Kebanyakan kita merasakan memilih beg sekolah untuk anak-anak adalah suatu perkara yang mudah. Pada hakikatnya, pemilihan beg sekolah yang berkualiti amat penting kerana ianya dapat mengelakkan sakit bahu akibat beg berat dan ruangan dalam beg sekolah untuk menyimpan buku-buku sekolah mereka seharusnya mencukupi. Untuk anak-anak masih bersekolah, mereka hendaklah memakai beg khusus untuk persekolahan yang ergonomik dan bersesuaian dengan kegunaannya. 

Terdapat pelbagai jenis dan reka bentuk moden untuk beg sekolah terkini yang boleh dijadikan pilihan untuk anak-anak anda. Untuk itu, kami telah menyenaraikan jenis-jenis beg sekolah berkualiti dengan design yang cantik dan paling penting, berharga mampu milik dibawah RM50. Ayuh kita lihat;

1. Cartoon Trolley School Bag

Beg sekolah beroda terbaik – ruangan besar dan mudah dibawa

Harga mulai RM49.90

Beg sekolah beroda ini sesuai digunakan untuk anak-anak baru mula bersekolah samada untuk yang masih di prasekolah mahupun sekolah rendah. Ini kerana di awal persekolahan, si kecil akan membawa buku dan alat tulis dengan banyak. Beg ini mempunyai 3 ruang berzip dan 2 poket sisi. 

Ruang dalamannya cukup besar serta anak anda hanya perlu tarik sahaja jika semasa mengendong beg menjadi terlalu berat kerana ianya turut dilengkapi dengan roda. Fabriknya juga berkualiti tinggi agar beg tidak mudah koyak.

2. Glitter Cartoon Kids Backpack

Murah dan cantik, sesuai untuk kanak-kanak tadika

Harga mulai RM8.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM8.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM12.00

Tadika merupakan tempat untuk anak-anak anda mula belajar mengenal untuk membaca, mengeja dan mengira. Mereka belajar dan bermain bersama rakan-rakan untuk menyediakan si kecil sebelum melangkah ke alam persekolahan. Belikan mereka beg sekolah yang cantik ini agar mereka lebih bersemangat untuk ke tadika. 

Plus point untuk ibu bapa, harganya sangat murah dan berkualiti tinggi. Dengan bersaiz sederhana, ianya sesuai untuk kanak-kanak berumur 5 – 7 tahun.

3. REALEOS Casual Student Backpack

Beg sekolah dengan rekaan yang trendy sesuai untuk semua

Harga mulai RM13.40

shopping_cart Shopee Malaysia RM13.40 shopping_cart Lazada Malaysia RM15.00

Kita sering kali melihat beg sekolah dengan design yang plain, tiada corak dan hanya terdapat dalam rona kosong. Apa kata kali ini beli beg sekolah dengan design trendy sebegini? Dengan harganya murah, warna yang terang, corak menarik serta saiz sederhana, ianya sesuai untuk pelajar dari semua peringkat umur. 

Ianya juga mempunyai tali bahu galas yang lebar supaya anak anda terasa selesa semasa memakainya. Selesai sesi persekolahan, anda boleh menggunakan beg ini untuk aktiviti kokurikulum pula!

4. Canvas Backpack School Bag

Beg sekolah minimalis - sesuai untuk pelajar sekolah menengah

Harga mulai RM11.90

Didatangi dengan pelbagai variasi warna, beg sekolah ini sesuai untuk kegunaan pelajar sekolah menengah. Beg sekolah yang diperbuat daripada kanvas klasik ini, mempunyai 4 ruangan. Ianya sesuai digunakan untuk kegunaan aktiviti harian mahupun persekolahan. Usah beli yang mahal, jika anda lebih suka menukar beg yang baru setiap tahun!

5. Korean High Quality 3 in 1 Polka Dot Multifunctional School Bag

Beg sekolah jenis galas dengan pelbagai fungsi pilihan terbaik

Harga mulai RM15.99

Beg sekolah 3 dalam 1 ini amat menjimatkan dan semestinya suatu pembelian yang bijak. Setiap set lengkap didatangi satu beg sekolah bersaiz sederhana besar, satu beg sling untuk menyimpan botol air dan satu beg kecil sesuai untuk menyimpan alat tulis. Berbaloi bukan? Ianya sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. 

Kegunaan multifungsinya bukan sahaja sesuai untuk sekolah, malahan ianya juga boleh digunakan buat ke pejabat atau kuliah.

6. Women College Casual Backpack

Beg sekolah dengan tali sling untuk gaya lebih kasual

Harga mulai RM40.00

Beg ini mempunyai 2 tali berbeza iaitu tali bahu yang standard serta tali sling panjang. Ianya sesuai digunakan untuk pelajar sekolah menengah ataupun kolej. Reka bentuknya lebih moden dan stylish. Diperbuat daripada kulit sintetik, beg ini didatangi dalam 3 warna pilihan. 

Jika anda tidak perlu membawa buku yang banyak, beg ini adalah pilihan yang tepat kerana saiznya tidaklah terlalu besar dan sangat sesuai untuk kegunaan kaum wanita.

7. Fashion Adi Backpack

Beg sekolah galas dengan gaya ‘sporty’, sesuai untuk anak lelaki

Harga mulai RM30.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM30.00

Buat anak lelaki, mereka lebih selesa menggunakan beg sekolah galas yang ringan dan simple. Mempunyai 3 ruangan berbeza, beg dengan rekaan sporty ini amat sesuai untuk kegunaan harian ke sekolah. Material kain di dalam beg ini juga senang untuk dibersihkan. Jadi, jika tertumpah makanan atau minuman di dalamnya, anda tidak perlu membasuh dengan teruk. Cukuplah sekadar mengelapnya menggunakan kain basah. 

Selain itu, beg ini mempunyai luaran yang kalis air agar buku dan alatan persekolahan tidak basah jika beg terkena air terutamanya di musim hujan.

8. EKUIZAI Children School Bag with Ergonomic Design

Beg sekolah galas dengan rekabentuk ergonomik – elak si kecil sakit belakang

Harga mulai RM45.79

shopping_cart Shopee Malaysia RM45.79 shopping_cart Lazada Malaysia RM45.79

Dilengkapi dengan 2 ruangan yang luas untuk menyimpan buku dengan banyak, menjadi lebih mudah. Tali galas yang tidak akan menyakitkan bahu si kecil semasa menggalas beg ini dan dengan rekaan ergonomiknya, anak anda tidak akan mudah sakit belakang. Diperbuat daripada material kapas berkualiti tinggi yang elastik, beg ini mampu menampung berat sehingga 10kg. 

Sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur, beg ini dapat membantu membetulkan kembali postur badan si kecil tanpa membuatkannya tampil bongkok.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!