Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Cas Tenaga Semasa Tidur Dengan Berikan Keselesaan Sepanjang Malam Melalui 8 Katil Ini

Untuk tidur yang nyenyak sepanjang malam

Adakah tidak elok untuk meletakkan tilam di atas lantai?

Kegunaan katil tidak hanya terhad sebagai perabot kediaman kerana katil diperlukan untuk mengelakkan kulat daripada tumbuh di tilam apabila diletakkan di atas lantai tanpa alas. Ini kerana kita akan berpeluh apabila tidur, sesetengah orang berpeluh lebih daripada yang lain.

Katil diperbuat daripada pelbagai jenis material seperti besi dan kayu. Direka dalam bermacam jenis dan bentuk untuk disesuaikan dengan keperluan setiap golongan. Jom ikuti senarai di bawah untuk pilihan katil yang sesuai buat anda.

Katil kayu yang dilengkapi dengan laci - muat untuk bilik/ruangan kecil
mulai
RM999.00
Semak BRIMNES Day-bed frame with 2 drawers harga dibawah:

Sekiranya anda sedang mencari katil yang sesuai untuk ditempatkan di bilik yang kecil, belilah katil ini. Katil kayu ini mempunyai fungsi 3 dalam 1 iaitu boleh dijadikan sofa pada waktu siang, katil queen pada waktu malam dan dilengkapi dengan tempat penyimpanan barang dalam 2 laci yang besar. Anda hanya perlu menempatkan 2 tilam (80 x 200) berlapis untuk dijadikan sofa.

Ruang laci pada katil ini cukup besar untuk menempatkan bantal, selimut dan cadar. Sangat menjimatkan ruang dan sesuai juga digunakan untuk tetamu beradu pada waktu malam. 

Katil jenis queen yang sesuai untuk ibu baru bersalin
mulai
RM2,930.00
Semak DELAKTIG Bed frame/headboard/2 side tables harga dibawah:

Sedang membuat persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata dan memerlukan katil yang akan memudahkan anda untuk menguruskan diri sendiri dan bayi? Sekiranya ya, pilihlah katil ini kerana ia mempunyai 2 meja sisi yang telah siap pasang di kiri dan kanan katil. 

Anda boleh menempatkan barang keperluan bayi seperti minyak telon, losen dan pampers ataupun barangan anda sendiri seperti botol air dan telefon bimbit di atas meja sisi ini agar mudah dicapai tanpa perlu bergerak jauh. Amat praktikal untuk anda yang sedang berpantang.

Katil bujang 2 tingkat yang sesuai untuk kanak-kanak
mulai
RM499.00
Semak TUFFING Bunk bed frame, dark grey harga dibawah:

Katil bujang 2 tingkat ini direka lebih rendah daripada katil biasa supaya sesuai dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas. Di samping itu, kanak-kanak juga mudah untuk mengemas katil mereka sendiri. Dengan rekabentuk yang lebih rendah, mudah untuk anda memantau aktiviti yang dilakukan si kecil. 

Katil ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan iaitu penghadang di sekeliling katil atas agar anak anda tidak mudah jatuh dari katil. Selain itu, tangga yang terletak di bahagian tengah rangka katil memudahkan mereka untuk turun atau naik ke katil.

Dilengkapi dengan meja belajar – sesuai untuk anak perempuan anda
mulai
RM2,160.00
Semak STUVA / FRITIDS Loft bed combo with 4 drawers / 2 doors harga dibawah:

Katil ini adalah pilihan terbaik untuk kegunaan anak perempuan khususnya yang masih belajar. Ia juga sesuai ditempatkan dalam bilik sempit atau ruangan yang terhad. Ini kerana ianya dilengkapi dengan fungsi 5-dalam-1 iaitu katil, meja belajar, almari pakaian, rak buku dan laci untuk memudahkan anak anda menyimpan barang. Anda bebas menempatkan meja mengikut kesukaan anda. 

Almari pakaian juga boleh dibuka daripada depan dan belakang. Selain itu, terdapat outlet kabel di bahagian belakang katil yang dapat menyembunyikan soket dan kabel dari pandangan mata dan memudahkan anak perempuan anda mencapainya. 

Katil dengan storage yang sesuai untuk menguruskan orang sakit dan orang tua
mulai
RM1,299.00
Semak SLÄKT Bed frame with storage+slatted bedbase harga dibawah:

Seandainya anda sedang menjaga ahli keluarga yang sudah tua ataupun sedang sakit, belilah katil ini untuk memudahkan anda menguruskannya. Katil ini dilengkapi 4 bahagian ruang penyimpanan tertutup dan 2 bahagian yang terbuka untuk menempatkan pelbagai keperluan barangan seperti baju dan ubat. 

Alatan untuk memantau kesihatan seperti blood pressure monitor dan blood glucose monitor juga boleh disimpan di dalam ruang penyimpanan ini bagi mudah dicapai apabila diperlukan. Katil bersaiz 90 x 200 cm ini juga sesuai digunakan dalam ruangan bilik yang sempit. 

Sesuai untuk kegunaan bujang dengan harga mengikut kemampuan bajet anda
mulai
RM73.00
Semak GRIMSBU Bed frame harga dibawah:

Anda sedang mencari katil bujang yang murah? Inilah katil yang sesuai untuk anda! Ianya direka lebih rendah daripada katil biasa tetapi mempunyai rekaan yang kemas menjadikannya mudah untuk ditempatkan dalam ruangan bilik kecil dan siling yang rendah. 

Walaubagaimanapun, rangka katil ini dijual berasingan dengan slatted bed base yang anda boleh dapatkan di IKEA dari rangkaian LUROY dengan harga RM 60 sahaja. Katil yang diperbuat daripada besi ini juga ringan dan mudah dipasang.  

Katil queen yang didatangi dengan tiang untuk gantung kelambu
mulai
RM1,303.00
Semak KIRANA Posture Queen Size Bed Metal harga dibawah:

Katil ini sesuai digunakan di bilik pengantin kerana ia direka dengan 4 batang tiang yang membolehkan anda menggantung kelambu bagi mencipta suasana romantis di bilik tidur. Katil bersaiz queen yang diperbuat daripada material besi ini juga kuat, tahan lasak dan tahan lama. 

Kemasan berbentuk Victoria pada katil ini, amat cantik dan akan menambah dekorasi gaya dalam bilik tidur anda. Tentunya anda dapat tidur dengan selesa dan lena. 

Katil kayu 2 tingkat, terbaik untuk menampung 3 orang sekaligus
mulai
RM1,390.00
Semak Q 10 Solid Wood Single over Queen Double Decker Bunk Bed harga dibawah:

Katil kayu 2 tingkat ini sesuai digunakan untuk 3 orang dalam satu masa. Ia diperbuat daripada kayu getah yang padu, tahan lasak dan stabil. Ianya juga direka dengan fungsi yang fleksibel supaya katil single di bahagian atas dapat ditanggalkan daripada katil queen di bawah. 

Tangganya juga boleh dipasang pada bahagian kanan atau kiri katil bergantung kepada kesesuaian anda. Selain itu, warna putih katil ini dapat disesuaikan dengan pelbagai dekorasi dalam bilik tidur anda. 


Artikel Berkaitan

End of Article