Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
kasut sekolah hitam

11 Jenis Kasut Hitam Sekolah Terbaik di Malaysia 2024

Dari harga mampu milik ke harga yang alah membeli, menang memakai

Memetik petikan Berita Harian, pelaksanaan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.

Jadi tidak ada lagi pemakaian kasut sekolah berwarna putih ke sekolah susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Jadi memandangkan lagi sebulan je anak nak masuk sekolah sebelum menjelang 2023, kami bantu ibu bapa di luar sana untuk mencari jenis kasut sekolah hitam yang sesuai.

Jangan risau, harga kasut sekolah hitam yang kami senaraikan ini harganya mampu milik.

Jadi, jom lihat jenis kasut sekolah hitam yang anda boleh belikan untuk adik atau anak anda.


Senarai 11 Jenis Kasut Sekolah Hitam

Kasut sekolah terbaik secara keseluruhan
ABARO
ABARO Unisex Water Resistant Antibacterial Sneakers
Semak ABARO Unisex Water Resistant Antibacterial Sneakers harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Tahan air
add_circle Fabrik anti-bakteria
remove_circle Tidak sesuai untuk budak sekolah rendah

Sebab menjadi pilihan utama:

Kasut ini menggunakan bahan pembuatan Water resistant Mesh dimana mempunyai ciri tidak mudah menyerap air (water resistance).

Ciri-ciri:

Pada permukaan kasut ini, terdapat satu lapisan yang menutup bahagian depan kasut yang berfungsi untuk memudahkan proses pembersihan. 

Hanya lap saja kain basah dengan lembut dan kotoran hilang! Tak perlu memberus dengan kuat.

Bahagian tapak kasut pula diperbuat daripada Ethyl-Vinyl Acetate (EVA) yang menjadikan tapak kasut lembut dan tidak keras, jadi pakai pun tak sakit kaki.

Ditambah pula dengan lapisan anti-bakteria berwarna biru laut dan lapisan tambahan untuk keselesaan.

Ciri ini menjadikan kasut tidak mudah berbau dan selesa apabila memakainya untuk semua aktiviti.

Review:
Anak cakap selesa pakai kasut ni, ringan. Repeat kali ke tiga. Setahun lebih pakai. Sangat tahan lasak.”

Kasut sekolah hitam perempuan
BATA B-FIRST Kids Black School Shoes - 4896128
Semak BATA B-FIRST Kids Black School Shoes harga dibawah:
add_circle Tidak mudah koyak
add_circle Rekaan simple
add_circle Harga murah
add_circle Ringan
remove_circle Mudah tercabut

Kasut hitam sekolah ini khas untuk pelajar perempuan kerana mempunyai bentuk kasut yang kecil dan rekaan sangat simple.

Anak anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengikat tali kasut kerana pengikat kasut ini adalah jenis velcro.

Pembuatan kasut ini adalah kanvas, kulit PU dan getah pada bahagian tapak luar menjadikan si pemakai rasa selesa dan ringan.

Saiz kasut ini dari UK 10 (16.5 cm) sehingga UK4 (23.5 cm), memang ada untuk anak perempuan yang bersekolah rendah.

Jangan risau, kasut ini tidak mahal, bawah RM40 saja.

Kasut sekolah hitam murah
Original XRAY Kasut Sekolah Hitam
Semak Original XRAY Kasut Sekolah Hitam harga dibawah:
add_circle Mudah dipakai
add_circle Mudah dicuci
add_circle Harga murah
remove_circle Mempunyai saiz kecil saja

Bagi mereka yang mempunyai anak yang baru menginjakkan kaki ke sekolah rendah, boleh belikan mereka kasut sekolah hitam ini.

Terdapat 5 jenis corak dan jenis yang berbeza. Ada yang jenis pengikat velcro dan ada yang sarung. Pilih saja!

Terdapat juga rekaan yang mempunyai dua velcro untuk ikatan kasut yang lebih ketat.

Kelebihan velcro ni sesuai untuk anak yang bergerak aktif dan tidak tahu mengikat tali kasut.

Lagipun anak anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengikat tali kasut.

Tapi jika anak anda tidak sukakan yang velcro atau tali, anda boleh belikan mereka kasut jenis sarung.

Memang sangat mudah nak pakai.

kasut hitam sekolah skechers
Semak Skechers Kids Back to School Collection Bounder School Shoes harga dibawah:
add_circle Selesa
add_circle Fleskibel
add_circle Tahan lasak
remove_circle Harga mahal

Jenama Skechers terkenal dengan kasut yang selesa terutama ibu mengandung, berjalan jauh dan mereka yang sukakan aktiviti lasak.

Ini kerana Skechers menekankan pembuatan yang baik pada bahagian tapak luar dan dalam supaya si pemakai rasa selesa.

Begitu juga rekaan kasut sekolah hitam mereka yang menggunakan “memory foam” pada bahagian tapak dalam supaya anak anda bergerak dengan selesa.

Dalam masa yang sama, Skechers juga menambah midsole pada tapak kasut ini untuk menyerap segala hentakan yang tidak membuatkan kaki mudah lenguh.

Tambah lagi, tapak bahagian luar fleksibel dengan reka bentuk yang mengikut kaki menjadikan sesuai untuk anak yang aktif.

Tidak seperti kasut hitam sekolah jenama lain, kasut ini mempunyai dua jenis pengikat iaitu tali dan velcro supaya kasut tidak mudah tercabut dari kaki walaupun anak anda bergerak aktif.

Kasut sekolah hitam bertali
B. Best Unisex Black Casual School Shoes
Semak B. Best Unisex Black Casual School Shoes harga dibawah:
add_circle Selesa
add_circle Tidak mudah koyak
remove_circle Perlu mengikat tali

Sebelum anda membeli kasut sekolah hitam bertali untuk anak anda, pastikan mereka tahu bagaimana cara mengikat tali kasut bila terlerai.

Tapi jangan risau, kalau anak anda mahir mengikat tali, kasut ini tidak mudah tercabut dari kaki kerana tali yang ada mencengkam kaki si kecil.

Kasut ini diperbuat daripada kanvas dimana memang mengikuti spesifikasi kasut sekolah dan kerja yang memerlukan pemakaian kasut hitam.

Untuk ukuran saiz, terdapat saiz dari 31 (20.5cm) sehingga 45 (29cm) dan sesuai untuk perempuan dan lelaki.

Kasut sekolah hitam sarung
Pallas Jazz 407-0112 Slip on All Black
Semak Pallas Jazz 407-0112 Slip on All Black harga dibawah:
add_circle Tidak perlu mengikat tali
add_circle Cengkaman kuat
add_circle Penyerapan baik
remove_circle Tapak keras sedikit

Jika anak anda tidak sukakan kasut bertali atau tidak tahu cara mengikat tali kasut, sebaiknya belikan mereka kasut sekolah hitam sarung ini.

Walaupun tidak bertali tapi cengkaman kasut ini pada kaki si pemakai kuat kerana terdapat lidah kasut sehingga bahagian pergelangan kaki.

Bahagian luar tapak kasut, jenama Pallas ini telah meletakkan satu lapisan outsole bagi penyerapan hentakan yang baik.

Maknanya, kaki anak anda tidak berasa sakit apabila sepak bola, berlari atau melakukan aktiviti lasak.

Malah dengan penggunaan kain kanvas, kasut ini tahan lama dan tidak mudah terkoyak.

Kasut sekolah paling popular
Mu Kasut Sekolah Hitam Pallas PX25-015BK
Semak Kasut Sekolah Hitam Pallas harga dibawah:
add_circle Menepati spesifikasi kasut sekolah
add_circle Tahan lama
add_circle Selesa
add_circle Stabil
remove_circle Sedikit berat

Jika anda mencari kasut yang selesa, tahan lama dan menawan untuk anak-anak anda, Pallas adalah pilihan yang terbaik.

Dengan reka bentuk tali velcro, kasut ini membuat anak anda tampil smart dan berwibawa.

Terdapat banyak pilihan saiz kaki dan anda boleh menyesuaikan gaya anak anda.

Diperbuat dari kanvas yang membuatkan kasut anda tahan lama. Selain itu, tapak luar pula dihasilkan dari getah dan mampu menyerap kejutan.

Tambah lagi, kasut ini mempunyai cengkaman yang sangat baik untuk mengelakkan anak anda tergelincir.

Semak (SY Shoes) XJ 1050 Mirano All Black PVC harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Anti licin
add_circle Tahan bau
add_circle Boleh dibasuh

Jika anak anda tidak gemar mencuci kasut sekolah boleh belikan mereka kasut ini.

Hanya memerlukan tisu atau kain basah untuk lap bahagian kotoran, tidak perlu menyental dengan berus kasut.

Jadi, jika terdapat lecak atau kotoran yang jelas kelihatan pada permukaan kasut hitam, boleh lap saja lepas pulang dari sekolah.

Kasut ini juga bukan jenis bertali, jadi mudah dipakai dan jimat masa untuk bersiap pergi ke sekolah.

Kasut sekolah terbaik mudah dipakai
kasut_sekolah_hitam_asadi
Semak Asadi Kid 1-Strap Kasut Sekolah Hitam Kulit PU harga dibawah:
add_circle Selesa
add_circle Rekabentuk mengikut keselesaan tapak kaki
add_circle Tapak kasut yang non-slip dan tahan lasak
add_circle Sesuai untuk sekolah dan sukan
remove_circle Tidak boleh ketatkan seperti kasut bertali

Kasut sekolah Asadi mempunyai reka bentuk velcro strap yang menjimatkan masa anak anda memakai kasut sekolah pada waktu pagi.

Diperbuat dari bahan pvc dan kulit PU yang menjadikan kasut ini tahan lasak serta sesuai untuk kegunaan harian di sekolah dan aktiviti sukan.

Rekabentuk insole mengikut keselesaan tapak kaki dan boleh dibasuh serta cepat kering.

Bahagian tapak kasut juga tebal dan tidak licin, jadi sesuai untuk musim hujan.

Tersedia dalam saiz 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 1 , 2 , 3 , 4 , 5 dan 6.

Sesuai untuk murid sekolah rendah atau murid sekolah menengah.

kasut_all_american
Semak All American Kasut Sekolah Hitam Menengah Bertali Canvas harga dibawah:
add_circle Tapak anti-slip
add_circle Kolar empuk dan mempunyai alas kaki
add_circle Lapisan kanvas mudah bernafas
remove_circle Reka bentuk lama

Seperti jenama All Star atau Converse All Star, kasut All America memang popular di kalangan remaja yang gemar memakai kasut klasik dan simple tapi nampak bergaya.

Kasut bukaan rendah jenis slip-on bertali dengan jalur foxing warna hitam yang tebal pada kasut.

Mempunyai kolar empuk dan juga alas kaki yang selesa untuk kesesuaian tertinggi dan menyerap hentakan.

Lapisan kanvas pula jenis mudah bernafas yang sangat baik dan tapak luar getah untuk cengkaman yang baik semasa berjalan terutamanya pada musim hujan.

Pilih sahaja mana-mana saiz yang padan dengan anak lelaki anda dari 35 hingga 44.

Kasut Budak Sekolah Getah Lembut Ringan Hitam
Semak Kasut Budak Sekolah Getah Lembut Ringan Hitam harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Tapak kasut tebal
remove_circle Senang mengembang dan berbau

Selain pakai di sekolah, kasut getah ini sesuai untuk mereka yang mereka sering ulang alik naik motosikal dan perlu redah hari hujan.

Kasut jenis getah yang ringan, lembut dan tidak menyakitkan kaki serta cepat kering.

Tambah lagi, mempunyai tapak tebal, lubang untuk pengudaraan di tepi kasut dan corak ukiran yang detail serta nampak macam kasut kain biasa.

Disarankan memakai stokin dan ambil saiz 1 lebih besar untuk lebih selesa.


Cara Pilih Kasut Sekolah Hitam

Salah satu pilihan yang popular dalam kalangan pelajar adalah kasut sekolah hitam yang sering digunakan dengan pakaian seragam.

Ia bukan sahaja memberikan keselesaan kepada kaki semasa aktiviti di sekolah, tapi juga memberi kesan terhadap penampilan pelajar. 

Berikut beberapa tips sebelum membuat anda membeli kasut sekolah hitam:

  • Kualiti 

Kasut yang berkualiti tinggi akan memberikan keselesaan kepada kaki dan dapat bertahan lama,

Selain itu, pastikan bahagian atas kasut diperbuat daripada bahan yang tahan lasak dan kukuh, sementara tapak kasut perlu diperbuat daripada bahan yang tahan geseran dan anti-gelincir.

  • Saiz 

Memilih saiz yang betul sangat penting untuk memastikan keselesaan semasa beraktiviti di sekolah.

Ukurlah kaki anak anda dengan tepat dan bandingkan dengan carta saiz kasut yang disediakan oleh pembuat kasut.

Sentiasa cuba kasut sebelum membelinya untuk memastikan ia selesa dan tidak terlalu ketat atau longgar serta berikan sedikit ruang ekstra di hujung kasut untuk membolehkan jari-jari kaki bergerak dengan selesa.

  • Reka Bentuk & Keselesaan

Pilihlah reka bentuk yang klasik dan serasi dengan pakaian seragam sekolah.

Tambah lagi, pastikan tapak berbusa dan sokongan lengkung untuk memberikan keselesaan maksimum semasa berjalan atau berdiri lama.

Periksa juga bahagian dalam kasut seperti lapisan dalam dan tapak yang selesa untuk mengelakkan masalah seperti sakit kaki atau lecet.

  • Harga

Tetapkan anggaran yang munasabah sebelum membeli kasut sekolah.

Sentiasa memilih kasut dengan harga yang wajar berdasarkan kualiti dan keperluan serta selesa untuk dipakai seharian.

  • Keperluan Sekolah

Setiap sekolah sememangnya mempunyai peraturan dan garis panduan mengenai kasut sekolah.

Sebagai contoh, warna stokin harus sepadan dengan warna kasut, ketinggian tumit, kasut tanpa corak atau tali kasut berwarna.

Pastikan anda memahami peraturan sekolah berkaitan dengan kasut yang dibenarkan sebelum memilih kasut. 


Antara Kelebihan Dan Kekurangan Kasut Sekolah Hitam

Salah satu kelebihan yang utama adalah kasut sekolah hitam memberikan penampilan yang seragam dan kemas kepada pelajar. Ia juga menyamakan semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau status sosial. 

Selain itu, kasut hitam juga boleh dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian seperti pakaian unit beruniform atau pakaian sukan, memberikan fleksibiliti kepada pelajar untuk menyesuaikan penampilan mereka.

Tambah lagi, kasut sekolah hitam diperbuat daripada bahan yang tahan lasak dan mudah dijaga serta kalis kotoran. 

Tapi kekurangannya ialah sesetengah kasut sekolah hitam mungkin tidak memberikan keselesaan yang optimal jika kualitinya rendah atau tidak sesuai dengan bentuk kaki pelajar.

Ini boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa berjalan atau berdiri lama di sekolah.

Malahan, beberapa jenis kasut sekolah hitam juga boleh menyebabkan kaki menjadi panas dan berpeluh.

Keadaan ini boleh menjadi tidak selesa, terutamanya dalam cuaca panas. 


Adakah Pemakaian Kasut Sekolah Hitam Diwajibkan Untuk Semua Pelajar Sekolah Di Malaysia?

Pada Julai 2018, mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengambil kira keluhan ibu bapa mengenai tahap kebersihan kasut putih yang dipakai anak mereka.

Malangnya pada 7 Disember 2018, pelaksanaan ini dibatalkan bermula sesi 2021.

Tetapi, menerusi edaran Surat Pekeliling Iktisas (IPS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pihak mereka telah memberi ruang kepada pelajar sekolah menengah dan rendah untuk membuat keputusan.

Pelajar sendiri berhak memilih sama ada untuk memakai kasut bewarna hitam atau putih serta stoking mengikut warna kasut.

Kini, pemakaian kasut sekolah hitam tidak diwajibkan untuk semua pelajar sekolah di Malaysia.

Anda boleh tonton laporan berita dari stesen TV3 di bawah bagi mengesahkan fakta ini.


Artikel berkaitan 

End of Article