Kebanyakan ibubapa ketika memilih sabun pencuci khas untuk kegunaan mencuci botol bayi, anda mesti akan memeriksa dahulu kandungan dalam sabun mencuci tersebut. Ada yang dilabelkan disinfektan dan sabun pencuci. Sabun pencuci untuk botol bayi selalunya mengandungi surfaktan yang lebih rendah berbanding sabun mencuci pinggan. Surfaktan pula terbahagi kepada dua bahagian samada bahan yang diperbuat daripada kimia atau secara semulajadi.
Diperakui surfaktan yang mengandungi bahan kimia lebih baik cuciannya tetapi agak sukar untuk dibilas sehingga meninggalkan kesan bau yang kurang menyenangkan. Juga membahayakan kesihatan si kecil jika botol tersebut tidak dibilas dengan betul dan sempurna. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk produk pencuci botol yang ada di pasaran. Bagaimana untuk memilih yang betul dan tepat? Pilihlah sabun yang tiada kimia supaya mudah untuk dibilas. Info berikut dapat memberikan maklumat lanjut mengenai produk ini;
Sabun pencuci ini dikhaskan untuk mencuci botol, bekas makanan dan juga mainan si kecil. Diuji oleh USDA, sabun pencuci ini tidak akan membahayakan kesihatan anak anda kerana kandungannya dapat melindungi kulit bayi yang berisiko menjadi iritasi dan sensitif.
Dengan ekstrak Gentiana, akar Kudzu, Nettle, daun betik dan akar Soapwort, sabun pencuci ini dapat mencuci bukan sahaja perkakas dan peralatan bayi malahan sayur-sayuran. Tidak terkandung bahan kimia dan ianya mampu bertindak sebagai agen penghapus anti-bakteria dengan bersih. Yang penting, bebas paraben dan alkohol.
Produk sabun pencuci botol ini berkesan untuk menghapuskan kesan kotoran degil dan tidak terkandung bahan yang akan membahayakan kesihatan si kecil dan juga ibu. Dengan sistem multifungsi, ianya boleh menghilangkan kotoran yang melekat pada dinding botol dan mesin pengepam susu dengan bersih sekali serta mencuci barangan bayi seperti puting, mainan dan makanan si kecil.
Diformulasikan secara dari bahan semulajadi serta tanpa toksik bagi menghapuskan bakteria dari membiak dalam botol dan mesin pengepam susu. Jauhkan sabun ini dari jarak anak anda boleh mencapai dan elakkan dari terkena mata semasa mencucinya.
Sabun pencuci botol yang kita ketahui adalah jenis cecair (liquid) tetapi apakah perbezaan antara pencuci jenis cecair dan buih? Cara kegunaannya yang sama, cuma anda perlu bilas lebih ekstra jika menggunakan sabun jenis ini.
Diperbuat daripada 100% aditif makanan yang mengandungi bahan seperti kuman semulajadi yang dapat melindungi sistem imun badan anak anda dari terkena jangkitan kuman merbahaya. Pumpkan ke atas span atau berus dan bersihkan dengan teliti supaya tidak meninggalkan kesan kotoran, kemudian bilaskan 2-3 kali dengan air bersih. Botol susu si kecil akan kelihatan seperti baru.
Produk dari jenama Sleek ini tidak akan menyakitkan kulit atau menjadi iritasi semasa menggunakannya malahan terasa lembut di tangan anda. Sabun ini bebas paraben menjadikan ianya selamat serta risiko kesihatan terjejas tidak akan berlaku semasa anak anda meminum susu dari botol yang dicuci.
Diformulasikan sabun ini sebagai agen penghapus kesan kotoran sehingga mampu untuk menghilangkan bau yang tidak ‘enak’ seperti bau susu basi di dalam botol si kecil. Sistem Natural Antibacterial dalam sabun pencuci ini berkesan untuk membasmi kuman serta bakteria di dalam botol.
Si kecil mempunyai kulit sensitif dan senang menjadi iritasi? Bingung mencari produk yang sesuai? Produk sabun pencuci dari Milton ini ada jawapan terbaik untuk anda. Sabun pencuci ini mampu untuk menghapuskan segala sisa kotoran susu yang melekat di dalam botol bayi dengan sempurna dan tiada bahan kimia yang terkandung di dalamnya.
Sabun ini diuji secara dermatologi dan diformulasikan khas untuk si kecil yang berkulit sensitif kerana ianya bebas pewarna, haruman dan paraben. Jauh diterbangkan dari Denmark, sabun ini terbaik untuk melindungi kulit anak anda daripada iritasi.
Kebiasaannya sabun pencuci botol bebas paraben dan pewarna tiruan serta haruman tetapi sabun pencuci dari Simba ini menggunakan bahan yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan organik. Diiktiraf dari USDA, sabun pencuci ini mengandungi ekstrak daun teh hijau yang berkesan untuk menghapuskan bau susu dari dalam botol.
Tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan si kecil dan diuji melalui SGS, sabun ini biodegradable tanpa toksik dan tidak meninggalkan kesan sampingan. Yang penting, selamat digunakan untuk ibu dan anak.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!