Sambut Hari Raya Dengan Meriah Di Rumah AndaHiasan Untuk Khemah Hari Raya

Bulan Ramadhan kunjung tiba. Selama sebulan kita diwajibkan melakukan apa yang dituntut di dalam Islam iaitu berpuasa. Selepas itu, tanda kemenangan umat Islam menjalani ibadah puasa adalah dengan menyambut kedatangan bulan Syawal. Menjelang Aidilfitri nanti, pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk menghias rumah anda - barulah terasa meriah suasana raya. Masa inilah berlumba jiran tetangga hendak menunjukkan skill dan kreativiti masing-masing menghias rumah mereka. Anda bila lagi?

Lebih-lebih lagi bagi anda yang akan mengadakan open house samada di rumah ataupun di pejabat. Raya kan sebulan? Tidak salah kalau berbelanja lebih sedikit untuk mendekorasi ruang kegemaran anda. Untuk anda yang sedang mencari dekorasi raya yang sesuai, kami bawakan kepada anda pelbagai pilihan hiasan. Serlahkan daya imaginasi dan kreativiti anda!

Hiasan Dalaman Khas Buat Rumah Di Kampung

1. Pelita Buluh

Harga mulai RM5.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM5.00

Kebiasaannya, jika anda berada di kampung, pasti 10 malam terakhir bulan Ramadhan, kita akan dapat lihat orang kampung sibuk memasang pelita buluh. Ianya bertujuan untuk memeriahkan dan memberi ‘feel’ sambutan Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. 

Orang-orang zaman dahulu memang terkenal dengan pelita buatan sendiri. Tetapi jika anda mempunyai kekangan masa untuk membuatnya sendiri, boleh sahaja beli pelita segera. Terangi jalan rumah anda di waktu malam untuk menyambut Lailatul Qadar!  

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Langsir Raya

Harga mulai RM20.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM20.90

Antara dekorasi penting semasa Hari Raya adalah langsir. Tukarkan langsir lama di rumah anda dengan yang baru. Inilah masanya untuk melabur lebih sedikit selepas setahun menyimpan. Diperbuat daripada material Polyester, ianya mudah untuk dibasuh dan dibersihkan jika anda tidak menggunakannya lagi. 

Elakkan membasuhnya dengan menggunakan mesin. Cuma rendam dan sidai. Tidak perlu menyental dengan kuat. Apa salahnya berbelanja lebih asalkan ahli keluarga, sanak-saudara dan tetamu yang berkunjung teruja melihat perubahan ruang tamu anda. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Tikar Getah Gulung

Harga mulai RM115.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM115.90

Material tikar getah diperbuat daripada PVC. Jadi, ianya mudah terkoyak jika dipakai terlalu lama. Tetapi disebabkan harganya lebih murah daripada karpet, pilihan hiasan dalaman untuk rumah kampung lebih sesuai jika menggunakan tikar getah. Sestengah lantai rumah kampung samada kayu ataupun simen, lebih elok jika dilapik dengan tikar getah jenis ini. 

Tikar ini kalis air, minyak dan kotoran serta mudah untuk dibersihkan tanpa perlu menyentalnya. Tidak hanya tertakluk kepada lantai sahaja malahan ianya juga sesuai digunakan untuk mengalas meja dan lain-lain lagi. 

Hiasan Untuk Ruang Tamu Moden

4. Goldsand LED New Design Pendant Lamp – Iron

Harga mulai RM49.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM49.90

Anda pening mencari hiasan ruang tamu anda untuk Aidilfitri ini? Apa kata tambah koleksi lampu pendan ini untuk tampil dengan sentuhan kontemporari. Sesuai digunakan untuk ruang tamu anda kerana reka bentuknya yang unik. Raya nanti akan lebih meriah dengan dekorasi tambahan seperti ini.

Ianya juga mempunyai pelbagai bentuk yang boleh dipilih, pasti memberikan kelainan kepada ruang tamu anda. 

5. Hari Raya Wall Décor

Harga mulai RM15.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM15.90

Kanak-kanaklah yang paling teruja dalam menyambut Hari Raya. Sekiranya anda mempunyai anak kecil, pilihan dekorasi kraf gantung ini amat sesuai - anak anda boleh turut serta menyediakan kraf gantung ini dengan mudah. 

Beli sahaja secara online segala barangan dekorasi sesuai untuk ruang tamu anda tanpa perlu melakukannya sendiri. Ruang tamu anda terhias, anak anda pun puas. 

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Modern Nordic Style Geometric Carpet

Harga mulai RM55.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM55.00

Semasa Hari Raya, anda juga akan menerima kunjungan bukan sahaja orang dewasa malahan kanak-kanak yang pasti akan menjamu selera di mana-mana sahaja ruangan dalam rumah anda terutamanya ruang tamu. Nah, gunakan karpet dengan pilihan rona gelap ini untuk memastikan kotoran daripada makanan jamuan tidak kelihatan ketara.

Bersaiz daripada 80cm x 80cm sehingga 180cm x 180cm, ianya sesuai diletakkan pada ruang tamu moden anda mengikut saiz pilihan. Motif corak karpet ini akan memberi ilusi yang luas pada ruang tamu anda.

Hiasan Pentas Untuk Sambutan Hari Raya

7. Lampu LED Mini Ahorrador De Energia Fairy

Harga mulai RM12.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM12.90

Tarik perhatian pengunjung ke pentas anda dengan lampu LED mini ini. Lampu yang mempunyai pelbagai warna ini pasti menambah kelainan pada dekorasi pentas raya anda. Mempunyai 8 jenis fungsi dan boleh bertahan sehingga 60,000 jam! 

Sesuai dijadikan sebagai dekorasi pentas anda - kombinasi yang terbaik untuk hiasan bagi menambahkan ‘feel’ Hari Raya tahun ini. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. Outdoor Lights Laser Projector

Harga mulai RM94.40

shopping_cart Shopee Malaysia RM94.40 shopping_cart Lazada Malaysia RM99.90

Gunakan lampu pancaran laser ini sebagai antara daya tarikan utama pentas anda. Lampu laser mini ini akan menerangi pentas anda dengan corak bintang yang berlatarbelakangkan lampu merah dan hijau. Lampu bercorak ini boleh disorotkan pada lantai, dinding, dan juga siling bagi menggamit suasana. 

Pengunjung pusat membeli-belah pasti akan tertarik untuk melihat hiasan pentas dengan trend terkini untuk tahun 2019 ini!

9. Kerosene Oil Lamp

Harga mulai RM28.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM28.00

Bagi mencantikkan lagi dekorasi pentas anda, gunakan lampu minyak kerosin ini. Ianya berteknologi canggih yang tidak lagi menggunakan minyak untuk menghidupkan lampu ini. Malahan hanya dengan menggunakan bateri sahaja, ianya dapat bertahan sehingga lebih daripada 12 jam. 

Lengkapi hiasan pentas anda dengan barangan-barangan antik untuk menaikkan lagi semangat nak raya! 

Hiasan Gerai Dan Gerai Untuk Jamuan Hari Raya

10. Solar LED Sakura Peach Flower Design Décor Light

Harga mulai RM71.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM71.00

Lilitkan lampu bunga sakura yang panjangnya 7-meter ini di sekeliling gerai anda sebagai daya tarikan gerai. Lampu ini kelihatan agak unik kerana bentuknya yang berasaskan bunga sakura. Terdapat pelbagai pilihan warna seperti ungu, putih, kuning ataupun warna-warni.

11. DIY Wooden Fencing 4A6-1

Harga mulai RM19.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM19.90

Pagar kayu ini akan melengkapkan dekorasi untuk gerai anda yang bertemakan kampung. Susunkan pagar kayu yang berketinggian dalam 10 - 15 cm ini di sudut gerai dan dapatkan sentuhan tradisional yang menggamit nostalgia. Pasti para pengunjung gerai akan tertarik dengan cara dekorasi kreatif anda. 

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

12. Kain Batik Lepas

Harga mulai RM18.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM18.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM19.00

Jika gerai anda berkonsepkan sambutan Raya ala-ala kampung, apa kata cuba gunakan kain batik lepas ini sebagai pelapik meja untuk ‘matching’ dengan konsep yang diketengahkan. Diperbuat daripada 100% kapas yang lembut. Pasti para pengunjung gerai anda akan tertarik terutamanya pelancong asing yang sememangnya menggemari adat dan budaya Melayu asli.

Hiasan Hari Raya Yang Sesuai Untuk Pejabat

13. Kad Ucapan Hari Raya

Harga mulai RM15.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM15.00

Dekorasi terpenting semasa menghiasi pejabat anda untuk menyambut musim Raya ini, sudah tentulah kad raya. Pilihan kad raya berwarna-warni pasti akan menyerikan lagi suasana untuk menyambut Hari Raya. Anda boleh sahaja mengisi ucapan untuk ditujukan pada rakan-rakan sepejabat. 

Dilengkapi dengan 20 keping, kad raya ucapan anda ini akan memeriahkan lagi Hari Raya di pejabat!

14. Raya Handmade Paper Ketupat

Harga mulai RM5.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM8.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM5.90

Dekorasi biasa untuk pentas terutamanya pentas yang diletakkan di tengah ruangan kompleks membeli-belah adalah rumah kayu. Bagi mewujudkan suasana kampung untuk sesebuah hiasan pentas itu, paling penting perlu ada ketupat. 

Hiasi pentas anda dengan ketupat yang diperbuat daripada kertas ini. Dianyam dengan menggunakan 2 rona reben iaitu kuning dan hijau, pasti akan meriah dekorasi pentas anda kali ini. 

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

15. 30L Hari Raya LED Ketupat Lights

Harga mulai RM26.80

shopping_cart Lazada Malaysia RM26.80 shopping_cart Shopee Malaysia RM33.50

Ketupat dah ada, kad raya pun dah ada, apa lagi yang tertinggal? Lampu! Pilihan lampu untuk menaikkan semangat beraya teman-teman sepejabat anda juga penting. Diperbuat daripada material plastik, lampu ini berkedip bagi membentuk formasi. Barulah terasa seperti raya akan menjelang tiba tidak lama lagi. Mood cuti raya pun dah sampai!

Hiasan Untuk Khemah Hari Raya

16. Solar Powered String Lights

Harga mulai RM26.80

shopping_cart Lazada Malaysia RM26.80

Hiasi khemah Raya anda dengan lampu gantung LED berkuasa solar ini. Sebanyak 100 Lampu LED pada wayar kuprum ini akan menerangi setiap sudut khemah anda. Wayar kuprum berkualiti tinggi dan mudah dibentuk untuk dililit pada khemah atau permukaan yang lain. Pastinya khemah anda kelihatan 'bersinar' dan lebih menonjol dari yang lain.

17. Food Tiffin (Mangkuk Tingkat)

Harga mulai RM55.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM79.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM55.00

Khemah yang menarik adalah cara menafsirkan kreativiti anda melalui dekorasi terbaik. Nah, salah satunya adalah mangkuk tingkat. Kegunaan mangkuk tingkat ini sangat berguna. Bukan sahaja untuk meletakkan makanan atau lauk yang berbeza malahan ianya juga boleh digunakan sebagai dekorasi untuk khemah Hari Raya.

Sediakan satu sudut untuk photo booth di dalam khemah anda untuk para pengunjung mengambil gambar sebagai kenangan. Simpan memori berharga ini sampai bila-bila! 

18. Tudung Saji Rotan Natural

Harga mulai RM55.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM55.90

Lengkapkan dekorasi berlatar belakangkan kampung dengan tudung saji yang diperbuat dari rotan. Tudung saji ini diperbuat dari rotan kuning dan dianyam sepenuhnya menggunakan tangan. 

Letakkan sahaja pada photo booth, pasti pelanggan yang mengunjung khemah anda tidak akan melepaskan peluang untuk menyimpan memori ini. Kenangan berharga ini hanya datang setahun sekali sahaja. 

Sambut Hari Raya Dengan Meriah Di Rumah Anda

19. Sampul Duit Raya

Harga mulai RM2.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2.00

Kalau kebiasaannya pasti sesetengah rumah yang anda kunjungi, menggantungkan kad raya sebagai dekorasi tambahan. Nah, tampilkan kelainan dengan menggantung sampul raya. Tidak semestinya kegunaan sampul raya hanyalah untuk menyimpan duit raya malahan ianya juga mampu untuk menjadi dekorasi menarik pada dinding anda. 

20. Eco Solar Pelita Raya Buluh

Harga mulai RM99.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM99.00

Kami bawakan kepada anda edisi terhad pelita raya buluh dengan reka bentuk yang unik. Pelita ini direka supaya kelihatan lebih tinggi (78cm) dan kalis hujan serta tahan karat. Ia menggunakan sistem butang automatik dan dicas menggunakan cahaya matahari. 

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

21. Fur Carpet Shaggy Modern Living House

Harga mulai RM89.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM89.90

Setelah penat melayani tetamu dan sanak-saudara yang berkunjung, pasti anda ingin merehatkan sebentar kaki sebelum mula tugas mengemas rumah pula. Karpet bulu ini sangat murah jika hendak dibandingkan dengan kualitinya. Dilengkapi dengan anti-slip mechanism di bahagian bawah karpet ini, dijamin tidak licin untuk semua jenis lantai. 

Diperbuat daripada material Polyester jenis baldu, sesuai untuk dijadikan hadiah buat ibubapa atau isteri tersayang sempena menyambut Hari Raya nanti. Pasti lebar sahaja senyuman mereka. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang farizah

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!