mudah digunakan dan dijual dengan harga mampu milik. Haruman produk ini juga tidak rasa tajam pada hidung”

Ciri-ciri;

Pewangi jamban terbaik keluaran Ambi Pur ini mampu menghilangkan bau busuk atau hancing dalam tandas.

Mempunyai beberapa pilihan haruman menarik seperti Zesty Lemon, Refreshing Apple dan Mild Lavender. 

Anda juga boleh dapat 2 unit pewangi tandas sebanyak 6ml dalam satu pembelian. Sesuai diletakkan di dalam tandas yang mempunyai aliran udara yang terhad. 

Selain itu, ia memiliki fungsi 2 dalam 1 iaitu pencegahan dan penyingkiran bau busuk yang terperangkap pada tuala atau shower curtains dalam bilik air anda. 

Produk ini tidak memerlukan penjagaan yang sulit sebab hanya perlu letak di atas tandas atau singki dan tekan butang yang tersedia. 

Review;

Bau wanginya tidak terlalu kuat atau menusuk hidung. Kualiti produknya juga tak mengecewakan

Pewangi tandas gel
Toilet Gel Freshener
Semak Toilet Gel Freshener harga dibawah:
add_circle Boleh juga cuci tandas tanpa berus
add_circle Mesra alam sekitar
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Perlu dipam semula setelah habis digunakan

Pewangi bilik air jenis gel ini merupakan antara produk yang termurah dan kualiti bau wangi cukup bagus.

Pewangi gel ini mempunyai beberapa pilihan wangian seperti ocean, lavender, ros dan lemon atau oren. 

Cara penggunaannya sangat mudah, hanya perlu pam gel ini pada mangkuk tandas dan bilik air akan wangi secara automatik selepas tandas dipam. 

Untuk pengetahuan, setiap 1 pam boleh bertahan sehingga 4 minggu dan baunya tidak terlalu tajam atau menusuk pada hidung. 

Rekaan gel juga menarik kerana ia diperbuat dengan bentuk bunga. 

Bagusnya lagi, produk pewangi tandas gel ini mampu menghalang pertumbuhan organisma bahaya dalam bilik air rumah anda. 

Pewangi tandas viral
UTP Pewangi Tandas Urinal Pad
Semak UTP Pewangi Tandas Urinal Pad harga dibawah:
add_circle Sesuai diletak pada lantai
add_circle Menyingkirkan bau kurang menyenangkan
add_circle Harga murah
remove_circle Kotoran terlekat pada pewangi

Pewangi tandas atau urinal pad ini mempunyai bau yang tidak terlalu menyengat dan mampu bertahan sehingga 30 hari. 

Malah, pewangi jamban ini juga boleh berfungsi 2 dalam 1. Mewangikan dan menapis kotoran.

Di mana selain boleh mengurangkan bau hancing dalam bilik air, pewangi ini juga boleh diletakkan pada bahagian penutup saliran air tandas atau sinki.

Mempunyai beberapa jenis pilihan haruman wangi dan segar. Antaranya lavender, epal, lemon dan ocean blue.

Selain diletakkan di dalam tandas, pewangi tandas viral ini boleh diletakkan di ruang-ruang lain seperti bilik tidur, ruang tamu atau kereta.

Glade Touch & Fresh Lavender Primary (12ml)
Semak Glade Touch & Fresh Lavender Primary (12ml) harga dibawah:
add_circle 10x lebih wangi
add_circle Jenis portable
add_circle Boleh ditampal pada dinding
add_circle Boleh juga letak di bilik
remove_circle Mengandungi tekanan udara
remove_circle Bahaya untuk kanak-kanak
remove_circle Isipadu cecair hanya 12ml

Pewangi tandas jenama Glade ini dilengkapi dengan alat khas untuk spray dan sangat mudah digunakan.

Hanya perlu tekan alat tersebut setiap kali mahu menggunakannya dan pewangi ini merupakan jenis isian semula. 

Setiap kali alat ini ditekan, akan keluar titisan seperti kabus (mist) 50x lebih kecil di mana secara automatik bilik air kediaman anda akan berbau harum. 

Kesegaran bau lavender yang dihasilkan dari pewangi toilet 8x lebih segar berbanding produk lain.

Jangan risau, pewangi 12ml tidak mengeluarkan bunyi yang kuat setiap kali ditekan.

Memang sesuai untuk individu yang gemarkan bau wangi bunga lavender. Hasilnya, tandas anda akan berbau wangi.

Para Block Pewangi Tandas Ubat Gegat
Semak Para Block Pewangi Tandas Ubat Gegat harga dibawah:
add_circle Bau wangi kuat
add_circle Berkesan hilangkan bau busuk
add_circle Tidak larut dalam air
remove_circle Pilihan bau wangian terhad
remove_circle Perlu disimpan dalam bekas kedap udara

Walaupun produk pewangi tandas ini dijual dengan harga mahal tapi, menariknya tentang pewangi ini mampu menghalau serangga kecil dan mewangikan sesuatu kawasan.

Jumlah berat 1.5 kg atau 30-40 ketul dan sangat berbaloi kerana dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. 

Diperbuat daripada 100% paradichlorobenzene, pewangi toilet berbentuk bulat kecil ini mampu mengurangkan pertumbuhan kulat atau serangan serangga dalam tandas. 

Letakkan saja blok pewangi bulat ini berdekatan mangkuk tandas atau di bucu lantai bilik mandi, automatik akan mengharumkan ruangan tersebut. 

Terdapat dua pilihan bau yang segar iaitu lemon dan lime.

Selain diletakkan di dalam tandas, anda boleh leak di bilik stor atau berhampiran pasir kucing.

Round Hanging Pomander Toilet Perfume
Semak Round Hanging Pomander Toilet Perfume harga dibawah:
add_circle Harga sangat murah
add_circle Haruman yang menenangkan
remove_circle Kualiti bau sederhana

Jika tandas anda bersaiz kecil, sangat sesuai menggunakan pewangi tandas jenis ini.

Gantung saja pada mana-mana sudut, pewangi tandas yang berbentuk bulat ini mengeluarkan wangian menyeluruh tapi untuk tandas yang bersaiz kecil saja.

Terdapat dua bau iaitu lemon dan strawberi dan mudah digunakan dan dipasang.

Selain itu, perfume tandas ini juga sangat kecil dan ringan, hanya 0.05kg sahaja tau. 

Tandas pun tak akan kelihatan serabut. Paling penting, bau busuk pun akan hilang!

Pewangi tandas jenis tampal
Air Wick
Pewangi tandas sekolah – murah dan berkualiti
Semak Air Wick Stick Ups Gel harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk pelbagai jenis ruang
add_circle Menghilangkan bau busuk
add_circle Jenis gel
add_circle Harga murah
remove_circle Pilihan haruman terhad

Pewangi tandas Air Wick ini mempunyai berat 30 gram dan mampu mengekalkan bau wangi dan kesegaran tandas sehingga 30 hari.

Lekat saja pada dinding, produk ini tidak akan mengganggu hiasan pada dinding tandas kerana saiznya kecil sahaja. 

Selain boleh digunakan dalam tandas, pewangi jenis gel ini sesuai juga diletakkan dalam tong sampah, bilik tidur atau almari. 

Tambahan pula, tahap kewangian haruman lavender boleh diubah mengikut kemahuan dan kesesuaian penggunaan harian. Boleh jimat!

Setiap unit pewangi ini boleh bertahan sehingga 30 hari dengan haruman yang menyegarkan seperti Fresh Waters, Lavender dan Citrus.

Pewangi tandas tahan lama
Air Freshener 4L
Semak Air Freshener 4L harga dibawah:
add_circle Bau tahan lama
add_circle Selamat untuk alam sekitar
add_circle Kuantiti banyak 4L
remove_circle Perlu pindah ke botol spray sebelum guna

Pewangi tandas ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis ruang misalnya bilik pejabat, kereta atau kediaman rumah.

Terdapat 7 pilihan aroma yang segar dan menarik. Antaranya, epal, lemon, vanila, lavender, teh hijau, bunga-bungaan dan dettol.

Cara penggunaannya ringkas, hanya pindahkan cecair daripada botol besar ke botol spray yang lebih kecil dan sembur sahaja di ruang udara yang sedang mengeluarkan bau busuk. 

Untuk tahan lebih lama, campurkan cecair pewangi pekat ini dengan air bersih.

Bacaan nisbah untuk campuran air bersih adalah 1:0 atau 1:1, mengikut pilihan masing-masing.

Pewangi tandas aromaterapi
Aromatherapy Air Freshener
Semak Aromatherapy Air Freshener harga dibawah:
add_circle Praktikal untuk digunakan
add_circle Sesuai untuk tandas, kedai, pejabat & bilik
add_circle Membantu menyegarkan udara
remove_circle Harga mahal
remove_circle Bau tak begitu kuat

Pewangi tandas ini diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semula jadi dan jenis diffuser 

Boleh diletakkan pada ruang tamu juga kerana rekaan botolnya sangat elegan dan moden.

Air freshener aromaterapi ini mempunyai pelbagai jenis aroma, antaranya jasmin, lavender, lemon, lily, osmanthus dan bluebell.

Botol pewangi 100ml boleh membantu meningkatkan mood dan mampu bertahan hingga tiga bulan.

Bau yang kurang enak setiap kali lepas menggunakan tandas seperti hancing dapat dikurangkan.


Cara Memilih Pewangi Tandas 

Ramai mengambil mudah dalam pemilihan pewangi tandas, mungkin sebab ruang itu bersaiz kecil. 

Tapi, tahukah anda tandas yang harum dan segar boleh membantu kita berasa selesa ketika berada dalam ruangan tersebut?

Jadi kami akan kongsikan beberapa tip untuk pilih pewangi yang terbaik dan best untuk tandas anda. 

  • Saiz tandas

Jika tandas anda bersaiz kecil, anda tidak begitu digalakkan untuk membeli pewangi yang mempunyai bau tajam.

Ini kerana ruang udara yang terhad terutamanya apabila pintu tandas ditutup dalam tempoh yang lama dan boleh menyebabkan hidung rasa kurang selesa akibat bau yang mencucuk.

Paling teruk, bau tersebut mungkin boleh menyebabkan anda pening kepala. 

  • Jenis bau wangian 

Kebanyakan pewangi tandas mempunyai bau buah-buahan dan bunga. 

Pastikan pilih bau yang anda gemar dan sesuai dengan deria bau anda.

Jika anda mahukan bauan yang lembut, boleh pilih bau kelapa, vanila atau lavender kerana selalunya pewangi tandas dengan bau ini sesuai untuk seisi keluarga. 

Untuk memberi manfaat pada hidung anda, digalakkan untuk dapatkan pewangi bilik air yang mengandungi essential oils

  • Ketahanan pewangi tandas 

Untuk menjimatkan wang, dapatkan pewangi toilet yang baunya tahan lama. 

Jadi tidak perlu beli dengan kerap.


Artikel Berkaitan

End of Article