X
X

Product in this article

Membeli tilam yang terbaik biasanya meletakkan kita dalam dilema. Apa tidaknya, tilam yang empuk dan berkualiti tinggi selalunya mahal dan memerlukan belanja besar.

Itu dulu. Kini anda mempunyai pilihan mendapatkannya secara atas talian dan berpeluang membeli dengan harga yang jauh lebih berpatutan. 

Apakah jenis tilam yang terbaik? 

Tilam yang terbaik adalah tilam yang mempunyai sokongan spring sangat kukuh. Ini adalah elemen paling penting untuk menyokong badan anda secara lembut di semua bahagian. Lapisan lain seperti lateks, memory foam, mini pocket spring, dan sebagainya adalah lapisan tambahan supaya lebih selesa.

Kami bawakan kepada anda senarai tilam terbaik pada harga ekonomi - semuanya dibawah RM500. Pilihan di tangan anda. 

1. Inflatable Car Air Mattress

Tilam untuk kereta – buat kegunaan anak kecil dan berharga mesra poket

Harga mulai RM48.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM48.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM48.79

Perjalanan jauh menaiki kereta pasti memenatkan. Apalagi kalau tersangkut dalam kesesakan jalan. Tentu selesa sekiranya dapat berbaring dan tidur seperti di atas katil di rumah. Tilam mudah kembung ini adalah versi yang direka khas untuk kegunaan di dalam kereta. Anda hanya perlu pam angin dan letakkannya di bahagian tempat duduk penumpang belakang. 

Tilam ini boleh muat di dalam kebanyakan kereta termasuklah sedan, kompak, MPV dan SUV. Bagi yang mempunyai anak, pastikan anda sentiasa mengawasi anak anda bagi memastikan keselamatan mereka.

2. Tilam Kekabu

Tilam jenis kekabu saiz queen –tidak mudah tenggelam dan bertahan lama

Harga mulai RM45.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM55.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM45.00

Tilam kekabu masih menjadi pilihan ramai kerana lembut dan ringan serta mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Tilam kekabu bersaiz queen ini menawarkan pelbagai corak untuk anda pilih. Bersaiz lebih kurang 180 cm x 136 cm dengan tebal sebanyak 4 cm, boleh menggulung dan melipatnya mengikut keperluan anda. 

Sesuai untuk digunakan untuk tidur, beristirehat bersama keluarga atau dibawa bersama semasa pulang ke kampung.

3. Intex Single And Queen Size Inflatable Air Mattress With Pump

Tilam angin untuk mudah digunakan semasa travelling

Harga mulai RM49.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM49.00

Sekiranya anda gemar berjalan-jalan dan ingin membawa kelengkapan tidur bersama, tilam boleh dipam INTEX ini adalah pilihan yang terbaik. Tilam ini menggunakan pam tangan atau pam elektrik apabila perlu dan boleh disimpan tanpa memerlukan ruang yang besar kerana ianya boleh dikempiskan selepas tidak digunakan. 

Dengan ukuran 76cm x 191cm x 22cm, tilam ini berupaya menampung berat maksima sehingga 200 kg. Sesuai untuk kegunaan di dalam atau di luar rumah, mengikut keperluan anda.

4. Pure Sleep Single Mattress

Tilam bersaiz single – mudah untuk kegunaan setiap hari

Harga mulai RM100.70

shopping_cart Lazada Malaysia RM100.70 search Cari produk di Shopee Malaysia

Tilam single ini adalah pilihan yang paling ekonomi bagi kegunaan sehari-hari anda. Diperbuat dari compressed rebond foam, mampu memberi anda sokongan yang baik semasa tidur. Pada masa yang sama, tilam jenis ini juga boleh tahan lama dan tidak perlu ditukar selalu. Lapisan luar tilam pula diperbuat menggunakan fabrik Tricot yang berkualiti tinggi dan lembut.

5. DR. ALSTONE 5 inch Queen Size Synthetic Latex Mattress

Tilam jenis lateks bersaiz queen – berkualiti tinggi setanding harga mahal

Harga mulai RM175.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM175.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM235.00

Tilam lateks digemari kerana mampu tahan lama serta boleh didapati pada harga yang agak murah. Tilam bersaiz queen dari jenama Dr. Alstone ini ditawarkan pada harga yang sangat murah. Diperbuat sepenuhnya menggunakan lateks sintetik berkualiti tinggi, tilam ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tempoh yang lama, tetapi juga selesa dan memberi sokongan sepenuhnya kepada tulang belakang anda.

6. Silentnight Premium Quality Fabric Foldable Single Bed Mattress

Tilam lipat jenis foam – sesuai untuk ruang terhad

Harga mulai RM222.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM222.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM222.00

Tilam Silentnight ini sesuai bagi mereka yang mempunyai ruang yang terhad serta sering berpindah. Tilam bersaiz single ini jika dibentang dan boleh dilipat menjadi 3 kali ganda lebih kecil dari saiz asal. Fabrik lapisan atas adalah fabrik berkualiti premium dan bersifat antihama. Sisi tilam pula diperkemaskan dengan sistem Edge Guard yang unik.

7. FIBRE Star Full Coconut Fibre Single Size Mattress

Tilam jenis keras untuk kesihatan badan anda

Harga mulai RM234.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM234.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM259.00

Bagi sebilangan kecil penggemar tilam yang keras, kami cadangkan tilam keras dari ROMY yang diperbuat sepenuhnya dari fiber kelapa. Fiber kelapa adalah bahan asas bagi kebanyakan tilam keras. Sistem peredaran udara di antara badan dan tilam ditambahbaik bagi memberikan keselesaan kepada pengguna. 

Permukaan tilam yang agak keras juga baik untuk tulang belakang dan mengurangkan sakit belakang.

8. ECOLUX Zucca Matress

Tilam spring yang sangat kukuh

Harga mulai RM299.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM299.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM329.00

Spring merupakan struktur asas bagi tilam dan keutuhan sistem spring yang digunakan adalah indikator penting bagi keselesaan sesebuah tilam. Tilam dari Ecolux ini menggunakan sistem spring Bonnel yang mempunyai ciri-ciri terapeutik. Sistem spring ini agak unik kerana berbentuk lingkaran heliks yang ditambahbaik. 

Terdapat dua saiz iaitu single dan super single yang besar sedikit dari single. Bagi darjah keselesaan (comfort scale) pula, tilam ini menerima gred 6 iaitu keselesaan tahap optimum.

9. SPINAREZ CareRest Mattress 12"

Tilam high resilient foam – beri sokongan buat tulang belakang

Harga mulai RM449.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM449.00

Tilam dari SpinaRez ini menggunakan teknologi US Hybrid Spring System yang berupaya memberikan sokongan yang baik kepada badan anda. Tilam ini diperbuat daripada gabungan padding high resilient foam bersaiz 3 inci dan satu lapisan fiber buah kelapa yang berfungsi meningkatkan lagi keselesaan anda. Lapisan atas tilam pula menggunakan fabrik daun lidah buaya bagi menyahkan cas statik badan.

10. DR. EURO Care Arsenal King Size (10inch)

Tilam terbaik untuk anda yang alami masalah sakit pinggang

Harga mulai RM340.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM489.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM340.00

Pemilihan tilam sesuai sangat penting bagi mereka yang mempunyai masalah tulang belakang. Penggunaan tilam tidak sesuai boleh menyebabkan sakit pinggang yang serius. Tilam Dr. Euro Care ini menggunakan sistem spring postur Titanium Aloi yang direka khas bagi penjagaan tulang belakang dan pinggang. 

Malahan, sisi tilam ditambahbaik menggunakan penstabil sisi (Edge Stabilizer) iaitu bar keluli yang tinggi ketegangannya bagi memberi sokongan sisi secara menyeluruh.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kelengkapan Rumah

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!