Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Alat Permainan Kanak-kanak Terbaik di Malaysia 2024

Pelbagai pilihan mainan untuk merangsang moto skil dan kreativiti anak anda.

Bila si manja sudah tahu bermain, si ibu dan ayah mula membelikan barang mainan untuk mereka bermain.

Tapi, apakah alat permainan kanak-kanak tersebut dapat mengasah minda dan skil si manja?

Jadi kami bantu anda senaraikan permainan minda untuk kanak-kanak supaya aktiviti si comel lebih berkualiti.


Senarai 11 Mainan Budak Untuk Aktiviti Kanak-Kanak

Alat permainan kanak kanak terbaik secara keseluruhan
LEGO® Classic 10698 Large Creative Brick Box (790 Pieces)
mulai
RM145.68
Semak LEGO® Classic 10698 Large Creative Brick Box (790 Pieces) harga dibawah:
add_circle Latih minda anak
add_circle Terdapat pelbagai warna
add_circle Dapat meningkatkan daya kreativiti
add_circle Mampu meningkatkan daya imaginasi
remove_circle Saiz terlalu kecil

Sebab menjadi pilihan utama:

Dapat merangsang kreativiti dan imaginasi si kecil untuk menyambung lego.

Ciri-ciri:

Mampu meningkatkan daya imaginasi si kecil dalam membina blok lego dalam mencipta apa saja bentuk. Misalnya, robot, istana atau rumah mainan.

Dalam Lego Duplo ini mempunyai 33 jenis warna berlainan, 8 perbezaan bingkai, tingkap dan pintu untuk si kecil mereka sesuatu.

Lego duplo ini mengandungi 790 blok yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan lelaki berusia 4 tahun ke atas.

Setiap pembelian anda akan dapat kotak plastik yang dapat menyimpan semua lego dan model yang boleh dibina menggunakan set.

Review:

“Bagus mainan ni, anak saya boleh jadi kreatif dan lebih fokus”

Alat permainan kanak-kanak prasekolah
mulai
RM17.88
Semak 13 Holes Shape Sorting Cube Box Blocks Educational Toys harga dibawah:
add_circle Meningkatkan daya intelektual
add_circle Warna blok menarik
add_circle Kayu berkualiti
remove_circle Blok mudah hilang

Alat permainan yang kecil dan ringan ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke atas.

Permainan yang diperbuat daripada kayu ini dilengkapi dengan kiub berwarna-warni bentuk geometri.

Cara bermainnya kiub warna-warni tersebut perlu dipadankan dengan lubang pada kotak kayu untuk dimasukkan. 

Sangat bagus untuk melatih anak anda mengenal bentuk dan warna serta melatih koordinasi tangan dan mata agar selari.  

Jangan risau, boleh bermain tanpa perlu pengawasan orang dewasa dan boleh bawa ke mana saja.

Permainan anak untuk melatih konsentrasi
Mideer My First Puzzle - Mom & Baby (31 Pcs)
mulai
RM29.50
Semak Mideer My First Puzzle - Mom & Baby (31 Pcs) harga dibawah:
add_circle Mampu meningkatkan daya imaginasi
add_circle Sesuai untuk 2 tahun ke atas
add_circle Dapat mengajar anak
remove_circle Puzzle mudah hilang

Permainan anak ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas untuk proses pembelajaran.

Selain itu dapat meningkatkan tahap daya imaginasi dan fokus si kecil untuk mix and match puzzle.

Setiap pakej kotak pembelian, anda akan dapat antara 25 hingga 31 keping puzzle mix and match bergantung pada jenis puzzle.

Anda boleh pilih pakej kotak mengikut kategori. Antara kategori yang ada adalah Binatang, Kereta dan Mom & Baby.

Jangan risau, material puzzle yang direka tidak mempunyai bahan toksik dan mesra kanak-kanak.

mulai
RM24.50
Semak Peg Board, Pegboard For Kids, Pegboard Toys, Fine Motor Skill, Colour Sorting Activities, For Therapy Autism ADHD harga dibawah:
add_circle Terapi untuk anak autisme
add_circle Pembelajaran kenal warna
add_circle Asah koordinasi mata tangan
add_circle Dapat melatih Fine Motor Skill
remove_circle Permainan mudah bosan

Bagi si manja yang menghidapi penyakit autisme, permainan ini sangat sesuai untuk mereka

Ini kerana mereka dapat fokus menyambungkan batang warna tersebut.

Malangnya mungkin mudah membuat si kecil bosan kerana hanya perlu menyambungkan batang berwarna sehingga menjadi tinggi.

Tapi sebenarnya si kecil dapat belajar mengenali warna, mengira dan mengasah koordinasi mata dan tangan.

Bagaimanapun, setiap pembelian Stacking Peg board akan dapat 30 batang dengan 6 warna yang berbeza.

Permainan anak untuk mengasah otak
Montessori Kids Learning Busy Book
mulai
RM8.28
Semak Montessori Kids Learning Busy Book harga dibawah:
add_circle Mengajar si kecil belajar mengeja
add_circle Menggalak si kecil untuk berfikir
add_circle Meningkatkan tahap tumpuan
add_circle Tingkatkan skil Mata-Tangan
add_circle Mengasah skil motor halus
remove_circle Padanan mudah hilang

CeeTee Interactive Busy Book ini merupakan buku interaktif terbaik untuk si kecil.

Dengan buku ini, si kecil dapat mengenal pelbagai perkara seperti abjad, bentuk, warna dan benda sekeliling.

Malah dapat merangsang kreativiti si kecil dengan pilihan yang mereka sukai selain membentuk koordinasi antara tangan dan mata.

Menariknya lagi, ciri buku ini dapat menggalakkan kemahiran pembelajar seperti matematik, bahasa dan susunan abjad.

Permainan ini juga dapat melatih daya fokus dan perhatian si kecil anda dan meningkatkan kemahiran berfikir secara logik.

Jangan risau, buku ini datang dalam bentuk laminate jadi anda buku ini tidak mudah terkoyak dan tahan lasak.

Mas Baby 2 In 1 Rocking Horse Rider Push Car Rocker
mulai
RM44.89
Semak Mas Baby 2 In 1 Rocking Horse Rider Push Car Rocker harga dibawah:
add_circle Dapat menguatkan kaki si kecil
add_circle Mempunyai mainan yang pelbagai
add_circle Multifungsi
remove_circle Roda tidak sesuai untuk bermain di luar

Mainan ini multifungsi kerana boleh dijadikan rocking horse dan push car. Kedua-dua fungsi ini dapat menguatkan kaki si kecil.

Jangan risau, anda tidak perlukan apa-apa alatan untuk tukarkan rocking horse kepada push car, begitu juga sebaliknya.

Anda hanya perlu cabut pallet plastik yang boleh dilekatkan pada roda dan boleh dijadikan push car.

Bahagian pemegang dan duduk rocker ini direka mempunyai ciri non slip supaya si manja tidak terjatuh ketika menunggangnya.

Selain itu, rocking horse ini dapat meningkatkan keseimbangan si kecil dan mengasah motor skil.

Ditambah pula dengan mainan tambahan pada badan kuda seperti butang muzik, bunyi binatang,  lagu dan semuanya dalam bahasa English.

Ingin diingatkan, mainan ini boleh menampung seorang bayi seberat 18 kg atau 18 bulan ke atas.

Permainan kanak-kanak memasak
Kitchen Mainan Masak Cooking Toys 73cm
mulai
RM29.90
Semak Kitchen Mainan Masak Cooking Toys 73cm harga dibawah:
add_circle Dapat meningkatkan daya imaginasi
add_circle Menggalak si kecil untuk berfikir
add_circle Meningkatkan tahap tumpuan
remove_circle Barang mainan mudah hilang

Mainan masak ini bagus untuk meningkatkan daya imaginasi si comel dan sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun.

Kelebihan alat mainan ini dapat memupuk si kecil meminati kerja-kerja dapur dan mengasah kreativiti mereka untuk beraksi di dapur mereka.

Malah, dapat meningkatkan tahap tumpuan dalam melakukan sesuatu perkara ketika mereka bermain dengan alat permainan ini.

Jangan risau, lengkap dengan kelengkapan permainan plastik seperti senduk, garfu, pisau, makanan, periuk dan banyak lagi.

Terdapat 2 pilihan warna iaitu biru dan pink, pilih warna mengikut kesesuaian. 

Disebabkan barang mainan bersaiz kecil dan mudah hilang, sebaiknya selepas si manja bermain, minta mereka simpan di tempat asal.

CRT 118 Remote Control 2 in 1 Transformation Car Toys Robot
mulai
RM23.38
Semak CRT 1:18 Remote Control 2 in 1 Transformation Car Toys Robot harga dibawah:
add_circle Multifungsi
add_circle Mengasah skil motor halus
add_circle Meningkatkan tahap tumpuan
remove_circle Tidak sesuai bermain dalam rumah

Kereta kawalan ini sentiasa menjadi permainan kegemaran kanak-kanak lelaki kerana berkaitan dengan kereta.

Lagipun kereta kawal ini bukan seperti kereta kawalan yang lain kerana boleh bertukar sebuah kereta kepada robot dengan menekan 1 butang di rimut kawalan.

Dengan permainan kereta kawal ini, si kecil juga dapat meningkatkan tahap tumpuan dengan mengawal kereta dengan baik.

Malah dengan butang yang ada di rimut kawalan untuk mengawal pemanduan kereta, secara tak langsung dapat mengasah skil motor halus.

Antaranya otak dapat berfikir untuk mengawal pemanduan dan dalam masa yang sama, jari bergerak selepas menerima arahan dari otak untuk menekan butang.

Anak anda akan menjadi seorang pantas berfikir dan lebih fokus apabila membuat sesuatu perkara.

Permainan kanak kanak murah
Magic Water Drawing Book
mulai
RM1.94
Semak Magic Water Drawing Book harga dibawah:
add_circle Si kecil dapat mengenal warna
add_circle Meningkatkan tahap tumpuan
add_circle Mengasah skil motor halus
remove_circle Hanya untuk mewarna

Walaupun permainan kanak-kanak ini murah tapi dapat mengasah skil motor halus pada usia awal.

Misalnya cara memegang pensil dengan betul, boleh menggerakkan pensil dan memupuk sukakan buku.

Selain itu, buku ini juga dapat bantu mengenalkan si comel pelbagai warna apabila dia mewarnakan magic book ini.

Magic book ini juga dapat meningkatkan tahap tumpuan untuk si kecil warna di setiap rajah.

Paling best, warna buku ini boleh dipadam semula untuk diwarnakan semula. Tak perlu asah-asah pensil dah, mudah!

Children Playground Foldable Slide Indoor Outdoor Baby Toddler Toy Playset
mulai
RM66.80
Semak Children Playground Foldable Slide Indoor Outdoor Baby Toddler Toy Playset harga dibawah:
add_circle Gelongsor boleh dilipat
add_circle Dapat cipta taman permainan
add_circle Mempunyai anti-slip safety
remove_circle Memerlukan ruangan besar

Bagi ibu bapa yang gusar anak terkena virus HFMD atau influenza ketika bermain di luar, sebaiknya beli gelongsor yang seakan di taman permainan ini.

Walaupun anak kecil tidak bermain di taman tapi mereka dapat merasa bermain di rumah.

Jangan risau, material gelongsor ini digunakan PE plastik dan telah direka khas untuk keselamatan si comel ketika bermain.

Malah terdapat anti-slip safety dan stability base supaya gelongor tidak mudah bergerak atau anak tergelincir.

Saiz gelongsor ini 128cm(L) x 30cm(W) x 62cm(H) dan gelongsor boleh dipanjangkan sehingga 120cm.

Sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 - 6 tahun dan mempunyai 3 jenis warna iaitu hijau, biru dan pink.

mulai
RM25.90
Semak Kids Sup Retro Video Mini Game Player Portable Gameboy Kid 400 in 1 Portable Game Boy harga dibawah:
add_circle Mampu meningkatkan daya imaginasi
add_circle Menggalak si kecil untuk berfikir
add_circle Meningkatkan tahap tumpuan
add_circle Tingkatkan skil Mata-Tangan
add_circle Boleh dibawa ke mana saja
remove_circle Saiz skrin kecil

Mainan dalam Game Boy ini sesuai untuk semua peringkat umur, tak kira lelaki dan perempuan kerana permainan dia jenis General.

Lagipun mainan dalam Game Boy ini mempunyai lebih kurang 400 permainan klasik zaman 90-an. Memang best!

Antaranya Super Mario, Battle City, Circus Charlie, Pacman, Street Fighter, Adventure Island dan banyak lagi.

Walaupun saiz skrin 2.3 inci saja tapi anda boleh sambungkan ke sistem TV untuk menikmati game di skrin layar lebih besar.

Bateri Game Boy ini jenis lithium (800mAh) yang mampu bertahan selama 4-5 jam.

Related articles

End of Article